benda ni terjadi disuatu kampung yg rata-rata penduduknya agak daif. daif2 pun ada diantara mereka yg berjaya menghantar anak belajar hingga ke Amerika. tak payah lah sebut nama kg ni.. tapi kami memang friendly dengan penduduk kampung ni..
bila bulan puasa,
masjid kampung ni lah tempat kami bertandang saban malam. jemaah tak ramai .. kalau lelaki lebih kurang dalam 25 orang dan kalau pompuan paling ramai 3 orang.. masjidnya memang cukup besar jika dibandingkan dengan surau smas..mungkin penghayatan tentang islam masih cetek ketika itu.. kebanyakan dari mereka sembahyang setahun 2 kali sahaja iaitu pada 1 syawal dan raya haji. masa raya memang sesak dengan manusia entah dari ceruk mana. satu yg istimewa .. lepas solat penduduk kampung ni akan membawa dulang local call panggil duang berisi makanan dan kami akan makan bersama-sama. apa saja lauk yg mereka mampu akan dikongsi bersama..
apa perasaan anda???
kadangkala kami memberi juga pakaian terpakai kepada penduduk kampung ni.. pada kita mungkin tiada harga tapi bayangkan di pagi syawal yang mulia itu.. pakaian terpakai yg kita berikan itu yg menjadi baju raya mereka.. rasa terharunya.. bila kita ingat kita susah rupanya ada manusia yg lebih susah dari kita..
peristiwa 1 syawal 2002
masa ni tahun kedua iza di daerah ini.. pagi raya kami ke masjid ini untuk solat sunat. anak-anak semua ikut sama termasuk baby yg berumur 3 bulan.. raya di tempat orang. imam memberi tahu cara2 solat sunat aidil fitri dan mengajar niat solat. telah diterangkan pada rakaat pertama ada 7 takbir dan rakaat ke2 ada 5 takbir.. ..iza mengambil saf yg paling belakang sebab ada baby yg masih kecil...
solat dimulakan dan baby iza pun mula menangis..jadi iza kena stop dulu utk menenangkan baby supaya tidak mengganggu solat jemaah lain.. takbir pertama dilafazkan imam.. semua makmun mengikut.. takbir kedua... jeng..jeng..jeng.. makmum perempuan mula rukuk... takbir ke 3 .. makmum perempuan sujud... subhanallah.. apa dah jadi... aduiiiiiii . inilah bahana bila kurang ilmu dan solat setahun 2 kali..
8 tahun iza di daerah ini.. tahun2 terakhir... banyak perubahan berlaku.. alhamdulillah.. dengan lantikan imam dari jabatan dan kelas kafa dan usrah... mereka dah banyak berubah... ALHAMDULILLAH
sekadar berkongsi cerita..
bukan untuk mengaibkan sesiapa
maaf jika ada yang terasa..
tujuan iza hanya ...
mengingatkan semua..
bertapa penting ilmu didada..
No comments:
Post a Comment