assalamualaikum
hari ni nak masuk puisi sepotan berkenaan perjalanan hidup di perantauan selama 18 tahun.. kalau guru guru lain biasanya menangis2 minta tukar ke kampung halaman masing masing .. tapi bagi iza dan keluarga,, biarpun ungkapan" tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain" dan ungkapan "sirih pulang ke gagang" seperti belum ada dalam jiwa..
18 tahun satu jangka masa yang amat panjang .. dan suami kerapkali dioffer untuk bertukan tempat kerja dan pernah sekali dioffer sebagai penolong pengarah di bahagian pendidikan islam putrajaya..
banyak yang ada dalam fikiran yang perlu difikirkan.. hidup bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga.. tapi kali ni agak berlainan.. surat yang diterima tertera perkataan "arahan pertukaran"..
dan sehingga status ini ditulis kami menerima banyak surat bantahan dari pelbagai pihak.. termasuk dari vvip.. bukan nak bangga diri tapi mungkin sikap kami.. senang dan mudah serta boleh masuk dengan pelbagai golongan.. ini antara sebab kenapa sukar dilepaskan.. bukan minta belas ikhsan tapi inilah kenyataan..
antara puisi spontan yang sempat dirakamkan
Kembara 18 tahun
Seawal usia perkahwinan
Meneruskan kehidupan
Hingga berkedut kaki Dan tangan
Mencari rezeki diperantauan
Dari satu tempat ke satu tempat
Hingga mendapat anak empat
Hidup ditempat orang.. tidak merempat
Walau kadang kala kami diumpat..
Kini kembara kian berakhir
Titik tamat sudah hampir
Nasib ditempat baru tak perlu difikir
Semua itu telah ditakdir. .
Semua berlalu jadi kenangan
Yang baik jadi tauladan
Yang buruk jadi sempadan
Kehidupan harus diteruskan
Salah silap maaf dipinta
Apa yang diberi dihalalkan semua
Kami juga manusia biasa
Tak lepas dari Salah Dan dosa
segalanya ku serahkan kepada Allah kerana ku yakin setiap perancanganNYA

No comments:
Post a Comment