Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, 7 January 2013

catatan buat mereka yang bakal bergelar guru lebih lebih lagi yang dilantik menjadi warden

assalamualaikum

catatan ini iza tujukan kepada mereka yang bakal bergelar guru terutamanya yang dilantik menjadi warden.. 

25 tahun dulu iza pernah bergelar pelajar yang tinggal diasrama ..pernah juga mengajar walaupun cuma gstt dan sekarang telah menjadi isteri kepada pk hem merangkap ketua warden.

rata rata tiada guru yang sanggup bila dilantik menjadi warden. semua ingin mengelak dengan pelbagai alasan..dan atas faktor itu maka terjadilah masalah kekurangan warden. memang elaun warden tak besar .. rm 8 sehari.. tapi mereka bekerja secara bergilir mengikut jadual yang ditetapkan.

ini pandangan ikhlas merangkap teguran untuk mereka yang dilantik menjadi warden.iza tak berpihak  pada mana mana individu dan memandangkan apa yang bakal iza tulis juga berdasarkan pengalaman menumpang di kediaman rasmi pk hem. tiada individu yang mendesak atau terlibat dengan catatan ini. iza juga tidak prejudis kepada sesiapa sekadar meluarkan apa yang iza rasa.

contoh pertama yang iza ambil 

seorang warden lama yang telah banyak bekorban masa, tenaga dan wang ringgit. orang tempatan... dah tentu tak dapat ealun perumahan wilayah. elaun yang diberikan mengikut tempat masing masing. warden ini tinggal didalam kawasan asrama. bila dalam asrama pastinya pintu selalu diketuk. nak itu lah nak ini la.. sesiapa yang pernah menjadi warden pasti faham bagaimana nak menghadapi semua ini.

contoh kedua yang iza ambil

seorang warden baru yang menumpang bersama warden diatas beberapa bulan dan kemudiannya meninggalkan warden pertama atas alasan ingin tinggal diluar dan datang hanya waktu bertugas.. sebenarnya warden kedua ini dibayar elaun perumahan wilayah dan elaun warden. alasan kononnya tak dapat tidur petang sebab pelajar bising .. semua tu tak masuk akal. warden kedua ni pula waktu bertugas berbagi masa nya contonya .. masuk jam 1 tengahari hingga lewat malam. tapi jam 8 malam dah tak ada. dah la baru tak ada kenderaan kalau berlaku kecemasan.. warden pertama jugalah yang terpaksa bekorban. dan banyak lagi hal hal lain

pesanan iza untuk mereka
1. jangan berkira tulang kulit kita
2. kamu belum lagi disahkan jawatan
3. kamu tu Allah pilih nak bagi pahala lebih
4. kerja warden tu amanah.. dan bila amanah.. akhirat esok kena jawab
5. jangan salahkan ibubapa jika mereka berkata warden makan gaji buta.. cuba audit diri kita..
6. alasan berkahwin untuk mengelak menjadi warden sebenarnya tak relevan. 
7. cuba ikhlaskan hati ..jalankan kewajipan yang diberi.. insya Allah kita akan disenangi.
8. dan warden baru belajarlah sesuatu dari mereka yang berpegalaman . tak tahu lebih baik kita bertanya
9. kalau semua orang tak mahu jadi warden ... bagus berhenti kerja sekali.
10. saya bukan buat kerja kamu.. saya cuma tolong yang termampu tapi janganlah sampai kamu lupa tanggngjawab kamu..

dan saranan saya untuk pentadbir
1. semua warden tinggal didalam kawasan asrama 
2. mereka tidak dibayar epw (penyakit ni)
3. adakan penggiliran ..
4. kena bertegas


apa pun semua orang inginkan yang terbaik begitu juga saya yang punya 2 anak diasrama..



No comments:

Post a Comment