Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday 31 January 2012

catatan kenangan 1 feb 2005


hari ni amir anak bongsu iza genap 7 tahun.. seperti biasa kami tak sambut macam orang kebanyakan.. anak2 semua pun faham.. kami biasanya tunggu hingga malam jumaat terdekat untuk buat sedikit kenduri doa selamat disamping bacaan yaasin dan khatam al quran 30 juzuk.. jemputan macam biasa.. budak lelaki tingkatan 5 disamping kami berdoa untuk mereka yg akan menduduki peperiksaan ..

teringat masa melahirkan amir pada 1 feb 2005.. ini adalah kelahiran terakhir sebab sebelum ni iza dah kena operate 3 kali semasa melahirkan kembar aiman dan azzam.. lahirkan aqif dengan placenta previa type 4.. batu karang lagi selepas seminggu bergelar isteri..

lahir kan amir di hospital queen elizabeth kota kinabalu yg jauh perjalanan mengambil masa 1jam 30 minit.. 
pagi tu hari ahad.. iza dan suami ke tamu mingguan kota belud.. iza borong kelapa muda agak banyak masa tu..orang cakap kalau nak senang lahirkan bagus minum air kelapa.. walaupun masa tu usia kandungan baru 8 bulan.. minum sakanlah macik hari tu.. lebih kurang jam 4 petang perut memulas semacam.. tiada tanda lain.. kalau nak bersalin mesti ada darah keluar.. tahan punya tahan.. sampai jam 8 malam.. .. nasib mak baru sampai  dari melaka semalam.. 

rasa sakit yg makin kerap menyebabkan en suami bergegas ke klinik desa berdekatan untuk mendapatkan bidan.. iza masih ingat nama bidan tu .. pn sirin.. bila dia sampai dan check.. dia cakap iza nak bersalin dah.. hah??? 

terus iza dihantar ke hospital kota belud dahulu untuk langkah seterusnya.. iza pilih untuk menaiki ambulan ..sangkaan iza bila naik ambulan... sampai d kk semua persiapan dah ready. di hospital kota belud iza kena check.. nurse tu cakap baru 1 cm je buka... adoii lamanya lagi nak sampai 8 ke 9 cm..  macam biasa proses ambil darah dah sebagainya .. tapi ubat tahan sakit masih tidak disuntik.. nak jadikan cerita malam tu tiada pemandu ambulan standby.. dari jam 8.30 pm sampai jam 11.30 pm terpaksa menunggu pemandu.. kalau naik kereta sendiri dah lama sampai.. hoho.. mau tak mahu terpaksa tunggu pemandu yg dah 3 kali ulang alik dari kota belud ke kota kinabalu.. kesian juga tengok pemandu tu.. mesti letih. 

kami terus bergegas ke hospital queen elizabeth di tengah malam.. ditemani en suami dan seorang bidan. sampai di kk hampir pukul 1 pagi.. setelah menandatangani surat kebenaran untuk pembedahan en suami terus pulang bersama pemandu dan juga bidan tu.. en suami terpaksa pulang sebab esoknya dia terpaksa menyiapkan kerta kerja untuk meeting sekolahnya...kalau korang ..bagaiman perasaan saat bertarung dengan maut..suami lebih diperlukan oleh sekolah??.. emmm..... sebelum pulang suami iza cakap.. kalau semuanya dah selesai.. awak kol saya ye..  kalau korang macam mana.... pasti berderai airmata.. tapi bagi iza yg jauh dari keluarga inilah cabaran yang mendewasakan..

diusung ke bilik bedah .. 
doktor yg menjalankan pembedahan.. dr shaari dan dr norliza.. 
setelah disuntik dengan ubat tahan sakit.. dr shaari pun berkata " puan.. boleh tak saya makan sekejap?? dari siang saya belum makan lagi" aduiii kesiannya... dibius separuh badan .. semuanya boleh kita lihat .. setelah selesai makan doktor pun membedah perut iza..  sambil kami berbual2..  tepat jam 1.30 am.. seorang bayi lelaki dikeluarkan dari perut . alhamdulillah semuanya selamat.. 

hari ni bayi tersebut telah berumur 7 tahun.. bila dia pulang dari sekolah dia cakap" umi kena ucap tahniah ..birthday amir.. amir dipilih jadi ketua kelas"... hahaha kelakar la budak rumpang ni..

urap pucuk ubi dengan udang kering


ni resepi dari mak iza.. time kecik2mak selalu buat.. bila dah jauh ni teringin plak nak rasa masakan mak.. tapi... dah jauh kan.. nak buat camna??
air tangan mak mana boleh tanding ...


bahan
pucuk ubi dicelur dan dipotong 
udang kering.. ikut suka.. kalau nak sedap jangan kedekut
kelapa parut
lada mesin
bawang merah
bawang putih
sedikit halia
air asam jawa
garam dan gula


caranye...
tumis bawang merah dan bawang putih beserta halia dan lada sampai naik bau..
masukkan air asam garam dan gula
masukkan kelapa parut dan gaul rata
masukkan udang kering yg ditumbuk dan gaul lagi
las masukkan daun pucuk ubi yg telah dicelur


selamat mencuba
PESAN MAK.. ILMU TU MILIK ALLAH
sesiapa yg ingin mencuba dihalalkan dunia akhirat,,