Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday 31 August 2016

KEK CHOCOLATE LAVA BERHANTU

KEK CHOCOLATE CHESE LAVA BERHANTU sumber: blog sis azlita masam manis
1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
telur 2 biji
Satukan semua bahan kering dan ayak Ketepikan
* Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist.
Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab
* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair. Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut. Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan.
Sekejap aje... tutup api.
Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~
( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar Susun bekal aluminium dalam kukus Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese KRIM CHEESE 250 gm Cheese 500 ml UHT Whipping Cream 3 sudu besar susu pekat manis 1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada ) Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental. * Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul COKLAT LELEH 250 gm coklat masakkan gelap 250 ml UHT Whipping Cream 1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu 1 sudu besar butter 1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada ) 1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada ) Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk. Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan Biarkan coklat mencair Tambahkan esen vanilla dan gaul rata Biarkan sejuk Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah ) Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek. Kek yang telah di potong di letakkan cheese Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese Ratakan cheese di atasnya Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit Sedia di nikmati

Ayam Panggang Madu

Bahan perap:
- 3ulas bwg putih
- 2btg serai
- 1inci lengkuas
- 4sdb serbuk cili
- Garam secukup rasa
(Blend, perap semalaman)

Bahan glaze:
- 2sdb kicap pkt
- 3sdb sos tiram
- 3 sdb mnyak bijan
- 6sdb madu
( sy pkai madu kelulut sbb rasa msm2 sket..kalo pkai -
- madu biasa, anda boleh tmbah
2sdb cuka apple, atau perahan lemon) - 2titik pewarna merah (jk suka)

Cara-cara
- Kukus ayam 10-15 minit hingga separuh msk, then bkr dlm oven 30 minit api 180 degree
- stiap 10 minit, kluarkn utk sapu glaze...ni penting, kalau x kulit aym jd kering..glaze yg terakhir tabur bijan sket..
Oh ya, satu lg..elakkn potong ayam pnggang masa dia masih pns. Jus aym akn mngalir keluar & x serap dlm isi dia. Akibatnya bila dia sejuk, isi dlm dia jd keras kejung

kredit : sahariyani kontan

Tuesday 30 August 2016

Kek gula hangus gebu Azlina Ina

Kek gula hangus gebus

Bahan2 A
2 cawan gula bg perang atas kuali
Dah cair semua masukkn pulak
2 cawan air panas dan kacau bia semua cair bia sejuk

Ok bhn2 B
mix 4 bijik telur
4 sb butter
1 cawan minyak
5 sb susu pekat
Esen vanila sedikit
Mix 5 mnt pakai blender pon boleh
Ok tuang bhn A sikit2 blender lg atau mix lg 5mnt

Ayak kan 3 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
2 sk soda bikarbonat
Masuk dalam bhn B td dan kacau2 rata je Panaskan kukusan kukus 1 jam siap taraaaa

Monday 29 August 2016

Mocha Swiss roll

Bahan-bahan
[A] : 3 biji telur gred A atau B 2 oz/
60 gm/ 4 Tbsp gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovallate
1.5 oz/ 5 Tbsp tepung gandum (timbang dan kemudian kurangkan 3 Tbsp tepung gandum ni)
3 Tbsp serbuk nescafe gold
1/2 Tbsp susu tepung

Bahan-bahan lain
: 2 oz/ 60 gm mentega (dicairkan dan disejukkan)
Buttercream secukupnya

Cara Membuat
1-Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit)
. 2-Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata
. 3-Tuang adunan ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya
. 4-Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah. 5-Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika.
6-Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
7-Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.
8-Gulung kek dengan cermat.

Mee sup power ala thai

. Bahan-bahannya: . -
_Bawang merah 6 biji (blend )
- Bawang putih 6 ulas ( blend )
- lada hitam 1 sudu ( blend )
- rempah 3 sekawan
* kayu manis... bunga lawang ngan bunga cengkih
- ayam / daging / udang / sotong
- sayur2 carrot & sawi
- limau kasturi ( 2 biji )
- telur
- daun sup
- bawang goreng .

Cara2 nye : .
1. tumis bahan blend dan bertanda ( * ) sampai garing & naik bau
2. masukkan bahan lauk2 . masak hingga separuh masak
3. masukan carrot
4. masukkan air ( buka api besar bg mendidih ganas )
5. masukkan mee yg telah dibersihkan
6. pecah kan telur ( jgn kacau kuat )
7. masukkan sawi
8. perah limau
9. sebatikan dgn perasa
10. taburkan bawang goreng & daun sup

Kek cokelat berhantu

KEK COKLAT BERHANTU
RESEPI 1CWN KOKO
1 CWN SUSU CAIR
1 CWN SUSU PEKAT
1/2CWN GULA
1CWN MINYAK MASAK
~SATUKAN SEMUA MASAK ATAS API BAGI SEBATI.
ANGKAT DAN SEJUKKAN SEKEJAP.
3BJI TELUR(gredA@B)
~PUKUL KEMBANG DAN MASUKKN DLM ADUNAN KOKO YG DH SEJUK TADI.
1 1/4CWN TEPUNG GANDUM
1SDT BAKING POWDER
1SDT SODA BIKARBONAT
~AYAK SEMUA & MASUKKN SIKIT2 DLM ADUNAN KOKO TADI.
SEBATIKAN.
#KUKUS ADUNAN SAMPAI MASAK. #BOLE KUKUS TERUS GUNA BEKAS.
(SAYA GUNA LOYANG)
#DAH MASAK BOLE BELAH KEK & MASUK DLM BEKAS.(LAU GUNA BEKAS.XPAYAH BELAH.TERUS CURAH CREAM)

CREAM
250G CREAMCHESE
500ml FRESHCREAM (non dairy)(goncang2 dulu,saya guna 1cawan je.putar kental jadi banyak)
3SDB SUSU PEKAT(LEBIH PON BOLE.IKUT KEMANISAN SENDIRI) ~PUKUL FRESHCREM SAMPAI KEMBANG. ~MASUKKAN CREMCHES N SUSU PEKAT.PUKUL LAGI.SEBATIKAN.

TOPING
COKLAT 250g COKLAT MASAKAN
250ml WHIPING CREAM
1SDB BUTER ~PANASKN WHIPING AGAK BERBUIH TEPI MASUKKN COKLAT.DH SEBATI MASUKKN BUTER. TOPING COKLAT PILIHAN

1CWN SERBUK KOKO
1CWN MINYAK MASAK
1CWN SUSU PEKAT
~GAUL SEMUA SAMPAI SEBATI N AGAK LIKAT.
DOBLE BOILE JAP ATAS API. #LAYERKAN DISETIAP KEK DGN CREMCHES.ATASNYA CURAH COKLAT.N BOLE WAT DESIGN #DESIGN~AMBIL SIKIT CREMSHES+COKLAT EMULCO.

Belgian Chocolate Cake

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko (Belgium)
1 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis

. Bahan D

250 ml air panas
Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair,
jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga
1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

#ChefRajaWina

Sunday 28 August 2016

Sup tulang ala thai

Resepi Sup Tulang Ala Thai
Bhn2:
Sekilo tulang lembu d potong sdg.
7 bj bwg kecik*
5 ulas bwg putih*
Tumbuk lumat 1 1/2 inci halia d pukul
2 bungkus sup tulang**

Bhn dlmnye d asingkn.
(bunge lawang, kayu manis n cengkih)*** Bwg holand d hiris tebal
Saderi 2 btg d hiris tebal
Tomato 3 bj d potong 4
Cili api 6 bj d penyekkn
Air limau nipis/ asam jawe
1/4 cwn Daun ketumbar n daun bwg d hiris
Bwg grg Garam , pk aji n sdikit gule

Care2:
Rebos tulang dlm periok. Air agak2. Masokkn bunjut sup.** n halia
Panaskn kuali tumis bhn *** hingge naek bau. Masokkn bhn *.
Tumis hingge wangi n masokkn k dlm rebusan tulang. Biar hingge tulang lembot/ empok.
Masokkn tomato.
Biar skjp n masokkn bwg holand, saderi n cili api.
Perasekn dgn garam, gule n pk aji. Masokkn air asam jawe/ air limau nipis. Klau nk masam blh tmbh. Dah sesuai rase blh lh tutup api. Pastikn kuah agak pekat. Hidangkn dlm mangkok dgn hirisan daun ketumbar/ daun bwg n bwg grg. Selamat mencube... #guna jus limau nipis lbh menyelerekn...

Wednesday 24 August 2016

Ayam goreng pedas korea

Ayam Goreng Pedas Korea

10 ketul bahagian ayam
Saya guna peha dan kepak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu teh sodabikarbonat
2 biji telur
Sos
3 ulas bawang putih parut
2 sudu besar cili blend
2 sudu besar madu
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar jus lemon
1 sudu besar taucu halus
Bijan secukup nya

  #resepiAzzuLiza

Sos Thai Tropika

Sos thai tropica
Resepi Sos Thai Tropika
Bahan: - 1 cawan nenas (dipotong kiub)
- 2 cili merah
- 2 cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
- 4 ulas bawang putih
- 3/4 cawan air (kalau nak lagi sedap ganti dengan jus nenas)
- 2 sudu besar cuka
- jus 1 biji limau nipis -
1/2 cawan gula -
1/2 sudu besar garam -
1 sudu besar tepung jagung -
2 sudu besar air

Cara: - Blendkan nenas, cili, bawang putih dan air (atau jus nenas) -
Masukkan ke dalam periuk.
Masukkan pula cuka, jus limau nipis, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api. -
Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit. -
Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Cheese tart montoks

Shell
125g butter sejuk
1 biji telur gred C
60g gula aising
Tepung gandum 240g (agak2 jd doh x melekat)
1 st esen vanilla

-Pkul butter dgn gula smpai sebati x pyh smpai kmbng
-masuk telur kcau sbati dan msuk esen vanilla
-last msuk tpung uli smpai jd doh -
bakar 20 mnit suhu 160
Cheese 500g cream cheese
100g gula aising
1 biji telur gred D
30g butter
1 st esen vanilla -
pkul gula dgn telur smpai kmbng
-masuk butter pkul lg dan masuk esen vanilla -
last masukan cheese pkul smpai dh x bketul dlm anggaran 10 mnit

Tips -cheese jgn kluar lama dri peti ais, agak 5 mnit dh bleh gna
-dh siap mix xda nmpk cheese ketul2 trus pipping -gunting pipping beg yg bwah 2 besar skit -pipping dri tgh dgn cara membukit

Tuesday 23 August 2016

Cheese kek leleh meleleh

Cheese kek leleh meleleh Bahan-bahan : 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum* 1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama) 150 gm gula kastor 5 biji telor gred A 1 sudu besar ovalette 80 ml susu segar 80 ml minyak masak / mentega cair Perisa vanilla Coklat emulco Cara-cara : Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing). Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati. Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis. Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. UNTUK KRIM 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm) 1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2. UTK TOPPING 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) Cara menghias kek Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong

Monday 22 August 2016

Nasi beryani ayam noxxa

Bahan2 perapan ayam
Seekor ayam potong 8
Setengah cawan susu cair
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*Setengah inchi halia
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu minyak Garam secukul rasa > blend bahan bertanda * dan campur semua. Perap ayam selama 3 jam

Bahan masak nasi
Setengah kilo beras basmathi basuh dan toskan
*1 biji bawang besar potong dadu
* 2 ulas bawang putih potong dadu
* stgh inch halia dihiris
*4 kuntum bunga lawang
* 3 biji buah pelaga
* 1 batang kayu manis
1/2 ketul kiub ayam
1/2 cawan susu cair
Air secukupnya
Sedikit bawang goreng
Sedikit kismis
Minyak sapi

Cara2 masak bole ikot step gambar.
1. Masukkan ayam yg diperap ke dalam periuk. Tutup peniutupy dan halakan tombol kepada 'pressure'.
Set butang 'high pressure' selama 8 minit dan tekan 'on'. Bila masak tekan 'off'. Tekan ' stir fry' dan tekan 'on'. Masak sehingga kuah ayam pekat dan tekan 'off'. Keluarkan daripada periuk dan masukkan kedalam mangkuk.
2. Untuk masak nasi pula Tekan 'stir fry' dan tekan 'on'. Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda (*) hingga wangi. Masuk air, susu, garam dan kiub ayam. Tekan 'off' dan masukkan beras. Gaul sebati. Tutup penutup dan halakan tombol kepada 'pressure'. Set butang 'high pressure' selama 7 minit dan tekan 'on'. Bila masak tekan 'off' dan bebaskan tekanan.
3. Tabur kismis, bawang goreng. Tuang ayam tadi atas nasi tapi jgn digaul dan tutup penutup. Halakan kpd tombol steam. Set butang steam selama 2 minit dan tekan on. Bila masak tekan off. Buka penutup dan gaul. Sedia utk dihidangkan Selamat mencuba

Thursday 18 August 2016

Kanser dan surah Al Fill

Kanser dan surah Al Fill *:: ✋😃 kanser dilenyapkan* *Bismilla hirrahma nirrahim* *Cancer dan surah Al Fil..!* *Assalaamu'alaikum..!* *SELEPAS SOLAT 5 WAKTU* *AL FATIHAH 1x AL IKHLAS 3x* *SELAWAT 3x AL FIL 21x* *C O N F I R M* *A L L A H L A H Y A N G* *H A N C U R K A N K A N S E R* *Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)*   *Memang setiap orang tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati..!"* *Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser..?* *Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.* *Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.* *S U R A H A L - F I L* *Alamtarakai fafa'alarabbuka bi asha bilfil* *Alam yaj 'al kaidahum fitadhlil* *Waarsala 'alaihim toiran ababil* *Tarmihim bihija ratim minsijjil* *Faja'alahum ka asyfim makkul* بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ *Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..!* 1 *Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah..?* (Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah) 2 *Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka..?* 3 *Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan..!* 4 *Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras..!* 5 *Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat..!* *G U N U N G H A N C U R K E R A N A* *T A K U T A L L A H G I T U J U G A* *D E N G A N K A N S E R* *Demikianlah mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran. Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah..!* *Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap..!* *K A E D A H M E N G H A N C U R K A N* *& M E L E N Y A P K A N K A N S E R* *Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.* *Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.* *Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!* *Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.* *Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.* *Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.* *Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.* *Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.* *Y A K I N L A H A L L A H L A H* *Y A N G M E N Y E M B U H K A N* Dr H pesan..! *Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar.* Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud. *Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimenafaatkan.* Amin. Terima kasih Ustaz ADAM S.H.

Thursday 11 August 2016

Blueberry muffins

BLUEBERRY MUFFINS
100 gm butter - suhu bilik
1 cawan gula castor
2 biji telur yang besar (55-60 gm)
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu cair/susu segar ( buat 3/4 cwn )
1 1/2 cawan fresh blueberry (  guna nenas)

Perisa nenas Bijan hitam
Acuan muffin secukupnya

CARA2NYA:- 1. Panaskan oven pada suhu 190°C.
2. Pukul butter hingga berkrim.
3. Masukkan gula dan pukul hingga putih. 4. Masukkan telur satu-persatu dan pukul rata.
5. Masukkan esen vanilla, garam & baking powder. Pukul hingga sebati.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit bergantian dengan susu cair & kaup-balik perlahan2 dengan spatula hingga rata.
7. Masukkan blueberry dan gaul rata.
8. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin hingga 3/4 penuh saja.
9. Bakar (190°C) selama 15-25 minit hingga muffin berwarna perang sedikit. 10. Sejukkan di atas wire rack. SELAMAT MENCUBA.... ♥♥♥

Kek vanilla

Kekvanilla
Resepi cupcake vanila
Bahan-bahan 3/4 cawan butter (170gm) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla
1 1/4 cawan susu segar
2 1/2 sk baking powder

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 170C.
Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat.
Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur (satu persatu) dan esen vanilla sambil terus diputar.
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.

Gladly topping

Resipi Toping glazy :
Icing sugar 1000gr
Gelatin 2gr
Milk powder 5gr
Vanila flavour 3gr
Agar agar 2gr
Salt 5gr
Hot water 220gr
Honey 12gr

Method :
Campur sebati semua bahan
Celupkan donat plain yg baru sahaja di angkat dari penggorengan (celup saat panas) Klu donat tak panas nanti hasilnya x bolih mengkilat

Wednesday 10 August 2016

Puding triffle rambutan

  PUDING TRIFLE RAMBUTAN

Bahagian 1
1) Masak Jeli Kristal jenama Nona dgn 2cawan air kemudian tuang sedikit dalam loyang & sejukkan
2) Letakkan isi rambutan
3) Curah baki Jeli kedalam loyang

Bahagian 2
1) Diatas api kecil masakkan 3/4 susu segar + 1cwn@lebih air rambutan + 4scoop tpung susu ank + 2sb tpung jagung & kacau sehingga pekat tp xdek la pkat sgt..sbb nnt sejuk dye akan pekat sendiri
2) Ratakan atas puding td

Bahagian 3
1) Potong kek gulung & susun 2) Sejukkan dlm peti ais **Terbalikkan & sedia dihidang

Tuesday 9 August 2016

Durian Crepe Tharunisa Jali


(Step by Step untuk yang baru nak berjinak dlm membuat DC ni dan untuk memudahkan rakan2 fb mempelajarinya)

Kulit/crepe
(18-20 keping )
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung hong kong sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210ml)
1/2 cawan susu segar (130ml)
sedikit esen vanila
beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk isi sikit je ye

Filling Kastard + Durian
2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telor
isi durian yang dihancurkan

Filling Whipping Cream
500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)

caranya utk kulit/crepe ~
cara nak dptkan crepe yang nipis
1. Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu
2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telor yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis
3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. Sapu sikit pan ngan minyak. (saya guna tisu paper)..dah panas pan tu..angkat kejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan tadi..kemudian letak balik atas dapur ..(saya tak guna senduk pun tuk ratakan kulit tu..just layang2 kan/lenggangkan je shingga memenuhi permukaan) kejap je letak atas dapur ye kemudian angkat..jangan lama sbb nanti hangus kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya
4. Ulangi hingga habis. boleh ditindih2 kulitnya insyaallah tak melekat
cara untuk Filling Kastard + Durian
1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tpg kastard,
2 biji kuning telor,dan susu segar dlm 4 sudu dulu..Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi
2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. tutup api dan sejukkan kastard filling.
3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag. masukkan kedalam peti ais supaya ia tak cair

cara untuk filling Whipping Cream..
1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar.. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing tu..
2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dlm freezer sekejap supaya tak mencair. Sekarang masa utk "membantalkan durian crepe" sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dlm gambar) , kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.. Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal..haaa dah siap masukkan dlm freezer kejap dlm sejam dua supaya ia mengeras(jika durian crepe yang baru kluar dr freezer tu keras kejung tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat)dan boleh dimakan..jgn keras sangat

MEE CELOP

Bahan2
-mee kuning (basuh bersih2 sejat air)
-bihun (dicelur dgn air panas sampai lembut sejat air )
-kuew tiaw (basuh,sejatkn)
-mee maggi
#pilihan mee bergantung citarasa masing2 ye..

KUAH: -
3liter air ❤
-ayam ambik bahagian tulang2 untuk rebusan.❤
(Kaki, leher..byk2 takpe)
-isi ayam bahagian dada
❤(rebus dh masak angkat,carik2an)
-halia 2inci ❤
(agak2 je dan ketuk2 skit)
-karot 1batang❤
-ubi kentang 2bji❤
-bawang putih 2ulas❤ (ketuk je)
-akar daun sup& daun bawang❤
(potong dlm 2inci dr akar bersama batang)
-satu sudu besar minyak bawang putih+bwg skali ❤
-serai 1btg❤ -
2sudu rempah sup (serbuk)❤
sy guna adabi😃 -kicap manis+kicap pekat❤ (jadi kn 1senduk,agak2
Korangla nk kuah hitam @ sedang2 je)
-secukup rasa maggi (1sb)❤
-pati bilis maggi (1st)❤
-serbuk kiub ayam maggi (1sb)❤
-garam❤ (agak2 je )
-gula❤ (agak2 )

CARA2
Satu kan semua bahan2 dlm periuk
Rebus ye jgn menumis lak.. biar betul2 menggelegak angkat isi ayam dahulu (Dh sejuk carik2an)
Kuah biarkn menggelegak lama
Rasakn dgn betul2 secukup2nya
-manis+masin(bila mkn baru ummphh!!!)

AKSESORI:
Bawang goreng❤ (buat sendiri lg sedap) Air lada ❤
(blend cabai,bwg putih 1ulas,cuka,garam,gula) Lada jerukl
❤ (cuka,lada besar hijau siam,garam,gula) Lobak asin jeruk❤
(beli siap je) Kacang tanah tumbuk (beli siap je)
Lada sulah ❤
Cili flakes ❤
Bwg putih jeruk❤ (,amik airnya sedikit +air suam.. blend pekat jgn cair )*
Secret resipi* Ikan bilis goreng rangup❤ isi ayam yg dh di carik2❤
Minyak bwg putih ❤

Cara membuat minyak bawang Putih :

(2labu bwg basuh bersih2 bersama kulit ye,jgn kopek kulitnya.tumbuk separuh lumat,
panaskn minyak 2mangkuk,
tumis jgn sampai garing tau..just bau wangi dn bwg dh kekuningan matikn api..nanti bwg akn jg lagi garing,kalau tggu garing baru matikan api nanti sejuk bawang akan sedikit garing dan rasa nya akan pahit tak sedap)minyak bwg putih ni nanti blh simpan lama.. blh buat masak lain2 menu. Sedap Sayur Taugeh Sawi (potong halus ) Kangkung (potong halus) Cara2 nk menghidang @makan (bg yg xpernah mkn) ❤Letak mee dlm mangkuk kuantiti ikut suka ❤Masukkan bahan2 aksesori - sukatan biasanya 1st@1sb setiap bahan (tapi agak2 la ye kot ada yg nk kurangkn itu lebihkn ini..suka2 hati anda ye) ❤Masukkan sayur kegemaran anda ❤bubuhla kuah nyaa..(pastikn kuah panas menggelegak baru best )

ADAM PEDAS TETEL

ASAM PEDAS TETEL
1/2 kg daging tetel di rebus dahulu selama 1 jam.
5cm halia
2cm kunyit
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam kisar semua bahan di atas
2 1/2 senduk cili kering (kisar)
3 keping asam keping @ asam jawa Sehelai daun kunyit 3,
4 helai daun limau purut
Sebatang serai di ketuk
1 cawan minyak masak
700ml air @ air rebus daging

Tumis bahan kisar di atas dan sebatang serai sampai naik bau, masuk kan lada kering kisar tumis sampai pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap, masuk kan daging tetel dan air sampai didih masuk garam dan perasa masuk asam jawa/asam keping daun limau daun kunyit tunggu didih siap.

Monday 8 August 2016

Nasi Tomato Tharunisa Jali

Resepi Nasi Tomato
Nasi
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air sedikit halia
1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu
bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
3 sudu besar tomato paste
1 kiub pati ayam
sebatang serai diketuk
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi dan sedikit minyak tuk menumis
garam
hiasan daun pudina dan bawang goreng

caranya
1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap
2. Dalam Kuali ..panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis
3. Tumis sehingga naik bau...masukkan tomato paste, serai, kacau sebati.
. 4. Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air...dan garam.. tanak seperti tanak nasi..dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2 ye... ## sukatan air bergantung pada beras yg digunakan...
Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan ...

Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam dpotong kecil
2 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili/sos tomato
garam gula minyak utk menumis dan bawang besar dipotong bulat tuk hiasan

caranya
1. ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit. 2. kisar bawang besar, bawang putih dan halia
3. Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak..tumis biar agak lama dgn api perlahan
4. masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
5. dah agak2 kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan dgn garam
6. masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.

Resepi Dalca
daging, hati dan paru lembu dan sayur
300 gm daging lembu dipotong kecil hati lembu dipotong kecil paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
2 biji bawang besar sederhana saiz
3 ulas bawang putih
3 sudu rempah dalca
1 mangkuk santan sedikit halia
sedikit air asam jawa

bahan penumis
minyak masak garam dan sedikit gula sayur kacang panjang terung bendi ubi kentang lada hijau carrot caranya
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus serta bahan penumis sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah dalca..biarkan ia sebati dan pecah minyak
2. masukkan sedikit air dan masukkan daging lembu biarkan ia empuk..kemudian masukkan hati lembu dan paru lembu
3. Kemudian baru masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula
4. Jika agak pekat masukkan sedikit air dan masukkan air asam jawa
5. Setelah mendidih masukkan sayur yang telah dipotong... biarkan ia masak...

Resepi Acar Timun
timun dipotong memanjang dibuang empulurnya
Carrot dipotong memanjang
nenas di potong
bawang di mayang halus
sedikit cuka garam dan gula
air kapur timun,bawang dan carrot setelah dipotong di rendam kejap ngan air kapur utk merangupkan .
setelah itu bersihkan kembali timun tadi kemudian masukkan cuka sedikit, garam dan gula..dan nenas..kacau sebati dan boleh masuk dlm peti ais

SERI MUKA DURIAN

#ResepiSeriMukaDurian
Bahan Lapisan Bawah
(loyang 10 inci)
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1 sudu kecil minyak
sedikit garam

Cara-Caranya
Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam. Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan cair yg bercampur sedikit garam.
Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
Setelah masak, angkat dan tekan2kan sehingga padat.
Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan isi durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung tepung kastard
1/4 cawan tepung beras
1 s/k garam

Cara-Caranya
Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
Masukkan tepung gandum,
tepung kastard dan garam.... kisar lagi.(kalau blender tak muat, blend separuh2..) Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning. Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana. Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik dan hidangkan.

Pau lembut gebussss

Pau lembut 1 kg tepung gandum 1 bkus mauripan 1 sk baiking powder 2 sb gula 1/2 cwn minyak 800 ml air 2 sb susu pekat 2 sb shortening Satukan semua bhn gaul spi sebati...masukkan air separuh uli agak keras masukkan lbihan air tdi..uli spi doh mjadi lembut...agak2 melekat tuang minyak di telapak tangan uli lgi...biar sekejap..dah naik baru bulat2kan n masukkan inti n kukus..

RVC

KEK RED VELVET MOIST
jom tengok resepi.. R
ESEPI KEK RED VELVET MOIST
Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur A
esen vanila

Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan gula kastor
1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
Sediakan buttermilk -
Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan
1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10 minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4 cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur.
Pukul hingga kembang.
Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi.
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati.
Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Monday 1 August 2016

KOLE kacang

KOLE KACANG

Taik mnyak: 1 cwan santan pekat.(pati) Msak atas api sdang bsar,kcau slalu smpai pati sntan btukar warna dan bgetel2.
Agkat dan toskan mnyaknyer.(lbihan mnyak jgn buang).
1 cwan air biase.
1 cwan gula biase.
1 cwan gula merah.
Sehelai daun pandan (aku x pkai pun). (Smua bhan ni d msak smpai gula tu larut,kmudian d tapis dan sjukkan dulu).
2 cwan santan (perahan biase,jgn cair sgat).
1 cwan t.kcang hijau.
Cmpurkan air gula dan lbihan mnyak tdi ke dlm mgkok tpong dan larutkan sbati,jgn ade yg bgentel tpong tu.(tpiskan dululah.) Kmudian msak atas api kecik smbil d kacau slalu. Msak smpai kole tu pekat,likat dan bekilat. Kmudian tuangkan dlm bekas dan tburkan taik mnyak tdi rata2.

Gerang Asam

Gerang asam RESEPI #1
GERANG ASAM (ASAM PEDAS DAGING)

Bahan-bahan
• 1/2 kilo daging tetel (dibersihkan)
• 4 batang serai (diketuk),
• 5 helai daun limau purut •
1 inci lengkuas (diketuk)
• 1 inci halia (diketuk)
• 1 sudu besar kunyit serbuk atau
1 icni kunyit hidup (ditumbuk halus)
• 150 g chili kisar (kalau suka pedas boleh dilebihkan)
• 10 -15 biji lada hitam (ditumbuk halus) • 5 ulas bawang putih (diketuk)
• 4 ulas bawang merah (diketuk) • sekeping kelapa (dibakar hangus, dikikis yg hitam2 tu, dan diketuk) masukkan semasa lauk tengah mendidih-harum bau kelapa tu akan membuat kuah menjadi sedap
• minyak untuk menumis
• asam jawa,garam dan serbuk perisa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
Masukkan bawang putih, bawang merah, lada hitam, kunyit, lengkuas, halia, daun limau purut dan serai. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan cili dan goreng hingga garing. Masukkan air asam jawa. (Masukkan air asam jawa secawan dulu, lepas tu biarkan mendidih sekejap, supaya naik minyak) lepas tu perah lah lagi air asam sehingga menjadi 5 cawan
3. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan daging tetel. Biarkan ia mereneh hingga daging lembut dan masukkan garam, serbuk perasa dan sekeping kelapa yg telah di bakar tadi.
4. *kuah biar lebih sedikit supaya daging dapat mereneh lebih lama. Kuah jagan terlalu pekat atau terlalu cair. Boleh dihidangkan bersama nasi atau cicahan roti atau lempeng kelapa dan sebagainya.