Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday 30 November 2015

Kwan Specialist Medical clinic

entah kenapa tiba tiba iza tak boleh jalan.. nak masuk dalam rumah dari kereta pun ambil masa 30 minit.. sebab tak tahan.. iza g hospital tampin.. kat sana doc cakap gel lutut dah habis.. dan untuk prosidur menambah gel dihospital kerajaan makan masa..
so pakcik nizam pekerja kebun sawit iza cadangkan supaya iza dapatkan rawatan di klinik doc kwan..
klinik kwan ni terletak di seremban .. lepas keluar tol seremban akan jumpa mc Donald yg besar.. sebelahnya ada sekolah tahfiz as sofa.. klinik ni terletak bersebelahannya..

kalau di klinik kwan ni biasanya memang orang ramai.. kebanyakan dari Indonesia.. kalau datang sebelah tengahari memang tak dapat nombor.. iza datang seawal jam 7 dapat no 30.. doc ni memang expert.. bila iza cakap kaki kurang gel.. dia terus piuh piuh kaki.. kemudian doc ni cakap.. ni bukan masalah gel lutut..kemudian di x ray keputusan x ray tunjukkan yg iza punya masalah saraf di pinggang.

selepas mendapatkan rawatan acupuncture dan suntikan di bahagian pinggang.. iza rasa selesa sikit. bayaran dikenakan rm 280.. diminta dating 2 hari kemudian..

selepas mendapatkan rawatan selama 3 kali.. Alhamdulillah dah sihat..

cara nak dapat no ni agak susah sikit
kena dating awal .. tulis nama di kertas dan tunggu sehingga seorang runner dating sekitar jam 7.30.. tunggu sehingga dapat nombor yang dilaminate.. lepas tu barulah boleh dapatkan sarapan kerana doc akan datang pada pukul 9.30 pagi..