Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday 9 December 2016

Maafkan aku.. Isterimu

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 SYURGA SEORANG ISTERI
dugaan paling besar adalah bersabar.. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja. Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya! Jadi seorang isteri, perbanyakkanlah minta maaf daripada suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya kepada sesiapa.. Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan daripadanya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarka n kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita. Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluark an potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya! Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta daripd Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumah-tangga kita. MasyaAllah indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin kah kita untuk mendapatkannya? Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah... Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami dan diberi kesabaran ya Allah. Aamiin. Aamiin YRA

Monday 5 December 2016

Ulangtahun perkahwinan ke 20

20 anniversary

Alhamdulillah
20 tahun sudah..
Takkan indah Kalau tak tergigit lidah, Kadangkala terpaksa ditelan mentah mentah..
Walaupun tak suka terpaksa dimamah..
Adakala dipaksa untuk muntah,
Bila badai melanda dengan megah... Datang menerjah!
Sehingga berkeluh kesah..
Apa yang datang harus dipangkah! Kena tabah!
Jangan mengalah!
Biarpun susah!
Biarpun payah!
Biarpun kudrat semakin lemah Perlahan.......
melangkah...
Melangkah...
dan melangkah...
Selagi belum dihimpit tanah..
Kerana nikmatnya rahsia Allah..

Semoga dikurniakan mawaddah
Semuaga berterusan istiqamah
Semoga beroleh Rahmah
Semoga jodoh sampai Jannah..