Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday 31 October 2011

sup gear box dan daging payau (rusa)

payau... local call untuk rusa.. kalau kat semenanjung memang mahal la. dulu mas di semporna selalu dapat makan dagingnya.. pindah kota belud masih juga boleh menikmatinya.. sedap kalau pandai masak. masa duduk di kb en hubby selalu pergi memburu sampai ke paitan .. satu kawasan yg payaunya di tepi jalan raya sahaja dan boleh ditembak jika ada permit memburu.. syokkan di sabah.. macam macam adaaaaaa..

hari ni 1. 11.11 (1 nov 2011) iza nak share resepi sup gearbox payau..
bahan - bahan 
payau
bawang merah(siska) teringat kat sinetron indon (hehehehe)
bawang puteh (alya)
rempah tumis
daun sup
bawang goreng
lada hitam
dan sekepal nasi putih yg diblender halus dengan 4 biji cili padi (ni resepi iza kalau x ada cili pun x apa sebab halia dan lada hitam dah pedas) .. 
garam
halia
serai

cara
rebus  payau sampai empok
tumis rempah 5 bersama bawang hingga naik bau
masukkan air dan masukkan rebusan payau
masukkan halia serai lada hitam 
tunggu hingga mendidih
masukkan nasi blender
reneh 
last masukkan garam ..
masa menghidang masukkan bawang goreng dan daun sup
taraaaa.. jemput mamam... jangan lupa baca bismillah




pau incredible hulk


hari ni iza cuba buat pau.. tengok kat blog orang lain semua cantik .. ntah mana silapnya .. ubi keledek yg iza beli warna ungu berubah wajah bila dimasukkan sedikit serbuk penaik...

jadi pau yg sepatutnya berbentuk bunga ..akhirnya menjadi pau bentuk periuk kera... kera pun kera la.. yg penting everyday i learning more.. practise make perfect..  insya Allah.. belajar dari pengalaman.. walau bagaimanapun... ni iza cuba kongsikan cara nak buat....

bahan bahan
keledek bewarna.. 
sedikit tepung
serbuk penaik
inti... 

cara
rebus keledek dan lenyek sehingga lumat
masukkan tepung yg telah dicampurkan dengan serbuk penaik
uli sebati.. 

doh digelek seperti gambar diatas



masukkan inti dan gulung seperti kuih ketayap
lepastu potong dibahagian tengah menggunakan pisau plastik
kemaskan bahagian yg dipotong 
bahagian atas dijadikan kelopak


siap untuk dikukus

saja nak tunjukkan intinya



Sunday 23 October 2011

nasi ayam


‎2 ekor aym di potong 2
Halia inci- ketuk
5 ulas bwg putih
1@2 sd teh srbuk lada hitm
---rebus ayam buat sup brsama bahan tadi

Nasi pula:
Marjerin utk tumis
1 labu bwg besar
2 bj bwg ptih
1 sd teh myk bijan
2 hiris halia
Beras 1 pot
Air rebusan sup ayam 1 stengah pot(ikut jenis beras)+air kosong1/2 pot
Tumis bwg besar ndan bwg putih, bila wangi dan emas warnanya, masukkan minyk bijan dan hali sama beras, gaul kacau beras biar sebati, pas tu masukkan air sup +air kosong
Masak sampai masak

Sos
6 bj cili merah
1 ulas bwg putih
1 cm halia
Sejemput daun ketumbar
Air limau kasturi(secukup utk masamnya)
Gula
Garam

from the bottom of my heart


  • ✿◕ ‿ ◕✿
    ditengah malam sunyi
    apakah akan ku temui
    sesuatu yang dicari
    tunjukkan daku redhamu Illahi
       


  • ✿◕ ‿ ◕✿
    panjatkan doa padamu Illahi
    semoga ketenangan diperolehi
    dalam meneruskan hidup yang berbaki
    sebelum diri melangkah pergi
     ·  


  • ❤¸.•*""*•.¸❤
    bila rindu pejamkan matamu
    bayangkan saat indah dibuai mimpi syahdu
    teringat akan masa kecilku
    tapi semua itu sudah berlalu


  • ‎(¯`v´¯) dikeheningan malam tak lena mata dipejam
    .`·.¸.·´ kukutip kenangan semalam
    ¸.·´¸.·´¨) ¸.·*¨) apakah cintaku padamu sang pencipta alam
    (¸.·´ (¸.·´ .·´ ¸ semakin hari semakin mendalam????

Andai tahu usia hidup akan berakhir esok hari jelas terukur,
maka tetaplah semangat dan tersenyum sampai jasad terkubur.
Hingga malaikat mencatatnya sebagai hamba yang bersyukur
 dan dunia akan mengenangnya sebagai manusia yang luhur…

❤¸.•*""*•.¸❤
jadilah manusia yg sentiasa bersyukur
jauhi dari bersifat kufur
luangkan masa untuk bertafakur
sebelum jasad diusung ke kubur

kenangan iza dan abah


nama abah iza..  Ahmad Bin Mahmud .. sama macam nama pelakon zaman P.Ramlee... (hehehehe)

abah,
saat orang punyai bapa .. iza cuma punya masa 8 tahun sahaja dengan abah.. tak banyak kenangan dengan abah.. abah kerja kampung .. buat apa saja asalkan dapat rezeki halal untuk besarkan kami 8 beradik. waktu tu abah hanya mampu miliki sebuah basikal tua. itulah kenderaan rasmi masa tu.. dan kalau nak jalan ramai2 ...abah pinjam beca kawannya.. iza dan ina serta edi pasti punya tempat dilantai.. juntaikan kaki kebawah.. seronok bila kenang zaman kecil bersama abah.. abah suka belanja kami  makan bubur trigu dekat kedai long berahim abang abah yg sulung.. 

satu hari abah dimasukkan kehospital.. masa tu iza  8 tahun ..ina 6 tahun dan edi 3 tahun..lama juga abah di hospital melaka tapi jarang juga dapat melawat abah masa tu,  dan tanggal 14 disember abah dipindahkan he hospital kuala lumpur akibat kanser.. apalah yg budak 8 tahun faham pasal kanser ... 15 disember.. jiran sebelah rumah buat kenduri kahwin.. semua orang seronok tapi tidak untuk keluarga iza.. teringat abah ..teringat kat emak yg tak biasa dengan kuala lumpur..

16 disember.. jam 4.30 petang
waktu tu iza seronok main teng teng dengan kawan kawan dihalaman rumah..tiba tiba di rumah jiran didatangi anggota polis.. seorang kawan berlari kearah iza dan beritahu "iza .. abah kau dah meninggal" .... iza tak percaya sebab anggota polis tu bukan beritahu di rumah iza sendiri.. kakak dipanggil dan anggota polis memberitahu perkara yang sama..akhirnya.. berita itu sahih lagi nyata bila jam 8 malam jenazah abah selamat sampai kerumah.

iza dan semua adik beradik bertukar status.. "anak yatim" 

sehari selepas abah dikebumikan ..iza duduk bawah rumah..iza jumpa joran abah...kegemaran abah waktu lapang ..memancing. iza peluk joran abah tapi apalah maknanya.. kayu yg kaku .. takkan sama dengan pelukan abah pada iza.. 

waktu tu emak berumur 34 tahun ..balu  beranak 8 tapi mak seorang yg gigih ..mak buat macam2 kerja demi membesarkan kami semua.. membesarlah kami tanpa seorang bergelar abah...  mulai saat itu emak lah ibu dan mak lah abah.. walaupun banyak pinangan tapi cinta mak utuh buat abah.. terima kasih ya Alah sebab meminjamkan emak buat kami semua hingga kehari ini.. semoga emak sihat selalu dan sentiasa dibawah lindungannya..

emak selalu cakap kalau nak tengok rupa abah.. tengok iza dan kok long.. memang iza dengan kak long berbeza dari adik beradik yg lain..biarlah berbeza tapi tetap dari darah daging yang sama
mak cakap mata iza dan kulit iza ikut abah... patutpun iza gelap.. terlebih pigmen melanin abah rupanya... ahh biarlah semua tu kejadian Allah .

iza membesar tanpa kasih seorang abah  tapi iza juga tak punya banyak dosa dengan abah sebab Allah lebih sayang abah dari kami semua dan masa dengan abah sedetik cuma.. 


sempena hari bapa.. al fatihah untuk arwah abah dan semoga tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. budi abah tetap iza kenang..terima kasih abah..

hargai apa yang kita miliki dan tunjukkan kasih sayang kita semasa mereka masih hidup..

alahai anak.. aduhai emak bapa


anak adalah anugerah Allah .. terpulang kepada kita 

untuk mencorakkannya.. ia juga satu amanah dari Allah..

 mempunyai anak adalah pelengkap hidup berumah 

tangga.. pastinya setiap ibu bapa ingin memberikan yang

 terbaik untuk anak- mereka. kadang kala biar ibubapa 

tak makan asalkan anak tidak kelaparan.. ibu bapa 

sanggup melakukan apa saja asalkan anak hidup 

selesa.. anak ditatang bagaikan minyak yang penuh...

 wahai anak tidak kah mengerti bertapa mulia 

pengorbanan ibu bapa... 

sebut pasal makan.
.. 
mari kita kongsikan ayat ini... "halalnya dihisab ..

haramnya diazab" apa yg terkandung disebaliknya.
.
 renung dan renung dan renung dan renung....... .kerana 

pemakanan yg halal dan haram ini mempengaruhi .. 

moral..sahsiah dan perwatakan. apa yg disuap kemulut 

anak anak itu yg jadi darah daging..  kita sendiri tahu 

dari mana datangnya sumber makanan yg kita dapat... 

jika haram itulah yang membentuk hati yang hitam dam 

kusam.. anak2 yang degil akan terhasil. .. SUBHANALLAH

aku...

hidup ku dikelilingi remaja belasan tahun yang melebihi 


500 orang.. pelbagai kerenah!.. suami yg bekerja sebagai 

guru penolong kanan HEM  dan KETUA WARDEN 

.. memang aku cukup masak dengan perangai mereka 

yang ku anggap sebagai anak . apa yang dilakukan

bukan minta perhatian tapi sekadar memenuhi  tuntutan

 kemanusiaan.. tak payah aku sebut satu persatu apa yg 


aku dah lakukan utk mereka.. tidak pernah terlintas untuk

membezakan yang "jambu" ,"balaci" dan "taiko" .. semua

 kuanggap sama.. pada kami itu semua adalah amanah! 

takut bila dipersoalkan kemudian hari tentang amanah yg

 diberi .. MASYAALLAH

rata rata remaja hari ini inginkan kebebasan.. apa 

maksud bebas bagi mereka??? bebas melakukan apa

 saja yang dia mahu tanpa mempedulikan apa yg 

dinamakan undang-undang dan peraturan. bagi mereka 

mereka lah "all king"  bila berjaya melakukan sesuatu yg 

bertentangan dengan undang-undang dan peraturan..

 apa yg aku tulis ni memang apa yg aku sendiri buat ...

 tangkap budak merokok.. bercouple (walaupun seluar 

dalam masih mak bapa yg tanggung)..curi keluar  dan 

macam -macam benda yg buat mereka merasa bangga. 

(walaupun aku bukan guru atau warden mereka).

kalau nak ikut aku boleh tidur lena .. tapi dalam kamus 

hidup aku memang tak ada ayat ni 

"ADA AKU  KESAH???" 

ibu bapa

tolonglah jangan percaya apa yg dikatakan anak-anak 

sepenuhnya.. letakkan sedikit keraguan.. kesangsian.. 

dan pintu rumah aku memang sentiasa terbuka untuk 

berbincang mengenai masalah disiplin anak- anak.. dan

 kediaman rasmi aku bukanlah tempat untuk membuat 

serangan atau tohmahan.. kami lebih senang berbincang 

dan sentiasa mengalukan cadangan-cadangan yang 

membina.. tapi bukan semua ibu bapa yg faham.. 


melempar kata kata yg agak kasar atas benda remeh 

temeh..tahan telinga.. pendam rasa.. sampai kadang kala

 mulut laser mereka buat aku berjurai airmata.. 


anak anak semua

mungkin sekarang kamu leka dengan dunia remaja.. 

padahal dalam masa yg sama kamu harapan ibu bapa.

. bukan wang ringgit yg jadi taruhan ..tapi kejayaan

anak2 amat diharapkan.. mungkin sekarang kamu belum

 tahu erti kehidupan .. semoga  kamu diberi kesedaran 


dan keinsafan.....

YA ALLAH BANTULAH ANAK-ANAK INI


SEMOGA REDHAMU JADI MILIK MEREKA


BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT




 SEKADAR MELUAH APA YANG DIRASA


 JUGA DIKONGSI DENGAN IBU BAPA


 KERUNTUHAN MORAL SEMAKIN KETARA


 JANGAN PERCAYA ANAK ANDA SEPENUHNYA

~~umiliza~~

Wednesday 19 October 2011

asam pedas diraja

Bahan A
Kunyit hidup 1 "
Halia 1 "
Sedikit belacan (dibakar)
cili kering (1/2 bekas blender) - dipotong kecil utk keluarkan bijinya.
(Rebus smp mendidih, cuci & toskan.)
2 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih

Ikan Merah - isi ikan 2 keping+ kepala ikan (boleh ganti ikan kembongt/ikut suka)
Air panas
2 batang serai - diketuk
2 keping asam gelugor (asam keping) - ikut suka
1 pokok daun kesom (50sen) - ikut suka
2 biji tomato (potong 4) - ikut suka
1 batang bunga kantan (xde pun xpe) - hiris - ikut suka

Cara-caranya :

1. Lurutkan daun kesom dari batangnya... Batangnya diramas dalam bekas ikan dan rendam seketika... untuk membuangkan bau hanyir ikan.
2. Jerang air untuk memasak asam pedas,,
3. Blender Bahan A sampai halus.
4. Panaskan kuali, letak minyak,,sedang-sedang..jangan sikit sangat,, jangan banyak sangat. agak2 je...
5. Tumiskan Bahan A sampai naik bau, masukkan serai dan asam gelugor.
6. Masukkan garam dan perisa (ajinomoto)- kalau suka
7. Gaul sehingga sebati dan tuangkan air panas.. Masukkan daun kesom dan biarkan seketika.
8. Masukkan ikan, tomato, dan bunga kantan...tunggu sehingga mendidih..
9. Jangan biarkan terlalu lama mendidih, nanti ikan hancur,,,
10. Siap untuk dihidang... Selamat mencuba..

Tuesday 18 October 2011

kek oren blended


KEK OREN BLANDED...
1 biji limau oren
2 cwn gula halus
1 cwn minyak
3 biji telur
2 cwn tepung gandum}ayak
1sb baking powder }ayak

caranya..
-cuci limau,potong dan buang biji dan urat tengah yg putih tu
-potong limau kecil2 dan blend sekali ngn kulit bersama minyak dan telur serta gula
-blend hingga halus
-tuang bahan yg di blend ke dalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
-kacau sbati
-alas dulang dgn kertas minyak dan bakar hingga masak
-suhu 170c dalam 45min atau hingga masak


yg ni  iza buat truffle.. sedang disejukkan




yg ni kek oren yg dah siap masak



 ni 2nd step memarblekan atau buat lorekan


ni tepung yg warnanya diselang selikan
selamat mencuba...

bihoon bajet aka bihun malas

bahan
bihun
telur
sayur
bawang putih
lada hitam biji yang ditumbuk
serbuk cukup rasa

cara
tumbuk bawang putih dengan lada hitam dan tumis
masukkan air dan serbuk cukup rasa
masukkan telur
masukkan secawan air
masukkan bihun
kacau rata
taraaaaaaaaaa.. dah siap..

Friday 14 October 2011

how to make a meat ball


ni meat ball


bi bakso tapi iza guna mee kuning.. blasah aje.. janji anak2 suka

600 g daging cincang
3 sb tepung jagung
1/2 sb lada putih serbuk
1 sb ketumbar serbuk
1 sk jintan manis serbuk
1 sk jintan putih serbuk
2 hiris halia – ditumbuk halus
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1 biji telur
garam secukup rasa


Cara Penyediaan


1. Gaul rata semua bahan2 dan perap sebentar.
2. Bulat2kan adunan menjadi bebola kecil.
3. Panaskan air hingga mendidih dan rebus bebola.Angkat dan toskan.
4. Boleh di makan begitu saja, di goreng atau di gunakan sebagai masakan seperti spegeti, bakso

Wednesday 12 October 2011

10 surah

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

kek kukus mix fruit

 kek kukus ni iza belajar dari arwah ibu mertua. kena kukus  4 jam.

bahan bahan
5 cawan tepung gandum
5 biji telur
2 cawan gula kasar
2 cawan planta
11/2 cawan gula hangus (ikut warna yg disukai dan masukkan 1 cawan air )
esen limau
bikrbonate
cream of tartar
mix fruit

cara
kacau gula dengan planta
masukkan telur
masukkan tepung yang diayak bersama bikabonate dan cream of tartar
masukkan gula hangus
masukkan buah-buahan campuran
kukus selama 4 jam

tips.. gaul mix fruit dengan tepung gandum agar buah2 yg kita masukkan tak mendap kebawah
jika sewaktu mengukus nak tambah air kukusan pastikan tambah air panas
tutup adunan dengan aluminium foil sebelum mengukus bagi memastikan wap kukusan tak jatuh atas kek

selamat mencuba.. al fatihah untuk arwah mak.. zaharah hamzah

Tuesday 11 October 2011

kek lapis cream cokelat

Kek Lapis Krim Coklat


16 biji kuning telur
4 biji putih telur
400 gm mentega
180 gm tepung Hong Kong
1 sudu makan ovallet
200 gm gula halus
1 tin sederhana kaya
4 sudu makan susu pekat manis
100 gm tepung aiskrim vanilla
100 gm tepung aiskrim coklat
1 kotak aiskrim vanilla
1 kotak aiskrim coklat
2 sudu makan koko

Telur dipukul bersama gula dan ovallet sehingga kembang.
Masukkan tepung Hong Kong, pukul hingga sebati / pekat
Mentega, susu dan kaya dipukul di tempat berasingan sehingga putih dan sebati.

Campurkan kedua-dua adunan, dan digaul rata.Bahagikan kepada dua bahagian :
* campurkan tepung aiskrim vanilla dan aiskrim vanilla
* campurkan tepung aiskrim coklat dan aiskrim coklat dan serbuk
koko.
Bakar berlapis-lapis secara selang-seli. 

Monday 10 October 2011

cheese cake with blueberry filing

buat kek span macam biasa
belah 2 dan sapu blueberry jem
pastu mix cheese philidelphia dengan susu pekat manis..
masukkan perahan air limau
pukul hingga gebuss pastu touch up atas cake
ambil kepingan cheese dan mayang halus.. tabur atas  kek.
ikut suka korang nak make up tebal mana

rendang ayam .. resepi arwah ibu mertua...

bahan
ayam
kerisik
santan
asam keping
gula merah bukan gula melaka
serai dimesin halus
langkuas dimesin halus
bawang merah dimesin halus
bawang putih dimesin halus
halia dimesin halus
daun limau purut disiat siat
daun kunyit dimayang halus
lada api dimesin
garam
kunyit serbuk

cara...
campurkan semua bahan kecuali kerisik  dan asam keping ..ni bila daging dah empuk
last masukkan daun limau dan daun kunyit..


ayam black paper

resepi 1
.mayang bwg besar n bwg putih,lada hitam d blende.....
tumis bwg smpi naik bau..pas2 msukkan lada hitam td....
msuk sedikit air....msuk perasa ikut rasa...
kalu nk pekat letakkan tpg jagung...
kepekatan ikut suka....
pas2 anak2 saya suka suh sy msukkan sayur campur n kentang yg sudah d goreng dadu....
sedap jika mkn panas2...cubalh....  


  • resepi 2.
    5 sd sos tiram + 5 sd air + bwg puith 2/3 ulas cincang + lada hitam tumbuk 2 sd ...
    ditumis bwg& lada hingga sikit garing,masukkan sos & air...biar didih & masukkan setitis 2 minyak bijan
      

  •  Kalau anda ada mengunakan daging sebagai bahan lauk dalam black pepper.Letakan sedikit ketumbar biji, jintan manis, halia & bawang putih. Tumbuk hingga lumat. Letakan rempah ratus - Kayu manis, bunga cengkih sedikit, buah pelaga dan bunga lawang. Kicap manis dan sedikit kicap masin.Insyaallah.

Friday 7 October 2011

kek coklat kalapul..

kek cokelat.. colourful... heheh suko2 mokcik  bagi nama

bahan bahan
10 biji telur ayam
16 oz mentega
1 botol kecil horlick
2 gelas gula kasar
1 gelas air
3 1/2 gelas tepung gandum
4 bar cooking chocolate
4 sudu makan browning
6 sudu makan golden syrup
1 sudu bikabonat

cara membuatnya
1. 1 gelas gula dan 1 gelas air disejukkan
2. cooking chocolate dicairkan secara double boil
3. pukul telur dengan gula sampai kembang. mentega dan golden syrup digaul sehingga sebati ditempat yang berasingan.
4. campurkan adunan dengan adunan telur dan gaul rata
5. masukkan horlick dan gaul rata
6. masukkan air gula, bikabonat dan browning sugar
7. masukkan tepung dan gaul rata
8. akhir sekali masukkan cokelat yang telah dicairkan dan kacau rata.
9 kukus hingga masak...

topping
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1/2 cwn gula halus
3 sudu besar butter
5 sudu besar tepung jagung
masak dengan api perlahan dan bila dah likat .. make upkan atas kek
ikut tebal mana pun yg hang pa suka nooo..

karipap pusing .. gebusss

bahan2nya;

doh bahagian luar;tepung gandum 3 cawan


minyak 3 sdu


air sejuk 1 cawan(tuang sedikit2,cuma nak uli )


1 sdu gula(dilarutkan)

doh bahagian dalam;tepung gandum 1 cawan


margerin 3 sdu(jika kurang lembut,tambah skit)


*jika doh nya terlalu lembut,tambahkan skit tpg)


sbb akak membuat mengikut rasa tangan...



intinya;biasa la...ubi kentang/keledek..nak sedap tambah la daging atau ayam...


caranya;tpg bahagian dalam dan luar dibahgikan sama banyak..masukkan doh margerin tadi ke dalam



 doh tpg dan minyak.setelah cantik dibulat2kan ,kita gelekkan tepung td dan digulung dan ulang skali


 lagi cara tadi...selepas tu boleh la kita potong sekeping2 untuk diisi inti...mmg susak nak cakap macamane 


caranya...cubalah beberapa kali untuk mendapat hasil yang terbaik.

Thursday 6 October 2011

kuih bengkang pandan

tepung gandum
air perahan daun pandan
gula
garam
santan
telur
cara melebur dan bakar

kuih cara berlauk


  • utk kuih cara
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • Garam / gula
  • Utk inti
  • 6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)
  • 1/2 biji capsicum
  • 3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
  • 1 biji bawang besar di potong dadu
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • Sedikit Daun bawang di potong halus
  • Sedikit daun sup di potong halus
  • Garam n ajinamoto

Cara-cara

  1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.
  2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur sedikit air masak sehingga naik minyak masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya