Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday 30 July 2012

anak..

duhai apakah gerangan budi balasan
bagi insan ..melahir dan membesarkan
tiada bahagia jika tiada doa puja restu
syurga itu ..di telapak kaki ibu


lama dah tak update blog.. sibuk dengan pelbagai kerja..
tugas suami banyak iza yang bantu apatal lagi rumah kami di dalam kawasan sekolah..tugas suami sebagai ketua warden dan p k. hem.

"dalam hidup ini kita akan diuji oleh 2 perkara
1. anak
2. harta

hari ini iza nak cerita pasal anak.. di sekolah berasrama penuh semua ibubapa melepas tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru ,, warden . adakalanya ada ibubapa yang tidak boleh terima jika diadukan hal anak mereka.. contohnya ..hasil didikan disekolah.. anak pertamanya berjaya .. diikuti anak kedua... tapi bukan semua anak sama.. ada seorang budak..kalau abangnya memang baik sangat tapi entah dimana silapnya adiknya kelap melakukan kesilapan.. diberi peluang masih tidak berubah.

semalam 5orang budak lari dari asrama.. mereka ni semua peminjam duit dari iza.. bukan nak cerita pasal duit sangat ibubapa mereka dihubungi.. tapi selepas solat maghrib ada budak beritahu mereka dilihat  panjat pagar dan menyelinap masuk ke asrama.. lepas buka puasa dan solat iza dan suami masuk ke dalam asrama.. tiada pelajar didalamnya.. rupanya mereka dapat kesan kehadiran kami.. datang seorang bapa.. bertanya pasal anaknya.. nak jawab apa dah tentu anaknya tiada.. makanya kami pun terus solat isya dan terawih ..

lepas solat terawih datang lagi seorang ibubapa dan isterinya beserta seorang ahli keluarga.. waktu 2 dari 5 orang budak ni dah ada.. tazkirah pun bermula....


Thursday 5 July 2012

koktail buah wani

kenal buah wani?.. kalau orang sabah panggil wani orang semenanjung panggil buah kuini bukan "buah ku ini" ... hehehe

hari ni try buat koktail buah wani...
senang aje

bahan
buah wani atau kuini
santan
susu evaporate

sedikit gula


cara
kupas kulit wani dan cincang isi wani ikut suka
campurkan santan dan susu eva serta gula

sejukkan 
 selamat mencuba!!


so simple.. 

Wednesday 4 July 2012

malam tadi nisfu syaaban...
hari ni macam biasa tinggal sendirian.. rutin harian seorang ibu dan surirumah biasanya sibuk..sesibuk mana pun tetap on pc untuk update berita terkini..

lepas siap semua kerja rumah dan selesai menyediakan makanan untuk anak anak.. terus berhasrat menghadap pc.. langkah terhenti apa bila iza terdengar suara orang mengaji dalam rumah sendiri.. suara seorang perempuan merdu sekali.. puas iza cari mana datangnya suara ni.. tv tetutup.. radio pun sama.. henpon pun tak ada yang terpasang .. mp3 memang tak ada le...

hairan sungguh ... kemudian untuk memuaskan hati iza masuk rumah sebelah yg kosong dan kuncinya memang iza yang pegang.. tiada siapa .. tiada juga suara.. pulang kerumah semula... suara sama masih kedengaran...

SUBHANALLAH..... petunjuk apa yg DIA nak bagi ni.... 
antara doa doa iza malam tadi....

otak otak
bahan bahan
A: 1/2 kg ikan tenggiri dikisar halus

B: 10 biji bawang merah
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 sm kunyit hidup
30 gm jintan manis
30 gm jintan putih
2 batang serai
1 biji telur

C: 30 gm seerbuk kari ikan
5 gm daun ketumbar dicincang halus
1 helai daun kunyit dimayang halus
1 biji kelapa diambil santannya

daun pisang secukupnya
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

cara memasak

panaskan minyak dan tumis bahan b hingga naik bau
2. masukkan jintan manis jintan putih dan serbuk kari. setelah pecah minyak sejukkan
3. gaul gaul bahan tumis bersama isi ikan , santan dan telur daun kunyitdan daun ketumbar
4. sudukan adunan keatas daun pisang.gulung mengikut saiz yang dikehendaki. sematkan dengan lidi dan bakar hingga masak