Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday 29 September 2011

daging sumur



.Bahan-bahan ( seisi keluarga )

1 kg daging - dipotong & direbus hingga lembut.
7 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih, 2 cm halia muda - ditumbuk
2 sudu makan biji ketumbar, 1 sudu makan jintan manis, 1 sudu makan jintan putih, 1 sudu makan lada putih/hitam, 1/2 biji buah pala - ditumbuk / dimesin bersama.
beberapa butir rempah 4 sekawan & 2 btg serai - diketuk
kicap manis secukup kegunaan
3 biji kentang, potong baji & digoreng. kalau x rajin x pyh lah
1 biji bawang besar - hiris bulat.
sedikit daun sup & bawang goreng utk tabur
1/3 cekak suhun yg panjangnya dlm 6 inci

Cara-cara

1.panaskan sesenduk minyak, tumis bawang2,halia tumbuk td hingga wangi dan agak garing, campakkan rempah 4 sekawan & serai.
2.masukkan rempah2 goreng hingga pecah minyak, pastu masukkan 4 cawan air & kicap hingga sesuai masinnya. msk hingga mndidih lalu masukkan kentang (jika tak digoreng dulu td)
. 3.bila kentang agak empuk, masukkan daging, bawang besar & so un. biar semua bahan sebati & so'un kembang. suaikan rasanya. msakan ini x perlu garam & gula. jika kurang masin tambah saja kicap.
4.bila menghidang tabur bawang goreng & daun sup.

puding amoi tapi kalau dah berumur sikit jadi puding ah soh


bahan2nya.

utk warna putih.

1 cwn tepung hoen kwe warna putih
1cwn gula
1sdt soda bicarbonat
4 cwn santan (  selalu tambah santan dlm suku cwn ag..klu rasa nk tambah gak..jgn byk sgt nnti lembik)
garam secukup rasa ( suka buh lebih skit..bru terasa lemaknya..tp jgn le sampai masin lak ye)

satukan sume dalam periuk dan gaul je dgn tgn sampai gula larut dan tepung x berketul.

*utk semua  sukatan cwn tu.. lebih suka guna bekas tepung tu sendiri..yg mcm botol tu, senang cite xpyh bercawan2.

utk warna hijau

1 cwn tepung hoen kwe warna hijau
1 cwn gula
1sdt soda bicarbonat
4 1/2 cwn air.

campur sume dlm periuk lain..gaul dgn tgn pastikan xde gula dan tepung yg berketul.

Pastu masak kedua2nya serentak atas dapur. Kcau2 hingga masak dan berkilat.  slalu ada pembantu tlg kcau satu periuk..d satu periuk lagi

Dah masak..masukkan dlm bekas secara berselang seli..hijau..putih..dan seterusnya sampai habis. Pastu ambil lidi lorekkan atasnya. Biar kan sejuk..nk masuk peti ais pun bole..

Wednesday 28 September 2011

kelebihan surah al kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan 


bermaksud   sungai dan syurga


Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih 



wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan


ketika baginda 


bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa 


saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang 



dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah 



dibacakan surah ini  sebanyak 10 kali pada mata.



4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. 



 bagi ilham pada kita  dimana letaknya sihir itu.




5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika 



menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan 





 memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta 



izin lagi untuk berkongsi.- sumber ..tok wan



Friday 23 September 2011

kek cokelat yg gebuss my sis in law style (tq kak ina)


1 cawan susu
1 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
2 biji telor
2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan milo
1 sudu teh bikabonat
cara
gula + telor pukul sampai kembang
susu +minyak +air
tepung diayak +koko Dan bika sampai habis
kukus selama 1 jam

extra
tepung blue key 11/2 cawan +1/2 cawan gandum

nasi jagung

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
4 cawan beras basmathi
4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
½ cawan susu cair
½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam
kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara
1.basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit. 2.panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing. 3.masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
4.stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
5.stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
6.***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu

6.***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.



extra tips dari umi: kalau nak goreng gajus.. masuk kan minyak dan gajus sekali dengan sesudu majerin.. pastu baru hidupkan api .. goreng kekuningan dan angkat.. tak payah tunggu sampai cokelat sebab gajus akan terus masak setelah dikeluarkan dari kuali.. dan gajus anda pasti tak kecut 

donat yg gebuss celup cekelet lagi

bahan2nya..
600 gm tepung gandum
80 gm marjerin
60 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu susu pekat manis
1 paket yis
Air suam secukupnya
Gula kastor - untuk menggaul
MInyak - untuk menggoreng

Cara-cara
1.Air suam dicampur dengan gula, susu dan yis. Biar sampai kembang.
2.Gaul tepung, marjerin dan telur. Masukkan bancuhan yis tadi, gaul sebati. 3.Tambahkan air suam sedikit-sedikit sambil diuli menjadi doh yang licin, perapkan selama 20-25minit.
4.Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bebola kecil mengikut saiz yang dikehendaki.
5.Bentukkan bebola tersebut menjadi donat dengan menebuk lubang ditengah-tengah.
6.Susun di dalam dulang yang ditabur dengan sedikit tepung, biarkan naik lebih kurang 20-25 minit lagi.
7.Goreng hingga masak, bila agak suam barulah gaulkan dengan gula kastor.

8 kalau nak celup cekelet buat double boil pastu letak deko yg korang suka

acar rempah telo puyuh.. foooyooo


Bahan-bahan ( utk seisi kluarga )
bahan-bahan 10-15 biji telur puyuh( di rebus dn kmudian goreng)
1 biji timun
1 biji carrot
2 biji bwg besar belah 4
4 ulas bwg putih belah 2
cuka atau bole gnti dgn asam jawa
sedikit kerisik
(bhn-bhn tumisan) smua di kisar : 2 biji bwg besar 2 ulas bwg

Cara-cara
1.tumis bhn2 yang di kisar sehingga garing
,kmudian masukkn rempah kari dan rempah kurma,
setelah terbit mnyak masukkn pula cuka atau air asam jawa..biark seketika kmudian masukkn carrot dahulu sbb carrot lmbat empuk,di ikuti dgn timun dan telur puyuh..setelah agk pekat masukkn kerisik..

Thursday 22 September 2011

sup ketam nipah.. sesuai untuk redakan demam denggi

bahan bahan
sup bunjut
bawang
halia
garam
sedikit lada sula
air
ketam
daun sup dan daun bawang
bawang goreng

cara
ikut suka kamu

Wednesday 21 September 2011

ngomong dan ngobrolku dengan suami


selalu cakap dengan suami
hidup perlu berbudi
bukan minta puji
biarpun ada yg membenci
jangan peduli
biarpun ada yang mencaci
kena kuatkan hati
terus menabur budi
bukan untuk dibalasi
kalau ada yang menghargai
itu dah memadai
kalau ada yang buat kita sakit hati
manusia memang banyak kategori
apa yang kita miliki
semuanya dari Illahi
terus berbakti dan berbudi
selagi kita didunia ini
bila kita mati
semuanya akan terhenti
kecuali pahala yang ditentukan YA RABBI

aku dan placenta previa part 2.. 27 julai 2002


bila masuk minggu ke 30 usia kandungan.. iza terpaksa dipindahkan ke wad sakit puan .walaupun layak untuk berada di kelas 1 tapi iza tak dibenarkan berseorangan. jadi terpaksalah tinggal diwad kelas 3 yang kadang kala bilangan katil tak mencukupi dan ada yg terpaksa tidur beralaskan tilam dilantai.. iza diletakkan betul2 di depan meja jururawat bertugas.. (berat sungguh kes placenta previa ni).. di wad ini iza berjumpa semula 2 org doktor yg merupakan kenalan sewaktu di Semporna iaitu dr fauziah dan seorang dr lelaki kenalan di kb iaitu dr Razniwan.. mereka yg banyak beri semangat.. dlm pada itu iza kenal seorang lg dr pakar iaitu dr Hatta yg memang banyak beri nasihat.. menurut dr Hatta kes iza ni memang berat.. silap2 rahim akan dibuang terus jika temuni melekat dengan bekas pembedahan pertama (sewaktu melahirkan anak pertama yg  kembar).. 

minggu ke 32..
letupan berlaku... darah banyak mengalir... emergency.. ingat hari ni memang kena bedah ..iza di asingkan dari pesakit lain.. menunggu suami sampai dari KB utk tandatangan surat kebenaran... kuasa Allah.. darah yg mengalir berhenti... pembedahan tak jadi lakukan atas faktor.. paru2 bayi masih belum matang.. di tangguhkan.. minggu ke 33.. kejadian sama berulang.... kali ni doktor tangguhkan atas alasan bilik bedah penuh selepas memastikan keadan bayi dalam kandungan selamat... 

minggu ke 34.. 27 07 2002 (dua bulan di QEH)
hari sabtu.. hari yg seronok sebab hari ni anak2 dan suami datang melawat... 
makan tengahari disediakan....iza pun makan  nasi dari hospital..sebab hari tu suami ada kursus...(waktu kursus anak2 terpaksa ikut ayahnya )  bila mereka  sampai iza dah siap makan... dan dah ke bilik air untuk hantar tray.. dalam perjalanan menghantar tray.. " pop" terasa suatu letupan di dalam rahim.... subhanallah darah mengalir laju seperti air paip... ya Allah mungkin ini masanya..mungkin lepas ini iza tak dapat melihat dunia..

keadaan jadi kelam kabut waktu tu pakaian iza terus ditukar untuk ke bilik bedah.. muncul doktor memberi arahan pada nurse.. drip siap dipasang.. iza di letakkan di atas troli sementara menunggu arahan dari dr Hatta.. darah terus mengalir hingga  ke rambut. (sebab berbaring di troli ) . sewaktu menunggu .. nurse chek hemoglobin masa  tu ..13 ++ .. masih tinggi.. dalam masa menunggu.. hemoglobin makin rendah sebab darah terus mengalir ..  keadaan semakin  kelam kabut seorang nurse tersilap mendengar arahan.. sepatutnya iza TAK BOLEH DI BERIKAN SUNTIKAN UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES KELAHIRAN SEBAB JALAN KELUAR TERTUTUP.. tapi  injection dah dimasukkan ..  makin banyak letupan dirasakan terjadi dalam rahim iza.....  mau tak mau iza terus diusung ke bilik bedah.. yg iza ingat masa tu ..suami suruh mengucap.. banyak berzikir.. .sempat menatap wajah anak2 yg masih kecil. (aiman dan anis)  5 org doktor berlari2 anak mengusung troli ke bilik bedah.. last soalan yg iza ingat doktor tanya.. siapa nama awak?.. itu soalan manusia .. (macamana soalan mungkar nangkir ye?? ngerinya..) lepas tu iza tak sedar.....

maka lahirlah seorang budak lelaki.. yg tak cukup bulan..
melalui proses pembedahan..  jam 8 malam terjaga dari tidur akibat ubat bius yg sudah tidak berkesan... sakit... nurse terus check HB .. 3  saja?.... rendah dan merbahayakan .... terus dimasukkan darah dari penderma yg iza tak tau milik siapa.. siapa pun dia .. hanya Allah yg mampu membalas segalanya..... 
bayi diasingkan ke unit NICU.. 2 hari selepas tu baru diberikan ... bila terima bayi tu.. darah kering menyeluputi badannya ... sedih tengok keadaan dia waktu tu..  dan hari ni Aiff Hafizzuddin dah berumur 9 tahun.. temuni yg sepatutnya sekeping daging  jadi hancur ..3 hari selepas itu iza dibenarkan pulang..  
orang kata bayi yg dilahirkan 8 bulan tak berpeluang hidup lama.... subhanallah.. kuasa Allah mengatasi segala.. Dia berbuat sekehendaknya...TERIMA kASIH YA ALLAH atas kesempatan yg diberikan..

dalam menghadapi situasi ini orang yg banyak membantu ialah Pn Radhiah Muhammad yg merupakan PK HEM smk agama Kota Kinababalu pada waktu itu.. dialah yg meziarah iza setiap hari dgn makanan dan kata2 semangat.. dia juga yang mahu iza tinggal dirumahnya selama seminggu sebelum pulang ke KB selepas melahirkan.... Tak terbalas budi baiknya.. Terima Kasih Kak Yah..

biodata Radhiah Muhammad (yg iza tahu)
mantan PK HEM  SMAKK
isteri kepada Ust Muhammad Deraman (mantan ketua Sektor Pengurusan Islam Dan Moral)
kemudiannya menjadi Pengarah Di MSD.. (Malaysian Student Department Jordan)
sekarang telah kembali ke Malaysia .
Pn Radhiah sedang berkhidmat sebagai pengetua di SMK Titiwangsa Kuala Lumpur.
. dengan gred pengetua cemerlang DG52.. Tahniah Kak Yah.. 

aku dan placenta previa type 4....... part 1


tau pasal placenta previa type 4?? 
huraian yg ringkas.. temuni atau uri berada di bahagian bawah servik. senang cakap jalan keluar secara normal untuk melahirkan anak tertutup oleh temuni. ada 4 jenis ada yg masin berpeluang untuk temuni naik ke tempat asal .tapi kalau dah type 4 memang orang bajau bilang "nyaun harapan". 

jalan penyelesaian adalah LSCS (Lower Segment Caeserian  Section) senang cakap dibedah..

inilah terjadi pada iza 9 tahun lalu.. sekadar berkongsi sedikit pengalaman bila berada jauh dari keluarga. untuk mengesan placenta previa ni biasanya apabila kandungan melebihi 4 bulan.. antara tanda yg paling ketara ialah terdapat darah keluar dari vigina  pada peringkat permulaan. jika ianya dikesan awal ..sehingga bayi lahirlah ibu akan dikuarantin di hospital. huhu.. cuti panjang yo!

perkara ni terjadi kat iza sewaktu mengandungkan anak ke 3. waktu tu kami tinggal di Kota Belud.. berpakat dengan doktor minta supaya dikurantin masa kandungan berusia 6 bulan.. sebab bukan di KB tapi terpaksa ke Queen Elizabeth  di Kota Kinabalu yg jarak perjalan mengambil masa 1jam 30 minit dari KB.waktu tu Aiman baru berumur 4 tahun dan Anis baru 2 tahun..  terpaksa berpisah dengan anak-anak.. nak surh saudara jaga.. memang kami tak punya siapa.. mau tak mau .. terpaksa hantar nurseri.. berpisahlah iza dengan anak.. tak boleh pulang rumah sehingga kandungan dilahirkan..

duduk di hospital... 
masuk hospital 26 05 2002.. berehat.. tanpa buat apa2.. tidak dibenarkan kemana2 ..risiko amat tinggi jika berlaku pendarahan.. pergerakan sentiasa diawasi... hari2 terpaksa tunjuk tuala wanita yg dipakai dengan nurse.. huh.. boringnya Allah aje yg tahu.. masa tu suami dan anak2 cuma datang melawat hujung minggu aje.. tak pa lah.. faham juga keadaan.. semua kami begitu sehingga letupan dalam rahim terjadi.. aduii.. masa tu bukan ada hp..mp3..iPhone..  facebook jauh sekali.. hahahah.. maka en suami tau iza minat cross stitch jadi itulah kerja iza hari2 sambil menunggu 3 bulan lagi utk due date..

cabaran kat ward ni... (wad khas untuk ibu2 yg berehat sementara dipindahkan ke wad sakit puan)
bila tak dibenarkan kemana2 nak ke surau pun tak dibenarkan. ada satu nurse berlainan agama marah bila iza nak solat.. mengaji atau apa2 yg berkaitan.. jadi kalau nak solat time dia duty.. terpaksa sorok2.. dunia kami hanya bilik tu... ..selalu iza kena marah dengan dia.. tapi Allah maha adil... suatu hari nurse tu dapat panggilan ..anaknya kemalangan di semenanjung dan dia terpaksa bercuti panjang untuk merawat anaknya .... huuu hooreyyy gumbiranya.. tak ada orang yg ganggu  iza lagi..

bersambung part 2..

perkenankan doaku ya Allah

‎"Ya Allah Ya Tuhanku,
 kau ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan,
 dosa kedua ibu bapaku,
 dosa guru-guruku,
 dosa sahabatku, 
dosa muslimin dan muslimat.
Kau panjangkanlah usia kami,

 Kau rahmatilah kami Ya Allah,
 Lindungilah kami daripada gangguan jin dan syaitan Ya Allah,
 masukkanlah kami dalam syurgamu Ya Allah
Kau berilah petunjuk dan hidayat kepada kami Ya Allah,

 serta janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.
Ya Allah, 
diri ini hanyalah hamba yang lemah lagi hina,
 Kau suburkan cinta kami buatMu serta rasulMu.
 Bimbinglah hati kami ke jalanMu Ya Allah.
Berilah kemanisan iman kepada kami Ya Allah. 

Hanya padaMu kumohon pertolongan Ya Allah.
 Tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan kepada kami Ya Allah
Lapangkanlah hati kami,

 sucikanlah hati kami serta bersihkanlah jiwa kami 
Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zaljalali wal ‘ikram.
Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah,

 Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah,
 Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah.

Monday 19 September 2011

pesanan buat anak anakku.. aka.. bila umi menjadi ibu


anak anakku
tahukah kamu
bila umi menjadi ibu....
rasa sungguh terharu
anugerah ALLAH yang terlalu besar buatku....
itulah KAMU...

anak anakku...
waktu demi waktu
kamu membesar didepan mataku..
mula lah sesi baru dalam hidupmu
melangkah kesekolah mencari ilmu.....

anak anakku..
tuntutlah  ilmu
ianya akan membantu mu 
ilmu  ada disetiap penjuru...
tapi ..anakku
janganlah pula  kamu keliru
syaitan sentiasa menunggu waktu...
untuk menyesatkan kamu..
dari itu.....
hati hati wahai anakku...

anak anakku
andai kamu tahu
bertapa sayangnya ayah dan ibu..
pada setiap dari kamu...
tanpa pernah merasa jemu..
mendidik dan mengajar kamu
supaya menjadi manusia berilmu...

anak anakku
andai kita tak punya banyak  waktu
ingatlah pesan ibu..
jangan kamu leka dengan duniamu 
JANGAN KAMU LUPA ALLAH YANG SATU..

jauh disudut hati...
umiliza... 12.52 pm 
m1 smk agama...
sandakan

puisi pasal puasa ..my idea


 puasa..
mendidik jiwa
bukan  setakat lapar dahaga
musim untuk menambah pahala
menjauhi dari segala dosa

puasa..
apakah  puasa kita akan diterima?
jika solat tidak dijaga
tiang agama semakin dilupa
terlalu asyik mengejar dunia?

bulan puasa..
banyakkan amal setiap masa
bersedekah jangan dilupa
belum pasti kita kan berjumpa
dengan ramadhan seterusnya

 bulan puasa..
rebutlah peluang semasa bernyawa
bila dah "keras" satu pun tak guna
banyakkan bekal ke akhirat sana
itu yg akan menolong kita
dari itu janganlah alpa

puasa...
kebanyakan kita kurang menghayatinya
tak sabar sabar nak tunggu raya
itu yang penting diminda kita
baju raya..  kuih raya.. semua untuk raya
itulah yang dinamakan manusia
mengejar dunia semata-mata..
hingga terlupa pada yg ESA..
tapi itu bukan semua
tahniah untuk mereka
yg memenuhi setiap masa 
dengan ilmu yg berguna
tanpa lupa akan penciptanya


 SUBHANALLAH!

umiliza
m1  rumah pk smas
8.02 am.
5 ramadhan

catatan beraya diperantauan 1 syawal 2002


benda ni terjadi disuatu kampung yg rata-rata penduduknya agak daif. daif2 pun ada diantara mereka yg berjaya menghantar anak belajar hingga ke Amerika. tak payah lah sebut nama kg ni.. tapi kami memang friendly dengan penduduk kampung ni..

bila bulan puasa,
masjid kampung ni lah tempat kami bertandang saban malam. jemaah tak ramai .. kalau lelaki lebih kurang dalam 25 orang dan kalau pompuan paling ramai 3 orang.. masjidnya memang cukup besar jika dibandingkan dengan surau smas..mungkin penghayatan tentang islam masih cetek ketika itu.. kebanyakan dari mereka sembahyang setahun 2 kali sahaja iaitu pada 1 syawal dan raya haji. masa raya memang sesak dengan manusia entah dari ceruk mana. satu yg istimewa .. lepas solat penduduk kampung ni akan membawa dulang local call panggil duang berisi makanan dan kami akan makan bersama-sama. apa saja lauk yg mereka mampu akan dikongsi bersama..

apa perasaan anda???
kadangkala kami memberi juga pakaian terpakai kepada penduduk kampung ni.. pada kita mungkin tiada harga tapi bayangkan di pagi syawal yang mulia itu.. pakaian terpakai yg kita berikan itu yg menjadi baju raya mereka.. rasa terharunya.. bila kita ingat kita susah rupanya ada manusia yg lebih susah dari kita..

peristiwa 1 syawal 2002
masa ni tahun kedua iza di daerah ini.. pagi raya kami ke masjid ini untuk solat sunat. anak-anak semua ikut sama termasuk baby yg berumur 3 bulan.. raya di tempat orang. imam memberi tahu cara2 solat sunat aidil fitri dan mengajar niat solat.  telah diterangkan pada rakaat pertama ada 7 takbir dan rakaat ke2  ada 5 takbir.. ..iza mengambil saf yg paling belakang sebab ada baby yg masih kecil...

solat dimulakan dan baby iza pun mula menangis..jadi iza kena stop dulu utk menenangkan baby supaya tidak mengganggu solat jemaah lain.. takbir pertama dilafazkan imam.. semua makmun mengikut.. takbir kedua... jeng..jeng..jeng.. makmum perempuan mula rukuk... takbir ke 3 .. makmum perempuan sujud... subhanallah.. apa dah jadi... aduiiiiiii . inilah bahana bila kurang ilmu  dan solat setahun 2 kali.. 

8 tahun iza di daerah ini.. tahun2 terakhir... banyak perubahan berlaku.. alhamdulillah.. dengan lantikan imam dari jabatan dan kelas kafa dan usrah... mereka dah banyak berubah... ALHAMDULILLAH


sekadar berkongsi cerita.. 
bukan untuk mengaibkan sesiapa
maaf jika ada yang terasa..
tujuan iza hanya ...
mengingatkan semua..
bertapa penting ilmu didada..

sambal potai ikan bilis


de ' sambal petai dengan ikan bilis
bahan
lada
bawang
petai
 air asam
garam dan sedikit gula
sedikit santan pekat
ikan bilis
minyak

cara
sama macam sambal biasa cuma masuk petai dan santan aje
taraa... dah siap

Saturday 17 September 2011

puisi untuk anak tiri special edition


puteri puteri
kamu bukan kecil lagi
besar kamu mengalahkan umi
tapi
puteri puteri
kenapa tulang kamu berat sekali
umi bukan minta gaji
jauh sekali minta puji
umi hanya nak kamu ketahui
apa yang umi lakukan selama ini
hanya untuk support kamu disini

kenapa kamu buat umi kecil hati??
kenapa kamu buat umi sakit  hati??
kamu jadikan umi macam kuli
buat umi marah begitu sekali

puteri puteri
apa yang umi buat dari poket sendiri
bukan pernah minta simpati
walaupun dari ibubapa kamu sendiri
jangan buat umi macam abdi
sebiji piring tak boleh kau cuci
kerja kamu hanya menonton tv
makan pun dihantar hingga hujung kaki
mau dilayan bagaikan puteri
apa kamu nak lagi??i

ingatlah puteri puteri
tak lama lagi
kamu akan meninggalkan daerah  ini
kamu akan bertemu lelaki
kalau perangai kamu begini
terutamanya nak jadikan kamu suri
nak jadikan kamu isteri
kalau MALAS menguasai diri
MEREKA BERFIKIR BANYAK KALI!!!


melepas geram difb
umiliza
m1 rumah penolong kanan
smas.. 12. 15 pm

Wednesday 14 September 2011

sambal udang dengan petai... berdepottt


sambal petai dgn udang

bahan
1. lada mesin
2. bawang
3. udang segar
4. petai
sedikit santan
minyak untuk menggoreng


cara macam buat sambal biasa

gulai lemak cili padi pucuk ubi dengan tempoyak dan udang

bahan bahan
1.tempoyak
2. udang
3. pucuk ubi yang direbus terlebih dahulu
4. cili api
5. santan
6 daun kunyit

bawang untuk menumis

Monday 12 September 2011

sambal mentah udang kering

bahan bahan
1. udang kering
2. lada api
3. limau sambal

cara
1. tumbuk udang
2. campurkan lada api
3. perahkan air limau sambal

siap 
sedap makan dengan nasi hangat

Saturday 10 September 2011

nasi goreng kerabu my style

bahan
nasi yg sudah dimasak
cili api
udang kering
ikan masin
daging ayam dy dipotong
telur
apa aje sea food yg disukai
garam dan sedikit minyak untuk menggoreng
yg penting bunga kantan yg dimayang halus


cara masak..
sama macam masak nasi goreng biasa

Thursday 8 September 2011

keropok lekor


  • 1 kilo ikan basung
  • 500 g  tepung sagu
  • sedikit garam
  • beberapa ketul air batu
  • Air secukupnya
  • * boleh campurkn sedikit tepung biasa kalau takut liat 

Cara-cara

  1. Asingkan isi ikan dari tulangnya, kemudian tumbuk @ cincang halus2.
  2. Sambil tumbuk halus isi ikan tadi masukkan kiub ais tadi sikit demi sikit.
  3. Gaulkan tepung bersama dengan isi ikan tadi sambil masukkan sedikit garam dan air 
  4. Akhir sekali uli bahan2 tadi bentuk kan menjadi bulat memanjang dan rebus kedalam air mendidih. bila dah timbul angkat , sejukkan dan bolehlah goreng dan makan..

Wednesday 7 September 2011

gulai lemak cili api daging salai dengan terung asam

bahan bahan
daging yg telah disalai
terung asam
santan
cili padi
serai
sedikit lengkuas
bawang
sedikit kerisik
garam secukup rasa

cara
tumis bawang.hingga naik bau
masukkan serai lengkuas
masukkan santan cair
masukkan daging
masukkan cili padi
masukkan kerisik
masukkan santan pekat
last masukkan terung asam dan garam..