Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday 30 March 2012

jom muhasabah diri

biarpun hati ku kau robek
biarpun sakitnya amat perit
tapi aku bukan hipokrit
kerana hati ku bukan konkrit

aku ada  hati yang mulus
aku mahu hati yang lurus
aku mau cinta yang tulus
bukan cinta bila ada fulus

pesan emak tak pernah lupa
cintakan dunia takkan kemana
mak cakap aku kena selalu  sedia
cukupkan bekal ke akhirat sana


sebelum tidur maafkan semua
usia kita tak boleh jangka
mana tau esok dah tak bernyawa
keluar airmata darah pun dah tak guna

sebelum tidur muhasabah diri
apa yang telah kita lakukan hari ini
jangan lupa pasang niat dalam hati
supaya esok kita masih bernyawa lagi

jika esok bernyawa lagi
ucaplah syukur pada Illahi
lakukan lebih baik dari hari ini
 belajar dari semalam yang pergi

sebelum iza undur diri
harap esok ketemu lagi
cuba pandang kanan dan kiri
agak agak berapa dosa dan pahala kita hari ini


~ umiliza
soalan tanpa jawapan
medan ikan bakar sim sim
30 mac 2012 9.31 pm

Wednesday 28 March 2012

jika itu takdirnya-- aku redha


bila lampu dan bulp meragam


bila bulp dan lampu di restoran zakaria mogok di bahagian hujung..
kalau orang sabah cakap... ni sabul
tapi ni la yang iza jumpa time ngeteh dengan incik cowok di sebuah restoran di bandar labuk sandakan...


eksklusif ni... hehehe

Tuesday 27 March 2012

aku yang kamu panggil ummi

aku yang kamu panggil ummi
kini
tidak lagi
pada kamu ummi hanya menyakitkan hati




pernahkah kamu tahu apa yang ada dalam hati ummi??
pernahkah kamu luangkan masa untuk tanya khabar ummi??
ummi pun ada hati
tapi kamu dah sakiti


setahu ummi
kamu ummi anggap macam anak sendiri
ummi doakan kamu setiap hari
biarpun ummi cuba tabur budi
ummi tak minta kamu balasi
tapi kamu benar  benar buat ummi kecil hati
hati ummi kamu guris lagi
gugur airmata ummi setiap hari
tapi kamu tak pernah peduli
ego kamu terlalu tinggi!


YA ALLAH YA RABBI
jika ini takdir yang harus aku lalui
KAU tabahkan hatiku ini
KAU YANG MAHA MENGETAHUI
akan setiap apa yang terjadi


~umiliza
ku sudah tawar
sandakan
28 mac 2012 7:28 am








digantung tak bertali

digantung tak bertali??
mengapa jadi begini
pasti ada hati yang telah dilukai
pasti ada yang merobek sanubari

digantung tak bertali..
kata kata diucap dah tak bererti
biarpun dah minta maaf beribu kali
biar berderai airmata dipipi
erti maaf dah tak berguna lagi
bila hati sudah disakiti

digantung tak bertali
kadang kala rasakan hidup dah tak bererti
hanya airmata menemani
setiap hari
semuanya macam dah tak berseri
semuanya macam dah tak bererti


digantung tak bertali
kata seseorang aku kena kuatkan hati
tambahkan iman dalam diri
supaya suatu hari
gantungan  tak bertali
akan putus dengan sendiri
suatu hari akan pergi
jauh dari hidup aku ini

pada mu ya Illahi
kupanjatkan doa setiap hari
supaya aku tidak lagi
digantung tanpa tali
dilepaskan tanpa rasa benci
apatah lagi dendam dihati


digantung tanpa tali
~umiliza
adaptasi dari kisah seseorang yang menyayat hati
sandakan harbour
27 mac 2012 7:07 pm

Monday 26 March 2012

ini rumah kami

ini rumah kami
tengok .. cantik sekali
ini rumah pertama kami
yang dibeli suami
sejak tahun 2002 lagi
bulan bulan potong gaji

ini rumah kami
letak berdekatan balai cerap al khawarizmi
dekat dengan metrikulasi ..
dekat dengan pantai puteri
dekat dengan institusi pengajian tinggi
kata encik suami ni kawasan yang strategik sekali

ini rumah kami
tapi sayang.... sayang.. sayang sekali
rumah ni terbengkalai lagi
pemaju semua dah cabut lari
banyak surat untuk pak menteri
dihantar dari dulu lagi
tapi macam tak dipeduli
nak tunggu pru lagi??
sampai kapan lagi ??
nampaknya terpaksalah aku disini
berkelana dibumi ini
mungkin sampai aku mati

encik suami
selalu hantar e mail kat pak menteri
mengharapkan simpati
kata pak menteri
akan dipercepatkan untuk dibaiki
tapi sampai kini
lembu jadi penghuni
rumput makin meninggi
wayar elektrik semua dicuri
tak tahu bila kami boleh duduki
nak merasa duduk rumah sendiri
lama sudah aku disini
nak balik kampung halaman sendiri
siapa yang boleh tolong aku kini
pru tak lama lagi...

oooooooo pak ali
tolonglah kami
kami semua yang mengundi
bukan c tamby yg pandai menari
karam singh walia pun dah mari
entah berapa kali disiarkan di tv
kesian juga dengan pembeli
nak bayar sewa rumah lagi
belum lagi itu ini
aku ni untung duduk rumah subsidi
tapi takkan sampai aku mati??
siapa nak bela nasib kami??
siapa nak bela nasib kami??
siapa nak bela nasib kami????

~umiliza
bengang dengan projek taman bidara palma
masjid tanah melaka
11.56 am selasa 27 3 2012









pesan suami ku


saat terlantar sakit dengan ujian MU

kata suami ku

jangan buntu..

biarpun ditutup satu pintu

jalan Allah masih terbentang luas buat ku


pesan suamiku

jangan salahkan takdir yang berlaku

pasra dan redha di dalam kalbu

muka mesti senyum selalu

jangan terlalu ikutkan nafsu


kata suamiku

jika ujian datang padaku

tanda Allah sayang padaku

walau  sekuat ribu salju

pasti yg terbaik menantiku


kata suamiku

jadikan teladan apa yang berlaku

jadikan sempadan mana yang perlu

disamping itu tingkatkan ilmu

jangan jadikan syaitan sahabatku


kata suamiku..

hidup ini penuh liku

redha Allah itu perlu

lupakan seketika apa yang membelenggu

tanamkan semangat yang jitu

hanya pada Allah tempat menyeru

hanya padanya tempat merayu

kabulkan setiap permintaan ku

hanya ENGKAU TUHANKU


amin ya rabbal alamin

~ umiliza
saat aku dan suami diuji
isnin 26mac2012
4.34 pm 


Saturday 24 March 2012

andai kau tahu

kau tahu?
tentu kau tak tahu
kenapa begitu ??
kerana kau tak pernah nak ambil tahu
biarlah aku yang beritahu.

kau tahu?
aku tak pernah buang kau dari hati ku
biar pun hari berlalu
tanpa kau disisi ku
aku mahu kau tahu
aku tak mampu..
buang kenangan bersamamu

kau tahu??
hari hari berlalu
dan setiap waktu
doaku panjatkan buatmu
agar kejayaan mengiringi langkahmu

kau tahu??
jika itu kemahuanmu
aku setuju
aku ikut sahaja rentakmu
aku tak mahu memaksamu
ikhlas itu penting bagiku
 jauh di sudut hatiku
biar apa yang berlaku
aku tetap sayang padamu



chewaahhhh.. cintan la pulak



Friday 23 March 2012

aku belajar


aku belajar menjadi redha..

aku belajar menjadi pasrah

biarpun banyak dugaan yang tiba..

biarpun ujian diterima....

aku cuba tunjuk muka ceria...

kononnya aku orang yang bahagia...

tapi hati sebenarnya penuh luka...

banyak derita...

aku cuba tertawa...

ku cuba sorokkan duka...

ku sorokkan airmata..

aku buat muka selamba..

kononnya tiada apa..

tapi hakikatnya...

hanya aku yang rasa

 tak akan ada siapa....

peduli atau bertanya..

hanya padaNYA..

tempat aku mencurah segala...

kerana aku yakin setiap perkara...

ada hikmat dan nikmat buat hambanya...


~umiliza

hospital dutchess of kent sandakan

8.05 19march 2012


mengintai dari kamar hati

kata umi

bersyukurlah dengan hadirnya hari ini

semalam yang kita lepaskan pergi

dengan pelbagai kisah dan tragedi

ianya takkan kembali

yang pergi tetapkan pergi

usah ditangisi

semuanya suratan ILLAHI


TAPI

bersyukurlah dengan hadirnya hari ini

tetapkan nawaitu dihati

jangan biarkan sifat mazmmumah menghampiri

bulatkan azam disanubari

jika semalam berlalu pergi

mulakan pagi ini

dengan niat tulus suci

sematkan dalam hati

semuanya ikhlas kerana ILLAHI





    • Noona Julee tetapi bila emosi mengganggu diri,

      hati merintih sepi


      bkn meratap diri


      atau menangisi yg dh berlalu pergi


      tapi x ada sape yg mengerti..



    • kata umi lagi


       jangan bersusah hati

      jangan bersedih hati



      bila kita diuji

      kita insan pilihan Illahi


      biar manusia tak mengerti


      biar manusia tak memahami


      bukan bermakna dunia terhenti


      masih ada disisi


      DIA yang mendengar rintihan 



      walau dari ceruk hati

      cuba kita insafi


      apa yang pernah kita lalui


      selama ini..


      muhasabah diri


      mungkin selama ini...


      kita belum mencapai standard 



      dan kualiti

      ISO YA RABBI


      sama sama kita mengingati


      sebelum ke dunia yang 



      dinamakan mati...


      (peringatan untuk diri sendiri


      sebelum rumah kata pergi


      kubur kata mari)

      ~umiliza

Monday 12 March 2012

asam garam hidup

catatan 12. 3. 2012

kerja dan tugas  kita  sebenarnya satu  tanggungjawab dan tanggungjawab  itu satu amanah .. dan setiap amanah ...akan dipersoalkan. walau seribu kebaikan yang kita lakukan dek disebabkan satu kesilapan terlepas pandang... padah mengundang. 


begitu yang terjadi pada suami saya.. ustaz jamaluddin. jadi ketua warden dan pk hem sungguh berat cabarannya. biarpun sebelum ini suami saya pernah menjadi pk 1 selama 8 tahun dan pernah memangku jawatan pengetua selama 6 bulan tapi takdir yang Allah tetapkan kali ini amat payah untuk diterima mulanya. 


seringkali dia beritahu saya .. dia lebih harapkan saya berbanding dengan penyelia.. driver atau wardennya sendiri. saya sekadar membantu walaupun kadangkala "rela terpaksa" bila jam3 pagi masih dihospital menghantar pelajarnya. itu belum lagi tugas tugas lain yang kalau orang lain memang tak sanggup nak lakukan. tapi demi nak suppot pelajar disini.. semuanya saya lakukan. jadi driver.. tukang urut .. memasak makanan biarpun saya ada kursus.. 


pernah saya beritahu suami.. tegur warden kamu.. tapi suami saya cakap nanti jadi isu.. macamana jadi warden kalau asrama pun tak pernah jejakkan kaki? elaun ketua warden bukan besar pun cuma rm 280 nak cover duit telepon pun tak lepas.. belum benda2 lain lagi.  


akibat terlepas pandang... seorang budak yang ingin ke hospital tidak dapat dihantar. keesokannya ibubapa datang sendiri menghantar anaknya ke hospital dan terus ditahan hingga beberapa hari. bukan kami tak hantar pelajar ke hospital.. hari2 pun kami hantar tu belum lagi waktu sekolah dengan perkhidmatan ven sekolah setiap hari. benda nak jadi.. padahal pelajar tu punya 3 orang sepupu yg tinggal di asrama yang sama. dan salah seorang dari adik beradik ini pernah saya dan suami cari keliling taman mawar yang mempunyai bilangan rumah sebanyak 3323  hingga dapat ketika lari waktu persekolahan. kenapa dia tak maklumkan? 


hari khamis lepas ibubapa ini ke sekolah untuk  bertemu dengan suami saya. dilepaskan segalanya dengan deraian airmata.. saya ingatkan hal ini habis disini rupanya rasa tidak puas hati menyebabkan beliau membuat laporan  terus ke ibupejabat di putrajaya.. hurmmmm...


hari ini suami saya kelihatan sugul sekali lebih sugul dari waktu dia terima berita kematian ibunya. sebelah petang saya nampak dia isi borang eg tukar biarpun sebelum ini dia kerapkali dioffer untuk bertukar tapi menolak..
mungkin rezeki kami di sandakan setakat ini..


berat mata memandang .. berat lagi bahu memikul.. cuba tanya dalam malaysia ..siapa yang dengan rela... menjadi ketua warden??
saya tinggalkan persoalan ini disini..


lain padang lain belalang.. 
saya percaya perancangan Allah sangat teliti dan mengharapkan hikmah diatas setiap ujiannya..

Friday 9 March 2012

cups cake umiliza

bahan bahan
1/2 kg mentega
1/2 kg tepung
1 cawan serbuk koko
gula halus 3 cawan
susu pekat manis 1 cawan
telur gred A 9 biji
serbuk penaik
air panas 1 cawan

ni untuk cream cheese
cheese philadelphia
susu pekat manis 1 tin

cara .. pukul telur hingga kembang bersama majerin
masukkan susu cair
masukkan tepung yg telah dicampurkan dengan serbuk penaik
masukkan bancuhan serbuk koko beserta air panas
gaul sebati dan boleh dibakar

apabila sejuk..
mix philadelphia cheese dengan susu pekat manis
gaul rata
sapu atas cake yg telah siap tadi
boleh deko ikut kretiviti masing masing


Wednesday 7 March 2012

tolong ingatkan aku


tolong ingatkan aku
andainya aku leka dengan duniaku
mengejar dunia setiap waktu
hingga aku lupa pada MU
hingga aku lalai dengan perintah MU...

tolong ingatkan aku
sebelum sampai saat itu
bila ajal menjemputku
waktu itu.. 
semuanya jadi tak menentu
waktu itu..
harta dunia tidak diperlu

tolong ingatkan aku
hidup ini sementara waktu
banyak banyak mencari ilmu
tapi jangan sampai  keliru
syaitan sentiasa mencari waktu
untuk menjadi sekutu
dari itu ..
JANGAN  LUPA ALLAH YANG SATU

`tolong  ingatkan aku~

~ umiliza~
m1 rumah penolong kanan HEM 
SMK AGAMA SANDAKAN
8.27 AM 8.3.2012