Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday 11 June 2011

Sata

sata..
1 1/2 kg ikan basung atau ikan kembung (sedap guna ikan basung)
1 biji kelapa  yang lembut  ( masih basah sabutnya) diparut
2 biji bawang besar..dikisar
3 biji bawang putih..dikisar
2 inci halia dikisar
sedikit air asam jawa
cili padi yang dipotong potong
garam secukup rasa
gula. (ikut suka .. lebih manis lebih sedap)
sedikit tepung jagung
daun pisang dan lidi pencucuk

caranya
1. rebus ikan separuh masak dan dikisar dengan sedikit air..
 jangan banyak air nanti lembik.. nak tumbuk pun boleh juga
2. campurkan bahan kisar yang lain dan air asam..
3. masuk garam dan gula..serta tepung jagung..
4. siap untuk membungkus..
(sewaktu membungkus ..bahagian tengah dimasukkan lada api yang telah dipotong )
kalau nak pedas boleh letak lebih..
5. bakar sampai masak
SELAMAT MENCUBA..
YANG PENTING.. KELAPA TU.. JANGAN GUNA KELAPA TUA.. ..
NANTI RASA MACAM MAKAN HAMPAS AJE..

Friday 10 June 2011

Kerepek ubi pedas bersira

layan kerepek ubi bersira pedas

bahan2.
ubi kayu
minyak untuk menggoreng
air garam yg dicampur sedikit kunyit serbuk
lada 
garam 
gula 
air asam jawa

cara..
sagat ubi dalam kuali yg berisi minyak panas kalau nak sagat dulu pun boleh tapi biasanya melekat 
masukkan air garam beserta kunyit ikut masing2 punya tahap kemasinan
goreng sampai garing..

cara menyira
goreng lada hingga garing dan masukkan air asam
masukkan garam dan gula
tunggu hingga likat baru masukkan kerepek yg telah digoreng tadi

option boleh tambah dengan ikan bilis goreng dan kacang tanah.

selamat mencuba
petua mak saya
semasa menggoreng kerepek tadi masukkan duit syiling 50 sen dalam minyak panas... apa rasional ... sori saya tak tau...

Kuih kering

ini kuih tradisional ..namanya kuih kering... bahannya senang tapi nak goreng ada caranya..

bahannya
1 packet tepung pulut 500 gm
10 biji telur 
1 sudu bikabonate
minyak untuk menggoreng
dan sedikit gula untuk sira

cara.. 
1. pukul telur hingga kembang
2. masukkan bikabonate
3. masukkan tepung pulut
4. uli sebati dan canai mengikut acuan yg disukai..
saya biasa guna acuan buat biskut sebab kuih ni akan mengembang

NI YANG PENTING
1. masukkan minyak dalam kuali tapi jangan HIDUPKAN api
2.terus masukkan kuih..jangan banyak sangat.. kuih ni mengembang
3. baru nyalakan api dan dan balikkan perlahan lahan untuk hasil yg cantik.
4. jangan panaskan minyak terus sebab kuih akan terus kecut..

extra tips..
kalau nak buat banyak.. bagus gunakan 2 kuali
jadi bila minyak satu dah panas.. satu lagi dah sejuk ..so tak buang masa..
kalau nak dapat kuih yg lebih putih jemur sekejap lepas goreng..
pastu boleh sira macam kuih keria..
selamat mencuba.. kalau tak jadi bukan salah saya.. hehehe ..
kuih penyeram 4 lubang...
kuih penyaram 

bahan bahannya
1.  1 packet tepung beras
2.   500 gm gula merah
3.   1 cawan air
4.   segenggam gula pasir
5.   sedikit minyak

caranya
1.  masak gula merah campur secawan air
2.  masukkan segenggam gula pasir 
     biarkan mendidih
3.  masukkan tepung beras ke dalam mangkuk dan campurkan 
     dengan adunan 1..(air gula yg panas)
     uli sebati
4. perap semalaman
5. bila ingin mencanai tambahkan minyak..

(petua: kalau kita dah uli sebati..kita akan nampak gelembung2 ditepung ..INSYA ALLAH kuih kita menjadi)
* cuba sedikit menggoreng.. jika tak jadi..perap lagi semalaman 

rempeyek kacang tanah
600 gm kacang tanah dibersihkan
1 1/2 mangkuk tepung beras
5 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar halus
75 gm ikan bilis disiat dan ditumbuk 
2 sudu ketumbar
3 1/2 mangkuk santan
sedikit garam

cara membuat 
campurkan tepung beras dan garam
campurkan bawang merah bawang putih dan ikan bilis kacau sebati
masukkan santan sedikit demi sedikit. kacau sebati
panaskan minyak dengan api sederhana.. setelah cukup panas basahkan keliling kuali dengan sedikit minyak.
masukan satu senduk adunan bersama kacang dan tuang di tepi kuali.. siram dengan minyak hingga tertanggal.. goreng hingga kekuningan.. selamat mencuba