Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday 5 September 2013

merawat penyakit kayap

Penyakit yg dikenali sebagai kayap.


Ada beberapa cara untuk merawat nya selain dari


mendapatkan khidmat doktor. Penyakit yg mempunyai mitos

 ini agak bahaya jika tidak dirawat segera. Ada beberapa 

cara.

.
1. Ada jual krim di kedai ubat cina


.
2. Gunakan daun lada yg ditumbuk dan ditampal di kawasan


 berkenaan


3. Gunakan kelapa parut yg dicampur dengan sedikit 


minyak.. tampal dbahagian berkenaan

..
*setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.



Allah juga yg menyembuhkan.

tahniah buk guru

Assalamualaikum..

Iza kenal dia tak lama.. hampir lima tahun.. seorang yang ceria dalam masa yang sama dia punyai sifat yang tegas..
 dia seorang guru yang mengajar salah satu subjek sains.. masih bujang.. orang yang happy go lucky.. 

di waktu kami kesusahan kerap meminta bantuan darinya.. kereta ..semua pun dengan murah hati dia pinjamkan..

pernah satu hari datang sepasang ibubapa ... di diherdik .. ditanya pelbagai soalan tapi cuma diberikan peluang untuk menjawab "ia " atau "tidak" persis dimahkamah ketika itu.. bukan ibu bapa tu saja malah ada lagi kroninya yang merakam percakapan melalui telefon bimbit..

iza dan suami ada ditempat kejadian bersama 2 orang waden baru. meja dihentak.. berulangkali oleh si suami.. yang isterinya terlampau angkuh.. dalam keadaan yang agak tegang iza sempat mesej tuan pengetua minta datang ke tempat kami..

bila tuan pengetua sampai... pasangan ini kelam kabut nak balik. tuan pengetua sempat memerhati pasangan suami isteri berkenaan.. nasib baik tuan pengetua kenal akan bapa sebenar kepada pelajar berkenaan .. rupanya pasangan berkenaan hanya menyamar.. mereka juga guru dan bekas pelajar sekolah ini juga... allah.. dunia akhir zaman ibu bapa lebih mendengar kata kata anak mereka dan menyerang tanpa usul periksa.. 

ada satu malam waktu tu ada perkemahan pengakap.. malam tu 3 budak hilang .. dalam hujan lebat dari maghrib hingga ke petang esoknya.. dari jam 12 kami mencari (waktu tu suami berada di melaka)  puas kami dan guru pengakap mencari mereka mereka inibila dibuat spotcheck didapat ada 3 lagi budak lelaki hilang. dalam hujan lebat kami berdua memasuki asrama lelaki bersama jaga dan mengejutkan dua budak lelaki.. dalam hujan lebat kira jam 3 pagi kami mengeledah kawasan kedai baru mencari budak budak berkenaan.. sehingga ke kawasan flat yg terkebelakang sehingga ke subuh semua tak dapat melelapkan mata.. ni anak orang yang diberi tanggungjawab untuk dijaga.. tapi mana mereka mereka yang dipertanggungjawabkan? 

dan seawal pagi semuanya terjawab..

itu sebahagian kecil peranan yang dimainkan .. yang lain tu buka la mata .. tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hari kemudian...
pada saya.. dia seorang yang tabah .. walaupun yang terbaru pelajar dari cerita pertama ingin menendangnya.. tu lah jika terlalu dimanjakan.... 

tahniah buk guru atas anugerah khidmat cemerlang yang diterima dan di doakan semoga mendapat jodoh dengan segera.. 

juga tahniah buat cg sobrye paimin . cg atikah nulakmad.. 
cg albiah  amut dan ustazah norhana awang


terkunci

Assalamualaikum..
kecik kecik suka nyanyi lagu ni...
rumah terbakar panggil bomba
bomba datang berlumba..

tapi kebanyakan dari kita punyai persepsi bila ada bomba pasti ada kebakaran.. persepsi yang harus diubah sepeti mana jabatan bomba telah menukar tegline mereka kepada bomba dan penyelamat.. 

terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat daerah telok kemang yang telah menyelamatkan anak anak dan ustazahnya sekali yang terperangkap akibat kunci yang tertinggal di dalam kelas dan semua grill telah berkunci kerana sessi persekolahan telah tamat.. lebih sejam juga la.. 

pada mula cuma 3 orang anggota bomba yang datang dengan kenderaan seperti 4x4.
pintu utama ini juga telah terkunci 


mereka mencuba dari bahagian belakang malangnya di bahagian ini semua tingkat berjeriji..


antara yang terperangkap.. anak saya dan ustazahnya..


kereta bomba yang lebih besar sampai memberikan bantuan


alhamdulillah .. anak dah selamat..

jutaan terima kasih diucapkan kepada pasukan bomba dan penyelamat telok kemang.. pasukan ini agak special dimana mereka mempunyai kelebihan menyelamat diair yang memerlukan mereka mengikuti kursus khas.. terima kasih..









cara merawat sakit kepala yang murah dan mudah






Kerapkali apabila mengalami sakit kepala kita akan 

mengambil paracetamol. Sebiji paracetamol memerlukan
 
masa 5 tahun untuk lupus dari tubuh. Cuba amalkan cara
 
cara ini. .Hanya memerlukan kulit kayu manis dan bawang

 merah. Tumbuk hingga lumat dan sapukan ke bahagian
 
dahi.. juga sesuai digunakan oleh ibu ibu yg baru bersalin

 sebagai pupuk kepala. Cubalah... insya allah. .
.

tempat untuk mendapatkan rawatan jantung

assalamualaikum..


pembunuh no 1 rakyat malaysia antaranya ialah sakit jantung.
semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.

baru baru ni iza ada teman en suami mendapatkan rawatan untuk jantung melalui urutan.. dikendalikan oleh keluarga cina di tanjung minyak melaka. salah seorang dari mereka adalah mualaf.. 

bila iza upload gambar yang sempat iza rakamkan dapat feedback dari rakan rakan fb untuk bertanyakan alamatnya..

sebenarnya iza tak ada alamatnya yang betul cuma iza boleh bagi direction je..


Alamat surat menyurat dan no tpon tak ada. Cuma baca direction ni betul2. Insya Allah. . Sampai. .

1. Cari balai polis tanjung minyak melaka.
2. Bertentangan balai polis tu ada dewan dua tingkat.
3. Belakang dewan tu ada lorong. Signboard tulis " jal
an padang" masuk ikut jalan tu.
4. Terus ke depan jarak 200 meter. .sehingga jumpa pokok sena besar sebelah kanan. Depan sikit tu rumah dia sebelah kiri. Rumah cina banyak kereta diluar. Dalam rumah tu ada bilik bilik ke 2 dan ke 3 dikendalikan org yg beragama islam.



ni en suami sewaktu rawatan kali ke 4



seorang pesakit yang stroke lebih 1 tahun datang dari perak..
alhamdulillah lepas diurut lebih sejam ..pesakit ini telah boleh bergerak dan bersuara.



rawatan yang dilakukan keatas pesakit jantung



saya cuma berkongsi dan tujuan tak lain tak bukan hanya kepada mereka yan memerlukan..

sesungguhnya yang menyembuhkan itu adalah Allah dan 

mereka ini adalah perantara sahaja..