Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday 20 August 2011

almond london.. my vers




  1. BISKUT ALMOND LONDON


    Bahan � bahan 

    250 gm mentega

    1 cawan gula kastor

    1 biji telur

    1/2 sudu teh esen vanila 

    3 cawan tepung gandum .........]

    1/2 cawan tepung jagung ........]

    1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua

    1 s/k emplex [optional] ]


    Badam yang sudah dibakar 

    Coklat masakan - cairkan cara double boiling.


    Cara membuatnya 

    1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. 

    2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.

    3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.

    4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.

    5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur. 

    6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .

    7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair. 

    8. Sejukkan dahulu baru disimpan.
     

Thursday 18 August 2011

tahu bakar


tahu yg dibakar
timun yang diracik
taugeh yg dicelur
kacang goreng yg ditumbuk

sos cili homemade
bahan2
segenggam cili kering ( bleh tambah klu nk buat banyak)
bawang putih 3 ulas
2 sudu cuka
garam dan gula secukup rasa
2 cawan air
1 s/t tepung jagung
cara2
1.rebus cili kemudian toskan air dan blender bersama bawang putih.
2.kemudian tapiskan cili tadi sambil disiramkan dengan air ( kita nak air drpd cili..supaya xde biji2 cili dlm sos nanti)
3.masukkan air tapisan cili tadi dlm periuk masakkan dgn api perlahan..sampai agak2 surut...
4.masukkn garam , gula & cuka.
5.bila dh sebati rasanya..larutkan tepung jagung dgn air, masukkan dlm sos tadi..kacau2 bg pekat siket..

ayam percik angah vespa

kenapa ayam percik ni pelik sikit namanya.. siapa angah vespa???.. angah vespa anak buah iza yang baru meninggal pada 13 jun 2011.. angah ni sangat kelakau.. tapi kebiasaan ..orang yg baik cepat dijemput Allah.. al- fatihah untuk arwah angah @rusydy yaacob.. ini resepi angah yg iza tak boleh lupa..

bahan bahan
ayam
kacang tanah goreng tanpa minyak dan dikisar
serai di blender
lengkuas di blender
halia diblend
bawang merah blend juga
bawang putih blend juga
sedikit halba
sedikit tepung kastard
garam dan gula
serbuk kunyit
sedikit lada dimesin halus
1 cawan santan


cara..
campur semua bahan kecuali halba dan tepung kastard serta kacang goreng dan santan
bahagikan kepada 2.. 1 diperap untuk ayam (A)  dan 1 lagi dibuat untuk kuah (B)


untuk kuah
tumiskan halba
masukkan  bahan B kacau hingga naik bau
masukkan santan
larutkan tepung kastard dengan sedikit air dan campurkan ke dalam adunan
 masukkan kacang yg diblend
kacau hingga mendidih


ayam dibakar ikut suka la nak guna arang.. oven atau grill
dah siap letakkan kuah dan sedia untuk dimakan..


Saturday 13 August 2011

kek cawan cadburys


  • 1 Mug butter - boleh juga junakan planta atau minyak Mazola
  • 1 Mug gula halus
  • 1 Mug telur
  • 1 Mug tepung naik sendiri
  • 1 Mug choc debu Vanhouten
  • 1/2 Mug susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cwn air panas
  • Choc Cadbury yang dicairkan

Pukul telur dengan gula sampai kembang. Kemudian masukkan butter yang telah dicairkan dan pukul lagi sampai putih gebu. Masukkan susu, tepung, choc dan esen vanila. Kacau rata. Akhir sekali masukkan 1 cawan air panas. Setelah adunan siap kek sedia untuk dikukus. Masukkan sedikit adunan ke dalam paper cup kemudian masukkan choc Cadbury dan penuhkan semula paper cup dengan adunan tadi. Setelah air mendidih kek bolehlah mula dikukus lebih kurang 15 minit.

kek cokelat lembab umiliza


kek cokelat
bahan bahannya
1.  3 1/2 cawan tepung gandum
2.  3 1/2 cawan gula halus
3. 500 gm majerin
4. 9 biji telur
5. 1 1/2 sudu baking powder
6. 1 sudu esen vanilla
7. 1 tin serbuk koko
8. 2 cawan air panas

caranya
1. pukul gula dan planta (A)
2. pukul telur hingga kembang dalam bekas berasingan (B)
3. campurkan adunan B sedikit sedikit ke dalam adunan (A)
4. masukkan esen vanilla
5. masukkan tepung yang telah dicampurkan bersama bicabonat
6. masukkan koko yang telah dilarutkan bersama air panas.
7. bakar selama satu jam atau sehingga masak

kerabu mangga umiliza



bahan
1. buah mangga  semestinya dicincang
2. bunga kantan 2 btg dihiris nipis
3. bawang besar 2 biji dihiiris
4 .udang kering ditumbuk
5. cili padi dihiris..
6.limau sambal (ambil airnya)
7. ikan kembung (basung) yg telah digoreng dan ditumbuk 
8. garam
9 sedikit gula...

cara..
campur semua... dan boleh dimakan..
 nak pedas lebihkan cili api..

SOM TAM

pernah makan som tam.. ianya sedara dengan tom yam.. sepusat sepusing dari thailand


ni iza nak kongsi resepi som tam yg iza try buat bila dapat rasa som tam pemberian kawan ..
 hajjah siti sapoo abdullah.


bahannya
1.betik muda 
2. udang kering yg ditumbuk sedikit
3. kacang goreng tanpa minyak dan ditumbuk pecah- pecah sedikit
4. lada api digunting-gunting halus
5. garam sedikit sahaja  dan gula
6. sos ikan (masin ni)


cara buat..
sagat betik muda memandang dan campurkan kesemua bahan...
rasa garam dan gula .. dah siap untuk dimakan..

Friday 12 August 2011

kuah rojak buah


suka makan rojak buah? tapi mesti ada yg tak suka petis.. sebab ada resdung.. naa iza kongsikan resepi yg tidak gunakan petis.. rasa tetap sama.. buat lebih boleh simpan ..

1.. 1 BOTOL KICAP KIPAS UDANG (MERAH)botol kecil
2.. CILI GILING 4 @ 5 SUDU
3.. 15 BIJI LADA API DIGILING
4.. 1/4 PACKET ASAM JAWA
5. 700 GM GULA MELAKA...
6. 300 GM GULA PASIR
7 AIR SECUKUPNYA..
8 TEPUNG PULUT 125 GM
9. BIJAN GORENG TANPA MINYAK
10 KACANG TANAH DIGORENG DAN DIKISAR.

CARA.. 
1. CAMPURKAN 1 + 2+ 3 + 4 +5 +6 +7 MASAK DIATAS API SEDERHANA
2. TEPUNG PULUT LARUTKAN DENGAN SEDIKIT AIR..
    DAN CAMPURKAN KEDALAM CAMPURAN 1... KACAU RATA..  
 3.. LAST MASUKKAN BIJAN GORENG

MAKAN BERSAMA JAMBU BATU.. JAMBU AIR.. NENAS TIMUN.. SENGKUANG.. BETIK MENGKAL.. APA2 SAJA..
BUAH BUAHAN YANG DISUKAI..

4. LEPAS HIDANG ..BARU LETAK KACANG (OPSYEN

Tuesday 9 August 2011

kek marble pink lady..


Kek Marbel Pink Lady...cewahhhhh... suka bagi nama ni.... 

Bhn...
250gm butter
150gm gula kastor
5 bj telur 
150gm tepung gandum
1st baking powder
1st esen vanilla
1sm ovelette
2sm susu segar/susu cair
paste strawberry....capucino...pandan..(jika suka la)
pewarna....

Cara membuat....
1. pukul butter n gula kastor sampai gebussss
2. mskkan ovelette n esen vanila
3. dh sebati mskkan telur sebiji demi sebiji....pukul lg...
4.mskkan tpg yg diayak dgn baking powder..gunakan kelajuan yg paling rendah jika gunakan mixer....tambah susu segar....
5. bahagi adunan ikut yg anda inginkan....tambah paste jika nk pd warna yg anda ltak...
6. sapuka loyang dgn butter....mskkan adunan n bakar pd suhu 170c...selama 45mnt....

muffin pisang dengan deko


bhn2 A:
-1 1/3 cwn tepung gandum
-1sdt baking powder dan 1sdt soda bikarbonat
-1 sudu mkn milo dan 1sdu mkn serbuk coklat
-1sdt garam
semua bhn diatas ayak bersama..ketepikan..

bahan2 B:
-1bj telur(pukul dulu ala kadar)
-1cwn minyak
-1cwn gula perang
-coklat chip tuk taburan atasnya
-1 cwn pisang lenyek

cara:satukn semua bhn B dan kacau sebati... masukkan pula bahan A dan kacau lg hingga sebati...masukkan adunan kedlm acuan yg disapu minyak terlebih dahulu dan isikn 3/4 shj dan taburkn coklat chip. dan badam cincang.panaskn pengukus hgga air mendidih....kukus 15-20minit..dah masak buka penutup kukus biarkn 2 min supaya permukaan kering...seelok eloknya tutup tudung kukusan dgn kain bagi mengelakkan wap air jatuh keats adunan  td...2

roti jala dan kari daging


  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis..

Monday 8 August 2011

resepi wadeh..vadei..yanade..


Bahan-bahan ( 1 family )
  • 200 gm ( 1 cawan) kacang  dal ) yg telah dibuang kulitnya
  • 110 ml air
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 tangkai cili kering (buang bijinya dan gunting halus)
  • 2 tangkai daun kari (gunting halus)
  • 1 1/2 sudu teh garam
Cara-cara

  1.  Basuh kacang dal dan rendam hingga lembut dan kembang kira-kira 20 minit. Toskan airnya.

  2.  Kisar kacang didalam blender bersama air. Kalau mata blender tak berpusing, tambahkan sedikit air lagi setakat membolehkan ia berpusing.Jgn terlalu byk nanti adunan cair susah untuk digoreng.

  3.  Letakkan paste tadi kedlm bekas dan gaul bersama bahan-bahan lain. Sudukan ke dalam minyak panas dan goreng hingga masak.

Sunday 7 August 2011

bubur lambuk my kampung style

bubur lambuk ni resepi keturunan sultan mahmud .. famous kat Bakar Batu , Kg Kandang Melaka.. kg yg lama dah iza tinggalkan.. walau jauh iza merantau... kampung tetap dalam ingatan..


bubur lambuk.. org kampung iza panggil bubur asyura..
bahan bahan
1. beras
2. santan
3. udang kering ditumbuk halus.. lagi banyak lagi sedap
4.daging cincang.. kalau nak nak guna ayam pun boleh
5. serbuk rempah kurma
6. bawang merah..
7. bawang putih
8. halia
9. lobak asin yg dicincang
10. sayur kobis bunga
11.garam secukupnya
12. daun bawang dan daun sup serta bawang goreng
13. rempah 5 beradik (sup bunjut pun boleh)


cara cara
1. masak bubur dulu.
2. perap daging cincang dengan serbuk rempah kurma
3. tumis  bawang merah..bawang putih dan halia dgn rempah 5 hingga naik bau
4. masukkan daging yg telah diperap tadi..
5. masukkan santan
6. masukkan bubur
7. masukkan lobak asin dan udang kering
8. masukkan sayur kobis
9.last masukkan garam secukupnya.. tunggu mendidih
10 masukkan daun sup .daun bawang dan bawang goreng