Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday 9 November 2011

dadih agar agar stripe

DADIH - 


 360g gulapasir,


 2300ml air, 


15g agar2 tali,


 2lai daun pandan, 


1keping asamkeping,


 sedikit garam,


 350g susu tepung kacau dgn 900ml airpanas (dari 2300ml air td)

1tin susu cair.


Cara : air agar2 daunpandan direbus, 



 bila kembang masuk gula,


 hancur gula masuk campuran susutpg dan susucair td. 


Masukkan asamkeping, garam.


Kacau sampai mendidih. 


Tambah warna kalau suka lepas tu masuk dlm bekas n 


sejukkan :)

Monday 7 November 2011

untuk hajjah zainah mohd said (emak aku le)

setitis air susu yang masuk kemulut
besar hajat ibu nak tengok aku hidup
air susu ibu nilai tiada harga
walau duit beribu tak terbalas jasa ibu
ku tengok muka ibu dari kecil sampai tua
dahi kedut seribu uban putih dikepala
tapi aku tahu ibu banyak berjasa
air tangan ibu bawa seribu rasa
 oh ibu terima kasih ibu
sejak kecil ku dijaga 
makan minum cukup semua
walau kadangkala ibu sendiri menahan lapar dahaga
didik aku dengan penuh kasih sayang
bila besar baru aku sedari
tak ternilai jasa ibu tabur budi
anak yg dijaga ditaruhkan harapan
lakukan pelbagai pengornanan 
tak pernah minta balasan
marah bukan kebencian 
tapi tanda sayang





Sunday 6 November 2011

kuih peneram.. atau denderam


tips... masa perap jangan simpan dalam peti ais cukup sekadar tutup yg tidak rapat.. dan kadang kala hari ke tiga perap baru jadi.. sambil uli dengan minyak sambil goreng... kena pantas..


sekarang kuih ni dah dipelbagaikan ..yang pic atas ni.. peneram bijan.. sedap... kuih ni agak cerewet sikit walaupun tak banyak bahan digunakan..
ni kuih tradisi.. kalau nampak kuih ni memang ingat kat arwah abah. abah suka sangat kuih ni.. walaupun masa iza dengan abah sangat singkat iaitu 8 tahun sahaja tapi iza ingat kuih kegemaran abah.. sekarang abah dah lama pergi menghadap illahi tapi mak tetap juga buat kuih ni.. family iza pun suka..


nak resepi... naa.. jangan kedekut.. pesan mak ilmu tu milik Allah.. sharing is caring.. caring is loving..



Resipinya..bhn2.



1 pkt tepung beras, 500gm gula merah, 11/4 cwn air, 





segenggam gula pasir dan sedikit minyak.


Cara2nya






-1) masak gula merah dan air.

-2) masuk tepung beras dalam mangkuk lain dan masukkan





 1) tadi..panas2. Uli sebati.






*masa uli sebati klu nmpk gelembung2..jadi la tu.

3) perap semalaman.



4) masa canai tambah minyak.






*try wat skit dl..klu tak jadi..perap lagi.

Friday 4 November 2011

KUIH ISSABELLA

walllaaaaaaaa ... nama sikit punya glamer
mula dengar dulu.. iza pun fikir ...
apa ye kuih issabella ni...




puas fikir rupanya ni lah kuihnya


kalau kat kampung iza di melaka kami biasa panggil 
kuih ubi ketuk goreng... hahahaa.... zaman dah berubah... dunia dah maju.. nama pun dah glamer...


camana nak buat ye... sonang bah itu
rebus ubi kayu dan tumbuk sampai lumat
masuk kelapa parut
masuk garam dan gula
bentukkan ikut suka 
salut dengan tepung beras macam buat pisang goreng
goreng... naaaa. dah siap.. taraaaaaaaa..







kuih getas bersira gula melaka

biasa makan kuih getas??
naa.. nii iza kongsikan resepi nak buat kuih getas..


bahan bahan
1. tepung pulut
2. kelapa parut
3. secubit garam 
4. air 
5. gula melaka
6. minyak utk menggoreng


cara 
gaul 1234 dan uli sebati
bentuk ikut kehendak anda
goreng dengan minyak


sira
terpulang dengan gula melaka atau gula putih