Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday 29 May 2014

isu cadbury i pun buat puisi pasal babi...


Kerana mu babi
Semua orang tak senang hati
Bukan kesian sama si babi
Awal awal pun dah tau status si babi
Babi.....
Selamanya babi. .....

Nak sedap dengar khinzir nama diberi
Haramnya tak kan merubah diri
Sampai ke mati
Itulah nasib si babi

Si palui cadang darah dicuci
Si dupang pula risau dgn isi
Hishh ko ini babi
Menyusahkan orang sana sini
Kalau ku dapat ku timbak sampai mati
Biar keturunanmu tak wujud lagi

Asap berkepul di sana sini
Di siring jalan menuju distinasi
Cakap pada suami
Tolong berhenti dekat tepi
Ku sangka jagung bakar menanti
Rupanya "sinalau bakas" yang di ditemui..

Umiliza

ceritera aku dan haiwan

Ceritera 
Aku dan haiwan.. 

Indahnya alam maya
Sang burung berkicau ria
Terbang diudara
Tanpa ketahui tujuannya

Lihat disana
Mentari tersenyum gembira
Memberikan cahaya
Menyuluh alam semesta
Damainya rasa
Walau rembulan sembunyi entah dimana...

Dipohon angsana
Monyet jantan mengenyit mata
Pada monyet betina
Oh! Mengurat rupanya
Ish ish ish.. tak ku sangka

Lihat dipokok sena
Sang semut dan kerengga
Bekerjasama
Membawa sisa
Pulang ke sarangnya..

Berjumpa pula
Si tokek yang bermuram durja
Ditanya kenapa?
Aku kini dah tak berharga.
Oh sedihnya.....

Berjumpa pula si kura kura
Mukanya masam mencuka
Ku tanya kenapa?
Aku penat berlumba
Dengan arnab durjana...

Meneruskan langkah seirama
Bertemu pula
Kambing dan ayam serama
Si kambing dengan janggut nampak alimnya
Tapi sayang.. si kambing terlupa
Dia terlupa pakai celana...

Ayam serama pula dengan bangganya
Mendabik dada
Sambil berkata....
Aku bergaya
Lagi berharga
Tapi ayam juga terlupa
Ianya berkaki ayam saja...

Berjumpa pula dengan si rusa
Kalau di Sabah payau namanya
Musuh ketatnya si buaya
Walau libasnya menakutkan manusia
Namun kalah sama si rusa

Rindu pula dengan sedara
Kalau dulu..sepilok tu dekat saja
Hahahaha.... nampaknya
Kena pergi zoo Melaka
Dekat sana.....
Macam macam ada...

Gajah, harimau dan juga kuda
Ada tenok, zirafah dan juga ungka
Badak, ular dan serigala
Tak sempat siang.. malam pun buka

Dipendekkan cerita
Anda semua tidak dipaksa
Untuk membaca
Ini wall gua yang punya
Kalau tak suka
Logout la saja. ..

Umiliza blogspot.com
Ceritera mengarut
Bukan mencarut...
13052014

tanda semakin tua...

Semakin hari semakin tua
Semua orang akan merasa
Walau lari kemana 
Walau sembunyi di mana
Tak dapat lari itu takdirnya
Uban mula memenuhi kepala
Penglihatan semakin kabur gamaknya
Satu persatu nikmat dunia
Akan mula dilupa..
Makan itu... tak rasa
Minum itu.. sakit kepala
Hilang nikmat yang maha esa..
Badan minta dipicit sini sana
Pinggang macam nak putus katanya
Berjalan dah guna kaki tiga
Hati cepat terasa
Itulah tanda....

Kita
Semakin tua...

Umiliza
Pantai purnama.
08052014..

Sunday 27 April 2014

aku dan basikal

semenjak en suami ghalit main basikal.. nampak berat badan dia semakin susut.. teringin juga nak ikut jejak langkah walau dengan kudrat dan tenaga yang tak seberapa.. bila hujung minggu awal pagi dah kayuh basikal sejauh 20 hingga 30 km.. 

puisi ku yang ganas

Kau ingat ... kau kuat ?

Kau fikir. .. kau hebat ?


Lagak macam Jebat


Perangai macam musibat


Keparat!

 
Pengkhianat! 


Otak berkarat


Hidup penuh tipu muslihat


Bergelumang dengan maksiat


Dapat rezeki tak berkat


Jangan sampai dilaknat


Hey cepat cepat taubat


Lambat lambat nanti tak sempat


Sebelum jasad mu disumbat


Sebelum tubuhmu dimampat


Kedalam liang lahat



~yang tersurat


atau tersirat

tiada kaitan yang sihat


atau yang tenat

#umiliza


mencuba sesuatu yg lebih dahsyat


10042014

puisi untuk lily ronita tahir


SIAPA LILY RONITA TAHIR..

dia sahabat semasa menuntut di smvag 26 tahun lalu..
lily mengidap kanser servik tahap 4..
 Ujian yang allah kirimkan
Bukan melemahkan iman
Hanya sedikit dugaan
Untuk mereka yang bergelar insan

Terima keadaan
Jangan putus harapan
Pada setiap kejadian
Allah sembunyikan kenikmatan

Sabar dengan ketentuan
Redha dengan ketetapan
Teruslah melangkah kehadapan
Kami menyokong perjuangan. .

Sabarlah teman
Masing masing punyai bahagian
Redhalah teman
Kamu insan pilihan..
Semoga diberikan
Kesihatan berpanjangan..

Aamiin
Aamiin
Aamiin

puisi sengal umi

Puisi sengal ummi..

Aku seorang suri
Juga seorang isteri
Bukan permaisuri
Boleh goyang kaki
Bukan juga kuli
Yang dibayar hari hari
Bukan juga buk peri
Punya kuasa sakti

Seawal pagi
Dah kesana kemari
Mengurus anak dan suami
Tak peduli risiko menanti
Buat itu... buat ini
Kejap dah tengahari
Kerja seorang suri
Sampai malam pun tak selesai lagi

Walau tak bergaji
Tapi aku hepi
Buktinya badan makin berisi
Walau tak cute macam barbie
Tak cun macam bidadari
Aku tak peduli. ..
Yang penting aku disayang suami
Yang penting aku suri dihati suami
Anak anak pun sayangkan ummi

Ini kisah ummi
Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yg mati. ..

Ya Allah Ya Robbi. ..
Terima kasih atas semua ini. .

Friday 11 April 2014

hati

jika bertemu orang yang baik
jangan anda merasa pelik
hatinya boleh berbolak balik
kerana syaitan sentiasa berbisik
syaitan menyemai benih munafik
api amarah mula memercik
nauzubillah hi minzalik............
Ya Allah.. berikan lah hidayah dan taufik
agar syaitan terus tercekik
agar syaitan tak lagi memekik..
umiliza
taman politeknik
02042014
# tak semua orang mendapat peluang ke 2

ANAK MUDA ITU

sajak ini iza tulis berdasarkan apa yang iza lihat sewaktu mengayuh basikal dan apa yang iza lihat di persekitaran yg rata rata dihuni oleh golongan pelajar sebuah ipta..



Anak muda itu
Yang ku temu
Di lebuhraya baru
Buat apa di situ?
Oh! tunggang motor laju laju

Adakah mereka hantu? 
Adakah mereka kutu? 
Adakah mereka mat rambu? 
Atau. .. adakah mereka mat syabu? 

Yang ku tahu...
Mereka anak Melayu. ..

Bila kemalangan berlaku
Salahkan lembu
Aik. . Polis trafik pun nak ditipu
Polis tu bukannya dungu
Saman trafiknya sudah berbuku
Takkan percaya cerita dongeng mu

Sedarlah anak Melayu
Jangan habiskan usia mudamu
Sia sia begitu. ..

Anak muda itu
Yang ku temu
Dilorong kelabu
Tanpa segan silu
Mereka bercumbu
Tak peduli orang yang lalu
Langsung tak rasa malu
Kononnya melepas rindu. .
Anak siapakah itu?
Oh! Anak kesayangan ayah dan ibu
Yang ku tahu
Mereka. ...... Anak Melayu. .

# catatan buat anak anakku
Andai kita tak punya banyak waktu
Jangan jadikan syaitan sekutu
Ingat ALLAH YANG SATU

umiliza
Rumah Api Tanjung Tuan

Wednesday 2 April 2014

1927 - 2014 balasungkawa mak long

Petanda awal malam tadi
Sewaktu lena dibuai mimpi
Tiba tiba bekalan elektrik terhenti
Yang hairannya hanya rumah kami
Tapi akal tak mati
TNB kami hubungi
Rupanya fius di luar tidak berfungsi
Meneruskan tidur untuk beberapa jam lagi
Sedang enak menyambung mimpi
Kami dikejutkan lagi
Kali ini maklong telah pergi
Pergi dan tak akan kembali
Seawal pagi....
Bergegas ke Melaka sekali lagi
Di ruang forensik kami menanti
Akhirnya maklong dimandi
Selesai solat tubuh maklong disemadi...
Tinggallah ia seorang diri
Tiada siapa menemani
Pusara menjadi sepi
Seorang demi seorang melangkah pergi..
Begitulah perjalanan hidup di duniawi...

#ingat mati
Tiada siapa dapat hindari...

*1927 - 2014
Tanah perkuburan Islam
Bayou Lagoon
30032014
 — 

apa lah nasibku

Sehebat mana seseorang

Adakala airmata bergenang

Pujuk hati supaya bertenang


Apakan daya ianya bukan senang


Duduk seorang


Mengenangkan nasib yang malang


Sesuatu yang tak diundang


Tiba tiba bertandang


Sepertinya berkumandang. .


Sepertinya jelas dipandang


Kenapa aku mesti ditendang?


Aku bukan petualang. ..


Aku bukan penghalang. ...


Aku bukan jembalang. ...


Jangan sampai kepercayaan ku hilang...


Kesabaran ku dah tiada ruang


Jom... duduk bersembang


Biar mata bertentang


Leraikan yang bersarang


Sebelum kita dijemput pulang...



umiliza blogspot.com
29032014
bukit larang

Friday 21 March 2014

ALGAVO 87/88

ALGAVO...

membawa maksud.. alor gajah vokasional..
disitulah tempat mendapatkan pendidikan selama 2 tahun. kami merupakan batch pertama menduduki peperiksaan spm (v).. 

setelah tamat sekolah kami terputus hubungan..
lebih lebih lagi bagi aku yang merantau 18 tahun ditempat orang.. 
atas usaha dan inisiatif sendiri satu hari mencari nama seorang kenalan di facebook.. alhamdulillah .. cari dan terus mencari dan akhirnya tinggal hanya 3 orang yang belum ditemui..

1. fauziah ali dari kelas pengurusan pejabat
2. normala abdullah dari pengurusan perniagaan
3. yang lee fong daripengurusan perniagaan jugak..

baru baru ni berkesempatan menziarahi sahabat sekelas iaitu lily ronita tahir yang menderita penyakit kanser servik tahap 4.. di kesempatan itu juga bertemu dengan sahabat yang lebih 25 tahun tak jumpa.. antaranya linda sam.. azizah kassim.. kartini yaakob.. yg lain tu dah pernah jumpa sewaktu hi tea algavo pada 4 april 2013 lalu..

semoga ukhuwah antara kami tetap terpelihara....




kertas yang tak sempat dibaca

K E R T A S YANG
T A K S E M P A T
D I B A C A

Kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, simpan, koyak dan kemudian dibuang.

Dunia semuanya seperti kertas. Ramai yang bersedih, bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA.

Kerana kertas manusia dipuji,
Kerana kertas manusia dipuja,
Kerana kertas, manusia dihina,

Kerana kertas manusia terpisah
Kerana kertas manusia berkuasa
Kerana kertas manusia merana.

Sijil Kelahiran - Kertas
Sijil Penghargaan - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Ijazah - Kertas
Buku akaun - Kertas

Saman - Kertas
Tesis - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan - Kertas

Hanya satu kertas
yang DIMILIKI seseorang
tetapi

TIDAK DAPAT DILIHATNYA
sendiri

SIJIL MATInya

Kerana itu seriuslah BERAMAL sebelum sijil MATI itu dikeluarkan.

Juga pastikan semua kandungan kertas-kertas yang tersebut di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini.

JAGA SOLAT AWAL WAKTU DI TEMPAT AZAN DIAZANKAN

J A D I L A H
O R A N G Y G
B I J A K A K H I R A T. sama sama kita muhasabah diri


C/P

demi anak anak

Kagum dengan pengorbanan seorang ibu yg dikenali sebagai

 mak aizam
..
 ni la rakan rempit yg dijumpai setiap hari sewaktu

 menghantar anak ke sekolah.. wanita bertubuh kecil ini

seorang suri rumah dan mengurus anak anak kerana

 suaminya kerap bekerja di luar kawasan. Walaupun tidak 

memiliki lesen kenderaan bermotor wanita ini cekal demi 

anak anaknya.. kalau di lihat pada gambar rakaman curi ni

.. kita nampak ada 3 anaknya..sebenarnya. .. antara

 perasaan atau tidak.. terdapat gendongan di bahagian


dadanya.. jacket di pinggang menguatkan lagi gendongan yg

di galas iaitu anak kecil yg baru mulai bercakap. . Itu lah

 rutin hariannya demi menyekolahkan anak anaknya.

. semoga mak aizam diberikan kesihatan yg berpanjangan 

dan anak anaknya tak lupa pada pengorbanan si ibu. 


# bila kita fikir... kita susah... masih ada lg orang yg lebih


 susah..

*mereka berkongsi sebuah motor dengan 5 orang 


pembonceng setiap hari..


Friday 14 March 2014

notis sita rumah

BELASAN TAHUN TUNGGU RUMAH TERBENGKLAI NI SIAP..
JANJI DEMI JANJI..KATA PEMAJU BARU RUMAH SEPATUTNYA SIAP SEPTEMBER 2013 YANG LALU.. TUNGGU RUMAH YG BERJMAN TERBENGKALAI NI SEMPAT LAGI BELI RUMAH SEBIJIK LAGI.. RUMAH KE2 TU IZA SEWAKAN DENGAN HARGA RM 250. 
KALAU DICONGAK BEBODOH SEHARI TAK SAMPAI PON SEPULOH HINGGET..

DARI BULAN 9 ..TANGGUH PERGI BULAN 12... BULAN 12 TAK SIAP JUGAK.. PASTU CAKAP BULAN 1 PULAK .. NI DAH BULAN 3 DAH PERTENGAHAN BULAN.. PUN TAK SIAP JUGAK.. IZA CADANG NAK MASUK RUMAH TU CUTI SEKOLAH NI... HURMMM... 

MINGGU DEMI MINGGU DATANG TENGOK RUMAH.. EXCITED SESANGAT.... BUKANNYA APA.. CUMA NAK PINDAHKAN BARANG YANG BERLAMBAK NI.. 
KALI NI DATANG.. NAH ADA NOTIS DEPAN PINTU..



NI RUMAH AIR  API PUN TAK MASUK LAGI... 
KUNCI PUN TAK DAPAT LAGI..
HUK ALOH........

NI BAYARAN UNTUK APA NI??





burung besi MH370


DAH SEMINGGU MISTERI KEHILANGAN MH 370 BERLALU...
MINGGU LALU SEAWAL PAGI DAPAT BERITA KEHILANGAN PESAWAT MH 370 DARI KAWAN YG BEKERJA BAHAGIAN SAJIAN MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM ..WAKTU TU MAS BELUM BUAT PRESS CONFERENCE LAGI..

RAMAI ORANG BUAT LAGU LA.. PUISI LA.. DEN PUN NAK TRY JUGAK..
TAPI TAK TAU NAK DECLARE APA.. DEN CUMA LABEL NI SAJAK SENGAL DEN..

 SI BURUNG BESI
SARAT PENUH ISI
PRAMUGARA DAN PRAMUGARI
PENUMPANG PEREMPUAN  JUGA LELAKI
TAK KETINGGALAN 2 ORANG BAYI..

SI BURUNG BESI
DIPANDU FARIQ DAN ZAHARI
BERLEPAS MENUJU DISTINASI
TATKALA KAMI MULA DIBUAI MIMPI
MEMBELAH AWAN DIMALAM HARI..

NASIB SI BURUNG BESI
TAK SEMPAT SAMPAI KE DISTINASI
TAK SEMPAT JEJAK BUMI
HILANG TANPA PERMISI
SELURUH WARGA MENANGISI
AKAN KEHILANGAN SI BURUNG BESI

DIMANAKAH ENGKAU SI BURUNG BESI??
SELURUH DUNIA MULA MENCARI
DARI TERBIT HINGGA TERBENAN MENTARI
BERITA DARI MU SENTIASA DINANTI
MUNCULLAH WAHAI SI BURUNG BESI
SUPAYA HILANG SEMUA SPIKULASI...
TOK BOMOH ....TAK PERLU BERAKSI
TOK BOMOH TAK PERLU SUSAHKAN DIRI

PADA MU ILLAHI,
PANJATKAN DOA SETIAP HARI
TUNJUKKANLAH DIMANA BURUNG BESI
WALAU DALAM APA KEADAAN SEKALI
PENANTIAN SEGERA DIAKHIRI..
KEMBALIKAH BURUNG BESI
JANGAN TERUS BERSEMBUNYI
KAMI SEMUA MENANTI....


*MH 370
umiliza blogspot.com
port dickson






Thursday 13 March 2014

baiti jannati


  • setiap orang mimpikan untuk memiliki rumah idaman.. namun agak  malang bagi kami pembeli rumah taman bidara palma tanjong bidara melaka yang terbengkalai sekian lamanya.. inilah aset pertama .. 


Friday 3 January 2014

alhamdulillah .... sebagaimana banyaknya usaha ... begitu juga hasilnya

alhamdulillah

walaupun anak tak pernah bersekolah agama dan cuma belajar beberapa bulan seterusnya menduduki peperiksaan... alhamdulillah walaupun pada percubaannya dia dapat 8a dan untuk peperiksaan sebenarnya cuma 6a.. 2b.. tahniah buat anak ku aqiff

untuk peperiksaan seterusnya.. tingkatkan usaha.. fokus dan berdoa banyak banyak kerana doa itu senjata bagi umat islam..