Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday 9 December 2016

Maafkan aku.. Isterimu

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 SYURGA SEORANG ISTERI
dugaan paling besar adalah bersabar.. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja. Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya! Jadi seorang isteri, perbanyakkanlah minta maaf daripada suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya kepada sesiapa.. Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan daripadanya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarka n kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita. Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluark an potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya! Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta daripd Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumah-tangga kita. MasyaAllah indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin kah kita untuk mendapatkannya? Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah... Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami dan diberi kesabaran ya Allah. Aamiin. Aamiin YRA

Monday 5 December 2016

Ulangtahun perkahwinan ke 20

20 anniversary

Alhamdulillah
20 tahun sudah..
Takkan indah Kalau tak tergigit lidah, Kadangkala terpaksa ditelan mentah mentah..
Walaupun tak suka terpaksa dimamah..
Adakala dipaksa untuk muntah,
Bila badai melanda dengan megah... Datang menerjah!
Sehingga berkeluh kesah..
Apa yang datang harus dipangkah! Kena tabah!
Jangan mengalah!
Biarpun susah!
Biarpun payah!
Biarpun kudrat semakin lemah Perlahan.......
melangkah...
Melangkah...
dan melangkah...
Selagi belum dihimpit tanah..
Kerana nikmatnya rahsia Allah..

Semoga dikurniakan mawaddah
Semuaga berterusan istiqamah
Semoga beroleh Rahmah
Semoga jodoh sampai Jannah..

Monday 28 November 2016

Kuih penganan talam

.😊 LAPIS BAWAH A
2 cawan tepung beras ( chap teratai )

B
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air

C
2 cawan air campur dgn sebesar ibu jari kapur

Cara: Masak B hingga didih n gula cair. Sejukkan. Bancuh A, B n C. Gaul rata. Masak atas api perlahan. Kacau jgn bagi bergentel. Masak hingga 3/4 masak. Tuang atas loyang yg disapu minyak n kukus hingga masak. Garu permukaan dgn garpu.

LAPIS ATAS 1 cawan tepung beras
4 cawan santan. Dari 1 biji kelapa
1 sudu besar tepung kacang hijau.
1 sudu kecil garam n secubit gula Cara..bancuh semua n tapis. Masak atas api perlahan hingga naik wap. Tuang atas lapis bawah itu n kukus hingga masak.

Monday 21 November 2016

Seperti anda di mekah

Siapapun yg cipta app ni, jazakumullah...besar jasanya terhadap umat islam. Siapapun yg cipta app ni, jazakumullah...besar jasanya terhadap umat islam. Sila buka satu per satu link berikut. MasyaAllah...hebat...😍😍😍 1. http://t.co/2nR7badBOR 2. http://t.co/O9YCtLVLOI 3. http://t.co/v9xlileXg3 4. http://t.co/oXrRxuqJXP 5. http://goo.gl/j2BSF0 Hanya perlu gerakkan henset ke atas, bawah, kanan, kiri...dan blh jgk membuat zooming. Kita akan merasakan seolah-olah sedang berada disana...🕋 1.) Siapa hendak masuk Hijir Ismail. Tekan *no. 1* 2.) Yang ingin melihat sudut Rukun Yamani. Tekan *no. 2* 3,) Yang hendak spt berada di depan Ka'bah. Tekan *No. 3* 4.) Yang hendak melihat Makam Rasul SAW. Tekan *no. 4* 5.) Yang ingin berada di atas Ka'bah. Tekan *No. 5* Semoga dpt mengubati kerinduan kita terhadap Mekah...🕋

Saturday 19 November 2016

Choc chip cookies

BAHAN A 1cwn butter
1cwn gula perang
1cwn minyak masak
1/2 cwn gula halus
1sdb susu cair/susu segar (sy guna susu full cream 2sdb)
1 biji telur 1sdk esen vanilla
Secubit garam

BAHAN B
4cwn tepung gandum
1sdk cream of tartar
1sdk baking powder
1sdk berkarbonat soda
2cwn choc chip (sy guna 1cwn choc chip+1cwn choc rice)
1cwn kekacang xkira jenis apa pun Cara
Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama.. Dlm 1minit je.. Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja.. Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang.. Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit Sumber resepi : Shahila Hanim

Sambal bugis normi lapawi

Sambal bugis RESEPI SAMBAL GORENG BUGIS BAHAN2: Bawang merah, bwg putih, lada merah, lada hijau, cili api, tomato,belacan (ckit je), ikan bilis (resepi asal xde ikan bilis tp saya letak). CARA2 MEMBUAT SAMBAL: Semua bahan2 di atas hendaklah digoreng sekejap..lepas tu tumbuk (jgn blander x sedap) *Tomato tu jgn goreng nanti berair. *Ikan bilis goreng asing dgn bhn2 yg lain.Goreng bg garing ckit tau. Lepas tumbuk panaskan minyak dan masukkn semua bahan2 yang telah ditumbuk termasuk tomato sekali.. (tomato lenyek2 kan sekejap) Masukkan lar sedikit garam dan gula (saya guna gula merah x guna gula pasir) Masak sampai pecah minyak.. ▶Resepi buat kawan2 yang ingin mencuba sendiri resepi sambal goreng bugis..dapat resepi ni leh lar kuar g beli bhn2 dan boleh buat ye..dah siap share lar pic..hehe :-D Selamat Mencuba!!!

Tuesday 11 October 2016

Tosai

Tosai
Resepi tosai..
Bahan2..
*kacang ulundu
*halba(sdikit)
*nasi sejuk
*tepung beras
*garam
*yis mauripan

cara2..
1. rendam kcang ulundu n halba.. (sy rndam pgi,,ptang sy dh bancuh n msak)
2. Dh kmbang kcang yg dirndam to,, blend plk ngn nasi sejuk..(bagi btul2 hncur)
3. sdh blend,,cmpurkn ngn tpung beras n yis mauripan n gram..(yis xprlu bncuh ok..sy just guna spruh je)tgu bg adunan to naik buih2 skit.. 4. siap utk dilenggang ats kuali..(adunan to mcm kita nk buat kuih ktayap to.. thu kn..) # klo nak msam tosai to biar la adunan to lma skit.. tp sy xsuka msam2.. 😊

Generasi subsidi

generasi subsidi
tak pandai mensyukuri
walau baru dibaikI
tak sampai sehari
di kasi rosak lagi
puas sudah dinasihati
seperti telinganya tuli
matanya seperti buta sama sekali
tak tahu menghargaI

wahai generasi subsidi
letakkan diri ditempat ku sesekali baru kau tahu apa ku alami
baru kau tahu apa ku rasai
ayuh generasi subsidi
keluarlah dari mimpi
mulakan langkah mu hari ini belajarlah menghargai..
belajarlah mensyukuri..
sebelum semua nikmat ditarik illahi

umiliza blogspot.com 17.17 pm 12102012

Acar limau

#Resepi ACAR LIMAU Sumber:- http://newresepimalaysia.blogspot.com Bahan A
(Bahan tumis)
1 cawan minyak masak
1 ulas bawang putih +
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
1/2 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

Bahan B
(Rempah tumis,
Campur semua sekali)
1 camca besar rempah Ikan
1/2 camca besar serbuk cili
1/2 sudu teh 'halba sahaja'/ bukan halba campor (goreng kering dan ditumbuk)

Bahan C
3/4 cawan cuka makan
200 g gula putih
Garam

Bahan D
(Buah-buahan)
1/2 Kilo Buah Kurma
7 biji Limau Jeruk (belah 10)
1 cawan kismis
1 cawan Cili Padi (lebih banyak lebih pedas .. lebih sedap)
20 ulas Bawang Putih (ulas yg besar dibelah 2)
15 ulas Bawang Merah (ulas yg besar dibelah 2)
halia (sebesar 1/2 tapak tangan, dipotong memanjang)
Buah belimbing kering (Tak dimasukkan sebab tak ada stok) Buah pala (Tak dimasukkan sebab tak ada stok)

* Panas kan air sampai mendidih dan celurkan (SEKEJAP sahaja <> 30 saat) cili, bawang putih, dan bawang merah' Bahan E (Untuk tabur)
1 sudu besar bijan (goreng kering)
1 sudu besar biji sawi (goreng kering)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..) 5. Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut) * (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

PEpes ayam

PEpes ayam
Kita Buat Pepes/Otak2
Ayam
Isi ayam ( kisar )
1 sudu teh serbuk ketumbar
3btg cili merah
10bj cili kering
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
3bj buah keras
1 inci halia
1 cm kunyit hidup
2 btg serai
2 bj telur
175ml santan pekat
I kiub ayam
Daun pisang
Garam gula seckupnya
Kisar semua bahan kecuali ayam dan daun pisang
Masak sampai pekat
Rasa manis masin ( sy lebih kan gula ) Bila dah sejuk br campurkan dengan ayam kisar tadi Boleh lah bungkus mcm buat kuih kochi Boleh kukus sekejap lepas tu bakar Selamat mencuba semua ..resepi sy main bantai je ikut tekak sendiri

Tepung bungkus

Tepung bungkus 😊😊😊 ini resepi nya...

KUIH TEPUNG BUNGKUS
Bahan A
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sedikit garam Daun pisang secukupnya

(Bahan B)
Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
1 helai daun pandan

Bahan C (saya tambah)
1 cawan tepung pulut
sedikit air

Cara: 1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh bahan C hingga boleh bentukkan adunan tepung tersebut dan balut inti (nipis sahaja).
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan kredit to: blog fiza's cooking Selamat mencuba

Monday 26 September 2016

Kuih jelebi @ mutai

Kuih jelebi @ mutai ni resepi jalebi .. -1 cawan tepung gndum(purpose flour/maida) *yg ni sye buat pkai tpung gndum je :) -3 sudu besar tepung jagung -1/2 cwn yogurt -1 sudu besar minyak sapi (cairkan) - 1/2 cwn air -sdikit pewarna kuning -scubit grm *semua yg dkt ats ni satukan je semua dan gaul bagi sebati *tutup dan biarkn 8-12 jam.. lepastu baru letak soda bikarbont 1/4 sudu kecil.. *yg saya buat ni dah x sbr sgt nk mkn..x biarkn smpai 8-12 jam pun..saya trus letak soda bikarbonat n biarkn 1/2 jam je..hihihi ^_^ bahan untuk sirap gula -2 cawan gula -1 cawan air -sdikit perahn lemon(utk x brp manis sgt la gitu)(x letak pon xpe, yg ni sye x letak.. *didihkan cara2: -masukkn bhn tdi dlm piping beg atau plastik atau acuan -pnskn minyk dan picit ikut bentuk dah siap msk, celupkn dlm syrup gula tdi..siap *kata kawan tdi (dharmen), klau nk rangup, lubangkn nipis je acu nye.. siap!! hehe

Wednesday 31 August 2016

KEK CHOCOLATE LAVA BERHANTU

KEK CHOCOLATE CHESE LAVA BERHANTU sumber: blog sis azlita masam manis
1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
telur 2 biji
Satukan semua bahan kering dan ayak Ketepikan
* Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist.
Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab
* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair. Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut. Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan.
Sekejap aje... tutup api.
Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~
( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar Susun bekal aluminium dalam kukus Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese KRIM CHEESE 250 gm Cheese 500 ml UHT Whipping Cream 3 sudu besar susu pekat manis 1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada ) Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental. * Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul COKLAT LELEH 250 gm coklat masakkan gelap 250 ml UHT Whipping Cream 1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu 1 sudu besar butter 1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada ) 1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada ) Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk. Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan Biarkan coklat mencair Tambahkan esen vanilla dan gaul rata Biarkan sejuk Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah ) Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek. Kek yang telah di potong di letakkan cheese Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese Ratakan cheese di atasnya Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit Sedia di nikmati

Ayam Panggang Madu

Bahan perap:
- 3ulas bwg putih
- 2btg serai
- 1inci lengkuas
- 4sdb serbuk cili
- Garam secukup rasa
(Blend, perap semalaman)

Bahan glaze:
- 2sdb kicap pkt
- 3sdb sos tiram
- 3 sdb mnyak bijan
- 6sdb madu
( sy pkai madu kelulut sbb rasa msm2 sket..kalo pkai -
- madu biasa, anda boleh tmbah
2sdb cuka apple, atau perahan lemon) - 2titik pewarna merah (jk suka)

Cara-cara
- Kukus ayam 10-15 minit hingga separuh msk, then bkr dlm oven 30 minit api 180 degree
- stiap 10 minit, kluarkn utk sapu glaze...ni penting, kalau x kulit aym jd kering..glaze yg terakhir tabur bijan sket..
Oh ya, satu lg..elakkn potong ayam pnggang masa dia masih pns. Jus aym akn mngalir keluar & x serap dlm isi dia. Akibatnya bila dia sejuk, isi dlm dia jd keras kejung

kredit : sahariyani kontan

Tuesday 30 August 2016

Kek gula hangus gebu Azlina Ina

Kek gula hangus gebus

Bahan2 A
2 cawan gula bg perang atas kuali
Dah cair semua masukkn pulak
2 cawan air panas dan kacau bia semua cair bia sejuk

Ok bhn2 B
mix 4 bijik telur
4 sb butter
1 cawan minyak
5 sb susu pekat
Esen vanila sedikit
Mix 5 mnt pakai blender pon boleh
Ok tuang bhn A sikit2 blender lg atau mix lg 5mnt

Ayak kan 3 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
2 sk soda bikarbonat
Masuk dalam bhn B td dan kacau2 rata je Panaskan kukusan kukus 1 jam siap taraaaa

Monday 29 August 2016

Mocha Swiss roll

Bahan-bahan
[A] : 3 biji telur gred A atau B 2 oz/
60 gm/ 4 Tbsp gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovallate
1.5 oz/ 5 Tbsp tepung gandum (timbang dan kemudian kurangkan 3 Tbsp tepung gandum ni)
3 Tbsp serbuk nescafe gold
1/2 Tbsp susu tepung

Bahan-bahan lain
: 2 oz/ 60 gm mentega (dicairkan dan disejukkan)
Buttercream secukupnya

Cara Membuat
1-Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit)
. 2-Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata
. 3-Tuang adunan ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya
. 4-Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah. 5-Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika.
6-Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
7-Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.
8-Gulung kek dengan cermat.

Mee sup power ala thai

. Bahan-bahannya: . -
_Bawang merah 6 biji (blend )
- Bawang putih 6 ulas ( blend )
- lada hitam 1 sudu ( blend )
- rempah 3 sekawan
* kayu manis... bunga lawang ngan bunga cengkih
- ayam / daging / udang / sotong
- sayur2 carrot & sawi
- limau kasturi ( 2 biji )
- telur
- daun sup
- bawang goreng .

Cara2 nye : .
1. tumis bahan blend dan bertanda ( * ) sampai garing & naik bau
2. masukkan bahan lauk2 . masak hingga separuh masak
3. masukan carrot
4. masukkan air ( buka api besar bg mendidih ganas )
5. masukkan mee yg telah dibersihkan
6. pecah kan telur ( jgn kacau kuat )
7. masukkan sawi
8. perah limau
9. sebatikan dgn perasa
10. taburkan bawang goreng & daun sup

Kek cokelat berhantu

KEK COKLAT BERHANTU
RESEPI 1CWN KOKO
1 CWN SUSU CAIR
1 CWN SUSU PEKAT
1/2CWN GULA
1CWN MINYAK MASAK
~SATUKAN SEMUA MASAK ATAS API BAGI SEBATI.
ANGKAT DAN SEJUKKAN SEKEJAP.
3BJI TELUR(gredA@B)
~PUKUL KEMBANG DAN MASUKKN DLM ADUNAN KOKO YG DH SEJUK TADI.
1 1/4CWN TEPUNG GANDUM
1SDT BAKING POWDER
1SDT SODA BIKARBONAT
~AYAK SEMUA & MASUKKN SIKIT2 DLM ADUNAN KOKO TADI.
SEBATIKAN.
#KUKUS ADUNAN SAMPAI MASAK. #BOLE KUKUS TERUS GUNA BEKAS.
(SAYA GUNA LOYANG)
#DAH MASAK BOLE BELAH KEK & MASUK DLM BEKAS.(LAU GUNA BEKAS.XPAYAH BELAH.TERUS CURAH CREAM)

CREAM
250G CREAMCHESE
500ml FRESHCREAM (non dairy)(goncang2 dulu,saya guna 1cawan je.putar kental jadi banyak)
3SDB SUSU PEKAT(LEBIH PON BOLE.IKUT KEMANISAN SENDIRI) ~PUKUL FRESHCREM SAMPAI KEMBANG. ~MASUKKAN CREMCHES N SUSU PEKAT.PUKUL LAGI.SEBATIKAN.

TOPING
COKLAT 250g COKLAT MASAKAN
250ml WHIPING CREAM
1SDB BUTER ~PANASKN WHIPING AGAK BERBUIH TEPI MASUKKN COKLAT.DH SEBATI MASUKKN BUTER. TOPING COKLAT PILIHAN

1CWN SERBUK KOKO
1CWN MINYAK MASAK
1CWN SUSU PEKAT
~GAUL SEMUA SAMPAI SEBATI N AGAK LIKAT.
DOBLE BOILE JAP ATAS API. #LAYERKAN DISETIAP KEK DGN CREMCHES.ATASNYA CURAH COKLAT.N BOLE WAT DESIGN #DESIGN~AMBIL SIKIT CREMSHES+COKLAT EMULCO.

Belgian Chocolate Cake

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko (Belgium)
1 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis

. Bahan D

250 ml air panas
Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair,
jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga
1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

#ChefRajaWina

Sunday 28 August 2016

Sup tulang ala thai

Resepi Sup Tulang Ala Thai
Bhn2:
Sekilo tulang lembu d potong sdg.
7 bj bwg kecik*
5 ulas bwg putih*
Tumbuk lumat 1 1/2 inci halia d pukul
2 bungkus sup tulang**

Bhn dlmnye d asingkn.
(bunge lawang, kayu manis n cengkih)*** Bwg holand d hiris tebal
Saderi 2 btg d hiris tebal
Tomato 3 bj d potong 4
Cili api 6 bj d penyekkn
Air limau nipis/ asam jawe
1/4 cwn Daun ketumbar n daun bwg d hiris
Bwg grg Garam , pk aji n sdikit gule

Care2:
Rebos tulang dlm periok. Air agak2. Masokkn bunjut sup.** n halia
Panaskn kuali tumis bhn *** hingge naek bau. Masokkn bhn *.
Tumis hingge wangi n masokkn k dlm rebusan tulang. Biar hingge tulang lembot/ empok.
Masokkn tomato.
Biar skjp n masokkn bwg holand, saderi n cili api.
Perasekn dgn garam, gule n pk aji. Masokkn air asam jawe/ air limau nipis. Klau nk masam blh tmbh. Dah sesuai rase blh lh tutup api. Pastikn kuah agak pekat. Hidangkn dlm mangkok dgn hirisan daun ketumbar/ daun bwg n bwg grg. Selamat mencube... #guna jus limau nipis lbh menyelerekn...

Wednesday 24 August 2016

Ayam goreng pedas korea

Ayam Goreng Pedas Korea

10 ketul bahagian ayam
Saya guna peha dan kepak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu teh sodabikarbonat
2 biji telur
Sos
3 ulas bawang putih parut
2 sudu besar cili blend
2 sudu besar madu
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar jus lemon
1 sudu besar taucu halus
Bijan secukup nya

  #resepiAzzuLiza

Sos Thai Tropika

Sos thai tropica
Resepi Sos Thai Tropika
Bahan: - 1 cawan nenas (dipotong kiub)
- 2 cili merah
- 2 cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
- 4 ulas bawang putih
- 3/4 cawan air (kalau nak lagi sedap ganti dengan jus nenas)
- 2 sudu besar cuka
- jus 1 biji limau nipis -
1/2 cawan gula -
1/2 sudu besar garam -
1 sudu besar tepung jagung -
2 sudu besar air

Cara: - Blendkan nenas, cili, bawang putih dan air (atau jus nenas) -
Masukkan ke dalam periuk.
Masukkan pula cuka, jus limau nipis, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api. -
Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit. -
Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Cheese tart montoks

Shell
125g butter sejuk
1 biji telur gred C
60g gula aising
Tepung gandum 240g (agak2 jd doh x melekat)
1 st esen vanilla

-Pkul butter dgn gula smpai sebati x pyh smpai kmbng
-masuk telur kcau sbati dan msuk esen vanilla
-last msuk tpung uli smpai jd doh -
bakar 20 mnit suhu 160
Cheese 500g cream cheese
100g gula aising
1 biji telur gred D
30g butter
1 st esen vanilla -
pkul gula dgn telur smpai kmbng
-masuk butter pkul lg dan masuk esen vanilla -
last masukan cheese pkul smpai dh x bketul dlm anggaran 10 mnit

Tips -cheese jgn kluar lama dri peti ais, agak 5 mnit dh bleh gna
-dh siap mix xda nmpk cheese ketul2 trus pipping -gunting pipping beg yg bwah 2 besar skit -pipping dri tgh dgn cara membukit

Tuesday 23 August 2016

Cheese kek leleh meleleh

Cheese kek leleh meleleh Bahan-bahan : 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum* 1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama) 150 gm gula kastor 5 biji telor gred A 1 sudu besar ovalette 80 ml susu segar 80 ml minyak masak / mentega cair Perisa vanilla Coklat emulco Cara-cara : Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing). Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati. Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis. Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. UNTUK KRIM 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm) 1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2. UTK TOPPING 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) Cara menghias kek Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong

Monday 22 August 2016

Nasi beryani ayam noxxa

Bahan2 perapan ayam
Seekor ayam potong 8
Setengah cawan susu cair
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*Setengah inchi halia
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu minyak Garam secukul rasa > blend bahan bertanda * dan campur semua. Perap ayam selama 3 jam

Bahan masak nasi
Setengah kilo beras basmathi basuh dan toskan
*1 biji bawang besar potong dadu
* 2 ulas bawang putih potong dadu
* stgh inch halia dihiris
*4 kuntum bunga lawang
* 3 biji buah pelaga
* 1 batang kayu manis
1/2 ketul kiub ayam
1/2 cawan susu cair
Air secukupnya
Sedikit bawang goreng
Sedikit kismis
Minyak sapi

Cara2 masak bole ikot step gambar.
1. Masukkan ayam yg diperap ke dalam periuk. Tutup peniutupy dan halakan tombol kepada 'pressure'.
Set butang 'high pressure' selama 8 minit dan tekan 'on'. Bila masak tekan 'off'. Tekan ' stir fry' dan tekan 'on'. Masak sehingga kuah ayam pekat dan tekan 'off'. Keluarkan daripada periuk dan masukkan kedalam mangkuk.
2. Untuk masak nasi pula Tekan 'stir fry' dan tekan 'on'. Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda (*) hingga wangi. Masuk air, susu, garam dan kiub ayam. Tekan 'off' dan masukkan beras. Gaul sebati. Tutup penutup dan halakan tombol kepada 'pressure'. Set butang 'high pressure' selama 7 minit dan tekan 'on'. Bila masak tekan 'off' dan bebaskan tekanan.
3. Tabur kismis, bawang goreng. Tuang ayam tadi atas nasi tapi jgn digaul dan tutup penutup. Halakan kpd tombol steam. Set butang steam selama 2 minit dan tekan on. Bila masak tekan off. Buka penutup dan gaul. Sedia utk dihidangkan Selamat mencuba

Thursday 18 August 2016

Kanser dan surah Al Fill

Kanser dan surah Al Fill *:: ✋😃 kanser dilenyapkan* *Bismilla hirrahma nirrahim* *Cancer dan surah Al Fil..!* *Assalaamu'alaikum..!* *SELEPAS SOLAT 5 WAKTU* *AL FATIHAH 1x AL IKHLAS 3x* *SELAWAT 3x AL FIL 21x* *C O N F I R M* *A L L A H L A H Y A N G* *H A N C U R K A N K A N S E R* *Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)*   *Memang setiap orang tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati..!"* *Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser..?* *Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.* *Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.* *S U R A H A L - F I L* *Alamtarakai fafa'alarabbuka bi asha bilfil* *Alam yaj 'al kaidahum fitadhlil* *Waarsala 'alaihim toiran ababil* *Tarmihim bihija ratim minsijjil* *Faja'alahum ka asyfim makkul* بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ *Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..!* 1 *Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah..?* (Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah) 2 *Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka..?* 3 *Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan..!* 4 *Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras..!* 5 *Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat..!* *G U N U N G H A N C U R K E R A N A* *T A K U T A L L A H G I T U J U G A* *D E N G A N K A N S E R* *Demikianlah mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran. Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah..!* *Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap..!* *K A E D A H M E N G H A N C U R K A N* *& M E L E N Y A P K A N K A N S E R* *Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.* *Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.* *Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!* *Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.* *Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.* *Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.* *Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.* *Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.* *Y A K I N L A H A L L A H L A H* *Y A N G M E N Y E M B U H K A N* Dr H pesan..! *Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar.* Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud. *Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimenafaatkan.* Amin. Terima kasih Ustaz ADAM S.H.

Thursday 11 August 2016

Blueberry muffins

BLUEBERRY MUFFINS
100 gm butter - suhu bilik
1 cawan gula castor
2 biji telur yang besar (55-60 gm)
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu cair/susu segar ( buat 3/4 cwn )
1 1/2 cawan fresh blueberry (  guna nenas)

Perisa nenas Bijan hitam
Acuan muffin secukupnya

CARA2NYA:- 1. Panaskan oven pada suhu 190°C.
2. Pukul butter hingga berkrim.
3. Masukkan gula dan pukul hingga putih. 4. Masukkan telur satu-persatu dan pukul rata.
5. Masukkan esen vanilla, garam & baking powder. Pukul hingga sebati.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit bergantian dengan susu cair & kaup-balik perlahan2 dengan spatula hingga rata.
7. Masukkan blueberry dan gaul rata.
8. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin hingga 3/4 penuh saja.
9. Bakar (190°C) selama 15-25 minit hingga muffin berwarna perang sedikit. 10. Sejukkan di atas wire rack. SELAMAT MENCUBA.... ♥♥♥

Kek vanilla

Kekvanilla
Resepi cupcake vanila
Bahan-bahan 3/4 cawan butter (170gm) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla
1 1/4 cawan susu segar
2 1/2 sk baking powder

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 170C.
Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat.
Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur (satu persatu) dan esen vanilla sambil terus diputar.
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.

Gladly topping

Resipi Toping glazy :
Icing sugar 1000gr
Gelatin 2gr
Milk powder 5gr
Vanila flavour 3gr
Agar agar 2gr
Salt 5gr
Hot water 220gr
Honey 12gr

Method :
Campur sebati semua bahan
Celupkan donat plain yg baru sahaja di angkat dari penggorengan (celup saat panas) Klu donat tak panas nanti hasilnya x bolih mengkilat

Wednesday 10 August 2016

Puding triffle rambutan

  PUDING TRIFLE RAMBUTAN

Bahagian 1
1) Masak Jeli Kristal jenama Nona dgn 2cawan air kemudian tuang sedikit dalam loyang & sejukkan
2) Letakkan isi rambutan
3) Curah baki Jeli kedalam loyang

Bahagian 2
1) Diatas api kecil masakkan 3/4 susu segar + 1cwn@lebih air rambutan + 4scoop tpung susu ank + 2sb tpung jagung & kacau sehingga pekat tp xdek la pkat sgt..sbb nnt sejuk dye akan pekat sendiri
2) Ratakan atas puding td

Bahagian 3
1) Potong kek gulung & susun 2) Sejukkan dlm peti ais **Terbalikkan & sedia dihidang

Tuesday 9 August 2016

Durian Crepe Tharunisa Jali


(Step by Step untuk yang baru nak berjinak dlm membuat DC ni dan untuk memudahkan rakan2 fb mempelajarinya)

Kulit/crepe
(18-20 keping )
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung hong kong sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210ml)
1/2 cawan susu segar (130ml)
sedikit esen vanila
beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk isi sikit je ye

Filling Kastard + Durian
2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telor
isi durian yang dihancurkan

Filling Whipping Cream
500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)

caranya utk kulit/crepe ~
cara nak dptkan crepe yang nipis
1. Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu
2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telor yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis
3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. Sapu sikit pan ngan minyak. (saya guna tisu paper)..dah panas pan tu..angkat kejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan tadi..kemudian letak balik atas dapur ..(saya tak guna senduk pun tuk ratakan kulit tu..just layang2 kan/lenggangkan je shingga memenuhi permukaan) kejap je letak atas dapur ye kemudian angkat..jangan lama sbb nanti hangus kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya
4. Ulangi hingga habis. boleh ditindih2 kulitnya insyaallah tak melekat
cara untuk Filling Kastard + Durian
1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tpg kastard,
2 biji kuning telor,dan susu segar dlm 4 sudu dulu..Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi
2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. tutup api dan sejukkan kastard filling.
3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag. masukkan kedalam peti ais supaya ia tak cair

cara untuk filling Whipping Cream..
1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar.. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing tu..
2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dlm freezer sekejap supaya tak mencair. Sekarang masa utk "membantalkan durian crepe" sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dlm gambar) , kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.. Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal..haaa dah siap masukkan dlm freezer kejap dlm sejam dua supaya ia mengeras(jika durian crepe yang baru kluar dr freezer tu keras kejung tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat)dan boleh dimakan..jgn keras sangat

MEE CELOP

Bahan2
-mee kuning (basuh bersih2 sejat air)
-bihun (dicelur dgn air panas sampai lembut sejat air )
-kuew tiaw (basuh,sejatkn)
-mee maggi
#pilihan mee bergantung citarasa masing2 ye..

KUAH: -
3liter air ❤
-ayam ambik bahagian tulang2 untuk rebusan.❤
(Kaki, leher..byk2 takpe)
-isi ayam bahagian dada
❤(rebus dh masak angkat,carik2an)
-halia 2inci ❤
(agak2 je dan ketuk2 skit)
-karot 1batang❤
-ubi kentang 2bji❤
-bawang putih 2ulas❤ (ketuk je)
-akar daun sup& daun bawang❤
(potong dlm 2inci dr akar bersama batang)
-satu sudu besar minyak bawang putih+bwg skali ❤
-serai 1btg❤ -
2sudu rempah sup (serbuk)❤
sy guna adabi😃 -kicap manis+kicap pekat❤ (jadi kn 1senduk,agak2
Korangla nk kuah hitam @ sedang2 je)
-secukup rasa maggi (1sb)❤
-pati bilis maggi (1st)❤
-serbuk kiub ayam maggi (1sb)❤
-garam❤ (agak2 je )
-gula❤ (agak2 )

CARA2
Satu kan semua bahan2 dlm periuk
Rebus ye jgn menumis lak.. biar betul2 menggelegak angkat isi ayam dahulu (Dh sejuk carik2an)
Kuah biarkn menggelegak lama
Rasakn dgn betul2 secukup2nya
-manis+masin(bila mkn baru ummphh!!!)

AKSESORI:
Bawang goreng❤ (buat sendiri lg sedap) Air lada ❤
(blend cabai,bwg putih 1ulas,cuka,garam,gula) Lada jerukl
❤ (cuka,lada besar hijau siam,garam,gula) Lobak asin jeruk❤
(beli siap je) Kacang tanah tumbuk (beli siap je)
Lada sulah ❤
Cili flakes ❤
Bwg putih jeruk❤ (,amik airnya sedikit +air suam.. blend pekat jgn cair )*
Secret resipi* Ikan bilis goreng rangup❤ isi ayam yg dh di carik2❤
Minyak bwg putih ❤

Cara membuat minyak bawang Putih :

(2labu bwg basuh bersih2 bersama kulit ye,jgn kopek kulitnya.tumbuk separuh lumat,
panaskn minyak 2mangkuk,
tumis jgn sampai garing tau..just bau wangi dn bwg dh kekuningan matikn api..nanti bwg akn jg lagi garing,kalau tggu garing baru matikan api nanti sejuk bawang akan sedikit garing dan rasa nya akan pahit tak sedap)minyak bwg putih ni nanti blh simpan lama.. blh buat masak lain2 menu. Sedap Sayur Taugeh Sawi (potong halus ) Kangkung (potong halus) Cara2 nk menghidang @makan (bg yg xpernah mkn) ❤Letak mee dlm mangkuk kuantiti ikut suka ❤Masukkan bahan2 aksesori - sukatan biasanya 1st@1sb setiap bahan (tapi agak2 la ye kot ada yg nk kurangkn itu lebihkn ini..suka2 hati anda ye) ❤Masukkan sayur kegemaran anda ❤bubuhla kuah nyaa..(pastikn kuah panas menggelegak baru best )

ADAM PEDAS TETEL

ASAM PEDAS TETEL
1/2 kg daging tetel di rebus dahulu selama 1 jam.
5cm halia
2cm kunyit
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam kisar semua bahan di atas
2 1/2 senduk cili kering (kisar)
3 keping asam keping @ asam jawa Sehelai daun kunyit 3,
4 helai daun limau purut
Sebatang serai di ketuk
1 cawan minyak masak
700ml air @ air rebus daging

Tumis bahan kisar di atas dan sebatang serai sampai naik bau, masuk kan lada kering kisar tumis sampai pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap, masuk kan daging tetel dan air sampai didih masuk garam dan perasa masuk asam jawa/asam keping daun limau daun kunyit tunggu didih siap.

Monday 8 August 2016

Nasi Tomato Tharunisa Jali

Resepi Nasi Tomato
Nasi
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air sedikit halia
1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu
bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
3 sudu besar tomato paste
1 kiub pati ayam
sebatang serai diketuk
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi dan sedikit minyak tuk menumis
garam
hiasan daun pudina dan bawang goreng

caranya
1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap
2. Dalam Kuali ..panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis
3. Tumis sehingga naik bau...masukkan tomato paste, serai, kacau sebati.
. 4. Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air...dan garam.. tanak seperti tanak nasi..dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2 ye... ## sukatan air bergantung pada beras yg digunakan...
Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan ...

Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam dpotong kecil
2 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili/sos tomato
garam gula minyak utk menumis dan bawang besar dipotong bulat tuk hiasan

caranya
1. ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit. 2. kisar bawang besar, bawang putih dan halia
3. Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak..tumis biar agak lama dgn api perlahan
4. masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
5. dah agak2 kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan dgn garam
6. masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.

Resepi Dalca
daging, hati dan paru lembu dan sayur
300 gm daging lembu dipotong kecil hati lembu dipotong kecil paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
2 biji bawang besar sederhana saiz
3 ulas bawang putih
3 sudu rempah dalca
1 mangkuk santan sedikit halia
sedikit air asam jawa

bahan penumis
minyak masak garam dan sedikit gula sayur kacang panjang terung bendi ubi kentang lada hijau carrot caranya
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus serta bahan penumis sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah dalca..biarkan ia sebati dan pecah minyak
2. masukkan sedikit air dan masukkan daging lembu biarkan ia empuk..kemudian masukkan hati lembu dan paru lembu
3. Kemudian baru masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula
4. Jika agak pekat masukkan sedikit air dan masukkan air asam jawa
5. Setelah mendidih masukkan sayur yang telah dipotong... biarkan ia masak...

Resepi Acar Timun
timun dipotong memanjang dibuang empulurnya
Carrot dipotong memanjang
nenas di potong
bawang di mayang halus
sedikit cuka garam dan gula
air kapur timun,bawang dan carrot setelah dipotong di rendam kejap ngan air kapur utk merangupkan .
setelah itu bersihkan kembali timun tadi kemudian masukkan cuka sedikit, garam dan gula..dan nenas..kacau sebati dan boleh masuk dlm peti ais

SERI MUKA DURIAN

#ResepiSeriMukaDurian
Bahan Lapisan Bawah
(loyang 10 inci)
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1 sudu kecil minyak
sedikit garam

Cara-Caranya
Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam. Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan cair yg bercampur sedikit garam.
Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
Setelah masak, angkat dan tekan2kan sehingga padat.
Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan isi durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung tepung kastard
1/4 cawan tepung beras
1 s/k garam

Cara-Caranya
Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
Masukkan tepung gandum,
tepung kastard dan garam.... kisar lagi.(kalau blender tak muat, blend separuh2..) Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning. Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana. Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik dan hidangkan.

Pau lembut gebussss

Pau lembut 1 kg tepung gandum 1 bkus mauripan 1 sk baiking powder 2 sb gula 1/2 cwn minyak 800 ml air 2 sb susu pekat 2 sb shortening Satukan semua bhn gaul spi sebati...masukkan air separuh uli agak keras masukkan lbihan air tdi..uli spi doh mjadi lembut...agak2 melekat tuang minyak di telapak tangan uli lgi...biar sekejap..dah naik baru bulat2kan n masukkan inti n kukus..

RVC

KEK RED VELVET MOIST
jom tengok resepi.. R
ESEPI KEK RED VELVET MOIST
Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur A
esen vanila

Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan gula kastor
1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
Sediakan buttermilk -
Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan
1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10 minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4 cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur.
Pukul hingga kembang.
Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi.
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati.
Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Monday 1 August 2016

KOLE kacang

KOLE KACANG

Taik mnyak: 1 cwan santan pekat.(pati) Msak atas api sdang bsar,kcau slalu smpai pati sntan btukar warna dan bgetel2.
Agkat dan toskan mnyaknyer.(lbihan mnyak jgn buang).
1 cwan air biase.
1 cwan gula biase.
1 cwan gula merah.
Sehelai daun pandan (aku x pkai pun). (Smua bhan ni d msak smpai gula tu larut,kmudian d tapis dan sjukkan dulu).
2 cwan santan (perahan biase,jgn cair sgat).
1 cwan t.kcang hijau.
Cmpurkan air gula dan lbihan mnyak tdi ke dlm mgkok tpong dan larutkan sbati,jgn ade yg bgentel tpong tu.(tpiskan dululah.) Kmudian msak atas api kecik smbil d kacau slalu. Msak smpai kole tu pekat,likat dan bekilat. Kmudian tuangkan dlm bekas dan tburkan taik mnyak tdi rata2.

Gerang Asam

Gerang asam RESEPI #1
GERANG ASAM (ASAM PEDAS DAGING)

Bahan-bahan
• 1/2 kilo daging tetel (dibersihkan)
• 4 batang serai (diketuk),
• 5 helai daun limau purut •
1 inci lengkuas (diketuk)
• 1 inci halia (diketuk)
• 1 sudu besar kunyit serbuk atau
1 icni kunyit hidup (ditumbuk halus)
• 150 g chili kisar (kalau suka pedas boleh dilebihkan)
• 10 -15 biji lada hitam (ditumbuk halus) • 5 ulas bawang putih (diketuk)
• 4 ulas bawang merah (diketuk) • sekeping kelapa (dibakar hangus, dikikis yg hitam2 tu, dan diketuk) masukkan semasa lauk tengah mendidih-harum bau kelapa tu akan membuat kuah menjadi sedap
• minyak untuk menumis
• asam jawa,garam dan serbuk perisa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
Masukkan bawang putih, bawang merah, lada hitam, kunyit, lengkuas, halia, daun limau purut dan serai. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan cili dan goreng hingga garing. Masukkan air asam jawa. (Masukkan air asam jawa secawan dulu, lepas tu biarkan mendidih sekejap, supaya naik minyak) lepas tu perah lah lagi air asam sehingga menjadi 5 cawan
3. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan daging tetel. Biarkan ia mereneh hingga daging lembut dan masukkan garam, serbuk perasa dan sekeping kelapa yg telah di bakar tadi.
4. *kuah biar lebih sedikit supaya daging dapat mereneh lebih lama. Kuah jagan terlalu pekat atau terlalu cair. Boleh dihidangkan bersama nasi atau cicahan roti atau lempeng kelapa dan sebagainya.

Friday 29 July 2016

Apam cheese oren sunquick

Sedap..lemak2 manis..tima ksh tuan punya resipi #iejan azian angah

Apam cheese oren sunquick.
2biji telur gred B
1 cawan gula halus
1 sudu kecil overlete
3 sudu makan oren sunquick
3 sudu makan tatura cream cheese
1 cawan susu cair
2 cawan tepung naik sendiri
Sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil esen vanilla

Pukul telur gula ovelete dan esen vanila sampai kembang dan putih.
masukan cream cheese ..mix sebati.masukan susu cair dan sirap oren sunquict..baru masukan tepung..akhir sekali masukan pewarna.. Kukus 7_8 minit. Pastikan air kukusan mendidih dulu. Selamat mencuba..

Pulut kaya ganu

Resepi pulut serikaya trengganu..
Bahannye
... 2cawan beras pulut..
1cawan santan...
3biji telur..
2keping nisan...atau gula merah..
Juga tambahkn gula pasir...
Nisan dn gula pasir dicairkn dulu..sejukkan...
Sedikit garam...

Cara...
Kukus pulut bersama santan..msukan secubit garam..kacau2. Kn ia sebentar...kukus sampai masak...
Bila pulut dah masak..angkat dn balik2 ia..dn ditekan2 supaya pulut menjadi padat dn rata didalam loyang... Satukn telur dan santan pekat dn nisan yg telah dimasak bersama daun pandan...blend hingga hancur..klau suka blh jgk dimasukan tepung jagung...blend kn sekali... Masukan bahan blend kedlm loyang yg berisi pulut dn kukus sehingga masak...

Thursday 28 July 2016

Brownies Kedut

Brownies Kedut Berkedut😂😂
Tetap faveret, cik kedut😘😘
Resepi: Dari fb kak Tahrunnisah Jali
Kita panjangkan pahala sahabat kita in sya Allah😊
Resepi Chewy Fudgy Brownies
250gm dark chocolate (saya guna beryls dark compound)
120gm butter (lurpak)
140gm all purpose flour (tpg gandum pun boleh)
30gm cocoa powder
1 tsp baking powder
3 biji telur saiz A
230gm brown sugar (dark brown sugar pun boleh)
1 tsp esen vanila
secubit garam
bancuhan 1sudu kecil nescafe dan 2 sudu besar air panas (*optional saya suka rasa aroma nya)
** nota tambahan -
jika nak letak almond, walnut,atau choco chip ... bakar dulu almond/walnut n campur dlm adunan ** begitu juga kalau nak topping - almond n walnut bakar dulu then baru tabur atas adunan sebelum bakar...
Caranya 1.
Panaskan oven 170c selama 10-15 minit ...
Gliss permukaan loyang (8x11) atau (10x10) dengan sedikit butter serta letakkan baking paper pada loyang serta gliss kan juga dgn butter
2. Chocolate masakan dicairkan dgn kaedah double boil setelah mencair masukkan butter . biarkan kedua2nya larut dan tutup api serta sejukkan.
3. Ayak all purpose flour/tpg gandum, cocoa powder serta baking powder dalam satu bekas. ketepikan
4. Dalam bekas yang lain pula pecahkan telur , masukkan brown sugar, esen vanila beserta bancuhan nescafe. Kacau sebati dan gula larut menggunakan hanya hand whisk. kacau agak2 dlm 2@3 minit sahaja 5. Kemudian tuangkan adunan chocolate masakan ke dalam adunan telor dan kacau sebati
6. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung ke dlm adunan tadi...kaup balik sehingga sebati
7. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digliss dengan butter..ratakan permukaan adunan
8. Bakar adunan suhu 170c selama 40-45 minit api atas bawah atau hingga masak Jangan terlalu lama nanti brownies terlalu kering... setelah masak tempohnya buka sedikit pintu oven biarkan brownies dlm 10-15 minit dlm oven. kemudian baru dikeluarkan dan potong brownies waktu ia masih panas...SELAMAT MENCUBA

Wednesday 27 July 2016

Nasi ayam hainan

NASI AYAM HAINAN
Sumber resepi : Anna Camfrog
Utk nasi... 4 pot Beras (cuci bersih)
5 ulas bwang putih (tumbuk)
3 kiub ayam knor (ramas hancur)
2 hlai daun pndan (dsimpul)
1 sup bonjot
2 bunga cengkeh
1 kayu manis
2 sdm mentega
1 btg serai (dtitik)
Halia (tumbuk)
Air scukupnye ~basuh beras sperti biasa...tos...ktepikan dulu ~pnaskan kuali...masukan mentega..tunggu cair...masukan bahan tumbuk, sup bonjot, serai, bunga cengkeh dan kayu manis....tumis semua sampai naik bau...

~masukan beras...gaul rata dlm kuali slama lbih kurang 8 mnit...alihkn ke dlm periuk nasi... ~tuangkan air scukupnye (mgikut sukatan beras yg dgunakan)..masukn daun pndan dan kiub ayam knor...gaul sebati...masak nasi sperti biasa...

Utk ayam... 1/2 ekor ayam (dcuci bersih) 5 ulas bwng putih (tumbuk)
Halia (tumbuk)
1 kiub ayam knor
Garam
Air scukupnye
Minyak bijan (utk mmerap)
'Air masak scukupnye
'Ais (Utk proses mlembut dan mlembapkn ayam) ~satukan air, bhan tumbuk, kiub ayam dan garam dlm periuk...didihkn dia ~bila dh mdidih...masukan ayam...tutup...tunggu smpai ayam masak (dlm 30-40 mnit...ikut saiz ayam)... ~bila ayam dh masak...angkat..masukan dlm air yg bercampur ais...rendam dlm 20 minit (air tu air tapis or air masak...proses ni utk mlembapkn dan mlembutkn ayam).... ~stelah itu...angkat ayam...sapukn dan perap ayam dgn minyak bijan scukupnye.... ~angkat dan potong2 ayam...smasa waktu hendak mhidang nanti..... Utk sos hitam... 4 sdm kicap cair 1 sdm kicap pekat 1 sdm madu 1/2 cwn air rebusan ayam 2 sdm mnyak bijan ~campur semua bahan2 di atas...gaul sebati...siap Utk sos merah... 5 cili api (merah-tumbuk) 3 lada besar (merah-tumbuk) Halia (dtumbuk) Garam Gula Air masak Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu) ~satukan semua bahan..didihkn skejap di atas api yg sderhana sambil dikacau2...siap Utk sup... 3 bwng merah (dtumbuk) 2 bwang ptih (dtumbuk) 1 sup bonjot 3 rempah skwan Halia (dtumbuk) Garam Air rebusan ayam Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu) Sdikit mnyak (utk mnumis) #saya bubuh fishball...saja2 suka2 je...hihii ~pnaskan mnyak...masukan bahan tumbuk bersama rempah 3 skawan dan sup bonjot...tumis smpai naik bau...masukan air rebusan ayam...tunggu didih...masukn fishball..perisakn dgn garam dan ajinamoto...taburankn bwang goreng n daup sup semasa mhidang...

Monday 25 July 2016

Asam Kari ikan

Ikan kegemaran dan mampu milik
Lada kering
Bawang merah
& bwg putih
Halia
Belacan
Daun kar
i Asam jawa or asam keping
Gula nise@ gula merah x de gula pasir je Aji no moto
Kubis bulat
Serbuk kari ikan
Rempah 3 sekawan
Blend semua bhn mcm biasa ..tumis dgn rempah 3 sekawan tu ..tumis lama sikit ...masukkan daun kari ..tumiss lg masukkan kari ikan , bhn2 lain tu ikan last kobis bulat yg di potong 4 tu siap

Kek sarang semut

Bahan
untuk air gula 2 cawan gula
2 cawan air panas
80g mejerin/ 4 sudu besar
1 sudu teh essen vanilla
Masak gula hingga kekuning dan berbuih...masukan air panas dan majrrin dan biarkan sejuk
5 biji telur
2 cawam tepung gandum
2 sudu kfc double action
2 sudu kfc soda bikarbonat
1/2 tin susu pekat manis
Pukul sedikit telur kacau sebati je... Masukan tepung dlm air gula Kacau sebati
Masukan telur dan susu pekat Kacau lagi ...tapis sebanyk 3 kali...perap 1 jam. Bakar pada suhu 170 api bawah 1/2 jam selebihnya Guna api atas bawah hingga kek masak dalm 45 minit .

Tart telo

Bahan ( crust /shell )
250 gm tepung gandum / superfine
120 gm butter
60 gm gula icing
1 biji telur ( resepi asal guna 1bji kuning telur)
1 tsp essen vanilla - kasi wangi

Bahan ( egg castard filling )
2 biji telur - tak perlu dipukul
60 gm gula castor - boleh adjust ikut selera masing2
250 mls susu cair / susu sejat.
1 sudu teh tepung castard
1/ 4 tsp garam halus.
1/2 tsp essen vanilla.
Sedikit pewarna kuning telur.

Cara buat filling.
1. Campurkan semua bahan filling.
Guna hand whisk.
Tapiskan.
Masak diatas api perlahan, sambil dikacau sehingga panas dan berbuih2. ( jgn sampai berketul ).
Tutup api dapur dan tapis lg sekali.
2. Tuang kan dlm cangkir bermuncung utk senang semasa proses menuang.

Cara buat shell.
1. Gaul rata butter,& gula & dan tepung.
Bila sudah sebati masukkan telur dan esen vannila.( uli tangan je ye ).
2. Adunan /doh yg telah diuli, disimpan didlm chiller selama 10 min.
3. Keluarkan doh dari chiller.Ambil sedikit & tekapkan didlm acuan tart.( Refer pic ) 4. Bakar selama 10-15 min, suhu oven 160 celcius .Api atas bawah.( Panaskan oven 10 min awal, suhu 160 celcius )
5. Sejukkan shell/ crust.Keluarkan drpd acuan.. ( sy kekalkan didlm acuan ). *** Crust blh disediakan awal & disimpan.
6. Tuangkan filling kastard telur td sehingga penuh.
7. Bakar lg selama 20-25 min pada suhu 150 celcius. Api atas bawah.( bergantung pd suhu oven masing2 ). 8. Sejukkan dan siap utk dimakan. ☺ Acuan tart size 5.5

Nasi Datang Ganu

Nasi Dagang Terengganu
. resepi nasi
3 cawan beras basmathi
3/4 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan santan pekat yang ditambah garam dan gula secukup rasa(saya masak sekejap) tp jika anda guna santan segera tambah 2 sudu minyak masak
2 helai daun pandan disimpul *
6 biji bawang merah
1 1/2 sudu kecil halba
*1 inci halia hiris bahan bertanda
* dihiris dan dipotong halus letak dlm 1 bekas bawang, halba dan halia..ketepikan *beras basmathi dan beras pulut dicuci bersih dan direndam semalaman jika nak buat breakfast *kukus beras + beras pulut serta daun pandan dlm periuk kukus selama 30 minit..buat lubang ditengah2 nasi tadi supaya udara keluar masuk dlm periuk kukusan tu.. *keluarkan nasi tadi dari bekas kukusan setelah 30minit letak dlm bekas besar...masukkan santan cair ..kacau perlahan2 dan biarkan santan cair meresap dlm nasi tadi...kemudian masuk semula dlm periuk kukusan..kukus 30 minit lagi.. dlm 20 minit terakhir tu masukkan halba dlm nasi yang dikukus tadi *keluarkan nasi setelah 30 minit..letak dlm bekas..masukkan bawang yang dipotong halus dan halia yang dihiris senipisnya serta curah santan pekat sedikit demi sedikit sehingga nasi menjadi lembut...(sukatan air ni berbeza mengikut beras digunakan) ...rasa biar ia secukup rasa..tawar tambah garam.. nasi dagang ni rasanya manis2 lemak..

Kuah Gulai Ikan Tongkol aya
seekor ikan tongkol/aya di potong mengikut saiz kesukaan
3@4 keping asam gelugur
1 nisan keping/
1/2 gula melaka terpulang mana2 suka garam air secukupnya letak dlm periuk rebus semuanya (saya rebus dlm 1 - 2 jam )

resepinya
2 biji bawang besar sederhana saiznya*
3 ulas bawang putih*
cili kisar (ikut kepedasan)
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 @ 3 sudu rempah gulai nasi dagang
@ gulai rose @ gulai biasa
1 sudu kecik kerisek sedikit belacan* santan pekat
1/2 cawan minyak masak gula, nisan @ gula melaka dan garam air rebusan ikan tadi panaskan minyak dlm periuk...masukkan lada kisar biar ia naik bau dan pecah minyak...kisar bahan bertanda hingga halus dan masukkan dlm periuk tadi..tumis biar lama dgn api perlahan dan masukkan pula rempah gulai ... part ni mmg saya tumis agak lama..agak2 kering saya masukkan air....sehingga ia bertukar warna agak gelap...(masak gulai ni kene sabar) kemudian masukkan air rebusan ikan tadi separuh dulu...masukkan santan pekat ni sehingga semua sebati dan biar ia agak pekat. kemudian msukkan kerisek dan masukkan ikan aya tadi dan rasa dulu sb air rebusan ikan tadi sudah ada rasanya..kalau tawar tambah garam, gula atau nisan... bahan tambahan telur rebus acar timun * tips..kuah gulai ni kalau buat malam ni makan pagi esok kuah gulai tu akan bertukar sikit warna dia kegelapan...

Donut Tofu

300g tepung gandum
100g tepung roti( guna tpg gndum pun blh)
125g taufu lmbut
11/2 sdb susu tepung
1 biji telur pkul cikit dgr garfu
160ml susu suam@ air suam ( air ikut lembut doh masuk sikit sikit )
40g shortening
4 sdb gula
6g yis
1/2 sdk garam
1 sdk baking powder masukkan kesemua bahan dan pukul biar menjadi doh,kemudian perap doh dan tutup biar doh naik 2kali ganda lepas tu tumbuk doh biar kuar angin dan blh la bentukkan donut rehatkan 30 mnt blh la goreng

Set lengkap nasi ganja

Ada tiga resepi lengkap disini..
1.nasi ganja
2.ayam goring
3.kuah kari mamak
Resepi asal: Ida Shahid

Nasi ganja(5 orang)
4 cawan beras
6 cawan air ( atau ikut je sukatan beras anda seharian)
( kalau beras basmati- 3 cawan=4 1/2 cawan air)
Bawang putih 4 ulas*
Bawang merah 8 ulas*
3 Kulit kayu manis*
3 Bunga lawang*
5 Biji pelaga*
3Bunga cengkih*
Rempah sup adabi 1 bungkus kecil*(serbuk)
6-8 titis pewarna kuning telor( bubuh sampai jadi warna nasi mcm saya buat tu)
Bahan2 yang bertanda * -ditumis dgn minyak masak sikit Dan campur minyak sapi sikit agak2 1/4 cawan
(dah siap tumis masukkan air bila dah didih masukkan beras..dan pewarna kuning telor 3 titis.kacau2 pastu masukkan Cili sos maggi-6 camca besar Sedikit garam gula Dan ajinomoto( jika suka) masaklah macam biasa sedap dimakan dengan sambal ayam/daging/ masak merah/masak hitam/dalca

AYAM GORENG NASI GANJA

Satu ekor ayam potong 12 ketul
2 sudu serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sudu serbuk ketumbar ( jika suka)
1 sudu kecil jintan manis ( jika suka) sedikit garam dan gula
3 tangkai daun kari dimayang dikisar dng air
bawang merah 10
bawang putih 6
halia 2 inci
serai 2 btg campurkan semua bahan kedlm mangkuk besar. pastikan adunan kental dan dapat menyalut isi isi ayam dengan sempurna. dikacau.dah sebati rempah tu semua masukkan ayam.
perap sekurang kurangnya 30 minit.klu lg lama lg bagus sbb lg sedap.
pastu boleh lah digoreng dengan api yg kuat-sederhana - perlahan( main api supaya isi ayam didalam dapat masak sekata. klu tk control api dng baik nanti rempah yg diatas ayam tu hangus pula. jadi hati hati. ( jika anda ada oven atau microwave, boleh lah di ' cook' dahulu isi ayam tu selama 12-15 minit . bila dah 'cook'...keluarkan- pastu baru dimasukkan kedlm adunan rempah tadi- perapkan.( bila buat mcm ini baru isi .ayam betul betul masak sempurna dan cantik keadaannya bila digoreng dlm kuali- elak hangus dan tidak masak isi didalam)

KUAH KARI MAMAK( kuah taruh atas) Resepi kari ( kuah mamak)
DiSbbkan kita hanya buat ayam goreng so kita perlukan kuahnya juga . Baru lah sedap. Ada kuah boleh taruh atas.
2 bungkus kecil Rempah kari ayam Allagapas/babas
1 bungkus kecil rempah kari ikan
1 sudu serbuk cili ( dicampur dan gaul dng air 1/2 cawan-pekat)
Di tumbuk-tumis
Bawang merah 5
Bawang putih 4
Halia 1 inci
1-2 kiub ayam
Gula
Garam
Air asam jawa
Air 4 cawan
Minyak 3/4 cawan
Panaskan minyak dlm periuk.bila panas tumis bhn tumisan td. Bila dah harum masukkan rempah yg dibancuh td. Pastu kacau kacau lah.bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya cepat cepat tambahkan air. Biar mendidih 2 kali. Pastu masukkan kiub ayam,gula, garam, asam jawa paste 1/2 sudu atau air asam jawa pekat 1 sudu. Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap. Dah siap kuah mamak dan boleh taruh atas ayam. ( resepi kuah manak ini hanya buat bila anda buat ayam goreng sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari manak lg. Kari mamak ini juga jika suka abda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan rempah dah masak tadi. Baru masukkan air.

Donuts

Donuts 4cwn tpg 1sdt double action ~ ayak bersama 2sdb susu pekat 2sdb gula sedikit garam sebiji telur 1 cwn air 2sdb marjerin 1sdk shortening dan saya tambah sebiji kentang yg direbus dan lecek

Cheese tart


Cis tart Shell tart :
250g butter
1bji tlur
500g tpung gndum
1sk esen vnila
300gm cream cheese (beli di supermarket ada tatura dan philadelphia atau anchor) 60gm gula halus 20gm butter
Campurkan ketiga2 bahan ini sehingga tiada ketulan gula. Gunakan mesin pengadun tangan. Kaup dan gaul lagi.
**tips:jgn lama2 nanti cheese cair. Cheese yang sejuk dan tidak terlalu lembik akan menghasilkan cheese tat yang gebu Masukkan sebiji telur (sebaiknya saiz kecil) Kaup dan gaulkan rata2 **tips: telur yg besar akan mengakibatkan cheese cair Perahan lemon sesedap rasa Yogurt asli sesedap rasa Pastikan tekstur tidak berbiji baru lah masukan perahan lemon bercampur yogurt asli (beli yg greek yogurt asli tu) **tips: mula2 guna masukkan 1 sudu besar lemon dan
1 sudu besar yogurt.jika inginkan rasa lebih kuat dan sedap masukan yogurt **tips: jika tiada lemon.guna yogurt sahaja.jika tiada yogurt guna lemon sahaja...faham?

Langkah 1:
Paipkan ke dlm mangkuk tart yg telah siap berisi filling kegemaran anda...coklat ke...blueberry ke...strawberry ke...filling tu beli kat kedai bakeri...jika tiada masukkan nutella

. Langkah 2:
Paipkan cheese yang siap di bancuh. Gunakan piping bag atau sudu.

Langkah 3: Buat corak atau lukis di atas cheese tat itu.

Langkah 4: Kemudian bakar pada suhu 120c selama 10 minit. Jgn bakar lama2 k. **tips: panaskan oven selama 10min dahulu. Jangan bakar cheese tat melebihi had.nanti cheese akan pecah dan turun apabila sejuk. Cukup sekadar cheese mengembang tetapi tidak pecah. Selamat mencuba

Cara buat nutella

! Bahan-bahan

1 cawan kacang tanah/hazelnut (sangai tanpa minyak dan buang kulit)
1 cawan gula icing
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
Minyak jagung (agak-agak mengikut kepekatan yang anda mahu)

Cara-caranya

1. Kisar kacang sehingga keluar minyak
2. Di dalam mixer, putar bahan gula, serbuk koko dan esen vanila dan masukkan kacang yang sudah dikisar halus.
3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur seperti yang diinginkan samada mahu pekat atau cair.
4. Mix hingga tesktur halus dan sebati
5. Siap! Tinggalkan krim hazelnut ini menjadi pekat dengan baik sebelum menggunakannya dalam apa jua cara yang anda lebih suka

Sunday 24 July 2016

Kek minyak tanpa telur

Bahan-bahan ( loyang 8x8 / 9x9 ) -
guna acu 8x8 - 4segi
ADUNAN PUTIH :-
1 3/4 cawan tepung gandum}
1 sk baking soda} - ayak bersama 1/2 sk baking powder}
1 cawan gula halus (akak guna 3/4 cwn) 1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon - akak guna cuka makan 1 cawan air panas/susu segar panas - akak guna susu kotak 1 sk esen vanilla

ADUNAN COKLAT :-
1 1/2 cawan tepung gandum}
1/4 cawan serbuk koko}
1 sk baking soda}
1/2 sk baking powder} - diayak bersama 1 cawan gula halus
1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon - akak guna cuka makan 1 cawan air panas/susu segar panas - akak guna susu kotak 1 sk esen vanilla

Cara-cara

Untuk adunan putih, campurkan bahan2 kering ke dalam mangkuk dan kacau rata. Dalam mangkuk berasingan, campurkan bahan2 basah. Tuang bahan2 yang basah ke dalam adunan bahan2 kering dan whisk hingga sebati dan adunan tak bergintil. Ketepikan. Lakukan proses yang sama untuk adunan coklat. loyang Marblekan adunan putih dan coklat berselang-seli di dalam loyang bergris dan alas kertas. Lorekkan adunan sedikit. bakar Bakar kek pada suhu 160C selama 45 min - 1 jam atau hingga kek masak ikut kepanasan oven masing2.

Kek span cokelt

Resipi KEK SPAN COKLAT
Bhn A. 4 biji telur gred B
120 gm gula halus
1 camca besar Ovellate
1 camca besar mayonis original yg putih (x buh x pe..klau bubuh lg gebu) 20gm/ml air Bhn B--satukan semua --> (kalau rajin ayak 3 kali)
80 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
20 gm tepung jagung
1 camca teh baking powder

Bhn C 65 gm butter cair/ myk masak biasa..

CARA: Satukan bahan A dan B dlm mangkuk Mixer dgn kelajuan tggi hingga gebu , likat dan berkrim.. dh berkrim, tambah minyak masak putar sekejap lg. alas loyang ngn kertas myak.. bakar .. **kek perlu dkeluarkan segera sebaik keluar dr oven utk elak dr kek mengecut

Lidah kucing

Lidah meow LIDAH KUCING Resepi : Fatmah Bahlawan Rujukan : Citarasawan 250 gm mentega 175 gm gula kastor 100 ml putih telur 200 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung 1/4 sudu teh emplex Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian Letakkan pewarna untuk setiap bahagian Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Bangka ubi kak suliah masnan

Kuih bingka ubi -BINGKA UBI- Bahan2 A.. 3 1/2 cwn ubi kayu (toskn air).* 1 cwn tpong ubi.* 1 1/2 cwn kelapa parut.* 1/2 sudu teh grm.* 1/3 cwn minyak msk.* Bahan B.. 1cwn gula merah msk bersama 1cwn air.. Bahan2 C.. 1 1/2 cwn gula pasir. 1 1/2 cwn santan pkt. 3 helai daun pandan.. Cara2.. Satukan bhn2 A dlm mangkok bsr. Perangkn gula pasir hingga cair kesemua nya.. kecilkan api.. Tapis gula merah yg dh dicairkn ke dlm gula perang.. Masukan santan pekat.. Besarkn api..kacaun hingga mndidih.. masukan daun pndn.. tutup api.. Masukan air gula + santan pns2 ke dlm bhn A.. kacau sebati.. Masukan adunan ke dlm loyang yg dh di sapu minyak.. Bakar 45 min - 1 jam.. Atau hingga msk.. Kalau guna acuan bahulu bakar selama 45 - 50 min.. atau hingga masak.. Tem 180.. ikut pd keperluan oven masing2.. K.su belanja resepi bingka ubi..😆😆😆 Selamat mncuba.. InsyaAllah jadi..

Wednesday 20 July 2016

Resepi gerang asam

Gerang asam RESEPI #1 GERANG ASAM

(ASAM PEDAS DAGING)
Bahan-bahan
• 1/2 kilo daging tetel (dibersihkan)
• 4 batang serai (diketuk),
• 5 helai daun limau purut •
1 inci lengkuas (diketuk)
• 1 inci halia (diketuk)
• 1 sudu besar kunyit serbuk atau
1 i Uh Hj nci kunyit hidup (ditumbuk halus) • 150 g chili kisar (kalau suka pedas boleh dilebihkan)
• 10 -15 biji lada hitam (ditumbuk halus) • 5 ulas bawang putih (diketuk)
• 4 ulas bawang merah (diketuk) • sekeping kelapa (dibakar hangus, dikikis yg hitam2 tu, dan diketuk) masukkan semasa lauk tengah mendidih-harum bau kelapa tu akan membuat kuah menjadi sedap
• minyak untuk menumis
• asam jawa,garam dan serbuk perisa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
Masukkan bawang putih, bawang merah, lada hitam, kunyit, lengkuas, halia, daun limau purut dan serai. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan cili dan goreng hingga garing. Masukkan air asam jawa. (Masukkan air asam jawa secawan dulu, lepas tu biarkan mendidih sekejap, supaya naik minyak) lepas tu perah lah lagi air asam sehingga menjadi 5 cawan
3. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan daging tetel. Biarkan ia mereneh hingga daging lembut dan masukkan garam, serbuk perasa dan sekeping kelapa yg telah di bakar tadi.
4. *kuah biar lebih sedikit supaya daging dapat mereneh lebih lama. Kuah jagan terlalu pekat atau terlalu cair. Boleh dihidangkan bersama nasi atau cicahan roti atau lempeng kelapa dan sebagainya.

Mee jawa

Mee jawa RESEPI MEE JAWA ================= Bahan utk kuah: 1/2 kg keledek - direbus dan dikisar 5 biji bawang merah* 3 ulas bawang putih* 3 btg serai* Sedikit halia* Sedikit lengkuas* 100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar) 2 sudu besar cili kisar 3 sudu besar serbuk kari daging Air rebusan daging secukupnya Garam dan gula secukupnya Cara Membuatnya: ================= Panaskan minyak kedalam periuk. Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak. Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar. Masukkan garam dan gula secukupnya. Sedia dihidang. Bahan2 yang lain: 1 kg mee kuning - dicelur 1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris 1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah) 300 gm taugeh - dicelur 3 keping tauhu - dihiris nipis Daun sup & daun bawang Bawang goreng Cili hijau / cili merah - dihiris Telur rebus "Share dan Like" jika anda suka page ini - Admin

Vogue cake

Resepi VOUGE cake Lyn allianz

Bahan kek 2 biji telur
2 cwn gula psir
1/2cwn butter anchor salted(cair kn)
1/2 cwn minyk jgong
1 cwn susu segar/cair
1cwn air pns+1sudu teh nescfe
2 cwn tpng kek..ayak bersama 1 sudu teh bicarbonat soda
1/2 sudu teh baking powder
3/4 cwn koko import/biasa
Esen vanilla

Cara2
Pukul telur bersama gula psir hingga kembang
Msuk kn susu segar....minyk dan butter cair dan vanilla. ..kacau lg
Msuk kn tpng kek dan koko
Last msuk kn air pns+nes..
Msuk kn dlm loyang saiz 8 "or 9"
Kukus dlm 40 minit....siappp..sejuk kn dlu

Sos coklat 1 cwn susu pekat
1 cwn minyk jgong
1/2 cwn koko
Esen vanilla 1 sudu besar air Mixer kn sebati.....
Utk frosting cheese
250grm cream cheese
50 grm fresh cream
90 grm gula icing
Vanilla Putar hingga sebati ..
. Cara2 hias kek....
Belah kn kek pd 2 bahgian
Bahgian tgh piping kn frosting cheese n coklat
Tutup kn kek tdi.....then hias dgn frosting cheese. ...dan coklat lg......sagat kn coklat.....last letak kn strwberry sbgai hiasan....siappppp

Ferrero roche

Bahan-bahan:
250gm butter
80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tpg gandum
100gm almond powder
40gm tpg jagung
1/2 sdt esen vanilla almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

Cara-cara:
1.Putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.
2.Masukkan esen vanilla.
3.Masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.
4.Panaskan oven suhu 150c.
5.Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
6.Bakar suhu 150c selama 20-25 minit. 7.Golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
8.Bakar balik biskut lebih kurang 5 minit. 9.Cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.biarkan sejuk & siap utk dihidang.

Cara buat tempe

Resepi Tempe Bahan2:
Kacang tempe-soya bulat
Ragi-serbuk ragi@ragi basah@kering Daun pisang@daun ketapang@plastik Getah utk ikat
Cara2:
1. Rendam kacang tempe 3mlm 4hari(sehingga berbau)
2. Slps proses rendaman,basuh kacang tempe hingga air bertukar jernih(semasa proses pembasuhan paatikan kacang tempe diramas2 hingga kacang terbelah n kulit tertanggal)
3. Rebus hingga mendidih-3/4 msk(pastikan masa rebusan tidak terlalu lama@sekejap..lbh krg 20-30minit)
4. Slps proses rebusan,toskan kacang tempe hingga kering.
5. Slps proses pengetosan,pastikan kacang tempe dlm keadaan suam..barulah digaul dgn ragi(1 sd kfc ragi serbuk=1kg kacang)
6. Slps proses penaburan ragi,bungkus kacang tempe.
7. Biarkn selama 3 hari,tempe akan jd dgn sempurna.

Ayam goreng pandan

Ayam goreng pandan Ayam Goreng Pandan Bahan2nya 1kg peha Ayam Segar 3 batang serai – dikisar 1 inch halia – dikisar 1/2 inch lengkuas – dikisar 4 ulas bawang putih – dikisar 1 sudu teh serbuk kunyit Gram & gula pasir/merah secukup rasa Secukup daun pandan untuk dibalut pada ayam Minyak 3 sudu besar digaulkan pada ayam Batang lidih (Tooth Picks) Minyak secukup untuk menggoreng Cara2nya Gaulkan ayam bersama rempah2 yang dikisar, perap ayam nya dalam 1 jam. Balutkan ayam bersama daun pandan dan ketik dengan lidi. Panaskan minyak secukup untuk digoreng. Sajikan dengan nasi panas dan juadah lain. Cicah dengan cili sos.

Nona Manis

Nona manis Bahan A 1 cawan santan pekat 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan santan cair 1/2 cawan air pati pandan 1/4 cawan tepung jagung Secubit garam Sedikit pewarna hijau 1/2 cawan gula( if lepas dah bancuh semua ni stll rasa tawar, sila add gula lagi ya coz sukatan yang sedia ada bagi mama terlalu manis ) less sugar baik untuk kesihatan ..ewahhhhhhhh hihi caranya:( mama buat cara shortcut) satukan kesemua bahan , tapis and transfer ke pan then dengan api sederhana masak sehingga naik wap and pekat. sentiasa kacau yee... isi kan suku penuh dalam acuan yang telah di oles dengan sedikit minyak . ketepikan Bahan B: 1 cawan santan 1 sudu besar tepung gandum 1/2 sudu teh garam caranya: Satukan semua bahan kacau sebati,tapiskan and transfer ke pan masak sehingga naik wap and pekat( bukan berketul ya) api perlahan aje Setelah suam masukkan ke dalam pipping beg. Paipkan adunan putih ditengah2 adunan hijau sehingga penuh acuan. Kukus selama 10 minit. Sejukkan.

Hati dah kering

Mampukah aku bertahan
Masalah semakin membeban
Cuba bertahan
Berbaloikah sebuah pengorbanan?
Tipu muslihat jadi mainan
Ucap janji hanya sandaran
Kesilapan tak jadi pengajaran
Diulang pusing kitaran
Aku... mangsa permainan

Mampukah aku bertahan
Saban hari kusut fikiran
Mencari penyelesaian
Namun belum ku temu jawapan Melangkah dalam kegelapan Mengharapkan sinar kebahagiaan
Jalan buntu menunggu dihadapan Kapan...
Aku mampu bertahan!

Lagu apa yg didendangkan?
Qasidah apa diperdengarkan?
Khutbah apa yang cuba disampaikan?

Sedikit tak memberi kesan...
Aku tetap mangsa permainan..
Pada Mu TUHAN
Dalam setiap lisan
Aku mohon perlindungan
Dijauhi dari kejahatan
Diberikan kesejahteraan
Dikekalkan kesihatan
Diberikan pengajaran Setimpal balasan Atas setiap perbuatan
Puas sudah aku bertahan
Sabar ku ada batasan
Jangan sampai hilang kesabaran
Takut ada yg jadi korban!

Huhu... Umiliza blogspot.com #Hatidahkering#

Serabai

Serabai
iza resepi serabai....
1peket tepung beras cap bunga teratai...........
2 1/2 cawan tepung gandum...
1 peket mauripan......
1 1/2 biji kelapa ambil santan secukupnya....
5 ulas bawang putih dan
3 btg serai....
garam secukup rasa.....
cara-caranya.....
campurkan tepung beras dan tepung gandum.....
masuk kan mauripan,
santan dan garam....
kacau hingga sebati atau di blender..... biarkan sekejap hingga adunan naik sedikit.....
bakar adunan dlm kuali kecil yg tak lekat....
lepas tu tutup kuali biar serabai masak.... sebelum angkat pupuk permukaan serabai dgn santan pekat....
boleh gunakan sebatang serai buat pupuk...
serabai boleh dimakan dgn kuah durian .....

Wednesday 2 March 2016

AKU INGIN TUA BERSAMA

AKU INGIN TUA BERSAMA

AKU... PEREMPUAN YANG KAU PUJA
HINGGA TIDURMU TAK LENA
AKHIRNYA....
KAU HANTAR ORANG TUA
AGAR KITA DAPAT HIDUP BERSAMA..
KITA DISATU DALAM SUASANA
DIKELILINGI SANAK SAUDARA
BAHAGIA KU RASA
APA YANG DIHAJAT DAN DICITA
TELAH TERLAKSANA
MEMBINA ISTANA
SYUKUR PADA YANG ESA..

BERMULA KEHIDUPAN BERDUA
JAUH DARI KELUARGA
TERCAMPAK JAUH KITA DISEMPORNA
KITA HADAPI SEMUA
KALA SUSAH KITA BERDUKA
KALA SENANG TERTAWA GEMBIRA
SEMUA KITA TEMPUH BERSAMA

AKHIRNYA LAHIRLAH CAHAYAMATA
ANAK PENYERI KELUARGA
SAKIT DIBEDAH TIDAK TERASA
BILA ANAK LAHIR DENGAN SELAMATNYA
ANAK KEMBAR ANUGERAH YANG ESA
MELAHIRKAN TANPA LELAKI DIGELAR BAPA
AWAK DI SEMPORNA
SAYA DI MELAKA
DAN ESOKNYA...
SEORANG DARI MEREKA
TELAH DIJEMPUT PENCIPTA
TANPA MERASA SETITIS SUSU BONDA
PULANG LAH ANAKANDA
SAHAM AKHIRAT UMI DAN AYAHANDA
DAMAI LAH DISANA 
KAMI PUN AKAN KESANA

SELANG BEBERAPA TAHUN LAHIR ANAK KEDUA
KALI INI PEREMPUAN ANAKNYA
KITA BESARKAN DENGAN SEMPURNA
KEJAP AJE ANAK KITA DAH DUA
TANPA DISANGKA 
DAN TANPA DIDUGA
TATKALA INGIN MEREHATKAN MINDA
PEMUTAR SKREW MENCUCUK MATA
YA ALLAH KESIANNYA ANAKANDA
DUNIA KURASA GELAP GELITA
KALAU BOLEH MATA KU INGIN KU DERMA
LUKA PARAH DIBAHAGIAN KORNEA

TERJELEPUK TIDAK TERKATA
YANG MENGALIR CUMA AIR MATA
APALAH NASIB ANAKANDA
NASIHAT DOKTOR AKU TERIMA
KORNEA DIGANTI KANTA SEMENTARA
AKU REDHA DENGAN KETENTUANNYA....

WAKTU MENGANDUNG ANAK KE TIGA
KITA TERPISAH TANPA RELA
AKU TAK BOLEH MELAHIRKAN CARA BIASA
2 BULAN MASA YANG CUKUP LAMA
KAU SENDIRI LIHAT BAGAIMANA
AKU MENGGADAI NYAWA
KANDUNGAN KU MELETOP TIBA TIBA
DARAH MENGALIR HINGGA KEPALA
SEMUANYA DIDEPAN MATA
TUBUH DIBEDAH KALI KE DUA
DEMI MENYELAMATKAN NYAWA ANAKANDA
PLACENTA PREVIA TAKKAN KU LUPA
KERANA HAMPIR MERAGUT NYAWA

KU INGAT BAGAIMANA SIKSA
MENAHAN SAKIT TAK TERKATA
JURURAWAT BERKATA...
HEY.. DAH SAMPAI MASA
PADAHAL KANDUNGAN BELUM CUKUP BULANANNYA
KU TINGGALKAN ANAK KECIL KITA
DENGAN BONDA YANG BARU TIBA SIANGNYA
KE HOSPITAL KITA TUJU BERSAMA
TAPI NASIB TAK MENYEBELAHI KITA
BERJAM MENUNGGU AMBULAN TIADA
KU TAHAN SAKIT DAN DERITA 
HABIS MENTERA DAH KU BACA
HABIS DOA DAH AKU PINTA
AMBULAN MUNCUL JUGA AKHIRNYA
KU LIHAT MUKA PEMANDU TAK BERMAYA
MASAM MENCUKA 
KEPENATAN BEKERJA


KITA BELAH PEKAT MALAM BERSAMA
DIBEDAH KALI KETIGA
DOKTOR BERKATA
KEDAI DAH TAK BOLEH DIBUKA
AKU TAK TAHU NAK KATA APA...
KAU TANDATANGAN SURAT SEGALA

KAU TINGGALKAN AKU SEBATANG KARA 
SAMBIL BERKATA
"NANTI DAH BERSALIN TELEFON YA
KAU PULANG DENGAN DIA
PEMANDU YG KELETIHAN BEKERJA
INI PERJALANANNYA YANG KELIMA
AKU SENYUM SAHAJA
PERCAYA DENGAN DOKTOR DI DEPAN MATA
ALHAMDULILLAH SELESAI SEGALA
MENJELANG PAGI JAM DUA
LAHIR LAH SEORANG PUTERA
BIARPUN BUKAN ANAK RAJA
CUKUPLAH SEKADAR PENGHUNI SYURGA.


BUAT ANAK ANAK UMI,,
MOGA SATU HARI NANTI KALIAN AKAN MENGERTI....