Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday 7 February 2017

Carrot cake azlina ina

Carrot cake
Asalamualaikum korg semua.kebetulan cikgu buat kek carrot Ok sebab ramai sgt mintak cikgu ulang resepi carrot kek gebu ni dgn ini cikgu baik hati tuk tulis balik...cume step lebih mudah lebih jelas lebih senang ye Carrot cakes gebu azlina ina
Bahan2
2 batang carrot merah sederhana besar di paruh ikut la pakai pemarut atau pakai gigi 😂😂😂 kalau xpandai amik yg dah parut sukat dalam 1 cawan setengah
Bahan2 nak d mix kembang gebu
4 bijik telur gred A
1cawan gule halus +1/4 cawan gule perang
1sb ovalate
Sedikit esen vanila
Sementara tunggu beliau kembang kite ayak tepung
2 cawan 1/2 tepung gandum+1/2 sk soda bikarbonat+2sk baking powder+1/2 sk serbuk buah pala dan serbuk kayu manis tepulang ni nak bg bau sedap je kalau xmint xya letak
Ok yg dah kembang bahan mix td masuk kan 1 cawan 1/2 minyak masak Mix 2 mnt matikan mixer Ok skrg masukkn tepung sket2 smpai abis Masuk kan walnut dah bakar awal2 dan tumbuk kasar Last masuk kan carrot dan kacau rata Panaskan kukusan atau panaskan oven 170 masa 10 mnt Masukkn dalam kukusan selama 45 mnt api besa Atau bakar suhu 180 masa 45 hngga 50 mnt siap Tebalik kan kek anda Boleh hias dgn cream cheese frosting atau fresh cream+ cheese siap 125g unsalt butter 1/2 cawan gule ising tgk la nak manis lg tambah Mix sebati masuk kan 250 cream cheese Titiskan sedikit lemon mix sebati siap Stail fresh cream 250g cream cheese +5sb ising mix sebati Masukkn 1 cawan whipping cream non dairy vivo mix kental siap tuk lepa kek

Mango cheese

Mango cheese cake
Ramai yg minta resepi mango cheese...
Kek paling sedap didunia... Hahahaha....
bahan2..
3 biji telor..
3/4 cwn gula icing..
1 sb ovellet..
1 sb filling mangga @ mango paste... 1 sk esen mangga @ esen frutty tutty 1 sk pewarna kuning.. ...
Mix semua semua bahan sampai naik 3 kali ganda... ...
Kemudian masukkan ( ayak dulu semua bahan ni )...
3/4 cwn tepung gandum..
1/2 cwn tepung jagung..
1 sk baking powder..
1/2 sk soda bikarbonat..
1/2 sk krim of tartar.. ...
Kacau sebati.
Kejap jer.
Dan masukkan pula 4 sb minyak masak. Sy guna minyak jagung. ... Kacau sebati. Sy kacau guna senduk.. Bkn mixer... ... Masukkan dlm bekas dan kukus sampai masak.. ... Dah masak
. Potong kek kpd 2 bhgn... ...
Bhgn bawah taburkan 2 sb air kotak perisa mangga... ...
Masukkan pula sebahagian cheese dan letak balik sebahagian lg kek yg dipotong tadi diatas.. ... Letakkan pula cheese yg lebih tadi kat atas kek.. ...
Masuk dlm peti sejuk...
Biar cheese keras skit..
Bhn2 cheese 250 g krim cheese..
1/2 cwn susu pekat..
1/2 cwn whipping krim.. 4 @ 5 sb air kotak perisa mangga.. ... Putar sebati sampai tak berketul... Siap Utk filling mangga... 1 sb gelatin campur dgn 3 sb air panas... Kacau dan tapis.. Masukkan dlm 200 g filling mangga.. Kacau laju2... Siap ... Keluarkan kek dr peti sejuk dan tuang perlahan2 filling mangga tadi kat atas kek... ... Utk hiasan blh la potong buah mangga spt dadu dan letak kt atas kek tadi... ... Masuk dlm peti sejuk skjp dan blh makan... ... Yg pastinya seeeedap.. Hihi ... Antara kek Jualan sy yg paling Laris...

Friday 9 December 2016

Maafkan aku.. Isterimu

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 SYURGA SEORANG ISTERI
dugaan paling besar adalah bersabar.. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja. Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya! Jadi seorang isteri, perbanyakkanlah minta maaf daripada suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya kepada sesiapa.. Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan daripadanya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarka n kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita. Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluark an potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya! Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta daripd Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumah-tangga kita. MasyaAllah indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin kah kita untuk mendapatkannya? Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah... Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami dan diberi kesabaran ya Allah. Aamiin. Aamiin YRA

Monday 5 December 2016

Ulangtahun perkahwinan ke 20

20 anniversary

Alhamdulillah
20 tahun sudah..
Takkan indah Kalau tak tergigit lidah, Kadangkala terpaksa ditelan mentah mentah..
Walaupun tak suka terpaksa dimamah..
Adakala dipaksa untuk muntah,
Bila badai melanda dengan megah... Datang menerjah!
Sehingga berkeluh kesah..
Apa yang datang harus dipangkah! Kena tabah!
Jangan mengalah!
Biarpun susah!
Biarpun payah!
Biarpun kudrat semakin lemah Perlahan.......
melangkah...
Melangkah...
dan melangkah...
Selagi belum dihimpit tanah..
Kerana nikmatnya rahsia Allah..

Semoga dikurniakan mawaddah
Semuaga berterusan istiqamah
Semoga beroleh Rahmah
Semoga jodoh sampai Jannah..

Monday 28 November 2016

Kuih penganan talam

.😊 LAPIS BAWAH A
2 cawan tepung beras ( chap teratai )

B
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air

C
2 cawan air campur dgn sebesar ibu jari kapur

Cara: Masak B hingga didih n gula cair. Sejukkan. Bancuh A, B n C. Gaul rata. Masak atas api perlahan. Kacau jgn bagi bergentel. Masak hingga 3/4 masak. Tuang atas loyang yg disapu minyak n kukus hingga masak. Garu permukaan dgn garpu.

LAPIS ATAS 1 cawan tepung beras
4 cawan santan. Dari 1 biji kelapa
1 sudu besar tepung kacang hijau.
1 sudu kecil garam n secubit gula Cara..bancuh semua n tapis. Masak atas api perlahan hingga naik wap. Tuang atas lapis bawah itu n kukus hingga masak.

Monday 21 November 2016

Seperti anda di mekah

Siapapun yg cipta app ni, jazakumullah...besar jasanya terhadap umat islam. Siapapun yg cipta app ni, jazakumullah...besar jasanya terhadap umat islam. Sila buka satu per satu link berikut. MasyaAllah...hebat...😍😍😍 1. http://t.co/2nR7badBOR 2. http://t.co/O9YCtLVLOI 3. http://t.co/v9xlileXg3 4. http://t.co/oXrRxuqJXP 5. http://goo.gl/j2BSF0 Hanya perlu gerakkan henset ke atas, bawah, kanan, kiri...dan blh jgk membuat zooming. Kita akan merasakan seolah-olah sedang berada disana...🕋 1.) Siapa hendak masuk Hijir Ismail. Tekan *no. 1* 2.) Yang ingin melihat sudut Rukun Yamani. Tekan *no. 2* 3,) Yang hendak spt berada di depan Ka'bah. Tekan *No. 3* 4.) Yang hendak melihat Makam Rasul SAW. Tekan *no. 4* 5.) Yang ingin berada di atas Ka'bah. Tekan *No. 5* Semoga dpt mengubati kerinduan kita terhadap Mekah...🕋