Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, 23 August 2013

cara supaya periuk kukus tidak lebam..


assalamualaikum

nak share tips supaya periuk kukus tak lebam

L E B A M bukan L E M B A M...


masa masukkan air kukusan masukkan hirisan limau atau asam keping dan jerang lah periuk kukusan seperti biasa..

semoga ianya bermanfaat 

Thursday, 22 August 2013

cara mudah untuk menggosok baju batik

Assalamualaikum..

setiap hari khamis kakitngan kerajaan diwajibkan memakai baju batik.. ada kalanya kita menghadapi kesukaran untuk mendapatkan baju yang licin dan tidak mudah berkedut..


kalau orang dulu dulu mereka akan memasak air kanji untuk dan merebus baju dalam air berkenaan sekejap..


zaman sekarang dah ada banyak bahan bantuan untuk menggosok baju dihasilkan..


cara termudah yang biasa iza amalkan ialah


merenjis renjis air ke baju yang ingin digosok dan kemudiannya masukkan ke dalam beg plastik.. kalau orang sabah beg plastik ni dikenali dengan panggilan .. kompet atau bahai..


baju yang telah siap dimasukkan ke dalam plastik kemudiannya dimasukkan ke freezer atau bahagian sejuk beku. biarkan beberapa jam... kalau nak segera tak boleh ikut tips ni..


setelah beberapa jam boleh la keluarkan baju dari freezer dan dari beg plastik dan seterika seperti biasa.. tengok hasilnya...


tak cuba tak tahu.. 


selamat mencuba


gambar sekadar hiasan...


teman bicara



assalamualaikum





dalam hidup kita perlukan teman bicara.. berkongsi cerita... tapi berhati hati memilih kawan. ada diantaranya hadir disaat kita gembira.. ada yang hadir disaat kita berduka ..tapi jumlahnya pasti berbeza.. 

ada yang mengambil kesempatan atas sikap kita.. bila dah dapat apa yang diinginkan mereka hilang tanpa dikesan. ada yang buat buat lupa. jika bertemu dengan mereka begini ..ikhlaskan hati.. insya Allah akan hadirkan mereka mereka yang lebih baik..

ada ketika kita perlu teman bicara. meluah rasa , berkongsi cerita.. tapi dimana mereka?? 

cuba dengarkan lirik lagu coba oleh faizal tahir...

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar senang kau merasa


siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu

coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata kau
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa


maafkan kerana ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku


sahabat yang baik umpama permata yg ada di celah kelikir





ujian @ dugaan





bila kita diuji bukan bermakna dunia terhenti.

disebalik setiap ujian didalamnya ada tarbiyyah dan tazkirah yag kita tak perasan

Tuesday, 20 August 2013

cara termurah merawat diabetis

assalamuakaikum..

sakit itu penghapus dosa..
setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati...

baru baru ni iza buat check-up kandungan gula dalam darah di farmasi alpro.. bacaannya 5.2 .. masih terkawal alhamdulillah .. 
bila seseorang diserang apa juga penyakit mereka akan berusaha samada mendapatkan rawatan dari doktor ataupun mendapatkan rawatan alternatif iaitu secara tradisional.. 

tanyalah siapa juga orang yang pernah sakit.. dimana sahaja mereka mendengar ada orang yang pandai mengubat... mereka akan berusaha ke sana.. kenal atau tidak .. itu belakang kira..

perubatan tradisional ni adakalanya agak unik.. unik yg bagaimana? bayangkan kita cuma membeli sebotol minyak yang harganya bawah rm 10 tapi khasiatnya adakalanya melebihi 20.. wallahualam..

dalam kita berubat dengan seseorang jangan sampai akidah kita terpesong. para pengamal perubatan hanyalah perantara. yang menyembuhkan adalah Allah Yang Esa..

hari ni nak kongsikan bagaimana merawat diabetis @ kencing manis dengan cara termurah dan mudah..

kencing manis terjadi apabila pankerias tidak dapat berfungsi merembes insulin dengan sempurna..

cara ini dikongsikan dari orang tabligh yang rajin membaca kitab kitab lama dan menyampaikan di dalam ta'alim mereka..

1. ambil sebiji buah tomato yang merah warnanya bersaiz sederhana potong potong dadu

2.satu sudu teh yis mauripan


3. segelas air 

caranya.. campurkan semua dan blend. perlu diminum segera sebelum yis mengembang..

amalkan 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan malam 

selepas 3 hari pengambilan boleh dikurangkan..





sharing is caring

kek cokelat moist

Kek Coklat Moist

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur
250 gm butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair

Cara menyediakan:
1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan.





Monday, 19 August 2013

r4bia

assalamuaaikum

ya allah bantulah saudara kami yang berada di bumi mesir, syria dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya..

ramai orang tukar profile picture mereka.. so iza cuma edit sikit je guna tangan sendiri yang ada 5 tahi lalat.. tak tau apa rahsia 5 tahi lalat ni... nak melempang ke atau ..... oiiit fikir benda yang baik baik je tau... 


hari tu terima wassup ni... best juga bila difikirkan...

beza antara kita di malaysia yang aman damai dengan mereka yg nyawanya dihujung tanduk..semoga syahid milik mereka.. aamiin...

ANTARA RAKYAT MALAYSIA DAN MESIR : ISU SINI DAN ISU SANA

Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
Kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.

Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.

Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah;
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal;
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
Kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah.

Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua;
Muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua.

Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.

Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.

Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.

Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa;
Kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.

Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara;
Sedangkan kami ingin menekan 'share' akan nukilan ini pun masih berkira-kira.

Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.

Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.

mengharap kemunculan burung ababil yg bakal meranapkan laknatullah


makna R4BIA

Apa itu R 4 B I A?
1. Dalam bahasa Arab, Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rabi’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir di Medan Rabi'ah Adawiyah serta kawasan sekitarnya.
4. Tujuan avatar simbol ‪#‎R4BIA‬ dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti Facebook dan Twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.