Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, 19 November 2013

kuih hitam bulu bulu.....

ASSALAMUALAIKUM

CUTI SEKOLAH ANAK ANAK ASYIK CAKAP LAPAR.. LAPAR.. LAPAR...

SO HARI NI AMIR REQUEST SURUH BUAT KUIH NI.. DIA TAK TAHU NAMA DIA CUMA BAGI CLUE..  KUIH HITAM BULU BULU.. 

PUAS DOK FIKIR FIKIR APA YANG DIA NAK 
 RUPA RUPANYA NAK KUIH KASWI...

Kuih hitam bulu bulu aka kaswi
3 cawan air
1 cawan gula tebu
1 cawan gula pasir
1sudu kapur makan
Larutkan





4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1cawan tepung ubi

Sebatikan
Laserkan loyang dengan majerin
blender adunan untuk mendapatkan adunan yg lebih gebuss...
Kemudian kukus..
Kelapa parut dikukus sebentar supaya tak basi...

Thursday, 7 November 2013

XPDC GUNUNG DATUK

Assalamualaikum....
diusia meniti ketuaan dengan berat badan yang semakin berdepottt.. berfikir banyak kali untuk xpdc ni ..tapi semangat mengatasi segala.. alhamdulillah selamat mendaki dan selamat menuruni tanpa sebarang insiden yang tidak diingini..

warming up le



view on top of gunung datuk



Wednesday, 6 November 2013

resepi kuih peneram

assalamualaikum...
lama tak jenguk blog sengal iza ni.. bizi sikit ikut cowok dengan program sekolah..

hari ni nak kongsikan cara buat kuih peneram atau orang melaka cakap ni kuih telingo koling...

bahan bahan 
1 kg tepung beras cap teratai
3 cawan santan
2 cawan gula pasir
2 cawan gula melaka

caranya

masak santan dengan kedua dua gula dan kacau hingga mendidih
apabila telag mendidih.... campurkan teruskan ke dalam tepung .. kacau rata,, perap semalaman.

esoknya bolehlah dicanai dengan sedikit minyak dan kemudian digoreng dengan minyak yg benar benar panas..

selamat mencuba

Saturday, 5 October 2013

sekalung tahniah

sekalung tahniah diucapkan buat insan insan hebat yang pernah dikenali dahulu..diatas pengurniaan pingat darjah kinabalu.

1. ustaz roslan bin diming pengetua smk agama tun juhar sandakan
2. en sarnoh bin losoh pengerusi pibg smk agama sandakan
3. en awang aspar bin hj liwangsa

keranamu sungai limau

assalamualaikum.... 
lama dah tak jenguk blok hamba yang sengal ni..

hari ni buat pertama kali membawa anak nak berjalan jauh dari port dickson  ke sungai petani kedah.. keterujaan anak anak meljelajah 3 negeri walaupun lalu highway tak berapa nak syiukkk..
bertolak dari port dickson seawal jam 6.30 pagi melalui lukut dan terus ke klia dan seterusnya meneruskan perjalanan merentasi negeri selangor..perjalanan agak perlahan menghampiri kawasan bukit beruntung apabila ada motor berkuasa besar mengalami kemalangan..penunggang mati ditempat kejadian.. bergerak perlahan hampir sejam. akhirnya sampai juga ke tanjung malim ... meneruskan perjalanan lagi merentas negeri perak pula.. berhenti di kawasan rehat sungai perak untuk melepaskan "hajat".. 

dalam hujan renyai dan mata sentiasa mengawasi perangkap had laju.. akhirnya sampai juga di pulau pinang.. meneruskan perjalanan akhirnya sampai di tuo juru.. dari sana teruskan perjalanan ke negeri kedah darul aman.. 

sungai petani here i come..... park avenue sungai petani..
setelah 6 jam perjalanan akhirnya sampai ke distinasi yang dituju..
alhamdulillah.....

menghadap makan tengahari.. makanan 5 orang beserta minuman beserta pencuci mulut cuma beharga rm 18.50 kupang..
semasa membayar harga makanan agak kekok dengan "kupang" yang digunakan.. ...

kenapa ke sungai petani?
kerana temankan incik bos bermultaqa bersama bidg jeneral jamil khir baharom bersama pengetua sabk semalaysia..