Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, 30 July 2012

anak..

duhai apakah gerangan budi balasan
bagi insan ..melahir dan membesarkan
tiada bahagia jika tiada doa puja restu
syurga itu ..di telapak kaki ibu


lama dah tak update blog.. sibuk dengan pelbagai kerja..
tugas suami banyak iza yang bantu apatal lagi rumah kami di dalam kawasan sekolah..tugas suami sebagai ketua warden dan p k. hem.

"dalam hidup ini kita akan diuji oleh 2 perkara
1. anak
2. harta

hari ini iza nak cerita pasal anak.. di sekolah berasrama penuh semua ibubapa melepas tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru ,, warden . adakalanya ada ibubapa yang tidak boleh terima jika diadukan hal anak mereka.. contohnya ..hasil didikan disekolah.. anak pertamanya berjaya .. diikuti anak kedua... tapi bukan semua anak sama.. ada seorang budak..kalau abangnya memang baik sangat tapi entah dimana silapnya adiknya kelap melakukan kesilapan.. diberi peluang masih tidak berubah.

semalam 5orang budak lari dari asrama.. mereka ni semua peminjam duit dari iza.. bukan nak cerita pasal duit sangat ibubapa mereka dihubungi.. tapi selepas solat maghrib ada budak beritahu mereka dilihat  panjat pagar dan menyelinap masuk ke asrama.. lepas buka puasa dan solat iza dan suami masuk ke dalam asrama.. tiada pelajar didalamnya.. rupanya mereka dapat kesan kehadiran kami.. datang seorang bapa.. bertanya pasal anaknya.. nak jawab apa dah tentu anaknya tiada.. makanya kami pun terus solat isya dan terawih ..

lepas solat terawih datang lagi seorang ibubapa dan isterinya beserta seorang ahli keluarga.. waktu 2 dari 5 orang budak ni dah ada.. tazkirah pun bermula....


Thursday, 5 July 2012

koktail buah wani

kenal buah wani?.. kalau orang sabah panggil wani orang semenanjung panggil buah kuini bukan "buah ku ini" ... hehehe

hari ni try buat koktail buah wani...
senang aje

bahan
buah wani atau kuini
santan
susu evaporate

sedikit gula


cara
kupas kulit wani dan cincang isi wani ikut suka
campurkan santan dan susu eva serta gula

sejukkan 
 selamat mencuba!!


so simple.. 

Wednesday, 4 July 2012

malam tadi nisfu syaaban...
hari ni macam biasa tinggal sendirian.. rutin harian seorang ibu dan surirumah biasanya sibuk..sesibuk mana pun tetap on pc untuk update berita terkini..

lepas siap semua kerja rumah dan selesai menyediakan makanan untuk anak anak.. terus berhasrat menghadap pc.. langkah terhenti apa bila iza terdengar suara orang mengaji dalam rumah sendiri.. suara seorang perempuan merdu sekali.. puas iza cari mana datangnya suara ni.. tv tetutup.. radio pun sama.. henpon pun tak ada yang terpasang .. mp3 memang tak ada le...

hairan sungguh ... kemudian untuk memuaskan hati iza masuk rumah sebelah yg kosong dan kuncinya memang iza yang pegang.. tiada siapa .. tiada juga suara.. pulang kerumah semula... suara sama masih kedengaran...

SUBHANALLAH..... petunjuk apa yg DIA nak bagi ni.... 
antara doa doa iza malam tadi....

otak otak
bahan bahan
A: 1/2 kg ikan tenggiri dikisar halus

B: 10 biji bawang merah
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 sm kunyit hidup
30 gm jintan manis
30 gm jintan putih
2 batang serai
1 biji telur

C: 30 gm seerbuk kari ikan
5 gm daun ketumbar dicincang halus
1 helai daun kunyit dimayang halus
1 biji kelapa diambil santannya

daun pisang secukupnya
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

cara memasak

panaskan minyak dan tumis bahan b hingga naik bau
2. masukkan jintan manis jintan putih dan serbuk kari. setelah pecah minyak sejukkan
3. gaul gaul bahan tumis bersama isi ikan , santan dan telur daun kunyitdan daun ketumbar
4. sudukan adunan keatas daun pisang.gulung mengikut saiz yang dikehendaki. sematkan dengan lidi dan bakar hingga masak

Sunday, 20 May 2012

untuk lelaki

KENAPA PEREMPUAN CEPAT MERAJUK??”

“KENAPA PEREMPUAN SELALU CEMBURU??”


“KENAPA PEREMPUAN SENTIASA RISAU AKAN SESUATU??”



Dan jawapan dari hati seorang insan bernama perempuan…

Kami MERAJUK pasti ada sesuatu yang menyentuh hati…


kami CEMBURU bukan tidak bersebab…


RISAU kami juga bersebab yang menyentuh nurani kami…


fitrahnya ciptaan seorang perempuan…


Allah ciptakan kami punyai hati yang terlalu halus…


punyai 9 nafsu dan 1 akal



…
bukan kami tidak bisa berfikir dan kadang-kadang kami 



berfikir lebih rasional dari kaum adam
…
Cuma fitrah kejadian ini tidak dapat lari dari hati kami…


mudah tersentuh

…
sekuat mana perempuan itu pada luarannya..


namun dia tetap perempuan

…
sekalipun dia bisa menggoncang dunia…


namun dia tetap perempuan

…
sekalipun dia bisa menakluk dunia…


namun dia tetap perempuan

…
sekalipun dialah yag memegang takhta pemerintahan…


namun dia tetap perempuan…


punyai kehalusan hati..


emosi di sisi diri

…
namun rasional kami jua dari emosi…



Dicipta kami dari tulang rusuk kiri seorang insan bernama 



lelaki bukan untuk di sakiti…

bukan untuk di lukai…


namun hikmahnya ciptaan kami

…
dari situ la kami ingin dilindungi

…
dari sisi kirimu jua kami ingin dikasihi

…
dari sebelah kiri jua kami dicipta menjadi kekuatan buatmu


kaum adam…



kami jua sayap kiri buatmu pejuang-pejuang agama Allah…


menjadi nadi mujahidah untukmu ISLAM…SubhanaAllah.





dari sudut hati yg terluka


~umiliza


21 mei 2012

Monday, 14 May 2012

CHERRY ALMOND DROP



1 kg biskut mix
500 gm butter atau majerin
1 sudu tea esen vanilla

100 gm serbuk badam
300 gm ketulan kacang badam
putih telur
cherry merah

cara
campur semua kecuali putih telur dan ketulan kacang badam serta cherry

adun semua hingga menjadi doh gentel bulat kemudian celupkan kedalam putih telur
kemudian golekkan atas ketulan kacang badam
letakkan cheery dan bakar hingga masak

selamat mencuba!

GOLDEN NUGGET COOKIES

TENGOK GAMBAR MACAM NUGGET AYAM KAN .. TAPI NI SEBENARNYA SEJENIS BISKUT,,, SESUAI UNTUK SESIAPA YANG SUKA MENCUBA UNTUK MEMBUAT BISKUT..


1 kg tepung biskut mix
500 gm butter atau majerin
1 sudu tea esen vanilla

100 gm serbuk badam
100 gm kokomix
50 gm serbuk roti oren
sedikit pes oren

deko

cokelat putih dicairkan secara double boil
serbuk roti oren

cara
campur semua kecuali bahan deko
jadikan doh dan canai mengikut bentuk yg disukai
bakar hingga masak dan biarkan sejuk
celupkan ke cokelat putih dan
kemudian baru ditaburkan dengan serbuk roti oren


SELAMAT MENCUBA!...