Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, 16 May 2013

DUGAAN DAN UJIAN ITU TANDA KASIHNYA

ASSALAMUALAIKUM

LAMA DAH IZA TAK UPDATE BLOG.. SEDIH BILA FIKIR TEMPAT BARU SUASANA BARU. APA APA PUN HIDUP PERLU DITERUSKAN..

LEBIH SERATUS HARI MENUNGGU KARGO YANG MEMBAWA BARANG TERMASUK KENDERAAN.. MELALUI HARI HARI SUKAR.. BANYAK BENDA TERPAKSA DIPINJAM .. ASIB ADA YANG BERSIMPATI.. 

SYARIKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGENDALI KARGO KAMI.. MENGALAMI MASALAH DAN KAMI DIJADIKAN BARANG TARUHAN ANTARA SYARIKAT DISABAH DAN JUGA AGENT DI KL.. KERANA HUTANG ANTARA MEREKA

WAKTU WAKTU SUKAR RAMAI MELARIKAN DIRI.. RAKAN KARIB.. ANAK  ANGKAT..  MACAM BANGSAT SANGAT KAMI NI ....

DAH BUAT LAPORAN POLIS TAPI MACAM TIADA TINDAKAN KERANA MENURUT PEGAWAI PENYIASAT.. INI BUKAN JENAYAH PERDAGANGAN TAPI INI MASALAH HUTANG.. 

TAHAP KESABARAN TERUS DIUJI DALAM MASA YANG SAMA HAJI MAROP TERUS BERJANJI.. MINGGU DEMI MINGGU .. ANAK ANAK TIDUR ATAS SIMEN.. 

DAN UTNTUK RAKAN RAKAN YANG BAKAL BERPINDAH JANGANLAH AMBIL SYARIKAT INI.. TERSIKSA JIWA DAN RAGA....

NI MESEJ YG SAYA HANTAR KEPADA PENGERUSI PIBG SMKATJU DAN MERUPAKAN ORANG YANG MENCADANGKAN AGAR KAMI MENGAMBIL SYARIKAT KAWANNYA KONONNYA BANTU ORANG MELAYU.. 


NI MESEJ HAJI MAROP.... ANTARA ANTARANYA LAH..

NI LAPORAN POLIS YANG DIBUAT DI BALAI POLIS TELOK KEMANG PORT DICKSON DAN KES DISIASAT OLEH PEGAWAI PENYIASAT DARI KELANG


NI NAMA SYARIKAT YANG DIGUNAKAN..

Friday, 5 April 2013

sejarah masa kini dan masa depan TERKANTOI JUGA AKHIRNYA

Ada sebuah sekolah berasrama di......... PK HEM yang juga selaku Ketua Warden khabarnya.... melantik isteri...anak beranak...cucu cicit untuk menjadi warden di asrama... Isteri dan anak2 tu pula belagak melebihi warden sedia ada yang dilantik... Warden2 pula tak dapat jalankan tugas sebab dah ada petugas sukarela yang lebih berkuasa daripada warden... Apa nak jadi kalau ada golongan orang yang mcm ni??? Tujuan baik agaknya.... tapi memalukan profesion guru.. cukuplah suami yang jadi guru...isteri duduk la kat rumah diam2 sudah la.... Kalau ye pun nak menolong.... berpada-pada la....jgn pula melampau dan terlampau.... Lebih baik buat sekolah sendiri... Suami jadi Pengetua atau Pengarah.... Bini jadi Timbalan selaku Ketua Pengarah dan Bos Pengetua... anak-anak apa lagi... jadi PK2 la...Lu pikir la sendiri...COMMENT DARIPADA SEJARAH MASA KINI DAN MASA DEPAN...

SEPOTONG AYAT
BUAT HATI TERSAYAT
AKAN KU KENANG SEPANJANG SEPANJANG HAYAT

ENTAH APA SALAH DAN DOSA KELUARGA KU DENGAN PEREMPUAN NI AKU PUN TAK TAHU.. AKU TAK PERNAH KENAL SIAPA DIA DAN AKU TAK PERNAH GANGGU HIDUP DIA.. DAN SETELAH HAMPIR SETAHUN BERLALU.. AKHIRNYA AKU BLOCK POMPUAN NI MELALUI FB SUAMI.. BILA DAH BLOCK.. MESEJNYA MASIH TERSIMPAN DI FB.. DAN SUATU HARI DIA MENUKAR NAMA SEBENARNYA.. ADA KATA MAAF DARI NYA TAPI YANG TERLUKA TETAP TERLUKA.. AKHIRATNYA NANTI KITA BERSUA.. AKU TUNGGU KO.. 

NAMA SEBENAR DIA SHAHANA ZIN
MENGAJAR DI LAHAD DATU SABAH

sabar tahap mana lagi


AKU KENA SABAR

WALAUPUN DAH LEBIH 2 BULAN PINDAH....
BARANG MASIH TAK SAMPAI...
AKU KENA SABAR....

WALAUPUN JARI PATAH
KENA CUCI BAJU GUNA TANGAN
AKU KENA SABAR

WALAUPUN HARI HARI HANTAR ANAK
16 KALI BERULANG ALIK KE SEKOLAH
AKU KENA SABAR

WALAUPUN TERPAKSA KELUAR
MENGISI AIR MINUMAN UNTUK ANAK
AKU KENA SABAR

WALAUPUN GUNA VEN PINJAM
EKON TAK ADA,WIPER PUN TAK GERAK
AKU KENA SABAR

WALAUPUN HARI HARI AKU MESEJ HJ MAROP
DAN DIA CAKAP TAK SERUPA BIKIN
AKU KENA SABAR

WALAUPUN ORANG KUTUK
CAKAP MACAM DAH TAK ADA BAJU NAK PAKAI
AKU KENA SABAR

WALAUPUN SEDIH
TENGOK ANAK TIDUR ATAS LANTAI
AKU KENA SABAR

DAN AKU...... SABAR.. SABAR.. SABAR
SEPERTI KATA KAWAN KAWAN..
DAN ALLAH UJI HAMBANYA SESUAI DENGAN KEMAMPUAN
DAN SEMOGA AKU TERUS ........S A B..A R...
 — with Jamaluddin Yusoff Tjrs.

Friday, 11 January 2013

surat dari istana

assalamualaikum

berkat penghulu segala hari... jumaat yang indah .. dalam masa yang sama masih dilemma tentang perpindahan ke negeri sembilan..

tiba tba terima satu fax 

ya allah satu surat sokongan yang diterima dari istana kota kinabalu untuk suami..

kalau orang lain minta surat sokongan lagi untuk bertukar.. tapi lain halnya dengan rezeki kami..

walau satu masa dulu seseorang pernah "memanaskan" apa yang aku dan family lakukan.. sekarang tiba saat ingin melangkah pergi tiba tiba disayang sayang la kunuk...

untuk mereka yang telah memanaskan kerusi ku ini ... buka mata buka telinga.. jangan menuduh membabi buta...

cerita antara aku dan family  yg dibikin panas ni boleh diikuti di blog ini.. bertajuk "aku isteri pk hem dan ketua warden part 1 & 2"

aku masih lagi menyerahkan segalanya kepada ketentuannya..

jadilah manusia yang disayangi ..perginya dirindui... ilmunya dimanfaatkan untuk kebaikan... insya Allah pahala akan berterusan..

sesungguhnya yang buruk itu dari kami dan yang yang baik itu dari Mu Ya Rabbi.
 



Thursday, 10 January 2013

assalamualaikum

hari ni nak  masuk puisi sepotan berkenaan perjalanan hidup di perantauan selama 18 tahun.. kalau guru guru lain biasanya menangis2 minta tukar ke kampung halaman masing masing .. tapi bagi iza dan keluarga,, biarpun ungkapan"  tempat jatuh lagi dikenang         inikan pula tempat bermain" dan ungkapan "sirih pulang ke gagang" seperti belum ada dalam jiwa.. 

18 tahun satu jangka masa yang amat panjang .. dan suami kerapkali dioffer untuk bertukan tempat kerja dan pernah sekali dioffer sebagai penolong pengarah di bahagian pendidikan islam putrajaya..

banyak yang ada dalam fikiran yang perlu difikirkan.. hidup bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga.. tapi kali ni agak berlainan.. surat yang diterima tertera perkataan "arahan pertukaran"..

dan sehingga status ini ditulis kami menerima banyak surat bantahan dari pelbagai pihak.. termasuk dari vvip.. bukan nak bangga diri tapi mungkin sikap kami.. senang dan mudah serta boleh masuk dengan pelbagai golongan.. ini antara sebab kenapa sukar dilepaskan.. bukan minta belas ikhsan tapi inilah kenyataan..

antara puisi spontan yang sempat dirakamkan 
Kembara 18 tahun

Seawal usia perkahwinan


Meneruskan kehidupan


Hingga berkedut kaki Dan tangan


Mencari rezeki diperantauan



Dari satu tempat ke satu tempat


Hingga mendapat anak empat


Hidup ditempat orang.. tidak merempat


Walau kadang kala kami diumpat..



Kini kembara kian berakhir


Titik tamat sudah hampir


Nasib ditempat baru tak perlu difikir


Semua itu telah ditakdir. .



Semua berlalu jadi kenangan


Yang baik jadi tauladan


Yang buruk jadi sempadan


Kehidupan harus diteruskan



Salah silap maaf dipinta


Apa yang diberi dihalalkan semua


Kami juga manusia biasa


Tak lepas dari Salah Dan dosa




segalanya ku serahkan kepada Allah kerana ku yakin setiap perancanganNYA 



Monday, 7 January 2013

catatan buat mereka yang bakal bergelar guru lebih lebih lagi yang dilantik menjadi warden

assalamualaikum

catatan ini iza tujukan kepada mereka yang bakal bergelar guru terutamanya yang dilantik menjadi warden.. 

25 tahun dulu iza pernah bergelar pelajar yang tinggal diasrama ..pernah juga mengajar walaupun cuma gstt dan sekarang telah menjadi isteri kepada pk hem merangkap ketua warden.

rata rata tiada guru yang sanggup bila dilantik menjadi warden. semua ingin mengelak dengan pelbagai alasan..dan atas faktor itu maka terjadilah masalah kekurangan warden. memang elaun warden tak besar .. rm 8 sehari.. tapi mereka bekerja secara bergilir mengikut jadual yang ditetapkan.

ini pandangan ikhlas merangkap teguran untuk mereka yang dilantik menjadi warden.iza tak berpihak  pada mana mana individu dan memandangkan apa yang bakal iza tulis juga berdasarkan pengalaman menumpang di kediaman rasmi pk hem. tiada individu yang mendesak atau terlibat dengan catatan ini. iza juga tidak prejudis kepada sesiapa sekadar meluarkan apa yang iza rasa.

contoh pertama yang iza ambil 

seorang warden lama yang telah banyak bekorban masa, tenaga dan wang ringgit. orang tempatan... dah tentu tak dapat ealun perumahan wilayah. elaun yang diberikan mengikut tempat masing masing. warden ini tinggal didalam kawasan asrama. bila dalam asrama pastinya pintu selalu diketuk. nak itu lah nak ini la.. sesiapa yang pernah menjadi warden pasti faham bagaimana nak menghadapi semua ini.

contoh kedua yang iza ambil

seorang warden baru yang menumpang bersama warden diatas beberapa bulan dan kemudiannya meninggalkan warden pertama atas alasan ingin tinggal diluar dan datang hanya waktu bertugas.. sebenarnya warden kedua ini dibayar elaun perumahan wilayah dan elaun warden. alasan kononnya tak dapat tidur petang sebab pelajar bising .. semua tu tak masuk akal. warden kedua ni pula waktu bertugas berbagi masa nya contonya .. masuk jam 1 tengahari hingga lewat malam. tapi jam 8 malam dah tak ada. dah la baru tak ada kenderaan kalau berlaku kecemasan.. warden pertama jugalah yang terpaksa bekorban. dan banyak lagi hal hal lain

pesanan iza untuk mereka
1. jangan berkira tulang kulit kita
2. kamu belum lagi disahkan jawatan
3. kamu tu Allah pilih nak bagi pahala lebih
4. kerja warden tu amanah.. dan bila amanah.. akhirat esok kena jawab
5. jangan salahkan ibubapa jika mereka berkata warden makan gaji buta.. cuba audit diri kita..
6. alasan berkahwin untuk mengelak menjadi warden sebenarnya tak relevan. 
7. cuba ikhlaskan hati ..jalankan kewajipan yang diberi.. insya Allah kita akan disenangi.
8. dan warden baru belajarlah sesuatu dari mereka yang berpegalaman . tak tahu lebih baik kita bertanya
9. kalau semua orang tak mahu jadi warden ... bagus berhenti kerja sekali.
10. saya bukan buat kerja kamu.. saya cuma tolong yang termampu tapi janganlah sampai kamu lupa tanggngjawab kamu..

dan saranan saya untuk pentadbir
1. semua warden tinggal didalam kawasan asrama 
2. mereka tidak dibayar epw (penyakit ni)
3. adakan penggiliran ..
4. kena bertegas


apa pun semua orang inginkan yang terbaik begitu juga saya yang punya 2 anak diasrama..



Wednesday, 24 October 2012

cerita jin lagi... part 3.. (my experiance)

assalamualaikum....
hari ni baru free.. walaupun sebenarnya para ibu sibuk didapur menyediakan persiapan untuk hari raya aidil adha jumaat ini.. bagi kami sekeluarga macam biasa... tunggu last minute.. lagi pon mood nak balik kampung kat melaka sudah menerpa... 


sambung balik cerita histeria... baca aje tak seram pun...
setelah berhempas pulas 11 hari 11 malam akhirnya kami terbangkan seorang kawan dari kota belud yang terkenal dalam perubatan islam.. seorang guru muda .. kali ni tiket penerbangan dibuat dari tawau sebab beliau terlibat membawa pelajarnya (oku) menyertai pertandingan hafazan..