Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday 26 August 2013

bila jodoh dah sampai..

Assamalualaikum

hari ni nak cerita pasal jodoh.. 

jodoh?

sesuatu yang telah ditetapkan sejak azali.. bagaimana kita sayang pun dengan seseorang ..jika Allah tak izinkan... semuanya tak akan terjadi.. semua orang mahukan jodoh yang terbaik buat diri masing masing.

saya punyai jiran yang telah mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun..sekarang dia berusia 38 tahun dan mempunyai seorang anak berusia 19 tahun..semalam anaknya bertunang .. dia jemput saya dan keluarga untuk menjadi wakil pihaknya.. majlis berjalan lancar dan dalam keadaan sekarang keluarga berkenaan cuma meminta hantaran sebanyak rm 6000 beserta mas kahwin rm 584. 

menurut keluarga berkenaan mereka ingin melangsungkan perkahwinan pada awal disember nanti. kata suaminya keadaan sekeliling menyebabkan dia takut jika anaknya terikut ikut budaya budak ipta yang menghuni kawasan kami. 

sebenarnya kami sendiri pun takut bila tengok situasi sekeliling dan ada kalanya anak anak kecil ku bercerita yang mereka nampak perbuatan kurang senonoh mereka ini. Allahu Akbar..

kebenyakan mereka beragama islam... malu melihat aksi aksi mereka .. bila ditegur buat tak tahu aje.. keadaan bertambah parah bila larut malam.. jika mereka itu anak kita ...macamana ye... mak ayah keluar belanja dan mengharapkan anak anak berjaya.. tapi lain pula dibuatnya..

semoga Allah melindungi anak anakku..




No comments:

Post a Comment