Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, 23 March 2012

aku belajar


aku belajar menjadi redha..

aku belajar menjadi pasrah

biarpun banyak dugaan yang tiba..

biarpun ujian diterima....

aku cuba tunjuk muka ceria...

kononnya aku orang yang bahagia...

tapi hati sebenarnya penuh luka...

banyak derita...

aku cuba tertawa...

ku cuba sorokkan duka...

ku sorokkan airmata..

aku buat muka selamba..

kononnya tiada apa..

tapi hakikatnya...

hanya aku yang rasa

 tak akan ada siapa....

peduli atau bertanya..

hanya padaNYA..

tempat aku mencurah segala...

kerana aku yakin setiap perkara...

ada hikmat dan nikmat buat hambanya...


~umiliza

hospital dutchess of kent sandakan

8.05 19march 2012


mengintai dari kamar hati

kata umi

bersyukurlah dengan hadirnya hari ini

semalam yang kita lepaskan pergi

dengan pelbagai kisah dan tragedi

ianya takkan kembali

yang pergi tetapkan pergi

usah ditangisi

semuanya suratan ILLAHI


TAPI

bersyukurlah dengan hadirnya hari ini

tetapkan nawaitu dihati

jangan biarkan sifat mazmmumah menghampiri

bulatkan azam disanubari

jika semalam berlalu pergi

mulakan pagi ini

dengan niat tulus suci

sematkan dalam hati

semuanya ikhlas kerana ILLAHI





    • Noona Julee tetapi bila emosi mengganggu diri,

      hati merintih sepi


      bkn meratap diri


      atau menangisi yg dh berlalu pergi


      tapi x ada sape yg mengerti..



    • kata umi lagi


       jangan bersusah hati

      jangan bersedih hati



      bila kita diuji

      kita insan pilihan Illahi


      biar manusia tak mengerti


      biar manusia tak memahami


      bukan bermakna dunia terhenti


      masih ada disisi


      DIA yang mendengar rintihan 



      walau dari ceruk hati

      cuba kita insafi


      apa yang pernah kita lalui


      selama ini..


      muhasabah diri


      mungkin selama ini...


      kita belum mencapai standard 



      dan kualiti

      ISO YA RABBI


      sama sama kita mengingati


      sebelum ke dunia yang 



      dinamakan mati...


      (peringatan untuk diri sendiri


      sebelum rumah kata pergi


      kubur kata mari)

      ~umiliza

Monday, 12 March 2012

asam garam hidup

catatan 12. 3. 2012

kerja dan tugas  kita  sebenarnya satu  tanggungjawab dan tanggungjawab  itu satu amanah .. dan setiap amanah ...akan dipersoalkan. walau seribu kebaikan yang kita lakukan dek disebabkan satu kesilapan terlepas pandang... padah mengundang. 


begitu yang terjadi pada suami saya.. ustaz jamaluddin. jadi ketua warden dan pk hem sungguh berat cabarannya. biarpun sebelum ini suami saya pernah menjadi pk 1 selama 8 tahun dan pernah memangku jawatan pengetua selama 6 bulan tapi takdir yang Allah tetapkan kali ini amat payah untuk diterima mulanya. 


seringkali dia beritahu saya .. dia lebih harapkan saya berbanding dengan penyelia.. driver atau wardennya sendiri. saya sekadar membantu walaupun kadangkala "rela terpaksa" bila jam3 pagi masih dihospital menghantar pelajarnya. itu belum lagi tugas tugas lain yang kalau orang lain memang tak sanggup nak lakukan. tapi demi nak suppot pelajar disini.. semuanya saya lakukan. jadi driver.. tukang urut .. memasak makanan biarpun saya ada kursus.. 


pernah saya beritahu suami.. tegur warden kamu.. tapi suami saya cakap nanti jadi isu.. macamana jadi warden kalau asrama pun tak pernah jejakkan kaki? elaun ketua warden bukan besar pun cuma rm 280 nak cover duit telepon pun tak lepas.. belum benda2 lain lagi.  


akibat terlepas pandang... seorang budak yang ingin ke hospital tidak dapat dihantar. keesokannya ibubapa datang sendiri menghantar anaknya ke hospital dan terus ditahan hingga beberapa hari. bukan kami tak hantar pelajar ke hospital.. hari2 pun kami hantar tu belum lagi waktu sekolah dengan perkhidmatan ven sekolah setiap hari. benda nak jadi.. padahal pelajar tu punya 3 orang sepupu yg tinggal di asrama yang sama. dan salah seorang dari adik beradik ini pernah saya dan suami cari keliling taman mawar yang mempunyai bilangan rumah sebanyak 3323  hingga dapat ketika lari waktu persekolahan. kenapa dia tak maklumkan? 


hari khamis lepas ibubapa ini ke sekolah untuk  bertemu dengan suami saya. dilepaskan segalanya dengan deraian airmata.. saya ingatkan hal ini habis disini rupanya rasa tidak puas hati menyebabkan beliau membuat laporan  terus ke ibupejabat di putrajaya.. hurmmmm...


hari ini suami saya kelihatan sugul sekali lebih sugul dari waktu dia terima berita kematian ibunya. sebelah petang saya nampak dia isi borang eg tukar biarpun sebelum ini dia kerapkali dioffer untuk bertukar tapi menolak..
mungkin rezeki kami di sandakan setakat ini..


berat mata memandang .. berat lagi bahu memikul.. cuba tanya dalam malaysia ..siapa yang dengan rela... menjadi ketua warden??
saya tinggalkan persoalan ini disini..


lain padang lain belalang.. 
saya percaya perancangan Allah sangat teliti dan mengharapkan hikmah diatas setiap ujiannya..

Friday, 9 March 2012

cups cake umiliza

bahan bahan
1/2 kg mentega
1/2 kg tepung
1 cawan serbuk koko
gula halus 3 cawan
susu pekat manis 1 cawan
telur gred A 9 biji
serbuk penaik
air panas 1 cawan

ni untuk cream cheese
cheese philadelphia
susu pekat manis 1 tin

cara .. pukul telur hingga kembang bersama majerin
masukkan susu cair
masukkan tepung yg telah dicampurkan dengan serbuk penaik
masukkan bancuhan serbuk koko beserta air panas
gaul sebati dan boleh dibakar

apabila sejuk..
mix philadelphia cheese dengan susu pekat manis
gaul rata
sapu atas cake yg telah siap tadi
boleh deko ikut kretiviti masing masing


Wednesday, 7 March 2012

tolong ingatkan aku


tolong ingatkan aku
andainya aku leka dengan duniaku
mengejar dunia setiap waktu
hingga aku lupa pada MU
hingga aku lalai dengan perintah MU...

tolong ingatkan aku
sebelum sampai saat itu
bila ajal menjemputku
waktu itu.. 
semuanya jadi tak menentu
waktu itu..
harta dunia tidak diperlu

tolong ingatkan aku
hidup ini sementara waktu
banyak banyak mencari ilmu
tapi jangan sampai  keliru
syaitan sentiasa mencari waktu
untuk menjadi sekutu
dari itu ..
JANGAN  LUPA ALLAH YANG SATU

`tolong  ingatkan aku~

~ umiliza~
m1 rumah penolong kanan HEM 
SMK AGAMA SANDAKAN
8.27 AM 8.3.2012

Wednesday, 29 February 2012

terang bulan aka.. apam balik



bahan2nya:
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
1sudu teh soda 
cara2 membuatnya:
-pukul gula dn telur sehingga kembbikarbonat
1sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cwn air masak
sedikit mentega utk mengoles
sedikit pewarna kuning(jika mahu)

bahan tabur: gula, jagung manis(dlm tin), kaacang tanah(sudah digoreng n kisar)
 ang
-masukkan soda bikarbonat dn baking powder}kacau hingga sebati
-masukkan air dn kacau dn kemudian masukan tepung gandum} kacau hingga sebati dn bubuh sedikit pewarna kuning jika mahu.

-panaskan kuali leper dn sapu sedikit majerin diatasnya
-masukkan 1 seduk adunan tadi....bentuk bulat akan terbentuk sendiri jika mengunakan kuali leper(tk wat burger tu)
-xperlu terbalikkan....biarkan saja ia masak dgn sedirinya...kira2 hampir nk masak baru taburkan sedikit gula, diikuti dgn jagung manis dlm 1 sudu n ratakan n baru taburkan kacang tanah diatasnya...
-lipatkan....siap!

cara nak buat pau berbentuk bunga ros

lama dah iza tak update blog iza ni.. bizi sikit.. ni iza nak kongsikan camna nak buat pau yang berbentuk bunga ros.


bahan bahan
tepung pau  kalau tak ada guna tepung gandum aje
keledek yg direbus dan dilenyek 
gula
serbuk penaik.. apa2 la mauripan ke .. apa aje yg boleh kasi naik
sedikit air
pewarna yg disukai
inti.. suka la apa2 pun cokelat ke kacang hitam  dsbnye


cara gaul semua dan biarkan naik kejap


cara 1 doh yg telah siap




cara 2 gelek kepingan dan susun seperti diatas


cara 3 letakkan inti


step 4.. gulung tepung dan potong dibahagian tengah serta kemaskan (tutup bahagian yg  dipotong tu)


ni rupa setelah dipotong dan dikemaskan bahagian bawahnya


 ni rupa pau yg telah siap dikukus..


hahaha nanti kita try buat pau angry birds pulak..