Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday 12 March 2012

asam garam hidup

catatan 12. 3. 2012

kerja dan tugas  kita  sebenarnya satu  tanggungjawab dan tanggungjawab  itu satu amanah .. dan setiap amanah ...akan dipersoalkan. walau seribu kebaikan yang kita lakukan dek disebabkan satu kesilapan terlepas pandang... padah mengundang. 


begitu yang terjadi pada suami saya.. ustaz jamaluddin. jadi ketua warden dan pk hem sungguh berat cabarannya. biarpun sebelum ini suami saya pernah menjadi pk 1 selama 8 tahun dan pernah memangku jawatan pengetua selama 6 bulan tapi takdir yang Allah tetapkan kali ini amat payah untuk diterima mulanya. 


seringkali dia beritahu saya .. dia lebih harapkan saya berbanding dengan penyelia.. driver atau wardennya sendiri. saya sekadar membantu walaupun kadangkala "rela terpaksa" bila jam3 pagi masih dihospital menghantar pelajarnya. itu belum lagi tugas tugas lain yang kalau orang lain memang tak sanggup nak lakukan. tapi demi nak suppot pelajar disini.. semuanya saya lakukan. jadi driver.. tukang urut .. memasak makanan biarpun saya ada kursus.. 


pernah saya beritahu suami.. tegur warden kamu.. tapi suami saya cakap nanti jadi isu.. macamana jadi warden kalau asrama pun tak pernah jejakkan kaki? elaun ketua warden bukan besar pun cuma rm 280 nak cover duit telepon pun tak lepas.. belum benda2 lain lagi.  


akibat terlepas pandang... seorang budak yang ingin ke hospital tidak dapat dihantar. keesokannya ibubapa datang sendiri menghantar anaknya ke hospital dan terus ditahan hingga beberapa hari. bukan kami tak hantar pelajar ke hospital.. hari2 pun kami hantar tu belum lagi waktu sekolah dengan perkhidmatan ven sekolah setiap hari. benda nak jadi.. padahal pelajar tu punya 3 orang sepupu yg tinggal di asrama yang sama. dan salah seorang dari adik beradik ini pernah saya dan suami cari keliling taman mawar yang mempunyai bilangan rumah sebanyak 3323  hingga dapat ketika lari waktu persekolahan. kenapa dia tak maklumkan? 


hari khamis lepas ibubapa ini ke sekolah untuk  bertemu dengan suami saya. dilepaskan segalanya dengan deraian airmata.. saya ingatkan hal ini habis disini rupanya rasa tidak puas hati menyebabkan beliau membuat laporan  terus ke ibupejabat di putrajaya.. hurmmmm...


hari ini suami saya kelihatan sugul sekali lebih sugul dari waktu dia terima berita kematian ibunya. sebelah petang saya nampak dia isi borang eg tukar biarpun sebelum ini dia kerapkali dioffer untuk bertukar tapi menolak..
mungkin rezeki kami di sandakan setakat ini..


berat mata memandang .. berat lagi bahu memikul.. cuba tanya dalam malaysia ..siapa yang dengan rela... menjadi ketua warden??
saya tinggalkan persoalan ini disini..


lain padang lain belalang.. 
saya percaya perancangan Allah sangat teliti dan mengharapkan hikmah diatas setiap ujiannya..

No comments:

Post a Comment