Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, 19 August 2013

cara merawat batu karang

Assalamualaikum....

Waktu anak dara ... iza selalu kencing kotor.. bila g hospital macam biasa la diberi ubat yg rasanya macam air kelapa basi  tu... mau tak mau telan jugak.. nak baik la katakan..

2 minggu lepas melangsungkan perkahwinan iza dimasukkan ke mahkota medical centre.. masa tu kerja kat tiara melaka golf & country club.. MMC dan TMGCC tu satu company bawah hy- line group senang cakap kumpulan lion le..(lion group)


doktor menganggarkan batu ini berusia 17 tahun.. sweet seventeen... hahahah


masuk hospital 24 disember 1996.. mulanya laser aje malangnya batu tu agak besar dan melekat didaging dekat buah pinggang.. doktor cakap esok kena bedah pulak.. walaupun iza kakitangan lion tapi kami cuma diberi diskaun sahaja untuk mendapatkan rawatan.. memandangkan duit yg tak banyak almaklum lah baru berhabis untuk majlis perkahwinan... maka iza mintak tangguh ke tarikh 26 disember.. 25 tu kan cristmas.. kalau cristmas semua bayaran dibayar secara triple.. boleh bangkrap kalau macam ni..

26 disember bahagian belakang dibedah melintang bagi mengeluarkan batu berkenaan.. masa tu dicengkam sahaja jahitan dan membengkak seperti batang ubi kayu.. sakit....

penyakit ni penyakit keturunan ke? iza tak tahu nak jawab tapi emak ada batu karang di hempedu dah buang lebih 20 tahun lalu dan mak sihat sampai hari ini.. adik lelaki pun ada batu karang.. kakak pun ada.. anak buah pun 3 orang yang ada... wallahualam..



banyak yg lain tapi ni sahaja yg masih disimpan..


hari ni nak kongsi cara merawat baru karang

Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)

Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2

Hari ke6 jangan makan malam (dinner)

Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi

Pukul 8 malam ulang makan garam epsom

Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yg fresh (perah 3 biji lemon0.

 Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.

Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

ada orang bagi petua.. kalau sakit rendam batu ni dalam air dan minum..
wallahualam .....


doaku hari ini

assalamualaikum




tengok pic ni cantik bunga ciptaan Allah.. Entah apa namanya iza tak tau
ini iza rakam guna samsung s3 time melawat kebun sawit kat serting..
lepas edit edit guna pizap.. ni lah hasilnya..



Friday, 16 August 2013

tempatku bukan disini

Assalamualaikum

tempat ku bukan disini
tiada gunanya ku kembali
perjalanan tak lagi sehala
dunia kita berbeza

teringat lagu nyanyian dari rozieta izzlyn

satu masa dahulu pernah merantau jauh dari sanak saudara , handai taulan dan orang orang yang tersayang. menghabiskan usia belasan  tahun ditempat orang. suka dan duka diharungi demi mengikut suami mencari sesuap nasi dibumi milik orang.

bagai camar yang terbang bebas akhirnya tetap pulang memijak tanah.. itulah lumrah kehidupan. meneruskan sisa sisa kehidupan...


Wednesday, 31 July 2013

air jambu batu asam boi

assalamualaikum

bulan puasa ni kita haus je ..makan tu kadang kadang sikit aje dah kenyang.. air yang lebih..

hari ni nak share cara buat jus jambu batu asam boi

- jambu batu di buang biji
- asam boi
- gula pasir
- sedikit pewarna 
- dan ais..

blend aje semua..

biskut arab

 jom try buat biskut arab




1 cwn minyak sapi

.1 cwn gula ising

1 cwn susu tepung

3 cwn tpg gandum

ceri sbg hiasan



Gaul semua bhn


 

bulat2kan dan tekan sikit...letak ceri di atasnya


bakar 8-10 minit pd suhu 150'...ikut kpanasan oven hang pa

Tuesday, 30 July 2013

berhati hati servis kereta..

assalamualaikum

tak lama lagi nak raya .. kepada mereka yang pulang beraya di kampung tentunya seronok. tahun ni dah start beraya di samping keluarga sebab dah balik ke bumi malaya semula.. yeehaaa

sabtu lepas ada kelapangan  jadi iza pun mengambil kesempatan untuk pulang ke melaka di samping menziarah ahli keluarga. jam 8 pagi dah bergerak ke melaka dari port dickson. perjalanan biasanya mengambil masa 2 jam ikut jalan tepi pantai. sempat juga singgah di bidara palma untuk lihat lihat rumah yang dijangkakan siap september ini.

di bahagian belakang ada amir seorang sambil menonton cerita ajiboi dari dvd di bahagian atas kereta.

sampai di wakil pusat servis eon air keroh  kami dilayan agak mesra oleh seorang bernama en Azli. kami memberitahu yang kami nak buat servis untuk 10 000 km. iza ada juga komplen pasal cable usb yang tidak boleh digunakan di bahagian hadapan dan belakang.  agak ramai orang juga ketika itu.. lebih kurang 11/2 jam kereta siap diservis.

en azli menyuruh iza test alat yang dipasang untuk kegunaan usb cable. ok berfungsi .. sewaktu ingin memulakan perjalanan untuk pulang tiba tiba jari iza tertekan punat radio.. owh... dah tak berfungsi.. begitu juga alat dvd.. haiyaaa...

iza memberitahu en azli semula.. kereta kemudian dimasukkan ke ruangan servis semula.. kira kira 30 minit en azli datang dan memberitahu yang radio dan dvd rosak.. masa tu rasa macam dah fade-up.. makenik tu semua budak budak lagi. mungkin pandai tukar minyak hitam saja.. kami disuruh menunggu lagi..

tunggu dan tunggu....

hampir 2 jam ... sepatutnya kami cadang nak shopping baju raya lepas servis.. hampehhh....kemudian en azli datang lagi dan kemudian dia mengsyorkan kami menghantar kereta ke pusat servis eon senawang..dan booking dibuat pada hari selasa atas nama suami saya sedangkan en azli sepatutnya bertanggungjawab dengan keuaian pusat servisnya..  suami saya dah mula berkeras.. en azli mencadangkan agar kereta kami ditinggalkan di sana dan dia meminjamkan kereta proton saga untuk kegunaan kami sementara.

dengan perasaan benggang kami meninggalkan wakil pusat servis yang gah dengan signboardnya di tepi lebuhraya melaka.. 

akhirnya kami pulang ke kampung .. sampai dikampung iza keluar semula ke pusat servis peringgit. malangnya pusat servis dah ditutup sebab hari sabtu mereka kerja setengah hari sahaja.. mau takmau kami bertukar kereta dengan adik iza utk pulang ke port dickson memandangkan 3 lagi anak ada di sana kerena mereka bersekolah menggantikan cuti jerebu baru baru ini..

hari ahad tak boleh nak buat apa apa..

tunggu hari isnin. adik menghantar kereta kami ke pusat servis eon di malim pula.. sekejap aje dah siap dan kami dikenakan caj sebanyak rm 4.75 sahaja... aduiii jika dibandingkan dengan pusat servis panorama dimana kami membuang masa .. tenaga dan wang ringgit dan caj yg melebihi rm 400.. rasa tak patut sangat..


bagi syarikat panorama .. iza nasihatkan jika ingin menjaga reputasi syarikat anda ambilah mereka yang otai otai dalam bidang ni bukan budak budak yang masih mentah.. dan untuk en azli belajar lah dari kesilapan...




mari buat mangolasi sendiri

Mari belajar buat mangolasi sendiri.



-. Sunquick perasa mangga


- Air cream soda


- . Susu cair


- . Susu pekat


Campur semua dan tambah ais


* jika buat dalam kuantiti yg banyak tambahkan air gula.