Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, 27 August 2013

doa solat dhuha



assalamualaikum

muzik itu halwa telinga.. berhati hati dalam memilih muzik 



pic yang dirakam di pantai purnama port dickson


http://www.facebook.com/photo.php?v=674718099224912





cara mudah halau nyamuk dan lalat

Assalamualaikum

hari ni nakkongsi cara menghalau nyamuk dan lalat

amat mudah

cuma perlu cengkih dan limau kasturi

buat macam gambar dibawah ni






Monday, 26 August 2013

cara nak rawat ulat air ( hong kong foot)

asalamualaikum...

ada orang yang punya kaki yang berbau.. tentunyalah bau busuk .. kalau wangi, semua orang pun tak kesah..

pemilihan kasut adalah penting
pastikan kasut anda mempunyai ruang ruang bagi membolehkan udara beredar..

ini juga satu penyakit.. bagi pesakit mereka tak berbau kakinya almaklumlah kaki sendiri.. tapi orang yang berada disekeliling boleh pengsan dibuatnya..

penyakit ini juga adalah disebabkan oleh fungus.

pastikan kaki sentiasa kering selepas mandi dan berwuduk bagi mengelakkan jangkitan kuman..

penyakit ini juga adalah simptom simpom kepada diabetis.. 

 kalau nak rasa bestnya hong kong food ni kalau digaru.. adakalanya sampai berdarah dibuatnya..garu dan terus menggaru..

ambil batang keladi sebesar ibu jari dan layur diatas dapur gas.. dalam keadaan masih panas letakkan batang keladi berkenaan di celah celah jari... perghhhhh....


hari ni nak kongsi tips bagaimana cara merawat penyakit ulat air atau hong kong foot.

cuma gunakan krim ini.. sapu selepas mengeringkan bahagian jari jemari.

jangan kedekut untuk berbelanja. tak mahal pun..

bila jodoh dah sampai..

Assamalualaikum

hari ni nak cerita pasal jodoh.. 

jodoh?

sesuatu yang telah ditetapkan sejak azali.. bagaimana kita sayang pun dengan seseorang ..jika Allah tak izinkan... semuanya tak akan terjadi.. semua orang mahukan jodoh yang terbaik buat diri masing masing.

saya punyai jiran yang telah mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun..sekarang dia berusia 38 tahun dan mempunyai seorang anak berusia 19 tahun..semalam anaknya bertunang .. dia jemput saya dan keluarga untuk menjadi wakil pihaknya.. majlis berjalan lancar dan dalam keadaan sekarang keluarga berkenaan cuma meminta hantaran sebanyak rm 6000 beserta mas kahwin rm 584. 

menurut keluarga berkenaan mereka ingin melangsungkan perkahwinan pada awal disember nanti. kata suaminya keadaan sekeliling menyebabkan dia takut jika anaknya terikut ikut budaya budak ipta yang menghuni kawasan kami. 

sebenarnya kami sendiri pun takut bila tengok situasi sekeliling dan ada kalanya anak anak kecil ku bercerita yang mereka nampak perbuatan kurang senonoh mereka ini. Allahu Akbar..

kebenyakan mereka beragama islam... malu melihat aksi aksi mereka .. bila ditegur buat tak tahu aje.. keadaan bertambah parah bila larut malam.. jika mereka itu anak kita ...macamana ye... mak ayah keluar belanja dan mengharapkan anak anak berjaya.. tapi lain pula dibuatnya..

semoga Allah melindungi anak anakku..




Friday, 23 August 2013

la tahzan



assalamualaikum

hidup penuh ujian.. dugaan ..cabaran

semuanya mematangkan..

apa juga bersangkut dengan hati..

bersabarlah wahai hati

ALLAH SENTIASA ADA..

berdoalah ... bermunajatlah kepadanya

sesungguhnya perancangan Allah itu sangat teliti

mungkin hari ini DIA tak beri apa yang kita minta 

kerana kita mungkin tak layak .. 

tapi Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik.. 

pada masa dan ketika yang sesuai..

PERCAYALAH!





cara nak buang gula gula getah yang melekat

Assalamualaikum..


ramai orang suka makan gula gula getah atau chewing gum. bebudak kecik pun suka .tapi mereka ni suka buang sembarangan. makanya melekatlah sana sini...

kat sini iza nak kongsikan 2 cara menanggalkan gula gula getah berkenaan..

1. kalau kena dirambut..
mudah sahaja caranya ..
ambil minyak ... minyak kelapa ke ..minyak zaitun ke.. tapi bukan petrol dan seangkatan dengannya... 
sapu sapukan pada rambut dan gula gula getah akan terlerai dari rambut dengan mudah.. tak sakit pun.

2. kalau melekat di fabrik..
ambil fabrik dan simpan di ruangan sejuk beku beberapa jam.. setelah beberapa jam .. gula gula getah akan keras . boleh lah dikopek dengan mudah.. 


semoga ianya beermanfaat..

cara supaya periuk kukus tidak lebam..


assalamualaikum

nak share tips supaya periuk kukus tak lebam

L E B A M bukan L E M B A M...


masa masukkan air kukusan masukkan hirisan limau atau asam keping dan jerang lah periuk kukusan seperti biasa..

semoga ianya bermanfaat