Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, 30 November 2015

Kwan Specialist Medical clinic

entah kenapa tiba tiba iza tak boleh jalan.. nak masuk dalam rumah dari kereta pun ambil masa 30 minit.. sebab tak tahan.. iza g hospital tampin.. kat sana doc cakap gel lutut dah habis.. dan untuk prosidur menambah gel dihospital kerajaan makan masa..
so pakcik nizam pekerja kebun sawit iza cadangkan supaya iza dapatkan rawatan di klinik doc kwan..
klinik kwan ni terletak di seremban .. lepas keluar tol seremban akan jumpa mc Donald yg besar.. sebelahnya ada sekolah tahfiz as sofa.. klinik ni terletak bersebelahannya..

kalau di klinik kwan ni biasanya memang orang ramai.. kebanyakan dari Indonesia.. kalau datang sebelah tengahari memang tak dapat nombor.. iza datang seawal jam 7 dapat no 30.. doc ni memang expert.. bila iza cakap kaki kurang gel.. dia terus piuh piuh kaki.. kemudian doc ni cakap.. ni bukan masalah gel lutut..kemudian di x ray keputusan x ray tunjukkan yg iza punya masalah saraf di pinggang.

selepas mendapatkan rawatan acupuncture dan suntikan di bahagian pinggang.. iza rasa selesa sikit. bayaran dikenakan rm 280.. diminta dating 2 hari kemudian..

selepas mendapatkan rawatan selama 3 kali.. Alhamdulillah dah sihat..

cara nak dapat no ni agak susah sikit
kena dating awal .. tulis nama di kertas dan tunggu sehingga seorang runner dating sekitar jam 7.30.. tunggu sehingga dapat nombor yang dilaminate.. lepas tu barulah boleh dapatkan sarapan kerana doc akan datang pada pukul 9.30 pagi..  

Thursday, 29 May 2014

isu cadbury i pun buat puisi pasal babi...


Kerana mu babi
Semua orang tak senang hati
Bukan kesian sama si babi
Awal awal pun dah tau status si babi
Babi.....
Selamanya babi. .....

Nak sedap dengar khinzir nama diberi
Haramnya tak kan merubah diri
Sampai ke mati
Itulah nasib si babi

Si palui cadang darah dicuci
Si dupang pula risau dgn isi
Hishh ko ini babi
Menyusahkan orang sana sini
Kalau ku dapat ku timbak sampai mati
Biar keturunanmu tak wujud lagi

Asap berkepul di sana sini
Di siring jalan menuju distinasi
Cakap pada suami
Tolong berhenti dekat tepi
Ku sangka jagung bakar menanti
Rupanya "sinalau bakas" yang di ditemui..

Umiliza

ceritera aku dan haiwan

Ceritera 
Aku dan haiwan.. 

Indahnya alam maya
Sang burung berkicau ria
Terbang diudara
Tanpa ketahui tujuannya

Lihat disana
Mentari tersenyum gembira
Memberikan cahaya
Menyuluh alam semesta
Damainya rasa
Walau rembulan sembunyi entah dimana...

Dipohon angsana
Monyet jantan mengenyit mata
Pada monyet betina
Oh! Mengurat rupanya
Ish ish ish.. tak ku sangka

Lihat dipokok sena
Sang semut dan kerengga
Bekerjasama
Membawa sisa
Pulang ke sarangnya..

Berjumpa pula
Si tokek yang bermuram durja
Ditanya kenapa?
Aku kini dah tak berharga.
Oh sedihnya.....

Berjumpa pula si kura kura
Mukanya masam mencuka
Ku tanya kenapa?
Aku penat berlumba
Dengan arnab durjana...

Meneruskan langkah seirama
Bertemu pula
Kambing dan ayam serama
Si kambing dengan janggut nampak alimnya
Tapi sayang.. si kambing terlupa
Dia terlupa pakai celana...

Ayam serama pula dengan bangganya
Mendabik dada
Sambil berkata....
Aku bergaya
Lagi berharga
Tapi ayam juga terlupa
Ianya berkaki ayam saja...

Berjumpa pula dengan si rusa
Kalau di Sabah payau namanya
Musuh ketatnya si buaya
Walau libasnya menakutkan manusia
Namun kalah sama si rusa

Rindu pula dengan sedara
Kalau dulu..sepilok tu dekat saja
Hahahaha.... nampaknya
Kena pergi zoo Melaka
Dekat sana.....
Macam macam ada...

Gajah, harimau dan juga kuda
Ada tenok, zirafah dan juga ungka
Badak, ular dan serigala
Tak sempat siang.. malam pun buka

Dipendekkan cerita
Anda semua tidak dipaksa
Untuk membaca
Ini wall gua yang punya
Kalau tak suka
Logout la saja. ..

Umiliza blogspot.com
Ceritera mengarut
Bukan mencarut...
13052014

tanda semakin tua...

Semakin hari semakin tua
Semua orang akan merasa
Walau lari kemana 
Walau sembunyi di mana
Tak dapat lari itu takdirnya
Uban mula memenuhi kepala
Penglihatan semakin kabur gamaknya
Satu persatu nikmat dunia
Akan mula dilupa..
Makan itu... tak rasa
Minum itu.. sakit kepala
Hilang nikmat yang maha esa..
Badan minta dipicit sini sana
Pinggang macam nak putus katanya
Berjalan dah guna kaki tiga
Hati cepat terasa
Itulah tanda....

Kita
Semakin tua...

Umiliza
Pantai purnama.
08052014..

Sunday, 27 April 2014

aku dan basikal

semenjak en suami ghalit main basikal.. nampak berat badan dia semakin susut.. teringin juga nak ikut jejak langkah walau dengan kudrat dan tenaga yang tak seberapa.. bila hujung minggu awal pagi dah kayuh basikal sejauh 20 hingga 30 km.. 

puisi ku yang ganas

Kau ingat ... kau kuat ?

Kau fikir. .. kau hebat ?


Lagak macam Jebat


Perangai macam musibat


Keparat!

 
Pengkhianat! 


Otak berkarat


Hidup penuh tipu muslihat


Bergelumang dengan maksiat


Dapat rezeki tak berkat


Jangan sampai dilaknat


Hey cepat cepat taubat


Lambat lambat nanti tak sempat


Sebelum jasad mu disumbat


Sebelum tubuhmu dimampat


Kedalam liang lahat



~yang tersurat


atau tersirat

tiada kaitan yang sihat


atau yang tenat

#umiliza


mencuba sesuatu yg lebih dahsyat


10042014

puisi untuk lily ronita tahir


SIAPA LILY RONITA TAHIR..

dia sahabat semasa menuntut di smvag 26 tahun lalu..
lily mengidap kanser servik tahap 4..
 Ujian yang allah kirimkan
Bukan melemahkan iman
Hanya sedikit dugaan
Untuk mereka yang bergelar insan

Terima keadaan
Jangan putus harapan
Pada setiap kejadian
Allah sembunyikan kenikmatan

Sabar dengan ketentuan
Redha dengan ketetapan
Teruslah melangkah kehadapan
Kami menyokong perjuangan. .

Sabarlah teman
Masing masing punyai bahagian
Redhalah teman
Kamu insan pilihan..
Semoga diberikan
Kesihatan berpanjangan..

Aamiin
Aamiin
Aamiin