🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 SYURGA SEORANG ISTERI
dugaan paling besar adalah bersabar.. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja. Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya! Jadi seorang isteri, perbanyakkanlah minta maaf daripada suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya kepada sesiapa.. Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan daripadanya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarka n kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita. Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluark an potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya! Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta daripd Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumah-tangga kita. MasyaAllah indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin kah kita untuk mendapatkannya? Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah... Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami dan diberi kesabaran ya Allah. Aamiin. Aamiin YRA
Friday, 9 December 2016
Maafkan aku.. Isterimu
Monday, 5 December 2016
Ulangtahun perkahwinan ke 20
20 anniversary
Alhamdulillah
20 tahun sudah..
Takkan indah Kalau tak tergigit lidah, Kadangkala terpaksa ditelan mentah mentah..
Walaupun tak suka terpaksa dimamah..
Adakala dipaksa untuk muntah,
Bila badai melanda dengan megah... Datang menerjah!
Sehingga berkeluh kesah..
Apa yang datang harus dipangkah! Kena tabah!
Jangan mengalah!
Biarpun susah!
Biarpun payah!
Biarpun kudrat semakin lemah Perlahan.......
melangkah...
Melangkah...
dan melangkah...
Selagi belum dihimpit tanah..
Kerana nikmatnya rahsia Allah..
Semoga dikurniakan mawaddah
Semuaga berterusan istiqamah
Semoga beroleh Rahmah
Semoga jodoh sampai Jannah..
Monday, 28 November 2016
Kuih penganan talam
.😊 LAPIS BAWAH A
2 cawan tepung beras ( chap teratai )
B
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
C
2 cawan air campur dgn sebesar ibu jari kapur
Cara: Masak B hingga didih n gula cair. Sejukkan. Bancuh A, B n C. Gaul rata. Masak atas api perlahan. Kacau jgn bagi bergentel. Masak hingga 3/4 masak. Tuang atas loyang yg disapu minyak n kukus hingga masak. Garu permukaan dgn garpu.
LAPIS ATAS 1 cawan tepung beras
4 cawan santan. Dari 1 biji kelapa
1 sudu besar tepung kacang hijau.
1 sudu kecil garam n secubit gula Cara..bancuh semua n tapis. Masak atas api perlahan hingga naik wap. Tuang atas lapis bawah itu n kukus hingga masak.
Monday, 21 November 2016
Seperti anda di mekah
Saturday, 19 November 2016
Choc chip cookies
BAHAN A 1cwn butter
1cwn gula perang
1cwn minyak masak
1/2 cwn gula halus
1sdb susu cair/susu segar (sy guna susu full cream 2sdb)
1 biji telur 1sdk esen vanilla
Secubit garam
BAHAN B
4cwn tepung gandum
1sdk cream of tartar
1sdk baking powder
1sdk berkarbonat soda
2cwn choc chip (sy guna 1cwn choc chip+1cwn choc rice)
1cwn kekacang xkira jenis apa pun Cara
Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama.. Dlm 1minit je.. Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja.. Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang.. Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit Sumber resepi : Shahila Hanim
Sambal bugis normi lapawi
Tuesday, 11 October 2016
Tosai
Tosai
Resepi tosai..
Bahan2..
*kacang ulundu
*halba(sdikit)
*nasi sejuk
*tepung beras
*garam
*yis mauripan
cara2..
1. rendam kcang ulundu n halba.. (sy rndam pgi,,ptang sy dh bancuh n msak)
2. Dh kmbang kcang yg dirndam to,, blend plk ngn nasi sejuk..(bagi btul2 hncur)
3. sdh blend,,cmpurkn ngn tpung beras n yis mauripan n gram..(yis xprlu bncuh ok..sy just guna spruh je)tgu bg adunan to naik buih2 skit.. 4. siap utk dilenggang ats kuali..(adunan to mcm kita nk buat kuih ktayap to.. thu kn..) # klo nak msam tosai to biar la adunan to lma skit.. tp sy xsuka msam2.. 😊
