Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday 5 September 2013

tahniah buk guru

Assalamualaikum..

Iza kenal dia tak lama.. hampir lima tahun.. seorang yang ceria dalam masa yang sama dia punyai sifat yang tegas..
 dia seorang guru yang mengajar salah satu subjek sains.. masih bujang.. orang yang happy go lucky.. 

di waktu kami kesusahan kerap meminta bantuan darinya.. kereta ..semua pun dengan murah hati dia pinjamkan..

pernah satu hari datang sepasang ibubapa ... di diherdik .. ditanya pelbagai soalan tapi cuma diberikan peluang untuk menjawab "ia " atau "tidak" persis dimahkamah ketika itu.. bukan ibu bapa tu saja malah ada lagi kroninya yang merakam percakapan melalui telefon bimbit..

iza dan suami ada ditempat kejadian bersama 2 orang waden baru. meja dihentak.. berulangkali oleh si suami.. yang isterinya terlampau angkuh.. dalam keadaan yang agak tegang iza sempat mesej tuan pengetua minta datang ke tempat kami..

bila tuan pengetua sampai... pasangan ini kelam kabut nak balik. tuan pengetua sempat memerhati pasangan suami isteri berkenaan.. nasib baik tuan pengetua kenal akan bapa sebenar kepada pelajar berkenaan .. rupanya pasangan berkenaan hanya menyamar.. mereka juga guru dan bekas pelajar sekolah ini juga... allah.. dunia akhir zaman ibu bapa lebih mendengar kata kata anak mereka dan menyerang tanpa usul periksa.. 

ada satu malam waktu tu ada perkemahan pengakap.. malam tu 3 budak hilang .. dalam hujan lebat dari maghrib hingga ke petang esoknya.. dari jam 12 kami mencari (waktu tu suami berada di melaka)  puas kami dan guru pengakap mencari mereka mereka inibila dibuat spotcheck didapat ada 3 lagi budak lelaki hilang. dalam hujan lebat kami berdua memasuki asrama lelaki bersama jaga dan mengejutkan dua budak lelaki.. dalam hujan lebat kira jam 3 pagi kami mengeledah kawasan kedai baru mencari budak budak berkenaan.. sehingga ke kawasan flat yg terkebelakang sehingga ke subuh semua tak dapat melelapkan mata.. ni anak orang yang diberi tanggungjawab untuk dijaga.. tapi mana mereka mereka yang dipertanggungjawabkan? 

dan seawal pagi semuanya terjawab..

itu sebahagian kecil peranan yang dimainkan .. yang lain tu buka la mata .. tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hari kemudian...
pada saya.. dia seorang yang tabah .. walaupun yang terbaru pelajar dari cerita pertama ingin menendangnya.. tu lah jika terlalu dimanjakan.... 

tahniah buk guru atas anugerah khidmat cemerlang yang diterima dan di doakan semoga mendapat jodoh dengan segera.. 

juga tahniah buat cg sobrye paimin . cg atikah nulakmad.. 
cg albiah  amut dan ustazah norhana awang


No comments:

Post a Comment