Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday 5 September 2013

terkunci

Assalamualaikum..
kecik kecik suka nyanyi lagu ni...
rumah terbakar panggil bomba
bomba datang berlumba..

tapi kebanyakan dari kita punyai persepsi bila ada bomba pasti ada kebakaran.. persepsi yang harus diubah sepeti mana jabatan bomba telah menukar tegline mereka kepada bomba dan penyelamat.. 

terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat daerah telok kemang yang telah menyelamatkan anak anak dan ustazahnya sekali yang terperangkap akibat kunci yang tertinggal di dalam kelas dan semua grill telah berkunci kerana sessi persekolahan telah tamat.. lebih sejam juga la.. 

pada mula cuma 3 orang anggota bomba yang datang dengan kenderaan seperti 4x4.
pintu utama ini juga telah terkunci 


mereka mencuba dari bahagian belakang malangnya di bahagian ini semua tingkat berjeriji..


antara yang terperangkap.. anak saya dan ustazahnya..


kereta bomba yang lebih besar sampai memberikan bantuan


alhamdulillah .. anak dah selamat..

jutaan terima kasih diucapkan kepada pasukan bomba dan penyelamat telok kemang.. pasukan ini agak special dimana mereka mempunyai kelebihan menyelamat diair yang memerlukan mereka mengikuti kursus khas.. terima kasih..









No comments:

Post a Comment