Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday, 30 July 2013

berhati hati servis kereta..

assalamualaikum

tak lama lagi nak raya .. kepada mereka yang pulang beraya di kampung tentunya seronok. tahun ni dah start beraya di samping keluarga sebab dah balik ke bumi malaya semula.. yeehaaa

sabtu lepas ada kelapangan  jadi iza pun mengambil kesempatan untuk pulang ke melaka di samping menziarah ahli keluarga. jam 8 pagi dah bergerak ke melaka dari port dickson. perjalanan biasanya mengambil masa 2 jam ikut jalan tepi pantai. sempat juga singgah di bidara palma untuk lihat lihat rumah yang dijangkakan siap september ini.

di bahagian belakang ada amir seorang sambil menonton cerita ajiboi dari dvd di bahagian atas kereta.

sampai di wakil pusat servis eon air keroh  kami dilayan agak mesra oleh seorang bernama en Azli. kami memberitahu yang kami nak buat servis untuk 10 000 km. iza ada juga komplen pasal cable usb yang tidak boleh digunakan di bahagian hadapan dan belakang.  agak ramai orang juga ketika itu.. lebih kurang 11/2 jam kereta siap diservis.

en azli menyuruh iza test alat yang dipasang untuk kegunaan usb cable. ok berfungsi .. sewaktu ingin memulakan perjalanan untuk pulang tiba tiba jari iza tertekan punat radio.. owh... dah tak berfungsi.. begitu juga alat dvd.. haiyaaa...

iza memberitahu en azli semula.. kereta kemudian dimasukkan ke ruangan servis semula.. kira kira 30 minit en azli datang dan memberitahu yang radio dan dvd rosak.. masa tu rasa macam dah fade-up.. makenik tu semua budak budak lagi. mungkin pandai tukar minyak hitam saja.. kami disuruh menunggu lagi..

tunggu dan tunggu....

hampir 2 jam ... sepatutnya kami cadang nak shopping baju raya lepas servis.. hampehhh....kemudian en azli datang lagi dan kemudian dia mengsyorkan kami menghantar kereta ke pusat servis eon senawang..dan booking dibuat pada hari selasa atas nama suami saya sedangkan en azli sepatutnya bertanggungjawab dengan keuaian pusat servisnya..  suami saya dah mula berkeras.. en azli mencadangkan agar kereta kami ditinggalkan di sana dan dia meminjamkan kereta proton saga untuk kegunaan kami sementara.

dengan perasaan benggang kami meninggalkan wakil pusat servis yang gah dengan signboardnya di tepi lebuhraya melaka.. 

akhirnya kami pulang ke kampung .. sampai dikampung iza keluar semula ke pusat servis peringgit. malangnya pusat servis dah ditutup sebab hari sabtu mereka kerja setengah hari sahaja.. mau takmau kami bertukar kereta dengan adik iza utk pulang ke port dickson memandangkan 3 lagi anak ada di sana kerena mereka bersekolah menggantikan cuti jerebu baru baru ini..

hari ahad tak boleh nak buat apa apa..

tunggu hari isnin. adik menghantar kereta kami ke pusat servis eon di malim pula.. sekejap aje dah siap dan kami dikenakan caj sebanyak rm 4.75 sahaja... aduiii jika dibandingkan dengan pusat servis panorama dimana kami membuang masa .. tenaga dan wang ringgit dan caj yg melebihi rm 400.. rasa tak patut sangat..


bagi syarikat panorama .. iza nasihatkan jika ingin menjaga reputasi syarikat anda ambilah mereka yang otai otai dalam bidang ni bukan budak budak yang masih mentah.. dan untuk en azli belajar lah dari kesilapan...




mari buat mangolasi sendiri

Mari belajar buat mangolasi sendiri.



-. Sunquick perasa mangga


- Air cream soda


- . Susu cair


- . Susu pekat


Campur semua dan tambah ais


* jika buat dalam kuantiti yg banyak tambahkan air gula.

Thursday, 25 July 2013

DUGAAN RAMADHAN 1433 H

ASSALAMUALAIKUM

Tahun ni dah menetap semula di tanah semenanjung permata nilam setelah berkelana di bumi borneo melebihi 17 tahun.. teringat bahasa sabahan untuk iftor iantu "sungkai". bagi anak anak ni merupakan tahun pertama mereka berpuasa sebulan di semenanjung. 

hari pertama berpuasa kerap ditanya " ummi bila sungkai ni?"
"ummi ... lama lagi ke?"
itulah ragam anak anak.. 

minggu pertama fasa berpuasa rajin masak untuk iftor. apa saja juadah  yang diminta oleh anak anak kami buat bersama. Alhamdulillah anak anak rajin membantu..

masuk minggu ke 2.. (8 ramadhan 1433 h) dugaan datang menjelma..

pepagi hari hari suami mengadu sakit di bahagian dada.. tapi dia masih pergi bekerja.. jam 3 petang dia minta diambil dan dibawa ke hospital.. setelah membuat pemeriksaan ECG didapati jantung semuanya berfungsi dengan baik.. doktor mencadangkan agar pemeriksaan darah dibuat.. anak anak semua ditinggalkan dirumah sementara yang masih bersekolah masih belum pulang.

sambil menunggu keputusan pemeriksaan darah iza tinggalkan suami untuk ambil anak di kelas kafa. pulang sebentar dan menyediakan juadah iftar. 30 minit kemudian ambil anak bongsu pula dari sekolah sessi petang. agak kelam kabut .. pecut semula ke hospital untuk menemankan suami. jam 6.30 keputusan ujian darah diterima... maka en suami pun ditahan di hospital daerah port dickson. bermulalah rutin mengurus anak dan melawat suami di hospital..

2 hari kemuadian suami dibenarkan pulang. hari tu hari jumaat ... sebelum suami sakit dia ada berjanji untuk berbuka puasa bersama keluarga sebelahnya di melaka. macam macam makanan yang dimasak oleh kakak ipar.. anak anak pun makan dengan berselera..

lepas mengerjakan solat maghrib  aqiff anak ke 3 memberitahu dia digigit nyamuk yang agak besar di bahagian bahu..iza tengok ada benjolan sebesar bola tennis.. dan ada sebiji lagi di tapak kaki.. kalau ikut rasional.. tapak kaki yang tebal mampukan digigit oleh nyamuk?? kami menunaikan solat terawik sementara aqiff ditinggalkan dirumah mak longnya. 

selepas menunaikan solat terawih kami terus pulang dan keadaan aqiff semakin parah apabila dia mula mengadu sakit dan gatal diseluruh badan.. suami mencadangkan agar kamike unit kecemasan dan trauma hospital besar melaka.disana aqiff diberikan rawaan segera kerana mukanya semakin membengkak. rupanya aqiff alergik .. ingat balik apa yang aqiff makan.. tadi dia cuma makan nasi bersamakari ayam dan sambal sotong.. baru pula teringat aqiff dan amir tak boleh makan makanan bercampur antara darat dan laut... doktor menasihatkan aqiff ditahan di wad memandangkan dia perlu pengawasan bagi memastikan bengkak dileher tidak menyempitkan saluran penafasan.. jam 3 pagi baru semua urusan kemasukan ke wad selesai.. 2 hari aqiff ditahan di wad..
Alhamdulillah sekarang semua dah memulakan sesi persekolahan seperti biasa..






jodoh itu ketentuan tuhan

assalamualaikum

dalam hidup pasangan merupakan pelengkap kehidupan. ada yang nasibnya baik akan bertemu dengan orang yang baik dan soleh . semua orang mahukan yang terbaik dalam kehidupan tetapi jangan terlepas pandang ada insan di dunia yang luarannya nampak ceria tapi batin tersiksa. dan ada yang lebih malang .. hingga hujung nyawa tidak bertemu dengan jodohnya.. itu semua ketentuan dari NYA. 

bersyukur bilamana kita dijodohkan dengan insan yang berhati mulia.. saling menerima kekurangan antara mereka. malahan kekurangan itu saling dilengkapkan bersama. untuk mencari manusia yang sempurna memang takkan jumpa. terimalah seadanya disamping berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada dari masa ke semasa. 

hehehe.. iza cakap macam best aje.. 

syukurlah Allah telah temukan iza dengan pemilik tulang rusuk yang .....
syukur sangat sangat
ALHAMDULILLAH

kepada yang masih mencari cinta manusia.. selalulah meminta kepadaNYA 
minta yang baik baik ... IN SHAA ALLAH yang datang juga pasti baik..

dan untuk yang pernah kecewa... banyak banyak berdoa kerana ALLAH  tak pernah zalim terhadap hambanya.. Dan sesungguhnya nikmat kurniaanNYA melebihi kemurkaannya..

# perempuan yang baik untuk lelaki yang baik 
begitulah  sebaliknya

moga jodoh kita bersama orang yang dicintai sampai SYURGA..

AAMINNN YA RABBAL ALAMIIN

Friday, 12 July 2013

kuih cara manis

assalamualaikum


salam ramadhan .. 

pertamanya nak minta maaf kat sesiapa sahaja yang pernah disakiti samada kata kata atau perbuatan . dengan sengaja atau tidak. bulan ramadhan ni Allah lipat gandakan segala pahala perbuatan kita. jangan lepaskan peluang. sekecil mana pun amalan kebaikan yang kita lakukan disisiNya ianya tetap dinilai.

hari keempat berpuasa.. 

nak share resepi kuih cara manis


bahan bahan

tepung gandum

telur

santan

garam dan gula


campur semua dan blender



ni yang dah siap

guna bekas bahulu pun jadik






Monday, 17 June 2013

info berguna pasal kesihatan

Maklumat ini saya salin dari sebuah blog dan penulisnya ada dinyatakan di bawah. Saya tertarik untuk berkongsi kerana banyak maklumat yang menarik untuk diketahui kepada yang belum mengetahui. Semoga memberi manfaat - Ahzan Bakrin


Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.