Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday 11 October 2016

Acar limau

#Resepi ACAR LIMAU Sumber:- http://newresepimalaysia.blogspot.com Bahan A
(Bahan tumis)
1 cawan minyak masak
1 ulas bawang putih +
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
1/2 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

Bahan B
(Rempah tumis,
Campur semua sekali)
1 camca besar rempah Ikan
1/2 camca besar serbuk cili
1/2 sudu teh 'halba sahaja'/ bukan halba campor (goreng kering dan ditumbuk)

Bahan C
3/4 cawan cuka makan
200 g gula putih
Garam

Bahan D
(Buah-buahan)
1/2 Kilo Buah Kurma
7 biji Limau Jeruk (belah 10)
1 cawan kismis
1 cawan Cili Padi (lebih banyak lebih pedas .. lebih sedap)
20 ulas Bawang Putih (ulas yg besar dibelah 2)
15 ulas Bawang Merah (ulas yg besar dibelah 2)
halia (sebesar 1/2 tapak tangan, dipotong memanjang)
Buah belimbing kering (Tak dimasukkan sebab tak ada stok) Buah pala (Tak dimasukkan sebab tak ada stok)

* Panas kan air sampai mendidih dan celurkan (SEKEJAP sahaja <> 30 saat) cili, bawang putih, dan bawang merah' Bahan E (Untuk tabur)
1 sudu besar bijan (goreng kering)
1 sudu besar biji sawi (goreng kering)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..) 5. Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut) * (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

No comments:

Post a Comment