Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday 11 October 2016

Tepung bungkus

Tepung bungkus 😊😊😊 ini resepi nya...

KUIH TEPUNG BUNGKUS
Bahan A
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sedikit garam Daun pisang secukupnya

(Bahan B)
Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
1 helai daun pandan

Bahan C (saya tambah)
1 cawan tepung pulut
sedikit air

Cara: 1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh bahan C hingga boleh bentukkan adunan tepung tersebut dan balut inti (nipis sahaja).
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan kredit to: blog fiza's cooking Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment