Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, 2 July 2011

Ayam serai

Ayam serai dari myresipi..sedap mcm rendang lak.

Bahan kisar:
1 biji bwg besar, 3biji bwg merah, 2 biji bwg putih, 2btg serai, 3 sudu cili.
Bhn lain:
dada ayam , 1 sd sos tiram, 1btg serai diketuk, garam dan gula.

caranya:
-ayam digaram+ kunyit dan goreng..ketepikan.
-tumis bahan kisar sampai pecah minyak, masuk serai,
-Masukkan pula ayam + air skit
-Masukkan air asam jawa..last masukkan sos tiram,garam dan gula.

Kek cokelat

kek coklat tanpa telur. Senang nak wat..moist je.

Bahan-bahan 

1 cwn tepung gandum *
3 sudu besar serbuk koko *
1 sudu kecil baking powder *
1 susu kecil baking soda *
1 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/3 cwn minyak sayur / minyak masak
1 sudu besar cuka
1 cwn air sejuk
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

Ayak bahan2 yg bertanda *.
Dlm mixing bowl, masukkan bahan yg telah diayak tadi. Kemudian masukkan gula dan garam. Gaul sebati.
Sesudah sebati, masukkan semua kandungan cecair (minyak, cuka, esen vanilla dan air)
Kacau adunan hingga semuanya sebati
Masukkan dlm loyang yg telah siap di gris ( boleh juga dibakar dlm acuan kek cawan )
Bakar dlm oven pada suhu 180 darjah selama 30 minit * untuk kek cawan saya bakar pada suhu 155 darjah selama 15 minit sahaja
Bila dah masak boleh dihias mengikut citarasa masing2, buttercream ataupun fresh cream.

Apam gula hangus

apam gula hangus... Senang wat..bhn pun sikit. 
Bahan-bahan..
1 cawan gula - jadikan gula hangus dgn 1 cawan air 
1 cawan majerin @ mentega 
11/2 cawan gula
3 biji telur 
3 cawan tepung gandum 
2/3 cawan susu cair @ bancuhan susu tepung 
1 sudu makan soda bicarbonate.

Cara-cara

1.masukkan secawan gula dlm kuali, goreng (tanpa minyak ya..)hingga kesemua gula cair & jadi coklat keperangan.pastu masukkan secawan air. didihkan lagi hingga agak pekat. bila dh jadi,tutup api.semasa masih panas,masukkn majerin kacau hingga majerin cair & ketepikan.
2.blend gula bersama telur sampai gula hancur n telur berbuih.(gune blender cili je).
3.masukkan sodabicarbonate n blend 5 saat. 4.masukkan gula hangus bercampur majerin tadi n blend 3 saat je.
5.tuang adunan yg diblend tadi kedalam mangkuk,campurkan tepung,gaul rata.akhir skali masukkn susu.kacau sebati dengan pengacau telur manual.
6.panas kan air dalam pengukus.sementara tu sapu majerin dalam acuan.masukkan adunan hingga 1/3 acuan je.(ia sangat mengembang) bila air kukusan mendidih kukuslah apam selama 15 minit. 
7.sedap gak dimakan bersama kelapa parut bercampur garam..

Kekvanilla custard

koktail kastard..ni slalu wat. Somi dgn anak2 mmg suka. Laju je suapnya..

Bhn2nya:
-1 tin buah2an koktail
-1 tin nata de coco
-1 tin kcil nanas kiub
-ceri merah belah 2
- agar2 merah

utk kuah kastard
- 1 tin susu cair ideal
- 2 sb tepung kastard (larutkan dlm air skit)
- 6 sb gula (bole kurangkan manis klu xsuka)
-2 sk esen vanila

Cara2nya:
-susu cair dimasak atas api sederhana. Msukkan gula,larutan tepung kastardtd dan esen vanila.
-kcau hingga pekat. Jgn berhenti sbb tkut kastard bergentel.
-Bl campuran susu dan kastard bertukar kekuningan dan pekat..tutup api. ketepikan dan sejukkan.
-satukan campuran buah2an..koktail,nenas,agar2, ceri dan nata..dlm mangkuk besar.
-kemudian msukkan 3-4 sudu kuah kastard yg dimasak td dlm campuran koktail. *ikut suka nk pekat atau cair. gaul sebati.
Nk ag sedap tabur kacang tumbuk yg dimesin kasar.

Kek chiffon pandan

Kek Chiffon Pandan.. 

*150gm tepung gandum
*150gm gula kastor
*5bji telur gred A
*ovallete 1sudu besar
*air daun pandan 80ml
*minyak/mentega cair 80ml
*pes pandan 1sudu teh
*serbuk penaik 1sudu teh
*sedikit pewarna hijau



***caranya
-satukan gula, ovallete, tepung, serbuk penaik dan telur dlm mgkuk adunan, pukul hingga pekat dan gebu selama 5minit dgn kelajuan tinggi.
-perlahankan kelajuan, masuk air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau. pukul lgi dgn kelajuan tinggi hingga kek benar2 ringan.
-last sekali, tuang minyak/mentega dan gaul dgn senduk smpai kek benar2 sebati.
- gris tin pembakar (bawah sahaja) dan lapik kertas serap minyak. bakar pd suhu 150-180c selama 45min @ hingga masak.
-bila dah masak, keluarkan dri oven dan telangkupkan atas redai selama 5minit bgi mengelakkan kek kite kempis. lepas tu telangkup asal blik dan leh la dimakan..

Orange cheesecake

ORANGE CHEESECAKE.

Bhn2nya:

80g creamcheese 
80g non-salt butter 
70g gula halus 
2bj telur(L) (diasingkan putih dan kuning) 
1 tin orange 
50g gula 
110g tepung gandum 
20g tepung jagung 
1/2 sudu teh baking powder 
1sudu teh esen perisa oren

Cara-cara

1.tepung gandum,tepung jagung dan baking powder diayak sekali.Ketepikan.
2.dlm bekas yg sama,creamcheese,gula halus dan butter diratakn dgn tangan. Setelah adunan rata, gunakan handmixer dan pukul sampai adunan menjadi agak keputihan dan lembut.
3.masukkan kuning telur dan esen oren.
4.dlm bekas yg lain, pukul putih telur sampai berbuih. Masukkan separuh dr jumlah gula dan pukul lagi dlm beberapa minit. Setelah itu masukkan baki gula dan pukul lagi sampai telur benar2 kembang.a-cara di sin
i 5.masukkan separuh putih telur yg telah kembang dan separuh bhn yg diayak ke dlm adunan. Kacau rata.
6.setelah itu masukkan baki putih telur dan bhn diayak dan kacau lagi sampai rata.
7.setelah adunan rata dan lembut, masukkan separuh adunan kedlm bekas bakar yg telah diletakkan kertas minyak. Susun buah oren diatas adunan.
8.masukkan baki adunan ke atas bekas yg telah disusun buah oren td. Setelah itu, susun lagi baki buah oren diatas adunan. (jadi ada dua lapis buah oren)
9.bakar pd suhu 180C selama 20min dlm oven yg telah dipanaskn terlebih dahulu. Kemudian bakar lagi pd suhu 160C selama 30 minit. 
10.boleh la kelurkan kek yg telah siap dibakar setelah kek sejuk.

Ayam masak palembang

ayam masak palembang. Resipi dr myresipi..sedap,lauk wajib kenduri kendara org jawa

Bahan-bahan ( 1 family )

4 senduk nasi bawang besar (kisar) 
2 senduk nasi bawang putih (kisar) 
2 senduk nasi cili kering (kisar) 
1 inci halia (kisar) 
1/2 kilo santan 
5 batang serai (dititik) 
6 tangkai daun kari 
kicap (kalo boleh kicap manis) 
1 ekor ayam 

Cara-cara

1.perap ayam dengan halia yang dikisar dan bawang bawang putih 
2.tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili. biarkan garing dan naik bau 3.masukkan ayam yang telah diperap dan biarkan sekejap.
4.masukkan santan, kicap, serai dan daun kari (kicap dibubuh sesedap rasa masin dan manis dan berwarna hitam pekat).
5.masak sampai empuk dan angkat