Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, 26 September 2012

kek batik penghabisan stok

LAMA DAH IZA TAK BUAT KEK BATIK.. HARI NI BUKA PETI AIS JUMPA KURMA..KISMIS.. BADAM CINCANG, CHERRY DAN ADA SEKEPING COKELAT MASAKAN..
DAN SEBUNGKUS BISKUT MERRY..


MAKANYA MECANTING LA DI DAPUR.. RESEPI MAIN BLASAH AJE.. YANG PASTI PROSES SAMA MACAM KEK BATIK BIASA... YANG LAIN UP TO MU... HEHEHEHE


Sunday, 23 September 2012

air mata kucing tanpa buah... inovasi la

suka tak minum air mata kucing ... tapi rasa macam susah nak dapat kalau di sabah ni.. atau iza yang tak tahu nak cari kat kedai mana... hahaha kena guna gps la kalau camni...

kadang kadang teringin sangat benda benda yang susah nak dapat ni.. so hari ni iza nak share resepi inovasi untuk dapatkan air berperisa air mata kucing


bahan bahan 
1. uncang teh boh.. iza try teh lain tak berapa nak jadi
2. daun pandan.. banyak .lagi sedap..potong 1 atau 2 inci..
3. gula

rebus teh dan daun pandah hingga mendidih
tapis air rebusan
tambah gula ikut suka





fanta hijau do it yourself



raya lalu my cayang gila gila membeli air minuman bergas .. rasanya ini kali pertama semenjak kawen dengan dia kami sambut hari raya dengan minuman bergas..

malam raya tu memborong sakan 1 pak air coca cola
1 pak air 100 plus 
1 pak air fanta hijau..

nak jadikan cerita.. kat pasaraya giant sandakan malam tu sesak dengan manusia.. beratur lebih 30 minit... hahaha macam kalau tak ada air gas ni macam tak jadi raya pulak..
malam tu semua air murah ada offer la konon tapi air fanta hijau ni mencecah rm 40 satu pak (12 botol) 

apa nak buat sebab dah beratur lama punya pasal ... bayar aje le..
rupa rupanya senang la nak buat air fanta hijau ni..

nah .. share kat sini...

1. oren sunquick
2. air gula (gula pasir pon boleh)
3. esen perisa pisang
4. pewarna hijau sikit..(kalau hang letak banyak .. nanti gigi hang jadi macam gigi incradible hulk)
5. ais le...

cara campur je semua...

Monday, 17 September 2012

17 september

dari pagi tinggal dirumah saja. bila petang dua anak kecil iza minta belikan mangga masak. memang ada tempat yang jual mangga masak hari hari. maka jam 4.30 kami pun keluar dari rumah tuju ke tempat yang dinamakan BDC.

dari BDC kami singgah ngeteh kat kedai mamak ajmeer batu 3. sampai dikedai henpon ku berbunyi dan ada panggilan dari warden aspuri. macam kelam kabut warden tu bercakap " kak ada ibubapa menyerang!!" "kakak dan ust jj pulang la segera" untuk tak menghampakan anak2 kami pekena juga teh tarik dan tosai. Lepas tu terus pulang. Memang iza antara orang yang kerap temankan suami jika ada masalah begini.

Sampai disekolah iza dan suami tuju di tempat ibubapa menunggu. Ada 2 lelaki dan dua perempuan serta beberapa orang kanak kanak sedang menunggu. Beserta anaknya yang baru tingkatan satu.

SI ibu terus bertanya " adakah ustaz melihat anak saya diperlakukan oleh warden ini sambil menunjuk kearah warden pompuan. Jawab ya atau tidak! keras nada suara..rasa macam dalam mahkamah pulak.  sambil itu ku lihat seorang lagi wanita merakam percakapan melalui henponnya. Suami ku kata ya.. dan kemudian keluar lagi soalan " jadi ustaz mengiyakan saja la?"
Jawab ya atau tidak.. pempuan ni langsung tak benarkan suami saya menceritakan perkara sebenar.. si bapa menghentak hentak meja.. hebat sangat orang ni.. aku duduk diam di satu sudut berhampiran.  sambil tangan ku terus menghantar mesej ke tuan pengetua minta datang segera..

suami saya pun bercerita ..sebenarnya anak puan bergaduh sesama sendiri hingga bertarik tarik tudung.. mulanya.. kemudian membawa henpon dan dirampas.. c ibu dan c bapa terus menghentam warden dan siap baca perkeliling berkenaan henpon.. kalau ikut perkeliling memamg la apa pun tak boleh. "atas dasar apa cikgu membuka dan membaca mesej anak saya.???".. (aku tahu sebab sebelum ni c ibu yg merakam percakapan telah menghadapi masalah bila anaknya juga membawa henpon dan dirampas... terkantoi sudah anaknya bila dibaca mesejnya berpapa mama dengan jejaka pujaan hati.






Sunday, 16 September 2012

gulai gerang asam daging tetel rusa

assalamualaikum......


lama dah umi tak post pasal resepi.. 
kalau orang melaka mesti ngetop dengan asam pedas.. 
ada satu lagi yang ngetop... gerang asam.. biasa orang buat dengan daging tetel.. nak tahu apa daging tetel... korang google la sendiri ye..

gerang asam ni biasa dimasak time ada kenduri kahwin.. durang suka letak lemak yg timbul.. hahahaha makin boroi le perut orang mcm umi ni.. tapi ni la antara makanan feveret umi.. teringat lagi orang kampung yang selalu masak time kenduri kahwin adalah kak som jiran sebelah rumah dan sekarang ilmu tu dia dah turunkan kak kak long umi.... makanya korek2 la resepi dari kak long..

1 kg daging payau dan bersihkan

1/2 cawan cili kering yg telah diblend


2 sudu kerisek (kelapa goreng yg ditumbuk sehingga 


berminyak

3 helai daun limau purut


2 cawan air asam jawa


Minyah untuk menumis


sedikit garam, sedikit gula

B
8 biji bawang merah (digoreng tanpa minyak)



5 biji bawang putih (goreng tanpa minyak)



2 biji buah keras(goreng tanpa minyak)



1 sudu kecil jintan manis( goreng tanpa minyak)



1 sudu kecil lada hitam (goreng tanpa minyak)



sedikit halia (goreng tanpa minyak)



sedikit kunyit hidup (goreng tanpa minyak)



serai dan lengkuas (dihiris halus dan digoreng tanpa minyak)



(semua bahan b diblend dengan sedikit air)


Cara Memasak :



1. Panaskan minyak.



2. Masukkan bahan yang diblend. Kacau hingga wangi



3. Masukkan cili blend dan kacau lagi hingga naik minyak



4. Masukkan pula daging payau dan kacau



5. Dah bergaul rempah dengan daging payau, masukkan 





pula air asam jawa.



7. Biarkan hingga payau masak, lepas tu masukkan garam,





 gula, daun limau purut dan kerisek.



8. Biarkan sekejap dan tutup api.








tips :





kalau nak sedap lebihkan serai dan langkuas.. daun 





limau 





kata kak long kalau nak sedap lagi gunakan isi kelapa yang





 dibakar dan kemudian ditumbuk...





lagi berdepottt











Friday, 14 September 2012

puan.. pak guard dan handphone samsung

assalamualaikum..... ada orang tak???

hari ni umi nak cerita apa yang jadi kat umi pagi tadi. cerita pasal

puan.... iaitu umi
pak guard...asan
dan henpon samsung...

seawal pagi umi ke ofis temankan suami. kat sana umi jumpa asan.. senyum2 asan pak guard yang tak ada gigi.. tunggu "pagar" baru barangkali. 
selepas menyapa umi c asan terus cakap
"puan... itu telepon saya kuat makan duit semenjak puan kasi masuk intinit (internet)" baru saya topap sudah habis"

umi pun hairan .. setahu umi umi cuma conectkan wi fi rumah umi aje.. dan masa tu  asan guna henpon samsung corby.. nampaknya asan masih tak puas hati.. diadukan hal ini kat suami berulang kali..

kemudian suami ajak asan naik motor , mereka tuju kedai topap. suami topapkan rm 10 untuk henpon asan . kali ni nampaknya asan tak guna dah henpon samsung corby.. henponnya nampak canggih sekali nampak macam samsung galaxy sIII.. wow hebat juga pak guard ni..bila umi tanya berapa dia beli dia cuma cakap.. saya tambah rm 60 saja dari henpon lama... 

lepas topapkan henpon asan suami terus bawa asan kerumah. waktu ni umi dah pulang rumah.. depan umi suami hidupkan henpon asan.. tet tet tet tet... nah bertubi tubi mesej masuk ke henpon asan.. umi pun capai henpon asan...subhanallah...... patut pun.. agak agak apa ye.... 

jeng jeng jeng.....

rupanya henpon tu download page "gadis melayu".. umi tanya kat asan.. aikk ??   apa juga yang ada dalam tu?? 

beritahu asan .."puan tengoklah sendiri sambil senyum2 macam kucing yang bacin"...

ya allah.. ini rupanya.. suami umi cuba tutup semua aplikasi..termasuk game yg didownload..

sekarang baru umi tahu kenapa pondok pengawal jadi tumpuan.. 



terus teringat lagu dulu yang ada sebut nama asan....heheheh

asan.. budak jaga lembu
hari hari curi jambu
kalau nampak tok penghulu
tentu dia kena palu...


























Thursday, 13 September 2012

kecil pada kita tapi besar pada mereka

13 sept... hahahaha sekarang macam dairi plak blog umi ni.. hari hari update.. kadang kala apa yang kita paparkan bukan untuk mendapat pujian..tapi untuk dijadikan ikhtibar bagi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang zaman..

hari ni ..umi dapat panggilan dari seorang ibu yang anaknya baru saja keluar negara.. ibu ni.. tua sikit dari umi.. dan umi lebih mesra panggil dia kakak . dan sepanjang umi kenal dia.. umi memang tak pernah tanya siapa nama dia.. pada umi.. apa ada pada nama?? yang penting kami mesra..

berbalik pasal panggilan yang umi terima.. c ibu bertanya?
" apa no telefon anak saya disana"?
"kakak risau dari kelmarin kakak cuba buat panggilan tapi tiada jawapan.. 

" apa yang perlu umi jawab?? .. umi cuba cakap..
 "kakak.. di luar negara guna kod yang lain".. "kakak sabar ye... insya allah nanti saya cuba usaha" "apa apa nanti saya maklumkan dengan kakak ye" umi cuba nak sedapkan hati si ibu..

 sebenarnya.. umi dah lama tak berhubung dengan anaknya.. sampai anaknya nak berangkat pun dia langsung tak hantar mesej atau buat panggilan ke telefon umi.. 

anak anak semua ... walau dimana juga kamu berada.. pastikan kedudukan kamu diketahui oleh ibubapa.. kerisauan mereka sukar dijangka.. dan paling sedih jika kamu melebihkan orang yang belum sah menjadi milik kamu berbanding ibubapa sendiri.. 


kisah ke2
umi suruh anak umi amir dan aqiff buang sampah keluar dari kawasan sekolah.. bila pulang mereka terus cakap.. 
" umi.... pakcik ben nak pinjam duit rm10.. nak beli beras. habis sudah beras mereka"
 (mereka??? siapakah mereka mereka yang dimaksudkan?" (dlm hati ku)

kata amir.."pakcik ben suruh pinjam dari umi dan jangan beritahu ayah"

agak pelik sikit... kalau mereka.... maksudnya lebih dari 2... umi tunggu sehingga suami pulang dari airport.. anak anak terus bercerita dengan ayah mereka pasal pakcik ben.. umi nampak suami terus membuat panggilan .. yang kedengaran.. suami cakap " ko tunggu di pondok jaga sekejap lagi kita keluar" 

umi pun diajak sekali keluar dengan pakcik ben dan mereka yang dimaksudkan...rupanya mereka yang dimaksudkan adalah pekerja kontrek yang membuat pembaikan diasrama..berasal dari filipina.  kami minum bersama dan bila pulang umi  nampak suami menghulurkan duit kepada pakcik ben ..kata suami ini untuk beli beras.. tak banyak duit yang dihulurkan tapi mungkin kecil jumlahnya pada umi ..tapi besar maknanya pada mereka.. 

kalau kita nak menderma sebolehnya tangan yang disebelah tak perlu tahu dan tujuan umi tulis diblog ni bukannya apa....sekadar untuk kita berfikir sejenak.....

BILA KITA FIKIR KITA SUSAH....
SEBENARNYA.. ADA ORANG YANG LEBIH SUSAH DARI KITA.. SYUKURI ATAS APA JUGA NIKMAT YANG TELAH ALLAH BERIKAN UNTUK KITA.. PALING TIDAK... SEBUTLAH ..ALHAMDULILLAH..