Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday 13 September 2012

kecil pada kita tapi besar pada mereka

13 sept... hahahaha sekarang macam dairi plak blog umi ni.. hari hari update.. kadang kala apa yang kita paparkan bukan untuk mendapat pujian..tapi untuk dijadikan ikhtibar bagi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang zaman..

hari ni ..umi dapat panggilan dari seorang ibu yang anaknya baru saja keluar negara.. ibu ni.. tua sikit dari umi.. dan umi lebih mesra panggil dia kakak . dan sepanjang umi kenal dia.. umi memang tak pernah tanya siapa nama dia.. pada umi.. apa ada pada nama?? yang penting kami mesra..

berbalik pasal panggilan yang umi terima.. c ibu bertanya?
" apa no telefon anak saya disana"?
"kakak risau dari kelmarin kakak cuba buat panggilan tapi tiada jawapan.. 

" apa yang perlu umi jawab?? .. umi cuba cakap..
 "kakak.. di luar negara guna kod yang lain".. "kakak sabar ye... insya allah nanti saya cuba usaha" "apa apa nanti saya maklumkan dengan kakak ye" umi cuba nak sedapkan hati si ibu..

 sebenarnya.. umi dah lama tak berhubung dengan anaknya.. sampai anaknya nak berangkat pun dia langsung tak hantar mesej atau buat panggilan ke telefon umi.. 

anak anak semua ... walau dimana juga kamu berada.. pastikan kedudukan kamu diketahui oleh ibubapa.. kerisauan mereka sukar dijangka.. dan paling sedih jika kamu melebihkan orang yang belum sah menjadi milik kamu berbanding ibubapa sendiri.. 


kisah ke2
umi suruh anak umi amir dan aqiff buang sampah keluar dari kawasan sekolah.. bila pulang mereka terus cakap.. 
" umi.... pakcik ben nak pinjam duit rm10.. nak beli beras. habis sudah beras mereka"
 (mereka??? siapakah mereka mereka yang dimaksudkan?" (dlm hati ku)

kata amir.."pakcik ben suruh pinjam dari umi dan jangan beritahu ayah"

agak pelik sikit... kalau mereka.... maksudnya lebih dari 2... umi tunggu sehingga suami pulang dari airport.. anak anak terus bercerita dengan ayah mereka pasal pakcik ben.. umi nampak suami terus membuat panggilan .. yang kedengaran.. suami cakap " ko tunggu di pondok jaga sekejap lagi kita keluar" 

umi pun diajak sekali keluar dengan pakcik ben dan mereka yang dimaksudkan...rupanya mereka yang dimaksudkan adalah pekerja kontrek yang membuat pembaikan diasrama..berasal dari filipina.  kami minum bersama dan bila pulang umi  nampak suami menghulurkan duit kepada pakcik ben ..kata suami ini untuk beli beras.. tak banyak duit yang dihulurkan tapi mungkin kecil jumlahnya pada umi ..tapi besar maknanya pada mereka.. 

kalau kita nak menderma sebolehnya tangan yang disebelah tak perlu tahu dan tujuan umi tulis diblog ni bukannya apa....sekadar untuk kita berfikir sejenak.....

BILA KITA FIKIR KITA SUSAH....
SEBENARNYA.. ADA ORANG YANG LEBIH SUSAH DARI KITA.. SYUKURI ATAS APA JUGA NIKMAT YANG TELAH ALLAH BERIKAN UNTUK KITA.. PALING TIDAK... SEBUTLAH ..ALHAMDULILLAH..






















No comments:

Post a Comment