Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, 19 November 2016

Choc chip cookies

BAHAN A 1cwn butter
1cwn gula perang
1cwn minyak masak
1/2 cwn gula halus
1sdb susu cair/susu segar (sy guna susu full cream 2sdb)
1 biji telur 1sdk esen vanilla
Secubit garam

BAHAN B
4cwn tepung gandum
1sdk cream of tartar
1sdk baking powder
1sdk berkarbonat soda
2cwn choc chip (sy guna 1cwn choc chip+1cwn choc rice)
1cwn kekacang xkira jenis apa pun Cara
Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama.. Dlm 1minit je.. Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja.. Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang.. Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit Sumber resepi : Shahila Hanim

Sambal bugis normi lapawi

Sambal bugis RESEPI SAMBAL GORENG BUGIS BAHAN2: Bawang merah, bwg putih, lada merah, lada hijau, cili api, tomato,belacan (ckit je), ikan bilis (resepi asal xde ikan bilis tp saya letak). CARA2 MEMBUAT SAMBAL: Semua bahan2 di atas hendaklah digoreng sekejap..lepas tu tumbuk (jgn blander x sedap) *Tomato tu jgn goreng nanti berair. *Ikan bilis goreng asing dgn bhn2 yg lain.Goreng bg garing ckit tau. Lepas tumbuk panaskan minyak dan masukkn semua bahan2 yang telah ditumbuk termasuk tomato sekali.. (tomato lenyek2 kan sekejap) Masukkan lar sedikit garam dan gula (saya guna gula merah x guna gula pasir) Masak sampai pecah minyak.. ▶Resepi buat kawan2 yang ingin mencuba sendiri resepi sambal goreng bugis..dapat resepi ni leh lar kuar g beli bhn2 dan boleh buat ye..dah siap share lar pic..hehe :-D Selamat Mencuba!!!

Tuesday, 11 October 2016

Tosai

Tosai
Resepi tosai..
Bahan2..
*kacang ulundu
*halba(sdikit)
*nasi sejuk
*tepung beras
*garam
*yis mauripan

cara2..
1. rendam kcang ulundu n halba.. (sy rndam pgi,,ptang sy dh bancuh n msak)
2. Dh kmbang kcang yg dirndam to,, blend plk ngn nasi sejuk..(bagi btul2 hncur)
3. sdh blend,,cmpurkn ngn tpung beras n yis mauripan n gram..(yis xprlu bncuh ok..sy just guna spruh je)tgu bg adunan to naik buih2 skit.. 4. siap utk dilenggang ats kuali..(adunan to mcm kita nk buat kuih ktayap to.. thu kn..) # klo nak msam tosai to biar la adunan to lma skit.. tp sy xsuka msam2.. 😊

Generasi subsidi

generasi subsidi
tak pandai mensyukuri
walau baru dibaikI
tak sampai sehari
di kasi rosak lagi
puas sudah dinasihati
seperti telinganya tuli
matanya seperti buta sama sekali
tak tahu menghargaI

wahai generasi subsidi
letakkan diri ditempat ku sesekali baru kau tahu apa ku alami
baru kau tahu apa ku rasai
ayuh generasi subsidi
keluarlah dari mimpi
mulakan langkah mu hari ini belajarlah menghargai..
belajarlah mensyukuri..
sebelum semua nikmat ditarik illahi

umiliza blogspot.com 17.17 pm 12102012

Acar limau

#Resepi ACAR LIMAU Sumber:- http://newresepimalaysia.blogspot.com Bahan A
(Bahan tumis)
1 cawan minyak masak
1 ulas bawang putih +
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
1/2 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

Bahan B
(Rempah tumis,
Campur semua sekali)
1 camca besar rempah Ikan
1/2 camca besar serbuk cili
1/2 sudu teh 'halba sahaja'/ bukan halba campor (goreng kering dan ditumbuk)

Bahan C
3/4 cawan cuka makan
200 g gula putih
Garam

Bahan D
(Buah-buahan)
1/2 Kilo Buah Kurma
7 biji Limau Jeruk (belah 10)
1 cawan kismis
1 cawan Cili Padi (lebih banyak lebih pedas .. lebih sedap)
20 ulas Bawang Putih (ulas yg besar dibelah 2)
15 ulas Bawang Merah (ulas yg besar dibelah 2)
halia (sebesar 1/2 tapak tangan, dipotong memanjang)
Buah belimbing kering (Tak dimasukkan sebab tak ada stok) Buah pala (Tak dimasukkan sebab tak ada stok)

* Panas kan air sampai mendidih dan celurkan (SEKEJAP sahaja <> 30 saat) cili, bawang putih, dan bawang merah' Bahan E (Untuk tabur)
1 sudu besar bijan (goreng kering)
1 sudu besar biji sawi (goreng kering)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..) 5. Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut) * (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

PEpes ayam

PEpes ayam
Kita Buat Pepes/Otak2
Ayam
Isi ayam ( kisar )
1 sudu teh serbuk ketumbar
3btg cili merah
10bj cili kering
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
3bj buah keras
1 inci halia
1 cm kunyit hidup
2 btg serai
2 bj telur
175ml santan pekat
I kiub ayam
Daun pisang
Garam gula seckupnya
Kisar semua bahan kecuali ayam dan daun pisang
Masak sampai pekat
Rasa manis masin ( sy lebih kan gula ) Bila dah sejuk br campurkan dengan ayam kisar tadi Boleh lah bungkus mcm buat kuih kochi Boleh kukus sekejap lepas tu bakar Selamat mencuba semua ..resepi sy main bantai je ikut tekak sendiri

Tepung bungkus

Tepung bungkus 😊😊😊 ini resepi nya...

KUIH TEPUNG BUNGKUS
Bahan A
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sedikit garam Daun pisang secukupnya

(Bahan B)
Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
1 helai daun pandan

Bahan C (saya tambah)
1 cawan tepung pulut
sedikit air

Cara: 1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh bahan C hingga boleh bentukkan adunan tepung tersebut dan balut inti (nipis sahaja).
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan kredit to: blog fiza's cooking Selamat mencuba