Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday 9 October 2012

histeria....... my experiance 2008

asssalamualaikum .. hari ni iza nak cerita pasal histeria..
biasanya histeria ni terjadi pada budak yang tinggal diasrama.. dulu masa iza tinggal kat asrama pernah juga terjadi histeria.. daripada 40 orang kami penghuni asrama cuma kami 8 orang sahaja yang tak kena.. masa tu kami tengah spm ... bayangkanlah camna kawan2 nak hadapi peperiksaan spm.. iza ingat lagi masa tu pulak musim banjir jadi peperiksaan spm pun ditangguhkan .. itulah tahun terakhir spm tangguh sebab sekarang kalau banjir.. pusat pemindahan awal2 dah disediakan.. 


iza nak cerita pasal histeria kat tempat suami kerja.. sebuah sekolah agama. kalau sebelum ni iza tak terbabit sangat bila berlaku histeria hinggalah apabila kami berpindah ke sandakan.. iza ingat tarikh iza pindah 16.5.2008 .. dua minggu lepas kami pindah mula lah histeria menyerang.. suami iza suka amalkan ayat ayat manzil.. dan antara ayat yang dibacanya.." yaa maasyaral jinni......." masa tu macam pesta.. tak kira lelaki atau perempuan ..mereka diserang.. berhari hari tak kira siang atau malam ... dan kebanyakan mangsa terpekik terlolong macam dah tak ingat dunia... subhanallah..

iza ingat masa tu ada 4 budak beaksi seperti anjing dan menggonggong seperti anjing di empat sudut.. bersahut sahutan antara satu sama lain dengan bunyi seperti anjing.. masyaallah .. apakah sebenarnya?? setelah lebih seminggu akhirnya iza dan suami   (dengan persetujuan pengetua masa tu) kami memanggil seorang kawan yang amat terkenal di kota belud...dalam menghadapi jin dan sekutunya..

maka datang lah kawan mengubat.. membantu mana yang perlu.. macam berkampung kami di surau di belakang rumah iza..budak budak agak ganas ..mereka berlari ditengah malam hingga kepadang.. nak menghadapi semua ni bukan suatu yang mudah..untung allah berikan kami kawan yang dapat membantu..
akhirnya semuanya berakhir setelah hampir 2 minggu.. alhamdulillah......


ni suami iza tengah sembelih jin dengan ayat al quran dari surah ad duhan


pelajar berkumpul membaca yaasin beramai ramai

No comments:

Post a Comment