Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday 9 October 2012

histeria ... my experiance 2012 part 1

assalamualaikum....

setelah 4 tahun histeria kembali lagi... 

sebelum ni ada juga histeria,, tapi semua iza dan suami boleh handle.. kalau setakat yang kecik2 berbekalkan apa yang kami pelajari dan tahu.. semuanya berasaskan al quran..

ada satu malam .. masa tu cuma ada seorang warden pompuan bertugas.. tiba2 datang pelajar datang mengetuk rumah dengan keadaan tercungap cungap.." umi... ada kerasukan.." umi nama panggilan budak2 budak asrama pada iza .. sesuai dengan usia dan sikap iza pada mereka..



tempat pelajar berkumpul.. gambar iza rakam dari tingkat 3 tempat pelajar yang ganas

malam tu encik suami terpaksa menghadiri majlis seorang anak datuk yang diadakan di dewan libaran.. semuanya iza kena hadapi malam ni.. dengan bantuan pelajar2 senior kami berkumpul di dataran aspuri yang kelam kelam dalam suram malam.. ada lebih 10 orang yang iza kena hadapi.. dan seorang yang agak ganas berada di tingkat 3 ,, kalau la budak ni terjun...palis palis.... nauzubillah...

malam tu iza ambil langkah paling mudah ... doa pada Allah diberikan kekuatan dan minta dijauhkan dari segala kemungkinan.. 
satu persatu budak yang kerasukan dipulihkan .. langkah drastik iza cuma sembelih jin2 mereka dari ayat "zukk innaka antal azzizul qareem" alhamdulillah allah permudahkan segalanya.. kecuali budak yang agak ganas.. akhirnya suami iza pun tiba.. rasa lega sikit..

                              pengalaman di tingkat 3

pelajar akhirnya kami asingkan pelajar  dan bawa ke surau.. disana ramai lagi yang kena...keadaan mula reda sekitar jam 12 malam dan kebanyakan pelajar yang kerasukan memberitahu mereka kelaparan . jadi aku dan suami bawalah budak2 ni makan di sebuah restoran.. direstoran kulihat masih ada seorang yang masih tidak stabil.. kami cepat2 habiskan makan dan bergerak menuju pulang keasrama.. 


 inilah budak yang tidak stabil sewaktu direstoran.. cuba tengok dia masih berpakaian sekolah.. kenapa ?? pada siang harinya dia outing dan sehingga malam tak sempat nak mandi lagi.. dan sewaktu iza bawa dia ke restoran ramai mata memandang kerana hujung minggu ditengah malam pelajar ini masih berpekaian sekolah.. dan kawan yang menemaninya masih bertelekung... 

itulah pengalaman.. dalam kehidupan .. apa apapun semuanya dari ALLAH.. DIA MAHA SEGALA....




No comments:

Post a Comment