Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday 10 October 2012

histeria my experiance part 2

assalamualaikum...  kejap je da 10.10. 2012.. macam tak terasa...

hari ni iza nak cerita pasal histeria lagi kali ni kami bertarung 11 hari 11 malam bersama pelajar yang kerasukan.. bermula ada 23 september.. seawal pagi selepas subuh pelajar ada slot ceramah disurau al irfan.. dan jam 7 pagi pelajar tingkatan 3 dan 5 terlibat dengan program teknik menjawab anjuran pihak swasta di ums cawangan sandakan.. hampir maghrib baru pelajar pulang..

selepas maghrib ada terputus bekalan elektrik.. sekejap.. dan waktu terputus bekalan ni terdengarlah teriakan dari surau.. anak kecil iza aqiff dan amir memang suka kalau benda2 ni terjadi.. dia suka mengolok pelajar yang kerasukan.. berlari lari pulang kerumah memberitahu" umi ada histeria" ayah suruh umi g surau,, bila sampai disurau bekalan disambung semula..iza nampak ramai pelajar yang terpekik terlolong.. subhanallah.. ada yang budak biasa dan ada juga mereka yang hafal al quran.. 

iza hampiri yang lemah semangat dan buat macam biasa .. "sembelih  jin mereka" di sudut lain iza nampak ada seorang yang agak agresif.. dan satu sudut lagi seorang yang biasa kena.. iza cuba tenangkan budak yang agak agresif tapi setelah beberapa kali mencuba nampaknya kurang berjaya.. encik suami pun datang makanya budak yang agresif tu iza serahkan kepada en suami.. iza hampiri seorang yang mula mula kena nampaknya pelajar ni agak kelakar.. belum lagi iza sentuh badannya dia dah menjerit macam orang nak beranak.. lepas tu tersenyum senyum.. begitulah berulang kali.. iza telefon mak budak berkenaan memaklumkan .. tak sampai 30 minit mak pelajar berkenaan tiba dan waktu itu keadaan anaknya telah reda.. 

kemudian disambung pula dengan teriakan seorang pelajar tingkatan 5.. dengan suara garau dia memberitahu dia elergik dengan warden.. puas iza pujuk akhirnya setelah lebih setengah jam baru kata putus dicapai.. iza suruh pelajar berkenaan bersalaman dengan warden berkenaan.. disudut lain masih ada pelajar yang kerasukan.. pelajar berbadan kurus yg sering agresif tapi kali ni dia agam pendiam dan hanya memandang suatu sudut... 

iza hampiri pelajar lain yang terjerit2 menunjuk arah tertentu dan memberitahu mamaknya sedang menunggu.. dia mau ikut mamaknya.. berlari pelajar ni membelah pekat malam tapi dapat dikejar oleh pengawal.. akhirnya iza sembelih jin yang dipanggil mamaknya... menangis teresak esak pelajar berkenaan.. 

seperti biasa bila ada kerasukan ibu bapa akan diberitahu dan malam tu sampai seorang bapa berseluar pendek agak marah dengan kami .. dia cakap macam kami tak buat apa apa.. sedangkan .... hurmmmm..... manusia ni semua nak terbaik untuk anak mereka.. akhirnya dengan keadaan masih "pewai" suami mebiarkan c bapa membawa pulang anaknya...

datang lagi ibubapa kepada budak kurus yang agresif.. iza biar kan saja ibunya memujuk anaknya sendiri.. lebih setengah jam baru anaknya sedarkan diri.. encik suami masih lagi dengan pelajar yang berbadan besar tadi.. liat sungguhnya jinnya nak keluar.. bila disebut nama maknya dia menjerit jerit tak mau dengar ..akhirnya mak nya juga sampai .. kami biarkan saja ibu nya sendiri memujuk anaknya setelah berkali kali kami mencuba.. hampir jam 12 baru semuanya selesai pada perkiraan.. 

sedang iza mengatur langkah untuk pulang... datang seorang lagi.. kali ni agak lain sekali.. keadaan mulutnya herot.. kakinya lembek seperti tak bertulang dan bahunya bergoncang goncang seperti orang pakinson... 

apa yang kami lakukan hanya sekadar menolong dan selebihnya dengan izin Allah.. sesungguhnya dia yang maha mengetahui.. 

ikuti kisah selanjutnya pada hari ke 10... 

No comments:

Post a Comment