Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, 7 January 2013

catatan buat mereka yang bakal bergelar guru lebih lebih lagi yang dilantik menjadi warden

assalamualaikum

catatan ini iza tujukan kepada mereka yang bakal bergelar guru terutamanya yang dilantik menjadi warden.. 

25 tahun dulu iza pernah bergelar pelajar yang tinggal diasrama ..pernah juga mengajar walaupun cuma gstt dan sekarang telah menjadi isteri kepada pk hem merangkap ketua warden.

rata rata tiada guru yang sanggup bila dilantik menjadi warden. semua ingin mengelak dengan pelbagai alasan..dan atas faktor itu maka terjadilah masalah kekurangan warden. memang elaun warden tak besar .. rm 8 sehari.. tapi mereka bekerja secara bergilir mengikut jadual yang ditetapkan.

ini pandangan ikhlas merangkap teguran untuk mereka yang dilantik menjadi warden.iza tak berpihak  pada mana mana individu dan memandangkan apa yang bakal iza tulis juga berdasarkan pengalaman menumpang di kediaman rasmi pk hem. tiada individu yang mendesak atau terlibat dengan catatan ini. iza juga tidak prejudis kepada sesiapa sekadar meluarkan apa yang iza rasa.

contoh pertama yang iza ambil 

seorang warden lama yang telah banyak bekorban masa, tenaga dan wang ringgit. orang tempatan... dah tentu tak dapat ealun perumahan wilayah. elaun yang diberikan mengikut tempat masing masing. warden ini tinggal didalam kawasan asrama. bila dalam asrama pastinya pintu selalu diketuk. nak itu lah nak ini la.. sesiapa yang pernah menjadi warden pasti faham bagaimana nak menghadapi semua ini.

contoh kedua yang iza ambil

seorang warden baru yang menumpang bersama warden diatas beberapa bulan dan kemudiannya meninggalkan warden pertama atas alasan ingin tinggal diluar dan datang hanya waktu bertugas.. sebenarnya warden kedua ini dibayar elaun perumahan wilayah dan elaun warden. alasan kononnya tak dapat tidur petang sebab pelajar bising .. semua tu tak masuk akal. warden kedua ni pula waktu bertugas berbagi masa nya contonya .. masuk jam 1 tengahari hingga lewat malam. tapi jam 8 malam dah tak ada. dah la baru tak ada kenderaan kalau berlaku kecemasan.. warden pertama jugalah yang terpaksa bekorban. dan banyak lagi hal hal lain

pesanan iza untuk mereka
1. jangan berkira tulang kulit kita
2. kamu belum lagi disahkan jawatan
3. kamu tu Allah pilih nak bagi pahala lebih
4. kerja warden tu amanah.. dan bila amanah.. akhirat esok kena jawab
5. jangan salahkan ibubapa jika mereka berkata warden makan gaji buta.. cuba audit diri kita..
6. alasan berkahwin untuk mengelak menjadi warden sebenarnya tak relevan. 
7. cuba ikhlaskan hati ..jalankan kewajipan yang diberi.. insya Allah kita akan disenangi.
8. dan warden baru belajarlah sesuatu dari mereka yang berpegalaman . tak tahu lebih baik kita bertanya
9. kalau semua orang tak mahu jadi warden ... bagus berhenti kerja sekali.
10. saya bukan buat kerja kamu.. saya cuma tolong yang termampu tapi janganlah sampai kamu lupa tanggngjawab kamu..

dan saranan saya untuk pentadbir
1. semua warden tinggal didalam kawasan asrama 
2. mereka tidak dibayar epw (penyakit ni)
3. adakan penggiliran ..
4. kena bertegas


apa pun semua orang inginkan yang terbaik begitu juga saya yang punya 2 anak diasrama..



Wednesday, 24 October 2012

cerita jin lagi... part 3.. (my experiance)

assalamualaikum....
hari ni baru free.. walaupun sebenarnya para ibu sibuk didapur menyediakan persiapan untuk hari raya aidil adha jumaat ini.. bagi kami sekeluarga macam biasa... tunggu last minute.. lagi pon mood nak balik kampung kat melaka sudah menerpa... 


sambung balik cerita histeria... baca aje tak seram pun...
setelah berhempas pulas 11 hari 11 malam akhirnya kami terbangkan seorang kawan dari kota belud yang terkenal dalam perubatan islam.. seorang guru muda .. kali ni tiket penerbangan dibuat dari tawau sebab beliau terlibat membawa pelajarnya (oku) menyertai pertandingan hafazan..


Wednesday, 10 October 2012

histeria my experiance part 2

assalamualaikum...  kejap je da 10.10. 2012.. macam tak terasa...

hari ni iza nak cerita pasal histeria lagi kali ni kami bertarung 11 hari 11 malam bersama pelajar yang kerasukan.. bermula ada 23 september.. seawal pagi selepas subuh pelajar ada slot ceramah disurau al irfan.. dan jam 7 pagi pelajar tingkatan 3 dan 5 terlibat dengan program teknik menjawab anjuran pihak swasta di ums cawangan sandakan.. hampir maghrib baru pelajar pulang..

selepas maghrib ada terputus bekalan elektrik.. sekejap.. dan waktu terputus bekalan ni terdengarlah teriakan dari surau.. anak kecil iza aqiff dan amir memang suka kalau benda2 ni terjadi.. dia suka mengolok pelajar yang kerasukan.. berlari lari pulang kerumah memberitahu" umi ada histeria" ayah suruh umi g surau,, bila sampai disurau bekalan disambung semula..iza nampak ramai pelajar yang terpekik terlolong.. subhanallah.. ada yang budak biasa dan ada juga mereka yang hafal al quran.. 

iza hampiri yang lemah semangat dan buat macam biasa .. "sembelih  jin mereka" di sudut lain iza nampak ada seorang yang agak agresif.. dan satu sudut lagi seorang yang biasa kena.. iza cuba tenangkan budak yang agak agresif tapi setelah beberapa kali mencuba nampaknya kurang berjaya.. encik suami pun datang makanya budak yang agresif tu iza serahkan kepada en suami.. iza hampiri seorang yang mula mula kena nampaknya pelajar ni agak kelakar.. belum lagi iza sentuh badannya dia dah menjerit macam orang nak beranak.. lepas tu tersenyum senyum.. begitulah berulang kali.. iza telefon mak budak berkenaan memaklumkan .. tak sampai 30 minit mak pelajar berkenaan tiba dan waktu itu keadaan anaknya telah reda.. 

kemudian disambung pula dengan teriakan seorang pelajar tingkatan 5.. dengan suara garau dia memberitahu dia elergik dengan warden.. puas iza pujuk akhirnya setelah lebih setengah jam baru kata putus dicapai.. iza suruh pelajar berkenaan bersalaman dengan warden berkenaan.. disudut lain masih ada pelajar yang kerasukan.. pelajar berbadan kurus yg sering agresif tapi kali ni dia agam pendiam dan hanya memandang suatu sudut... 

iza hampiri pelajar lain yang terjerit2 menunjuk arah tertentu dan memberitahu mamaknya sedang menunggu.. dia mau ikut mamaknya.. berlari pelajar ni membelah pekat malam tapi dapat dikejar oleh pengawal.. akhirnya iza sembelih jin yang dipanggil mamaknya... menangis teresak esak pelajar berkenaan.. 

seperti biasa bila ada kerasukan ibu bapa akan diberitahu dan malam tu sampai seorang bapa berseluar pendek agak marah dengan kami .. dia cakap macam kami tak buat apa apa.. sedangkan .... hurmmmm..... manusia ni semua nak terbaik untuk anak mereka.. akhirnya dengan keadaan masih "pewai" suami mebiarkan c bapa membawa pulang anaknya...

datang lagi ibubapa kepada budak kurus yang agresif.. iza biar kan saja ibunya memujuk anaknya sendiri.. lebih setengah jam baru anaknya sedarkan diri.. encik suami masih lagi dengan pelajar yang berbadan besar tadi.. liat sungguhnya jinnya nak keluar.. bila disebut nama maknya dia menjerit jerit tak mau dengar ..akhirnya mak nya juga sampai .. kami biarkan saja ibu nya sendiri memujuk anaknya setelah berkali kali kami mencuba.. hampir jam 12 baru semuanya selesai pada perkiraan.. 

sedang iza mengatur langkah untuk pulang... datang seorang lagi.. kali ni agak lain sekali.. keadaan mulutnya herot.. kakinya lembek seperti tak bertulang dan bahunya bergoncang goncang seperti orang pakinson... 

apa yang kami lakukan hanya sekadar menolong dan selebihnya dengan izin Allah.. sesungguhnya dia yang maha mengetahui.. 

ikuti kisah selanjutnya pada hari ke 10... 

Tuesday, 9 October 2012

histeria ... my experiance 2012 part 1

assalamualaikum....

setelah 4 tahun histeria kembali lagi... 

sebelum ni ada juga histeria,, tapi semua iza dan suami boleh handle.. kalau setakat yang kecik2 berbekalkan apa yang kami pelajari dan tahu.. semuanya berasaskan al quran..

ada satu malam .. masa tu cuma ada seorang warden pompuan bertugas.. tiba2 datang pelajar datang mengetuk rumah dengan keadaan tercungap cungap.." umi... ada kerasukan.." umi nama panggilan budak2 budak asrama pada iza .. sesuai dengan usia dan sikap iza pada mereka..



tempat pelajar berkumpul.. gambar iza rakam dari tingkat 3 tempat pelajar yang ganas

malam tu encik suami terpaksa menghadiri majlis seorang anak datuk yang diadakan di dewan libaran.. semuanya iza kena hadapi malam ni.. dengan bantuan pelajar2 senior kami berkumpul di dataran aspuri yang kelam kelam dalam suram malam.. ada lebih 10 orang yang iza kena hadapi.. dan seorang yang agak ganas berada di tingkat 3 ,, kalau la budak ni terjun...palis palis.... nauzubillah...

malam tu iza ambil langkah paling mudah ... doa pada Allah diberikan kekuatan dan minta dijauhkan dari segala kemungkinan.. 
satu persatu budak yang kerasukan dipulihkan .. langkah drastik iza cuma sembelih jin2 mereka dari ayat "zukk innaka antal azzizul qareem" alhamdulillah allah permudahkan segalanya.. kecuali budak yang agak ganas.. akhirnya suami iza pun tiba.. rasa lega sikit..

                              pengalaman di tingkat 3

pelajar akhirnya kami asingkan pelajar  dan bawa ke surau.. disana ramai lagi yang kena...keadaan mula reda sekitar jam 12 malam dan kebanyakan pelajar yang kerasukan memberitahu mereka kelaparan . jadi aku dan suami bawalah budak2 ni makan di sebuah restoran.. direstoran kulihat masih ada seorang yang masih tidak stabil.. kami cepat2 habiskan makan dan bergerak menuju pulang keasrama.. 


 inilah budak yang tidak stabil sewaktu direstoran.. cuba tengok dia masih berpakaian sekolah.. kenapa ?? pada siang harinya dia outing dan sehingga malam tak sempat nak mandi lagi.. dan sewaktu iza bawa dia ke restoran ramai mata memandang kerana hujung minggu ditengah malam pelajar ini masih berpekaian sekolah.. dan kawan yang menemaninya masih bertelekung... 

itulah pengalaman.. dalam kehidupan .. apa apapun semuanya dari ALLAH.. DIA MAHA SEGALA....




histeria....... my experiance 2008

asssalamualaikum .. hari ni iza nak cerita pasal histeria..
biasanya histeria ni terjadi pada budak yang tinggal diasrama.. dulu masa iza tinggal kat asrama pernah juga terjadi histeria.. daripada 40 orang kami penghuni asrama cuma kami 8 orang sahaja yang tak kena.. masa tu kami tengah spm ... bayangkanlah camna kawan2 nak hadapi peperiksaan spm.. iza ingat lagi masa tu pulak musim banjir jadi peperiksaan spm pun ditangguhkan .. itulah tahun terakhir spm tangguh sebab sekarang kalau banjir.. pusat pemindahan awal2 dah disediakan.. 


iza nak cerita pasal histeria kat tempat suami kerja.. sebuah sekolah agama. kalau sebelum ni iza tak terbabit sangat bila berlaku histeria hinggalah apabila kami berpindah ke sandakan.. iza ingat tarikh iza pindah 16.5.2008 .. dua minggu lepas kami pindah mula lah histeria menyerang.. suami iza suka amalkan ayat ayat manzil.. dan antara ayat yang dibacanya.." yaa maasyaral jinni......." masa tu macam pesta.. tak kira lelaki atau perempuan ..mereka diserang.. berhari hari tak kira siang atau malam ... dan kebanyakan mangsa terpekik terlolong macam dah tak ingat dunia... subhanallah..

iza ingat masa tu ada 4 budak beaksi seperti anjing dan menggonggong seperti anjing di empat sudut.. bersahut sahutan antara satu sama lain dengan bunyi seperti anjing.. masyaallah .. apakah sebenarnya?? setelah lebih seminggu akhirnya iza dan suami   (dengan persetujuan pengetua masa tu) kami memanggil seorang kawan yang amat terkenal di kota belud...dalam menghadapi jin dan sekutunya..

maka datang lah kawan mengubat.. membantu mana yang perlu.. macam berkampung kami di surau di belakang rumah iza..budak budak agak ganas ..mereka berlari ditengah malam hingga kepadang.. nak menghadapi semua ni bukan suatu yang mudah..untung allah berikan kami kawan yang dapat membantu..
akhirnya semuanya berakhir setelah hampir 2 minggu.. alhamdulillah......


ni suami iza tengah sembelih jin dengan ayat al quran dari surah ad duhan


pelajar berkumpul membaca yaasin beramai ramai

asam pedas umiliza

suka suka nak bagi nama asam pedas ni ikut nama iza.. kalau korang buat ..nak ikut resepi ni nak bagi nama sendiri pun tak ada masalah..

hari ni rayau keliling rumah ada serai..bunga kantan.. daun kunyit dan terung asam.. semuanya iza tanam sendiri..

hari ni nak share camna iza masak asam pedas cara iza..

1. ayam yang dipotong
2. bawang merah 
3. bawang putih 
4. halia
5. terung asam
6. daun kunyit
7. serai 3 batang
8. lada
sedikit kicap kipas udang
sedikit kunyit 
dan perasa 

caranya
 tumis halia yang ditumbuk bersama bawang hingga naik bau dan garing .
masukkan air dan ayam
masukkan serbuk kunyit dan kicap
masukkan serai yang dititik
masukkan daun kunyit yang disiat siat
masukkan terung asam yang telah di belah belah..
masukkan perasa
masukan bunga kantan dan sayur yang disukai..
tunggu mendidih dan boleh dimakan dengan nasi atau roti..

kalau nak sedap gunakan daun limau perut..





yang oren ni buah terung asam
selamat mencuba..


Monday, 8 October 2012

pmr 2012

hari ni 9.10.2012.. mula peperiksaan pmr.. ntah apa menghentam tetiba tahun ni cik abe minta jadi pengawas peperiksaan.. memang dah lama dia tak jadi pengawas pmr.. dan memang pelik bila iza hantar dia ke smk sandakan untuk buka kotak ramai kawan2 tertanya kenapa dia nak mengawas juga sedangkan sekarang dia dah menjadi pentadbir..

tapi rezeki kali ni agak lain .. c abe bukan je jadi pengawas tapi dipilih untuk jadi ketua pengawas di smk elopura 2 yang jaraknya 3 km dari rumah.. kalau nak ikut claim tak seberapa pun tapi kata c abe experiance tu yang penting.. beberapahari sebelum exam c abe kerap membaca berkenaan pengawasan pmr.. dan malam tadi iza nampak semalaman c abe tak tidur seolah olah dia yang menduduki peperiksaan...

dan untuk spm... c abe telah dipilih untuk menjadi ketua pemeriksa bagi kertas pendidikan syariah islamiah... ini bermakna cuti saya sekeluarga untuk pulang ke kampung terpaksa difikirkan semula..