Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, 20 July 2016

Cara buat tempe

Resepi Tempe Bahan2:
Kacang tempe-soya bulat
Ragi-serbuk ragi@ragi basah@kering Daun pisang@daun ketapang@plastik Getah utk ikat
Cara2:
1. Rendam kacang tempe 3mlm 4hari(sehingga berbau)
2. Slps proses rendaman,basuh kacang tempe hingga air bertukar jernih(semasa proses pembasuhan paatikan kacang tempe diramas2 hingga kacang terbelah n kulit tertanggal)
3. Rebus hingga mendidih-3/4 msk(pastikan masa rebusan tidak terlalu lama@sekejap..lbh krg 20-30minit)
4. Slps proses rebusan,toskan kacang tempe hingga kering.
5. Slps proses pengetosan,pastikan kacang tempe dlm keadaan suam..barulah digaul dgn ragi(1 sd kfc ragi serbuk=1kg kacang)
6. Slps proses penaburan ragi,bungkus kacang tempe.
7. Biarkn selama 3 hari,tempe akan jd dgn sempurna.

Ayam goreng pandan

Ayam goreng pandan Ayam Goreng Pandan Bahan2nya 1kg peha Ayam Segar 3 batang serai – dikisar 1 inch halia – dikisar 1/2 inch lengkuas – dikisar 4 ulas bawang putih – dikisar 1 sudu teh serbuk kunyit Gram & gula pasir/merah secukup rasa Secukup daun pandan untuk dibalut pada ayam Minyak 3 sudu besar digaulkan pada ayam Batang lidih (Tooth Picks) Minyak secukup untuk menggoreng Cara2nya Gaulkan ayam bersama rempah2 yang dikisar, perap ayam nya dalam 1 jam. Balutkan ayam bersama daun pandan dan ketik dengan lidi. Panaskan minyak secukup untuk digoreng. Sajikan dengan nasi panas dan juadah lain. Cicah dengan cili sos.

Nona Manis

Nona manis Bahan A 1 cawan santan pekat 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan santan cair 1/2 cawan air pati pandan 1/4 cawan tepung jagung Secubit garam Sedikit pewarna hijau 1/2 cawan gula( if lepas dah bancuh semua ni stll rasa tawar, sila add gula lagi ya coz sukatan yang sedia ada bagi mama terlalu manis ) less sugar baik untuk kesihatan ..ewahhhhhhhh hihi caranya:( mama buat cara shortcut) satukan kesemua bahan , tapis and transfer ke pan then dengan api sederhana masak sehingga naik wap and pekat. sentiasa kacau yee... isi kan suku penuh dalam acuan yang telah di oles dengan sedikit minyak . ketepikan Bahan B: 1 cawan santan 1 sudu besar tepung gandum 1/2 sudu teh garam caranya: Satukan semua bahan kacau sebati,tapiskan and transfer ke pan masak sehingga naik wap and pekat( bukan berketul ya) api perlahan aje Setelah suam masukkan ke dalam pipping beg. Paipkan adunan putih ditengah2 adunan hijau sehingga penuh acuan. Kukus selama 10 minit. Sejukkan.

Hati dah kering

Mampukah aku bertahan
Masalah semakin membeban
Cuba bertahan
Berbaloikah sebuah pengorbanan?
Tipu muslihat jadi mainan
Ucap janji hanya sandaran
Kesilapan tak jadi pengajaran
Diulang pusing kitaran
Aku... mangsa permainan

Mampukah aku bertahan
Saban hari kusut fikiran
Mencari penyelesaian
Namun belum ku temu jawapan Melangkah dalam kegelapan Mengharapkan sinar kebahagiaan
Jalan buntu menunggu dihadapan Kapan...
Aku mampu bertahan!

Lagu apa yg didendangkan?
Qasidah apa diperdengarkan?
Khutbah apa yang cuba disampaikan?

Sedikit tak memberi kesan...
Aku tetap mangsa permainan..
Pada Mu TUHAN
Dalam setiap lisan
Aku mohon perlindungan
Dijauhi dari kejahatan
Diberikan kesejahteraan
Dikekalkan kesihatan
Diberikan pengajaran Setimpal balasan Atas setiap perbuatan
Puas sudah aku bertahan
Sabar ku ada batasan
Jangan sampai hilang kesabaran
Takut ada yg jadi korban!

Huhu... Umiliza blogspot.com #Hatidahkering#

Serabai

Serabai
iza resepi serabai....
1peket tepung beras cap bunga teratai...........
2 1/2 cawan tepung gandum...
1 peket mauripan......
1 1/2 biji kelapa ambil santan secukupnya....
5 ulas bawang putih dan
3 btg serai....
garam secukup rasa.....
cara-caranya.....
campurkan tepung beras dan tepung gandum.....
masuk kan mauripan,
santan dan garam....
kacau hingga sebati atau di blender..... biarkan sekejap hingga adunan naik sedikit.....
bakar adunan dlm kuali kecil yg tak lekat....
lepas tu tutup kuali biar serabai masak.... sebelum angkat pupuk permukaan serabai dgn santan pekat....
boleh gunakan sebatang serai buat pupuk...
serabai boleh dimakan dgn kuah durian .....

Wednesday, 2 March 2016

AKU INGIN TUA BERSAMA

AKU INGIN TUA BERSAMA

AKU... PEREMPUAN YANG KAU PUJA
HINGGA TIDURMU TAK LENA
AKHIRNYA....
KAU HANTAR ORANG TUA
AGAR KITA DAPAT HIDUP BERSAMA..
KITA DISATU DALAM SUASANA
DIKELILINGI SANAK SAUDARA
BAHAGIA KU RASA
APA YANG DIHAJAT DAN DICITA
TELAH TERLAKSANA
MEMBINA ISTANA
SYUKUR PADA YANG ESA..

BERMULA KEHIDUPAN BERDUA
JAUH DARI KELUARGA
TERCAMPAK JAUH KITA DISEMPORNA
KITA HADAPI SEMUA
KALA SUSAH KITA BERDUKA
KALA SENANG TERTAWA GEMBIRA
SEMUA KITA TEMPUH BERSAMA

AKHIRNYA LAHIRLAH CAHAYAMATA
ANAK PENYERI KELUARGA
SAKIT DIBEDAH TIDAK TERASA
BILA ANAK LAHIR DENGAN SELAMATNYA
ANAK KEMBAR ANUGERAH YANG ESA
MELAHIRKAN TANPA LELAKI DIGELAR BAPA
AWAK DI SEMPORNA
SAYA DI MELAKA
DAN ESOKNYA...
SEORANG DARI MEREKA
TELAH DIJEMPUT PENCIPTA
TANPA MERASA SETITIS SUSU BONDA
PULANG LAH ANAKANDA
SAHAM AKHIRAT UMI DAN AYAHANDA
DAMAI LAH DISANA 
KAMI PUN AKAN KESANA

SELANG BEBERAPA TAHUN LAHIR ANAK KEDUA
KALI INI PEREMPUAN ANAKNYA
KITA BESARKAN DENGAN SEMPURNA
KEJAP AJE ANAK KITA DAH DUA
TANPA DISANGKA 
DAN TANPA DIDUGA
TATKALA INGIN MEREHATKAN MINDA
PEMUTAR SKREW MENCUCUK MATA
YA ALLAH KESIANNYA ANAKANDA
DUNIA KURASA GELAP GELITA
KALAU BOLEH MATA KU INGIN KU DERMA
LUKA PARAH DIBAHAGIAN KORNEA

TERJELEPUK TIDAK TERKATA
YANG MENGALIR CUMA AIR MATA
APALAH NASIB ANAKANDA
NASIHAT DOKTOR AKU TERIMA
KORNEA DIGANTI KANTA SEMENTARA
AKU REDHA DENGAN KETENTUANNYA....

WAKTU MENGANDUNG ANAK KE TIGA
KITA TERPISAH TANPA RELA
AKU TAK BOLEH MELAHIRKAN CARA BIASA
2 BULAN MASA YANG CUKUP LAMA
KAU SENDIRI LIHAT BAGAIMANA
AKU MENGGADAI NYAWA
KANDUNGAN KU MELETOP TIBA TIBA
DARAH MENGALIR HINGGA KEPALA
SEMUANYA DIDEPAN MATA
TUBUH DIBEDAH KALI KE DUA
DEMI MENYELAMATKAN NYAWA ANAKANDA
PLACENTA PREVIA TAKKAN KU LUPA
KERANA HAMPIR MERAGUT NYAWA

KU INGAT BAGAIMANA SIKSA
MENAHAN SAKIT TAK TERKATA
JURURAWAT BERKATA...
HEY.. DAH SAMPAI MASA
PADAHAL KANDUNGAN BELUM CUKUP BULANANNYA
KU TINGGALKAN ANAK KECIL KITA
DENGAN BONDA YANG BARU TIBA SIANGNYA
KE HOSPITAL KITA TUJU BERSAMA
TAPI NASIB TAK MENYEBELAHI KITA
BERJAM MENUNGGU AMBULAN TIADA
KU TAHAN SAKIT DAN DERITA 
HABIS MENTERA DAH KU BACA
HABIS DOA DAH AKU PINTA
AMBULAN MUNCUL JUGA AKHIRNYA
KU LIHAT MUKA PEMANDU TAK BERMAYA
MASAM MENCUKA 
KEPENATAN BEKERJA


KITA BELAH PEKAT MALAM BERSAMA
DIBEDAH KALI KETIGA
DOKTOR BERKATA
KEDAI DAH TAK BOLEH DIBUKA
AKU TAK TAHU NAK KATA APA...
KAU TANDATANGAN SURAT SEGALA

KAU TINGGALKAN AKU SEBATANG KARA 
SAMBIL BERKATA
"NANTI DAH BERSALIN TELEFON YA
KAU PULANG DENGAN DIA
PEMANDU YG KELETIHAN BEKERJA
INI PERJALANANNYA YANG KELIMA
AKU SENYUM SAHAJA
PERCAYA DENGAN DOKTOR DI DEPAN MATA
ALHAMDULILLAH SELESAI SEGALA
MENJELANG PAGI JAM DUA
LAHIR LAH SEORANG PUTERA
BIARPUN BUKAN ANAK RAJA
CUKUPLAH SEKADAR PENGHUNI SYURGA.


BUAT ANAK ANAK UMI,,
MOGA SATU HARI NANTI KALIAN AKAN MENGERTI....