Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday 23 October 2011

alahai anak.. aduhai emak bapa


anak adalah anugerah Allah .. terpulang kepada kita 

untuk mencorakkannya.. ia juga satu amanah dari Allah..

 mempunyai anak adalah pelengkap hidup berumah 

tangga.. pastinya setiap ibu bapa ingin memberikan yang

 terbaik untuk anak- mereka. kadang kala biar ibubapa 

tak makan asalkan anak tidak kelaparan.. ibu bapa 

sanggup melakukan apa saja asalkan anak hidup 

selesa.. anak ditatang bagaikan minyak yang penuh...

 wahai anak tidak kah mengerti bertapa mulia 

pengorbanan ibu bapa... 

sebut pasal makan.
.. 
mari kita kongsikan ayat ini... "halalnya dihisab ..

haramnya diazab" apa yg terkandung disebaliknya.
.
 renung dan renung dan renung dan renung....... .kerana 

pemakanan yg halal dan haram ini mempengaruhi .. 

moral..sahsiah dan perwatakan. apa yg disuap kemulut 

anak anak itu yg jadi darah daging..  kita sendiri tahu 

dari mana datangnya sumber makanan yg kita dapat... 

jika haram itulah yang membentuk hati yang hitam dam 

kusam.. anak2 yang degil akan terhasil. .. SUBHANALLAH

aku...

hidup ku dikelilingi remaja belasan tahun yang melebihi 


500 orang.. pelbagai kerenah!.. suami yg bekerja sebagai 

guru penolong kanan HEM  dan KETUA WARDEN 

.. memang aku cukup masak dengan perangai mereka 

yang ku anggap sebagai anak . apa yang dilakukan

bukan minta perhatian tapi sekadar memenuhi  tuntutan

 kemanusiaan.. tak payah aku sebut satu persatu apa yg 


aku dah lakukan utk mereka.. tidak pernah terlintas untuk

membezakan yang "jambu" ,"balaci" dan "taiko" .. semua

 kuanggap sama.. pada kami itu semua adalah amanah! 

takut bila dipersoalkan kemudian hari tentang amanah yg

 diberi .. MASYAALLAH

rata rata remaja hari ini inginkan kebebasan.. apa 

maksud bebas bagi mereka??? bebas melakukan apa

 saja yang dia mahu tanpa mempedulikan apa yg 

dinamakan undang-undang dan peraturan. bagi mereka 

mereka lah "all king"  bila berjaya melakukan sesuatu yg 

bertentangan dengan undang-undang dan peraturan..

 apa yg aku tulis ni memang apa yg aku sendiri buat ...

 tangkap budak merokok.. bercouple (walaupun seluar 

dalam masih mak bapa yg tanggung)..curi keluar  dan 

macam -macam benda yg buat mereka merasa bangga. 

(walaupun aku bukan guru atau warden mereka).

kalau nak ikut aku boleh tidur lena .. tapi dalam kamus 

hidup aku memang tak ada ayat ni 

"ADA AKU  KESAH???" 

ibu bapa

tolonglah jangan percaya apa yg dikatakan anak-anak 

sepenuhnya.. letakkan sedikit keraguan.. kesangsian.. 

dan pintu rumah aku memang sentiasa terbuka untuk 

berbincang mengenai masalah disiplin anak- anak.. dan

 kediaman rasmi aku bukanlah tempat untuk membuat 

serangan atau tohmahan.. kami lebih senang berbincang 

dan sentiasa mengalukan cadangan-cadangan yang 

membina.. tapi bukan semua ibu bapa yg faham.. 


melempar kata kata yg agak kasar atas benda remeh 

temeh..tahan telinga.. pendam rasa.. sampai kadang kala

 mulut laser mereka buat aku berjurai airmata.. 


anak anak semua

mungkin sekarang kamu leka dengan dunia remaja.. 

padahal dalam masa yg sama kamu harapan ibu bapa.

. bukan wang ringgit yg jadi taruhan ..tapi kejayaan

anak2 amat diharapkan.. mungkin sekarang kamu belum

 tahu erti kehidupan .. semoga  kamu diberi kesedaran 


dan keinsafan.....

YA ALLAH BANTULAH ANAK-ANAK INI


SEMOGA REDHAMU JADI MILIK MEREKA


BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT




 SEKADAR MELUAH APA YANG DIRASA


 JUGA DIKONGSI DENGAN IBU BAPA


 KERUNTUHAN MORAL SEMAKIN KETARA


 JANGAN PERCAYA ANAK ANDA SEPENUHNYA

~~umiliza~~

No comments:

Post a Comment