Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday 23 October 2011

kenangan iza dan abah


nama abah iza..  Ahmad Bin Mahmud .. sama macam nama pelakon zaman P.Ramlee... (hehehehe)

abah,
saat orang punyai bapa .. iza cuma punya masa 8 tahun sahaja dengan abah.. tak banyak kenangan dengan abah.. abah kerja kampung .. buat apa saja asalkan dapat rezeki halal untuk besarkan kami 8 beradik. waktu tu abah hanya mampu miliki sebuah basikal tua. itulah kenderaan rasmi masa tu.. dan kalau nak jalan ramai2 ...abah pinjam beca kawannya.. iza dan ina serta edi pasti punya tempat dilantai.. juntaikan kaki kebawah.. seronok bila kenang zaman kecil bersama abah.. abah suka belanja kami  makan bubur trigu dekat kedai long berahim abang abah yg sulung.. 

satu hari abah dimasukkan kehospital.. masa tu iza  8 tahun ..ina 6 tahun dan edi 3 tahun..lama juga abah di hospital melaka tapi jarang juga dapat melawat abah masa tu,  dan tanggal 14 disember abah dipindahkan he hospital kuala lumpur akibat kanser.. apalah yg budak 8 tahun faham pasal kanser ... 15 disember.. jiran sebelah rumah buat kenduri kahwin.. semua orang seronok tapi tidak untuk keluarga iza.. teringat abah ..teringat kat emak yg tak biasa dengan kuala lumpur..

16 disember.. jam 4.30 petang
waktu tu iza seronok main teng teng dengan kawan kawan dihalaman rumah..tiba tiba di rumah jiran didatangi anggota polis.. seorang kawan berlari kearah iza dan beritahu "iza .. abah kau dah meninggal" .... iza tak percaya sebab anggota polis tu bukan beritahu di rumah iza sendiri.. kakak dipanggil dan anggota polis memberitahu perkara yang sama..akhirnya.. berita itu sahih lagi nyata bila jam 8 malam jenazah abah selamat sampai kerumah.

iza dan semua adik beradik bertukar status.. "anak yatim" 

sehari selepas abah dikebumikan ..iza duduk bawah rumah..iza jumpa joran abah...kegemaran abah waktu lapang ..memancing. iza peluk joran abah tapi apalah maknanya.. kayu yg kaku .. takkan sama dengan pelukan abah pada iza.. 

waktu tu emak berumur 34 tahun ..balu  beranak 8 tapi mak seorang yg gigih ..mak buat macam2 kerja demi membesarkan kami semua.. membesarlah kami tanpa seorang bergelar abah...  mulai saat itu emak lah ibu dan mak lah abah.. walaupun banyak pinangan tapi cinta mak utuh buat abah.. terima kasih ya Alah sebab meminjamkan emak buat kami semua hingga kehari ini.. semoga emak sihat selalu dan sentiasa dibawah lindungannya..

emak selalu cakap kalau nak tengok rupa abah.. tengok iza dan kok long.. memang iza dengan kak long berbeza dari adik beradik yg lain..biarlah berbeza tapi tetap dari darah daging yang sama
mak cakap mata iza dan kulit iza ikut abah... patutpun iza gelap.. terlebih pigmen melanin abah rupanya... ahh biarlah semua tu kejadian Allah .

iza membesar tanpa kasih seorang abah  tapi iza juga tak punya banyak dosa dengan abah sebab Allah lebih sayang abah dari kami semua dan masa dengan abah sedetik cuma.. 


sempena hari bapa.. al fatihah untuk arwah abah dan semoga tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. budi abah tetap iza kenang..terima kasih abah..

hargai apa yang kita miliki dan tunjukkan kasih sayang kita semasa mereka masih hidup..

No comments:

Post a Comment