Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday 11 September 2012

911.. 11 september

assalamualaikum...


hari ni 11 sept 2012.. bila ingat tarikh ni mesti ramai yang ingat peristiwa pengeboman keatas washington trade centre.. hari terjadinya insiden berkenaan masa tu iza dan keluarga sedang bercuti di pulau labuan.. masih segar dalam ingatan...

gambar kenangan anis dan alia sewaktu 5 tahun

hari ni 11 sept juga.. hari ni anakku anis izzatul arifah mengambil peperiksaan upsr.. aku tahu anak aku tak sesempurna dulu .lepas insiden matanya tercucuk screw driver ketika sedang tidur pelajarannya agak merosot ..maklum la dah dua tahun ponteng kelas bila dapatkan rawatan di hospital.. apa apa pun aku doakan yang terbaik untuknya..  anis tak boleh tanding alia anak adikku .. aku tahu alia bakal pecahkan rekod keluarga yang lama dipegang oleh anak buahku emmylia ayu.. aku yakin alia akan menjadi best student kat skolah kampung aku..apa apa pun aku ucap selamat untuk mereka berdua..


hari ni 11 sept... aku tahu hari keberangkatan azra.. azim dan hesam ke jordan.. walaupun aku dan suami telah sedaya upaya membantu mereka untuk dapatkan biasiswa dari yayasan sabah (kecuali azra).dari hari raya ke 3 sewaktu mendapat berita tentang mereka aku cuba link dengan ydp pibg bagi mendapatkan sokongan dari ketua menteri. aku cuba link dengan timbalan ketua wanita bahagian sekong  iaitu puan julpa ottoh.. aku tahu masa mereka singkat.. dan urusan aku ke semporna untuk menyaksikan perkahwinan adik angkat aku terpaksa aku batalkan.

tapi semua kerja tuhan.. saat akhir aku dapat tahu.. permohonan biasiswa mereka tidak berjaya.. dari mesej yang diterima mereka dalam senarai simpanan.. hari tu pun ada aku suruh mereka apply dermasiswa.. akhirnya aku suruh mereka berdua berjumpa dengan puan bawahita hj mulia di kota kinabalu.. oang yg incharge pasal biasiswa.. aku mesej bebudak ni tapi tak ada yang reply.. mungkin mereka tiada kredit.. aku tak kesah sangat pasal azim sebab walaupun ayahnya dah meninggal tapi pendapatan ibunya pasti boleh menampung kehidupan azim disana...

aku nak cerita pasal hesam...
petang semalam dalam hujan petang .. ayahnya menaiki lori ke sekolah dan terpaksa parking diluar untuk mengambil adik hesam (azrin) untuk bersama hesam sebelum ke jordan.. aku tumpangkan azrin dan ayah hingga ke luar pagar kerana hujan masih belum berhenti..dari cerita ayah hesam.. azrin terpaksa ikut ayahnya masuk estate untuk menghantar barang yang masih ada di lori. aku tahu rumah hesam di ulu sibuga tu agak jauh jika ditinggalkan azrin disiring jalan..lagipun hari hampir malam..

petang tadi aku dan suami bergegas mendapatkan sedikit sumbangan buat hesam.. dalam  keadaan tergesan gesa aku try kol hesam untuk dapatkan jadual penerbangannya.. 4.20 petang.. sewaktu  berjumpa dengan penyumbang hujan turun dengan lebatnya disertai petir.. aku tengok jam dah pukul 4.05.. aku berdoa agar flight delay.. 

di airport aku redah hujan manakala suami mencari tempat untuk parking kereta.. sambil berlari lari anak dengan keadaan kaki yang sakit.. aku cuba telefon hesam.. bukan hesam yang jawab..tapi azrin.. maknanya hesam dah masuk ke balai berlepas.. aku nampak kelibat hesam dan dengan selamba aku minta kebenaran dari polis airport untuk jumpa hesam seketika.. kuhulurkan sampul tu kepadanya.. hesam cakap... umi ..terima kasih ..kirim salam sama ustaz..  kemudian aku berpaling.. baru ku terlihat semua keluarga hesam ada di pintu berlepas... 

untuk mereka semua... selamat meneruskan pengajian di sana... 

p/s jika niat kita ikhlas.. Allah pasti bagi ruang dan peluang..




No comments:

Post a Comment