Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday 12 September 2012

hanya kerana mangga muda

12 sept 2012 ..assalamualaikum

semua orang tersentuh apabila membaca kisah kucing yang dipotong kaki akibat mencuri ikan.. apa yang aku nak paparkan bukan pasal binatang tapi pasal  kemanusiaan..

semalam selepas keluar dari bilik air yg terdapat dalam bilik aku lihat anakku aiman terhendap hendap memerhati sesuatu di luar melalui celah langsir ..lantas aku terus tanya apa yang dilihatnya.. aiman cakap umi tengoklah sendiri...

apa yang aku nampak dengan mata kepala sendiri.. seorang lelaki yang ku kenali sedang mencekak baju budak tingkatan satu yang dikenali dengan nama fazli hilmi dan juga azlan syah. kedua dua tangannya mencekak leher budak tu disaksikan anak buah lelaki tersebut . segera ku capai telefon bimbit menghubungi suamiku untuk memaklumkan apa yang berlaku.. aku bukan penyibuk tapi tugas suami aku selaku pk hem dan ketua warden. dan pastinya budak berdua ni dibawah tanggungannya.

suami ku terus cakap .."ohhhh budak tu mencuri mangga.." kemudian mengolok (mengejek lagi lelaki berkenaan)...  subhanallah .. aku pun tak tahu mangga tu milik siapa ..dari cerita yang ku dengar pokok tu ditanam okeh ustz kamariah.. dan lelaki yang mencekak budak tu cuma penghuni di flet bersebelahan.. salah ke kalau budak ni ambil sebiji dua.. kalau dia yang tanam lain la kira....seketika aku lihat semula keluar jendela.. budak itu dilepaskan dengan amaran.. (jarak antara bilik ku dan tempat kejadian kurang dari 10 langkah) aku rasa umur lelaki tersebut dah lebih 4 series... cuba kalau budak tu anak dia.. tak ada perasaan ke?? bagaimana jika anaknya yang dicekak.. aku pasti ..tak ada lain dalam fikiran orang tu....

hari ni suami pulang dari ofis dia terus cakap" za... awak tahu mana nak dapat mangga muda?" aku terus berselora dengan suami kenapa? "mengidam ke?"

lantas suami pun bercerita..."saya dah jumpa fazli helmi dan dah tanya apa yang terjadi semalam seperti apa yang awak nampak"
suami sambung lagi" fazli helmi cakap.. "ustaz saya teringin sangat nak makan mangga muda".. suami saya cakap"jadi mangga muda tu saya nak bagi kat dia la".. lantas aku pun teringat mana tempat untuk aku dapat kan mangga muda ketika azan maghrib hampir tiba... flet taman mawar... alhamdulillah ada 3 biji sahaja.. 

siapa fazli helmi??
seorang pelajar tingkatan 1 yang berasal dari perak ..bersekolah disini mengikut ibunya yg ditukarkan ke sabah.. tapi ibunya telah tiada.. 2 hari sebelum raya... ibunya telah pergi untuk selamanya... 
cuba kalau ibunya ada .... sekarung mangga pun akan disediakan untuk anaknya... itulah naluri seorang ibu...


semoga ibunya tenang disana ..alfatihah..











No comments:

Post a Comment