Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday 10 September 2012

rumah pk hem smka sandakan kecurian

8 sept 2012 rumah pk hem smka sandakan atau nama barunya ... telah dimasuki pencuri

petang tu kira kira jam 5.30 petang aku bergegas ke dewan untuk sambutan majlis jamuan hari raya 2012. dalam hujan renyai aku ke dewan ..dari pelajar aku dapat tahu.. pa sistem tak berfungsi dengan sempurna. setelah memasang beberapa peralatan bersama pelajar aku teringat ..aku lupa membawa satu alat yang dipanggil "baringer" maka aku pun pulang ke rumah. (rumah aku dalam kawasan sekolah jugak)


sampai dirumah ada 6 orang budak tingkatan 1 sedang menunggu..2 daripada mereka menghulurkan dompet mereka untuk aku simpan seperti kebiasaan. memang aku banyak simpankan dompet bebudak ni sebab takut duit mereka dicuri.. dalam keadaan kelamkabut sebab kejap lagi dah masuk waktu maghrib.. aku terus capai dompet itu dan letakkan ditempat biasa iaitu didalam laci bawah tv.. hati kecil aku berdetik.. memang aku punyai insinct yg pelik sedikit.. aku terus capai alat baringers tu dan terus ke dewan..

selepas solat maghrib.. 2 budak yg simpan dompetnya dengan aku datang semula... aku agak marah juga pada mulanya sebab baru jugak dia hantar dompet mereka dah datang nak tuntut semula.. aku layan juga.. terus ku buka laci.. mencari cari.. tapi tak ku temui.. kesemua anak aku turut sama mencari.. maka aku pun cuba cara mengira berdasarkan bulan islam.. jawapan yg aku terima agak gelap.. hahaha sapa nak belajar cara ni boleh pm aku..

perlahan aku cakap dengan pelajar tu.. "sabar ye .. nanti umi ingat balik mana umi simpan"..tapi memang aku yakin.. disitu la tempat aku simpan.. ku suruh budak ini ke dewan untuk jamuan..

aku ke dewan untuk merakam peristiwa.. sambil mengambl gambar aku cari2 juga budak yg tadi. aku jumpa salah seorang dari mereka.. ku cuba pujuk dengan berkata.. "kamu sabar ye nanti umi cari lagi"
tiba tiba budak tu cakap " umi.... saya dah jumpa wallet saya di tandas asrama"...tapi duit saya dah hilang!!

subhanallah... rupanya instinct aku benar belaka.. rumah aku telah dicerobohi oleh pencuri..

malam tu di dewan lepas jamuan.. ada sedikit pendedahan yg dibuat oleh suami ku selaku p k hem berkenaan dengan satu blog yg mencatatkan tentang budak smk ni..


ni la antara blog yg dipamerkan malam tu


BULI DAN KECURIAN:ASRAMA SMK AGAMA SANDAKAN

Isnin,25 Oktober-Sandakan

Beberapa orang ibu bapa pelajar SMK Agama Sandakan mengadu kerana tidak berpuas hati dengan keadaan asrama sekolah tersebut.Sejak kebelakangan ini ramai penghuni asrama mengalami trauma kerana sering dibuli oleh penghuni asrama yang lebih senior.
Menurut salah seorang penjaga kepada pelajar tersebut,beliau berkata" almari anaknya seringkali diselongkar dan barang-barangnya dicuri". Selain itu, ada juga yang kehilangan duit, telekung, bantal,tafsir al-Quran, pakaian kokurikulum dsb.
Kejadian ini mungkin seringkali berlaku, namun penjaga dan ibubapa yang terlibat memberitahu bahawa kes ini telah diadukan kepada pihak pentaddbir sekolah.Agak mengecewakan sejak Januari sehingga kini pengadu menyatakan belum ada tindakan yang diambil oleh pihak sekolah.

Seorang bapa kepada pelajar tersebut merasa agak terkilan kerana anaknya seringkali mengadu dibuli dan barang-barangnya dicuri.Lebih memeranjatkan lagi terdapat murid senior yang berani merokok dan meninggalkan puntungan rokok dibawah tilam murid junior.Terdapat juga beberapa tindakan beberapa murid yang keterlaluan yang sanggup kencing didalam bilik pelajar junior tersebut.

Jika perkara ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan dikhuatiri bukan ulama yang akan dilahirkan malah sebaliknya.Adalah disarankankan kepada pihak sekolah agar lebih bertanggungjawab dan prihatin bagi mengekang masalah ini.

Tujuan berita ini ditulis adalah untuk mewakili beberapa orang penjaga murid asrama yang inginkan agar anak mereka menjadi insan yang terbaik dunia dan akhirat.Walaupun terdapat ibubapa yang tidak kisah tentang perkara ini, namun segelintir ibubapa amat tertekan kerana terpaksa mengeluarkan bajet luar jangka untuk membeli barang baru bagi mengantikan barangan yang telah dicuri tersebut.

Selain itu, dikhuatiri jika gejala ini tidak ditangani segera, kemungkinan besar pelajar junior akan mengalami trauma untuk meneruskan pembelajaran disekolah ini.Bagi jangka masa panjang, imej sekolah agama akan tercalar disebabkan segelintir murid yang tidak berdisiplin.

Saranan kepada pihak sekolah agar dapat menyediakan CC TV di setiap bilik dan persekitaran asrama untuk memantau kegiatan yang tidak bermoral.



Ibubapa dan penjaga yang prihatin.



dalam pembentangan tu aku cuba mencelah dengan 

menulis apa yg terjadi dirumahku di atas sehelai kertas tisu

 dan terus menghulurkan kepada suami ku yang berada 

diatas pentas..suami aku tak tahu sebab kami duduk di meja

 yang berlainan. itu pendedahan eksklusif malam tu di 

depan

tn pengetua ydp pibg dan timbalannya..

dan firasat ku mengatakan pencuri tu dikalangan mereka yg

datang juga tadi..salah seorang dari mereka pernah

ditangkap kerana mencuri di pasaraya. ni baru tingkatan 1.


keesokan pagi satu lagi dompet dijumpai.. tempat yang

sama iaitu ditandas asrama..duitnya hilang juga..


mau tak mahu terpaksalah aku menggantikan duit budak

berdua tu..

rasanya puas dah aku buat baik dengan semua bebudak 


ni  tapi ini pulak balasannya...



sabar la CCTV ALLAH tu ada.. 


ku tunggu ko diakhirat sana..

No comments:

Post a Comment