Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday 21 September 2011

aku dan placenta previa part 2.. 27 julai 2002


bila masuk minggu ke 30 usia kandungan.. iza terpaksa dipindahkan ke wad sakit puan .walaupun layak untuk berada di kelas 1 tapi iza tak dibenarkan berseorangan. jadi terpaksalah tinggal diwad kelas 3 yang kadang kala bilangan katil tak mencukupi dan ada yg terpaksa tidur beralaskan tilam dilantai.. iza diletakkan betul2 di depan meja jururawat bertugas.. (berat sungguh kes placenta previa ni).. di wad ini iza berjumpa semula 2 org doktor yg merupakan kenalan sewaktu di Semporna iaitu dr fauziah dan seorang dr lelaki kenalan di kb iaitu dr Razniwan.. mereka yg banyak beri semangat.. dlm pada itu iza kenal seorang lg dr pakar iaitu dr Hatta yg memang banyak beri nasihat.. menurut dr Hatta kes iza ni memang berat.. silap2 rahim akan dibuang terus jika temuni melekat dengan bekas pembedahan pertama (sewaktu melahirkan anak pertama yg  kembar).. 

minggu ke 32..
letupan berlaku... darah banyak mengalir... emergency.. ingat hari ni memang kena bedah ..iza di asingkan dari pesakit lain.. menunggu suami sampai dari KB utk tandatangan surat kebenaran... kuasa Allah.. darah yg mengalir berhenti... pembedahan tak jadi lakukan atas faktor.. paru2 bayi masih belum matang.. di tangguhkan.. minggu ke 33.. kejadian sama berulang.... kali ni doktor tangguhkan atas alasan bilik bedah penuh selepas memastikan keadan bayi dalam kandungan selamat... 

minggu ke 34.. 27 07 2002 (dua bulan di QEH)
hari sabtu.. hari yg seronok sebab hari ni anak2 dan suami datang melawat... 
makan tengahari disediakan....iza pun makan  nasi dari hospital..sebab hari tu suami ada kursus...(waktu kursus anak2 terpaksa ikut ayahnya )  bila mereka  sampai iza dah siap makan... dan dah ke bilik air untuk hantar tray.. dalam perjalanan menghantar tray.. " pop" terasa suatu letupan di dalam rahim.... subhanallah darah mengalir laju seperti air paip... ya Allah mungkin ini masanya..mungkin lepas ini iza tak dapat melihat dunia..

keadaan jadi kelam kabut waktu tu pakaian iza terus ditukar untuk ke bilik bedah.. muncul doktor memberi arahan pada nurse.. drip siap dipasang.. iza di letakkan di atas troli sementara menunggu arahan dari dr Hatta.. darah terus mengalir hingga  ke rambut. (sebab berbaring di troli ) . sewaktu menunggu .. nurse chek hemoglobin masa  tu ..13 ++ .. masih tinggi.. dalam masa menunggu.. hemoglobin makin rendah sebab darah terus mengalir ..  keadaan semakin  kelam kabut seorang nurse tersilap mendengar arahan.. sepatutnya iza TAK BOLEH DI BERIKAN SUNTIKAN UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES KELAHIRAN SEBAB JALAN KELUAR TERTUTUP.. tapi  injection dah dimasukkan ..  makin banyak letupan dirasakan terjadi dalam rahim iza.....  mau tak mau iza terus diusung ke bilik bedah.. yg iza ingat masa tu ..suami suruh mengucap.. banyak berzikir.. .sempat menatap wajah anak2 yg masih kecil. (aiman dan anis)  5 org doktor berlari2 anak mengusung troli ke bilik bedah.. last soalan yg iza ingat doktor tanya.. siapa nama awak?.. itu soalan manusia .. (macamana soalan mungkar nangkir ye?? ngerinya..) lepas tu iza tak sedar.....

maka lahirlah seorang budak lelaki.. yg tak cukup bulan..
melalui proses pembedahan..  jam 8 malam terjaga dari tidur akibat ubat bius yg sudah tidak berkesan... sakit... nurse terus check HB .. 3  saja?.... rendah dan merbahayakan .... terus dimasukkan darah dari penderma yg iza tak tau milik siapa.. siapa pun dia .. hanya Allah yg mampu membalas segalanya..... 
bayi diasingkan ke unit NICU.. 2 hari selepas tu baru diberikan ... bila terima bayi tu.. darah kering menyeluputi badannya ... sedih tengok keadaan dia waktu tu..  dan hari ni Aiff Hafizzuddin dah berumur 9 tahun.. temuni yg sepatutnya sekeping daging  jadi hancur ..3 hari selepas itu iza dibenarkan pulang..  
orang kata bayi yg dilahirkan 8 bulan tak berpeluang hidup lama.... subhanallah.. kuasa Allah mengatasi segala.. Dia berbuat sekehendaknya...TERIMA kASIH YA ALLAH atas kesempatan yg diberikan..

dalam menghadapi situasi ini orang yg banyak membantu ialah Pn Radhiah Muhammad yg merupakan PK HEM smk agama Kota Kinababalu pada waktu itu.. dialah yg meziarah iza setiap hari dgn makanan dan kata2 semangat.. dia juga yang mahu iza tinggal dirumahnya selama seminggu sebelum pulang ke KB selepas melahirkan.... Tak terbalas budi baiknya.. Terima Kasih Kak Yah..

biodata Radhiah Muhammad (yg iza tahu)
mantan PK HEM  SMAKK
isteri kepada Ust Muhammad Deraman (mantan ketua Sektor Pengurusan Islam Dan Moral)
kemudiannya menjadi Pengarah Di MSD.. (Malaysian Student Department Jordan)
sekarang telah kembali ke Malaysia .
Pn Radhiah sedang berkhidmat sebagai pengetua di SMK Titiwangsa Kuala Lumpur.
. dengan gred pengetua cemerlang DG52.. Tahniah Kak Yah.. 

1 comment:

  1. simpati sya umi...atas setiap detikx2 yang dicoret.memang banyk dugaan dan cabaran.pa2 pown sye ambil ini cerita sebagai pengajaran supaya lebih menghargai ibu yang tercinta...

    ReplyDelete