Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday 28 September 2011

kelebihan surah al kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan 


bermaksud   sungai dan syurga


Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih 



wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan


ketika baginda 


bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa 


saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang 



dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah 



dibacakan surah ini  sebanyak 10 kali pada mata.



4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. 



 bagi ilham pada kita  dimana letaknya sihir itu.




5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika 



menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan 





 memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta 



izin lagi untuk berkongsi.- sumber ..tok wan



No comments:

Post a Comment